Anda di halaman 1dari 10

TUGASAN :

ALQURAN DAN USUL FIQH DALAM PEMBENTUKAN HUKUM SYARAK PADA


MASA KINI

SUBJEK DAN KOD SUBJEK :

HUKUM SYARAK DAN SUMBER SUMBERNYA (SYI 6023)

NAMA PENSYARAH :

USTAZAH AFRAH MUNIRAH BINTI YUSOF

KUMPULAN :

KUMPULAN 1 ( G8 )

NAMA AHLI KUMPULAN :

1. NAIF NAJMUDDIN BIN MOHD ZAINI ( I18303421 )


2. MOHAMMAD HAZIQ HAKIM BIN MOHAMMAD ASRI ( I18303361 )
3. MUHAMMAD KHAIRUDDIN AMSYAR BIN ABD AZIZ ( I18303425 )
4. MUHAMAD ASYRAAF BIN MUHAMMAD RAFIZ ( I18303367 )
5. MOHAMED SHAMEER BIN MOHD RAFI ( I17102079 )
6. MUHAMAD BAKHIT BIN FARAI ( I18303419 )
PENDAHULUAN

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah memberikan saya dan bersama ahli-ahli
kumpulan yang lain kesempatan untuk melakukan kerja kursus yang bertajuk Al-quran dan
Usul fiqh dalam pembentukkan Hukum syarak pada masa kini . Perbincangan mengenai
pembentukkan Alquran dan usul fiqh dalam pembentukkan hukum syarak pada masa kini
yang dapat kita ketahui semakin hari semakin banyak fatwa fatwa yang sesat yang sangat
mudah terpengaruh oleh masyarakat zaman sekarang . Pada era moden ini masyarakat
mengambil mudah tentang hal hal akidah yang berkait tentang hukum islam , mereka
memandang remeh tentang isu ini , malah mereka menggunakan teknologi seperti google ,
safari dan sebagainya untuk mengetahui sesuatu hukum bukannya dengan mencari ilmuan
agama atau para ulama . Perkara ini harus dititikberatkan bagi menghapuskan segala
kekeliruan yang dihadapi masyarakat pada masa kini . Seperti mana kita ketahui Al-quran
merupakan sumber rujukkan yang pertama yang kekal hinggalah hari kiamat dan kita wajib
untuk beriman dengannya . Usul al-Fiqh boleh diibaratkan sebagai sebuah peta jalan yang
membawa seorang pengembara mencapai tujuannya sesuai dengan hukum islam. Boleh
dikira, antara satu mujtahid dan mujtahid lain memiliki ijtihad Usul al-Fiqh yang berbeza-
beza, namun memiliki tujuan yang sama, iaitu melaksanakan perintah Allah dan menjauhi
larangan-Nya dalam kerangka maslahah manusia sebagai makhluk individu mahupun sosial.
Oleh itu , Al-quran dan usul fiqh memainkan peranan yang penting dalam membentuk hukum
syarak pada masa kini . Kami juga ingin mengucapkan ucapan terima kasih yang tidak terkira
kepada pensyarah kami iaitu Ustazah Arfah Munirah Bt Yusof kerana memberi peluang
kepada kami untuk menambahluaskan ilmu kami dengan membuat sedikit kajian terhadap
tajuk yang diberikan kepada kami ini. Semoga hasil daripada kajian kami ini sedikit sebanyak
dapat memperluaskan pengetahuan sedia ada kami dan menyampaikannya kepada
masyarakat di luar sana insha Allah.

Objektif kajian ;
1. Untuk menjaga dasar pendalilannya dan menyanggah kesamaran golongan yang
menyeleweng supaya tidak mudah ditipu sebegitu saja .
2. Untuk menjaga kemaslahatan ayat alquran dan dalil dalil yang sahih lagi muktabar demi
mengekalkan kesejahteraan , kemudahan dan kebaikkannya untuk agama islam .
3. Supaya setiap individu muslim wajib meyakini bahawa isi kandungan kitab alquran ini
adalah sama dalam persoalan akidah .
DEFINISI AL-QURAN

Hujjatul Islam al-Ghazali ketika mendefinisikan al-Quran berkata: Ia adalah kitab yang
diturunkan ke atas Rasulullah Muhammad S.A.W, yang tertulis di dalam mushaf-mushaf,
dinukilkan kepada kita daripada baginda secara mutawatir tanpa sebarang keraguan. Lihat al-
Mustasfa Min Ilm al-Usul (1/65)

Al-quran merupakan kitab suci yang mengandungi nilai mukjizat yang tinggi sama ada dari
sudut akidah dan syariah, akhlak dan moral, bahasa, persejarahan, pemikiran dan
keintelektualan, ketamadunan rahsia alam dan semesta dan sebagainya, sesuai sepanjang
masa dan lengkap. Sesuai dengan tahap pemikiran manusia dan ketamaduna manusia dari
sudut kajian dan penemuan rahsia alam sangat rendah di zaman Rasulullah Sallallahu ‘alaih
wa sallam maka rahsia-rahsia mukjizat tersebut hanya ditemui oleh manusia.

