Anda di halaman 1dari 8

Topik : Peranan Wahyu Dalam Sains Dan Teknologi

CTU211
( Science and Technology In Islam )
Nama Pelajar : 1) Muhammmad Hafizzudin Bin Norazahar ( 2014837388)
2) Muhammad Faiz Bin Mohd Yudin
3) Mohamad Iqmal Bin Abd Rashid (2014640764)
4) Ahmad Harith Bin Amiruddin (2014206332)
Kumpulan : AS1163B2
Nama Lecturer : Ustazah Siti Aisyah Binti Sokhibul Fadil

Isi Kandungan

Items

Muka surat

1.0

Pengenalan

2.0

Definisi Tajuk

3.0

Peranan wahyu dalam sains dan teknologi

4.0

Kesimpulan dan Cadangan

5.0

Rujukan

1.0 PENGENALAN

Tajuk yang telah diberikan kepada kami ialah Peranan Wahyu dalam Sains dan
Teknologi. Dalam topik ini, kami telah melakukan beberapa penyelidikan melalui pembacaan,
melayari internet dan lain-lain. Hasilnya, kami telah menemui banyak ayat Al Quran dan al
Sunnah yang menekankan topik-topik berkenaan sains dan teknologi. Ia telah mendorong ramai
saintis di seluruh dunia untuk mengkaji sekaligus membuktikan kebenaran Al-Quran dan AlSunnah di samping membuat pelbagai penemuan baru.
Tajuk ini sangat bersesuaian dengan matlamat kami untuk menjadi muslim professional
dan kami berhasrat untuk mengintegrasikan ilmu Islam dengan ilmu sains kerana sumber wahyu
iaitu Al-Quran dan Al- Sunnah saling berkait rapat dengan sains dan teknologi itu sendiri. Antara
objektif umum kerja kursus ini adalah untuk membentuk generasi Ulul Albab yang menyahut
seruan ALLAH untuk memerhati dan meneliti hikmah di sebalik penciptaan alam. Di samping
itu, kami dapat memahami dan mengetahui peranan wahyu iaitu Al-Quran dan As-Sunnah
sebagai sumber sumber sains dan teknologi secara mendalam dan holistik. Selain itu, fakta-fakta
saintifik dalam al-Quran dan as-Sunnah mengukuhkan tauhid dan akidah kami bahawa segala isi
bumi serta ilmu pengetahuan ( ilmu sains dan bidang-bidang ilmu lain) yang diperoleh tidak akan
terpisah sama sekali dengan sumber wahyu melalui ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi
Muhammad S.A..W.
Melalui kajian ini, kami mampu membuka mata hati kami untuk lebih mensyukuri nikmat
kurniaan Ilahi sekali gus menjadi insan yang sentiasa meningkatkan iman dan taqwa kepada
Allah swt. Akhir kata, semoga dengan penghasilan kertas kerja ini, dapat melayakkan kami
memperoleh keredaan Allah swt dan kejayaan di dunia dan di akhirat.

2.0 DEFINISI PERANAN WAHYU DALAM SAINS DAN TEKNOLOGI

Pengertian wahyu dapat dibahagikan kepada dua iaitu dari segi bahasa dan istilah. Dari segi
bahasa, wahyu diiertikan turun dari tempat yang tinggi dan bahasa pula, wahyu didefinasikan
sebagai apa-apa yang diturunkan kepada nabi dan rasul-Nya, melalui perantaraan Malaikat Jibril
dalam bentuk bertulis atau yang tidak bertulis yang mengandungi syariat.
Pengertian di atas dapat diperkukuhkan dengan Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Nisa
ayat 163 :
Sesungguhnya Kami telah memberikan wahyu kepadamu (Wahai Muhammad) sebagaimana
Kami telah memberikan wahyu kepada Nabi Nuh dan nabi-nabi yang diutus kemudian
daripadanya dan Kami telah memberikan wahyu kepada Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Ishak,
Nabi Yaakub, serta nabi-nabi keturunannya dan nabi Isa, dan Nabi Ayub, dan Nabi Yunus, dan
Nabi Harun, dan Nabi Sulaiman, dan juga Kami telah memberikan kepada Nabi Daud Kitab
Zabur
Disini juga kami memberi pengertian sumber wahyu iaitu Al-Quran dan As-Sunnah,
teknologi dan sains secara spesifik. Al-Quran adalah Kalamullah yang berupa Mukjizat. AlQuran diturunkan kepada penutup para Nabi dan Rasul (Nabi Muhammad s.a.w.) melalui
perantaraan malaikat Jibril a.s. yang tertulis pada masahif. Ia diriwayatkan kepada kita secara
mutawattir, membacanya adalah dianggap satu ibadah. Ia dimulai dengan surah al-Fatihah dan
diakhiri dengan surah al-Nas. Definisi ini telah disepakati oleh para ulama. Al-Quran yang
diturunkan oleh Allah S.W.T. adalah sebagai panduan menempuh norma kehidupan dan petunjuk
umat. Keunggulannya merupakan bukti kebenaran Rasulullah s.a.w. di samping sebagai bukti
yang nyata terhadap kemahiran dan kerasulan baginda. Al-Quran juga merupakan hujah abadi
hingga ke hari akhirat. Sunnah pula dari segi syariat diiertikan sebagai sesuatu yang bersumber
daripada Nabi Muhammad S.A.W dalam bentuk qaul( ucapan), fi il (perbuatan), taqrir
(penetapan), sifat tubuh serta akhlak yang dimaksudkan dengannya sebgai tasyri ( pensyariatan)
bagi umat islam.

