Anda di halaman 1dari 48

ISU-ISU MORAL DALAM KALANGAN

PELAJAR MENGIKUT KAUM



OBJEKTIF
1. Menghuraikan isu
isu moral dalam
kalangan pelajar.
3. Mengenal pasti langkah
langkah yang dapat diambil
untuk menangani masalah
moral dalam kalangan pelajar
2. Membincangkan
faktor faktor
berlakunya masalah
moral dalam kalangan
pelajar.

Pada peringkat ini juga, terdapat pelajar
yang mudah terpengaruh dengan masalah-
masalah moral yang berlaku dewasa ini.
Masalah dapat diertikan sebagai suatu
keadaan yang menimbulkan kesukaran,
manakala moral pula adalah kesusilaan,
adab dan tradisi yang menentukan piawai
atau norma kelompok.
Para pelajar mula mencari dan membina
identiti, mencari haluan dan keyakinan diri
agar apa yang diingini tercapai apabila
mereka berada di alam persekolahan.
Salah satu komponen penting dalam
pembangunan insan yang seimbang ialah
tahap perkembangan kemoralan seseorang
individu tersebut (Chang Lee Hoon, 1992).

Masalah moral adalah sesuatu keadaan dimana seseorang
bertingkah laku yang akan menyebabkan timbulnya sesuatu
kesukaran seperti membuli, merokok dan berjudi (Abdul
Rahman Md. Arof, 1999).

Melalui perkembangan moral tersebut,
seseorang akan memperoleh keupayaan
untuk membezakan antara nilai dan
kepercayaan yang perlu untuk interaksi sosial
dan sivik yang bermakna.
Sebagai pelajar, tingkah laku mereka juga
akan berubah apabila mereka mula
bersosialisasi contohnya apabila mereka
berada di luar seperti di sekolah.
Setiap individu akan melalui peringkat
kanak-kanak sehinggalah mereka dewasa,
maka tingkah laku yang diamalkan secara
semula jadi akan berubah kepada tingkah
laku reflektif.
MASALAH MORAL DALAM
KALANGAN PELAJAR
MELAYU
PEMBUANGAN
BAYI
PERGAULAN
BEBAS
PENYALAHGUNAAN
DADAH
MEREMPIT
MEROKOK


Dadah merupakan sejenis bahan kimia
samada asli atau tiruan dan apabila ia
dimasukkan ke dalam tubuh badan secara
disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan
boleh mengubah fungsi tubuh badan
seseorang atau organism dari segi fizikal
atau mental.

Antara jenis dadah yang seringkali diambil
oleh golongan remaja adalah pil kuda,
ectacy, heroin, candu, morfin dan narkotik
(Hussain Habil & Mustafa Ali Mohd,
2003).
Penagihan dadah merupakan masalah
yang semakin meruncing pada hari ini
dan ianya melibatkan golongan remaja
yang masih bersekolah. Remaja
cenderung untuk menagih dadah pada
usia belasan tahun.

Pengambilan dadah secara berlebihan
oleh golongan remaja akan
menyebabkan mereka hilang tumpuan
dalam pelajaran dan lebih teruk lagi
boleh mengakibatkan jangkitan virus
HIV.

Pergaulan bebas membawa maksud satu
bentuk perilaku menyimpang yang mana
bebas yang dimaksudkan adalah
melewati batas-batas norma ketimuran
yang ada.
Walaupun berlatar belakangkan keluarga
yang mempunyai ilmu agama, tetapi arus
kemodenan kini menjadikan pergaulan
bebas sebagai satu trend baru bagi anak
muda.
Remaja adalah individu labil emosinya
kerana tidak terkawal oleh pengendalian
diri yang benar.
Mereka melakukan perbuatan yang
menyimpang daripada nilai-nilai budaya
dan agama ini tanpa memikirkan kesan
kesudahan daripada perbuatan mereka
tersebut.