Al-quran telah memberi garis panduan dalam pembinaan tamadun. Tamadun yang diterima
dan ditolak oleh Allah Subhanahu wa ta’ala dinyatakan dengan jelas. Al-quran juga menjadi
sumber penentuan nilai-nilai dalam tamadun seperti nilai iman dan kufur, makruf dan
mungkar, nilai yang sangat dituntut dan yang dikeji. Manakala dalam pembinaan masyarakat
pula Al-quran menekankan hubungan baik sesama manusia dengan menghormati antara satu
sama lain, tolong menolong jika ditimpa kesusahan.

Cetusan pembinaan tamadun Islam dalam Al-quran lahir daripada gesaan dan seruan agar
manusia melakukan penelitian dan penyelidikan terhadap alam dan unsur-unsur kejadian lain
serta rahsia-rahsianya. Al-quran juga telah memeberikan gambaran pengetahuan asas tentang
alam dan sains.

Sesuai dengan sifatnya yang kekal dan relevan aktualisasinya sepanjang zaman, Al-quran
hanya menggariskan prinsip-prinsip pembinaan peradaban Islam secara umum yang mana dari
segi teknikal dan bentuk pelaksanaannya, diserahkan kepada kebijaksanaan umat Islam. Ia
merupakan rahmat kepada manusia untuk berkreativiti dan membangunkan peradaban
mengikut acuan sendiri secara terpimpin. Mereka dibenarkan berijtihad mencari kaedah dan
langkah terbaik untuk membangunkan peradaban Islam sesuai dengan keperluan dan peredaran
zaman dan tempat. Apa yang penting pembangunan peradaban Islam hendaklah tidak tersasar
daripada prinsip-prinsip Al-quran seperti syura, keadilan, persamaan, kebebasan, pelaksanaan
perundangan Islam, Amar makruf Nahi Mungkar.
DEFINISI USUL FIQH

Perkataan Usul Fiqh berasal dari bahasa Arab dengan dua patah perkataan iaitu ‘Usul’ dan
‘Fiqh’. Perkataan ‘Usul’ dalam konteks bahasa bermaksud asas terhadap sesuatu perkara.
Manakala ‘Fiqh’ pula adalah pemahaman yang mendalam terhadap sesuatu perkara
,Manakala dalam konteks Syarak,
Usul Fiqh didefinisikan sebagai suatu kaedah yang diaplikasi oleh seseorang
mujtahid untuk mengistinbat sesuatu hukum Syarak yang bersifat amali yang diperolehi dari
dalil-dalil yang terperinci. Oleh sebab itu, ilmu Usul Fiqh ini turut dianggap sebagai dalil
kepada fiqh kerana pada ilmu ini terdapatnya himpunan sumber-sumber penting yang
merupakan asas utama sebelum sesuatu hukum itu dikeluarkan oleh para fuqaha’.
1 Abu Zahrah, Muhammad. t.t. Usul al-Fiqh. t.t.: Dar al-Fikr al-‘Arabiyy. m.s. 6-7.
2 Al-Zuhayliyy, Wahbah. 2003. Al-Wajiz fi Usul al-Fiqh. Damsyiq: Dar al-Fikr al-‘Arabiyy.
m.s. 13.