Sains pula boleh didefinisikan sebagai sesuatu yang boleh dibuktikan kebenarannya melalui
ujian empirical atau eksperimen. Berdasarkan English Oxford Dictionary, sains ditakrifkan
sebagai suatu cabang ilmu yang mengkaji sekumpulan pernyataan yang terbukti atau dengan
fakta-fakta yang ditinjau dan disusun secara bersistem dan dihimpun dalam bentuk hukumhukum umum, dan ia termasuklah kaedah-kaedah yang boleh dipercayai untuk menghasilkan
kebenaran baru di dalam lapangannya sendiri. Sains dikenali sebagai satu disiplin yang menilai
sesuatu tinjauan dan maklumat secara objektif, bukannya subjektif seperti sangkaan atau emosi.
Sains merupakan satu percubaan mencari kebenaran dengan kaedah-kaedah yang rasional dan
emperikal.
Maksud teknologi boleh didefinisikan berdasarkan dua segi iaitu melalui segi bahasa dan segi
istilah. Dari segi bahasa merujuk kepada bahasa Yunani (Greek) yang boleh dibahagikan kepada
dua iaitu Techne (seni atau kerja tangan) dan Logos (wacana atau kata-kata sistematis atau
teori). Dari segi istilah pula ialah ilmu pengetahuan dan tindakan yang bersistem. Teknologi juga
biasanya dikaitkan dengan proses dalam industri. Selain itu, teknologi juga berkaitan dengan
kegiatan yang berkaitan dengan sains kejuruteraan. Teknologi juga merupakan pengkajian
kaedah-kaedah dan teknik-teknik pembuatan barang dan perindustrian.
Sains dan teknologi berkait rapat dengan ajaran Islam dan kita tidak diizinkan untuk
memisahkan kehidupan manusia termasuk sains dan teknologi dari dasar-dasar dan prinsipprinsip agama. Secara ringkasnya, sains dan teknologi adalah ilmu yang teratur dan teruji untuk
membuktikan kebenaran realiti alam semesta ini berdasarkan ujikaji dan penelitian zahir (fizik,
kimia, biologi dan yang seumpanya).

3.0 Peranan wahyu dalam sains dan teknologi

Sumber wahyu dibahagikan kepada dua iaitu Al-Quran dan Al-Sunnah. Antara peranan AlQuran dalam sains dan teknologi ialah Al-Quran membuktikan kewujudan Allah Taala. Ini
dapat dibuktikan melalui firman Allah : ( Surah At-Thurr, ayat-36)

[52.35] Apakah mereka diciptakan tanpa sesuatu pun ataukah mereka
yang menciptakan (diri mereka sendiri)?


[52.36] Ataukah mereka telah menciptakan langit dan bumi itu?;
sebenarnya mereka tidak meyakini (apa yang mereka katakan).
Apabila diterangkan tentang kewujudan Allah Taala, ia akan saling berkait rapat dengan
Tauhid Uluhiyyah, Tauhid Rububiyyah dan Tauhid Asma Wasifat. Tauhid rubbubiyah
bermaksud mengakui Allah sebagai Tuhan dan Dia tidak mempunyai sekutu dan pembantu,
tauhid rububiyah bermaksud mengakui Allah sebagai Tuhan sebenar yang berhak disembah dan
tiada sekutu bagi-Nya. Tauhid asma wasifat pula bererti beriman dengan segala sifat yang Allah
sifatkan untuk zat-Nya atau disifatkan oleh Rasulullah s.a.w secara hakikat (benar) bukan majaz
(kiasan) menurut yang selayaknya dengan kesempurnaan dan kemuliaan-Nya.
Ketiga-tiga tauhid di atas menunjukkan kewujudan Allah sebgai Tuhan yang bersifat satu dan
mutlak terhadap alam ini. Di sini kita dapat melihat bahawa dengan mengenal kewujudan Allah
melalui dalil-dalil yang telah dijelaskan dalam Al-Quran, kita dapat menguatkan lagi pegangan
akidah kita. Secara saintifiknya pula, Allah memberikan kita akal dan pancaindera yang lain
tetapi adakah kita menggunakan sepenuhnya kurniaan Allah yang tidak ternilai itu untuk
mengenal-Nya? Peredaran siang dan malam yang silih berganti dan tidak pernah berubah,
kejadian haiwan yang berbagai-bagai jenis dan rupa bentuk, kejadian tumbuh-tumbuhan dengan
pelbagai rupa, bentuk dan rasa serta kejadian cakrawala yang unik dapat membantu kehidupan
manusia merupakan bukti kewujudan Allah yang mengetahui segala isi bumi dan alam yang
diciptakan.