Hampir setiap hari kita mendengar kes
pembuangan bayi yang berlaku di media cetak
mahupun elektronik. Statistik kes ini
menunjukkan peningkatan yang ketara dari tahun
ke tahun dan bukanlah sesuatu yang boleh
dibanggakan bagi negara Malaysia sebagai
sebuah negara Islam.
Akibat terlalu ghairah mengejar
kenikmatan dunia, ada di kalangan
masyarakat di luar sana yang alpa sehingga
terjebak dengan perbuatan zina sehingga
mengandungkan anak luar nikah.
Kehidupan generasi muda masa kini yang
bertunjangkan keseronokan duniawi telah
mengheret mereka ke kancah pergaulan
bebas tanpa mengira batas-batas agama.
Akibat perbuatan haram pasangan tersebut, bayi
yang tak berdosa menjadi mangsa kezaliman
dunia. pasangan-pasangan yang telah terlanjur ini
mengambil jalan mudah sama ada membuang
bayi yang dilahirkan, menjual bayi atau
menggugurkan kandungan mereka.

Merempit ialah aktiviti pelumbaan
motosikal haram yang dilakukan oleh
individu yang lebih dikenali sebagai mat
rempit manakala Minah Rempit pula
merupakan seorang pelumba perempuan
atau teman wanita Mat Rempit.
Mengikut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), sejak 2001
sehingga Mei 2008, sebanyak 3,182 penunggang motosikal
ditahan kerana pelbagai kesalahan lalu lintas, dan 2,970
daripadanya berusia antara 16 tahun dan 25 tahun.
Tujuan pelajar terlibat dengan aktiviti
merempit adalah untuk mencari keseronokan,
kepuasan, kemasyhuran, wang dan
perempuan. Kepuasan dan keseronokan
untuk melepaskan diri sementara dari tekanan
hidup dan tekanan pembelajaran.



Jenis jenis Aksi Huraian
Wheelie menunggang laju sambil mengangkat tayar di bahagian
depan.
Wikang menunggang sambil mengangkat tayar di bahagian
belakang.
Scorpion menunggang motosikal sambil kaki menghala di
bahagian atas.
Superman menunggang laju sambil terbaring seperti aksi super
Superman .
Pereng bahagian meletak kaki bergesel di jalan raya ketika
menunggang di selekoh.
Perubahan demi perubahan dalam diri
remaja bersama transisi zaman kanak-
kanak ke alam dewasa membawa kepada
pelbagai keinginan untuk mencuba
perkara-perkara yang baru termasuklah
merokok.
Remaja yang mencuba untuk merokok akan
lebih cenderung untuk terus merokok
sehingga dewasa, berbanding dengan
remaja yang tidak mencuba. Ini kerana,
nikotin boleh membawa kepada sindrom
ketagihan yang sama dengan ketagihan
heroin dan kokain.
Usia remaja merupakan fasa yang paling
sensitif kepada permulaan tingkah laku
merokok.
Penggunaan rokok dalam usia remaja
dilihat sebagai tingkah laku yang tidak
asing sebelum remaja tersebut kekal
menjadi perokok apabila dewasa. Risiko
seseorang remaja untuk kekal menjadi
perokok bermula dengan percubaan
pertamanya.

Faktor-faktornya lain termasuklah
tahap pendidikan yang rendah, terdapat
perokok di kalangan ahli keluarga,
sama ada ibu bapa atau adik-beradik
dan terdapat perokok di kalangan rakan
sebaya.
Terdapat tiga peringkat yang membawa
kepada ketagihan nikotin di kalangan
remaja. Peringkat-peringkat tersebut

Permulaan penggunaan bermasalah
(problem use) pergantungan
(depenency)
Hal ini kerana pada usia ini, mereka lebih
suka untuk melakukan apa sahaja kerana
didorong oleh perasaan ingin tahu, bebas
tanpa sebarang halangan dan kongkongan
daripada mana-mana pihak seperti ibu bapa
dan pihak sekolah.
Pada peringkat permulaan, remaja yang
merokok mahu dilihat sebagai seorang yang
berdikari dan bebas untuk melakukan apa
yang disukai.
Para remaja dalam konteks pelajar sekolah
lebih mudah melakukan perbuatan-perbuatan
yang salah dan melanggar etika dan peraturan.
Peringkat yang pertama iaitu
permulaan, merujuk kepada faktor-
faktor yang mempengaruhi dan
mendorong remaja untuk merokok.
Lari Dari
Rumah