Ilmu usul fiqh adalah ilmu yang menghuraikan tentang kaedah yang dipakai oleh para imam
mujtahid dan muktabar dalam menetapkan hukum syara dari nas yang bersumberkan al-quran
dan al-sunnah. Berdasarkan nas pula, mereka mengambil illah yang menjadi landasan hukum
serta mencari kemaslahatan yang menjadi tujuan hukum syara’ yang dijelaskan dan
diisyaratkan oleh al-Quran dan al-Sunnah. Ilmu usul Fiqh juga bererti suatu kumpulan kaedah
metodologi yang menjelaskan bagi seorang mujtahid bagaimana cara mengambil hukum dari
dalil-dalil syarak. Kaedah itu, boleh bersifat lafziyyah seperti dilalah suatu lafaz terhadap erti
tertentu dan boleh bersifat maknawiyah seperti mengambil dan suatu illah dari nas serta cara
yang paling tepat untuk penetapannya. Maka jelaslah bahawa ilmu usul fiqh merupakan
pedoman yang tepat untuk memahami teks-teks perundangan di mana ilmu itu sendiri sangat
mendalam dan boleh menjadi kaedah bagi seorang ahli hukum di samping dapat melatih dan
mengembangkan kemampuannya dalam pengistimbahtan hukum-hukum.
KEADAH MENDAPATKAN HUKUM MELALUI ALQURAN DAN SUNNAH
Kaedah usul fiqh memuat pengisian tentang mengistinbat hukum dari sumber aslinya iaitu
Al-Quran dan al-sunnah. Dengan menggunakan pendekatan secara perbahasan. Sedangkan
kaedah fiqh merupakan petunjuk perlaksanaan dalam mengistinbathkan hukum Islam. Namun
kedua kaedah tersebut merupakan kaedah dalam mengistimbathkan suatu hukum, satu
dengan yang lainnya tidak dapat dipisahkan, sebab keduanya saling memerlukan, dalam
sasarannya menetapkan hukum Islam terhadap mukallaf.
Sebagai contoh Surah Al-maidah ayat 3:
Ertinya: diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi…. (Al-maidah :3)
Pada ayat diatas menunjukkan tentang keharaman memakan bangkai, darah, daging babi.
dalam kaedah usul fiqh disebutkan bahawa:
‫االصل فى النهي للتحر يم‬
Ertinya: “Asal pada larangan adalah haram.”
Mengenai ini kaedah fiqh menjelaskan:
‫الحر يم له حكم ما هو حر يم له‬
Ertinya: “yang mengelilingi larangan hukumnya sama dengan yang dikelilinginya”.
Kaitan kaedah fiqh dengan kaedah usul diatas adalah sebagaimana diharamkan memakan
bangkai, darah, daging babi, maka diharamkan pula untuk memperjualbelikannya atau
memanfaatkannya. Apabila bangkai, darah, daging babi itu diperjualbelikan. maka, harga dari
jual beli tersebut adalah haram hukumnya.
Begitu juga apabila lemak bangkai dijadikan minyak lalu minyak itu dijual kepada orang lain,
maka jual beli tersebut menjadi haram hukumnya. Hal ini didasarkan kepada kaedah fiqh
diatas bahawa pada hakikatnya yang dikelilingi adalah keharaman memakan bangkai, darah,
daging babi. sedangkan yang mengelilinginya adalah menjual dan memanfaatkannya, hal ini
diharamkan kerana hukum asalnya adalah haram.
Ilmu fiqh mempunyai hubungan erat dengan qawa’id al- fiqh kerana kaedah ilmu fiqh
merupakan kunci berfikir dalam pengembangan dan pemilihan hukum fiqh. Dengan bantuan
qawa’id fiqh semakin jelas semua permasalahan hukum baru yang tumbuh ditengah-tengah
masyarakat. Secar tidak langsung dapat ditampung oleh syari’at Islam dan dengan mudah serta
cepat dapat dipecahkan permasalahannya.
Usul fiqh itu juga sebagai pemberi pegangan pokok atau sebagai pengantar dan sebagai
cabang ilmu fiqh itu, berisikan antara lain teori-teori hukum baik berupa asas-asas hukum,
dalil-dalil atau kaedah-kaedah usul fiqh yang harus digunakan untuk dapat memahami
syari’at itu dengan baik.
Dapat dikatakan bahawa usul fiqh sebagai pengantar dari fiqah, memberikan alat atau sarana
kepada fiqh dalam merumuskan, menemukan penilaian-penilaian syari’at dan peraturan-
peraturannya dengan tepat.
Hukum yang digali dari dalil atau sumber hukum itulah yang kemudian dikenal dengan nama
fiqh. Jadi fiqh adalah hasil dari usul fiqh. Sebuah hukum fiqh tidak dapat dikeluarkan dari
dalil atau sumbernya (nas al-Qur’an dan sunah) tanpa melalui usul fiqh. Ini sejalan dengan
pengertian harfiah usul fiqh, iaitu dasar-dasar (landasan) fiqh.
Misalnya hukum wajib solat dan zakat yang diistimbath dari ayat Al-Qur’an surat al-Baqarah
(2) ayat 43 yang berbunyi:
‫ واقيموا الصالة وءاتواالزكوة‬.......
“dan dirikanlah sholat dan tunaikanlah zakat ...”