Selain itu, peranan Al-Quran dalam sains dan teknologi iaitu Al-Quran menggalakkan kajian
sains, alam semesta dan alam tabii. Kajian dapat dikaitkan dengan ilmu yang bermaksud
pengetahuan atau kebenaran tentang sesuatu yang datang dari Allah swt yang diturunkan kepada
rasul-rasulnya dan alam ciptaaannya termasuk manusia yang memiliki aspek lahiriah dan batin.
Dengan adanya aspek lahiriah dan batin, manusia itu

akan melengkapkan dirinya sendiri

dengan ilmu pengetahuan termasukla ilmu sains, ilmu yang mengkaji alam semesta( ilmu
astronomi) dan bidang ilmu yang lain.
Alam tabie di atas dapat diiertikan alam yang dicipta oleh Allah dgn kaedah tertentu .
Kesemua alam tabie tabii ciptaannya itu tunduk & akur kepada hukum & ketentuan Allah yg
disebut sunnatullah. Ibn sina pula lebih menekankan tujuan mngapa alam tabii diciptakan.
Sehubungan itu, beliau menyatakan bahawa alam semesta memaparkan tanda-tanda sebuah
rencana yang bertujuan mmbawa manusia kepda Yang Maha Sempurna. Secara keseluruhannya,
Allah tidak membataskan penguasaan ilmu terhadap orang Islam sahaja dan ianya tidak
dibezakan berdasarkan bangsa atau warna kulit. Seruan Al-Quran untuk menggalakkan manusia
mengkaji sains, alam semesta dan alam tabie dapat dikaitkan dengan firman Allah:
(Mengapa

mereka

yang

kafir

masih

engkar

akan

akhirat)

tidakkah mereka

memerhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan? Dan keadaan langit bagaimana ia


ditinggikan binaanya? Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan? Dan keadaan
bumi bagaimana ia dihamparkan?
( Surah Al-Ghasyiyah, ayat 17-20 )

Peranan Al-Quran yang lain ialah Al-Quran menggalakkan pembangunan sains dan
teknologi dan Al-Quran merupakan sumber ilmu sains. Al-Quran dijadikan panduan untuk
manusia untuk memajukan teknologi mereka sendiri mengikut peredaran masa dan setiap

teknologi itu mempunyai tujuannya sendiri . Contoh yang boleh diketengahkan ialah pembuatan
kapal semasa zaman Nabi Nuh. Kisah pembuatan kapal tersebut menceritakan tujuannya demi
keselamatan atas azab yang dikenakan oleh Allah kepada umat yang dusta iaitu berbentuk banjir
besar. Namun pada hari ini, banyak kapal yang dicipta untuk pelbagai fungsi seperti kapal kargo
membawa barang-barang ke pelabuhan, kapal selam yang membolehkan kapal menyelam ke
dasar laut dan kapal-kapal lain. Teknologi membuat kapal itu sendiri oleh umat-umat terdahulu
menjadikan ilmu pembuatan kapal sebagai satu platform untuk memcipta kapal pelbagai
guna(multifunction) pada zaman moden. Selain itu, Al-Quran menggalakkan pembangunan sains
dan teknologi seperti penciptaan mesin x-rayu ntuk melihat pergerakan bayi. Dalam Al-Quran
hanya menyebut proses kejadian manusia namun ilmu sains berkembang dengan pesat
menggalakkan ramai sainstis mencipta alat baru untuk melihat bayi di dalam rahim ibu. Secara
keseluruhannya, wahyu iaitu Al-Quran dan As-Sunnah tidak boleh dipisahkan sama sekali
dengan sains dan teknologi.
Antara firman Allah taala yang dapat dikaitkan dengan Al-Quran merupakan sumber ilmu sains
dalam konteks menajamkan fikiran ialah
Dia juga menumbuhkan bagi kamu dengan sebab hujan itu tanaman - tanaman dan pokokpokok zaitun dan tamar (kurma) serta anggur dan juga dari segala jenis buah-buahan.
Sesungguhnya yang demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah)
bagi kaum yang mahu berfikir.

Anda mungkin juga menyukai