Firman Allah diatas berbentuk arahan yang menurut ilmu usul fiqh, arahan pada asalnya
menunjukan wajib selama tidak ada dalil yang merubah ketentuan tersebut ( ‫االصل فى االمر‬
‫)للوجوب‬.
Menurut at-Thahanawi, qawa’id menunjukkan pengertian yang lebih kurang sama dengan
pengertian dasar, qanun (undang-undang), dha’bit (catatan penting) dan maqasid (tujuan),
yang secara umum menurut at-Taftazani kata kaidah menunjuk pada:
‫امر كلى منتبق على جميع جزئياته عند تعرف احكامها منه‬
“Ketentuan yang bersifat umum yang sesuai terhadap semua bahagian-bahagiannya yang
bersifat terpisah, ketika hendak mengetahui ketentuan hukum yang bersifat terpisah tersebut
daripadanya.”
menurut Abu al-Baqa’ al-Kafawi al-Hanafi:
‫قضية كلية من حيث استمالها بالقوة على احكام جزئيات موضوعها‬
“Qadhiyyah kulliyah (kedudukan yang bersifat umum) yang secara asalnya mencakupi semua
ketentuan hukum yang bersifat juz’I yang berada dalam ruang lingkupnya”
Sementara al-jurjani mendefinisikan:
‫قضية كلية منتبقة على جميع جزئياتها‬
Qadhiyyah kulliyah (kedudukan yang bersifat umum) yang dapat diterapkan kepada semua
juz’iyyah nya”
Sedang menurut at-Taftazani:
‫حكم كلي ينتبق على جزئياته ليتعرف ااحكامها منهه‬
“Hukum yang bersifat kulli (umum) yang dapat diterapkan kepada semua juz’iyyahnya yang
dari kaedah tersebut dapat diketahui hukum-hukumnya”
Ilmu fiqh mempunyai pengertiannya, bila kedua kata ini digabungkan menjadi qawa’id fiqh,
maka ia menunjuk pengertian suatu cabang ilmu keislaman dengan definisi sebagai berikut:
Menurut Tajudin As-Subki:
‫االمر كلي الذى ينتبق على جزئياته كثيرة نفهم احكامها منها‬
“ketentuan yang bersifat umum yang dapat diterapkan kepada juz’iyyah yang banyak yang
dengan ketentuan tersebut diketahui hukumnya”
Menurut Musthafa az-Zarqa:
‫اصول فقهية كلية فى نصوص موجزة دسستورية تتضمن احكاما تشريعية عامة فى الحوادث التي تدخل تحت موضوعها‬
KESIMPULAN

Daripada penjelasan di atas dapatlah disimpulkan bahawa al-Quran mempunyai kedudukan


paling tinggi di dalam pengistinbatan hukum Islam, sehinggalah Ia disepakati semua ulama’
sebagai sumber utama hukum Islam. Penjelasan di atas juga menunjukkan bahawa al-Quran
adalah sumber hukum yang pertama dalam ajaran Islam. Adapun sumber-sumber yang lain
merupakan pelengkap dan cabang daripada al-Quran, kerana pada dasarnya sumber-sumber
lain itu akan kembali kepada al-Quran. Bahkan seluruh mazhab dalam Islam turut bersepakat
bahawa al-Quran adalah sumber hukum yang paling utama, dengan kata lain, al-Quran
menduduki tempat yang pertama dari tertib sumber-sumber hukum dalam berhujjah. Al-
Quran dipandang sebagai sumber hukum yang utama dari sumber-sumber yang ada dan tidak
boleh berpindah kepada sumber yang lain kecuali apabila tidak ditemukan penjelasan di
dalamnya
RUJUKAN

1. Masail Fiqhiyyah , Kencana . 2003


2. Rosmawati Ali @Mat Zin. 1997. Pengantar Ulum Al-Quran. Kuala Lumpur: Pustaka
Darul Salam
3. Syafie R .( Ilmu Usul Fiqh )
4. http://mufti.perak.gov.my/images/minda_mufti/2020/artikel/jan/01/usul_fiqh.pdf
5.https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-usul-fiqh/4265-irsyad-usul-al-fiqh-siri-ke-47-hak-
hak-yang-terkait-dengan-suatu-perintah-hukum-syarak

Anda mungkin juga menyukai