Gangsterisme

Ponteng
Sekolah
Melepak

Mencuri
MASALAH
MORAL DALAM
KALANGAN
PELAJAR INDIA


Setiap agama melarang penganutnya
mengingkari dan meninggalkan ibu bapa
sewenang-wenangnya. Sebaliknya,
apabila seseorang itu mengabaikan
ajaran agama akan menyebabkan mereka
lebih terdedah kepada pengaruh luar
sehingga terjebak kepada masalah lari
dari rumah.
Masalah ini menjadi satu
gejala yang begitu sukar
untuk dibendung malah
semakin berleluasa di
kalangan anak-anak
mahupun pelajar
sekolah.
Kebanyakan pelajar terikut-ikut
dengan perangai rakan karib
mereka. Seandainya rakan mereka
suka berfoya-foya malah mereka
cukup mudah untuk turut berfoya-
foya bersama rakan-rakan tanpa
memikirkan kesan baik dan
buruknya.
Salah satu masalah moral
yang berlaku dalam
kalangan pelajar India
ialah lari dari rumah.
Remaja lari dari rumah
merupakan satu masalah
yang baru di kalangan
masyarakat kita hari ini.
Masalah akan timbul apabila hubungan
tidak direstui oleh ibu bapa. Untuk
menghadapi masalah ini, mereka
mengambil jalan mudah, iaitu lari dari
rumah. Di samping itu, ada juga gadis lari
dari rumah kerana terpengaruh dengan janji
manis pasangan yang sebenarnya ingin
memperdayakan mereka.
Terdapat juga golongan
remaja yang melarikan diri
lari dari rumah kerana
mengikut kekasih. Dunia
remaja penuh dengan
emosi dan ramai antara
remaja kini terlalu
mengikut perasaan.
Sesetengah ibu bapa yang tidak
mempunyai pegangan agama gagal
mendidik anak mereka mentaati
ajaran agama. Apabila berlaku
krisis dalam keluarga, anak-anak
akan mengambil keputusan untuk
melarikan diri dari rumah.
Terdapat slogan-slogan retorik yang
membakar semangat kejantanan mereka
seperti anak jantan pantang dicabar!!
dan persatuan tentang salah laku ini
memperlihatkan ketidakmatangan segelintir
pelajar atau golongan muda yang terlibat
dengan budaya gangsterisme.
Pelajar-pelajar ini akan melakukan
tindakan-tindakan ganas yang bercorak
anti sosial. Mereka yang terlibat dengan
budaya ini sering bergaduh dan
menyebabkan kekecohan berlaku. Selain
itu, budaya ini semakin berleluasa di
sekolah tanpa mengira masa dan tempat.
Kegiatan memeras ugut dan
melakukan konfrontasi secara
fizikal dan mental dengan pihak-
pihak yang lemah juga merupakan
kegiatan gangsterisme.
Gangsterisme merupakan tingkah
laku yang melanggar norma-
norma sosial dan undang-undang
dalam masyarakat seharian.
Secara amnya, pelajar akan
menubuhkan kumpulan masing-
masing yang akan diketuai oleh
seorang ketua yang boleh
diharapkan.
Kegiatan ini sudah tentu tidak akan dilakukan
secara berseorangan, ianya dilakukan secara
berkumpulan, kerana setiap kali mereka
berada dalam satu kumpulan maka mereka
akan merasakan mereka begitu gagah
dihadapan orang lain.
Selain itu, mereka yang terlibat dengan
masalah ponteng sekolah mempunyai
hubungan yang tidak baik dengan guru
dan rakan-rakan yang lain.
Abdullah Sani Yahaya (2005) menjelaskan gejala ponteng ini
adalah merujuk kepada tindakan seorang pelajar yang tidak
mengikuti sesuatu pelajaran pada waktu sepatutnya pelajar itu
wajib mengikutinya di dalam bilik darjah. Mereka akan
berkumpul sebelum waktu persekolahan atau kelas bermula
dan mengambil keputusan untuk tidak masuk ke dalam
kawasan sekolah sebaliknya menghabiskan masa di cyber cafe
atau pusat membeli belah.
Menurut Kamus Dewan
Edisi Keempat (2005),
ponteng didefinisikan
sebagai suatu tingkah laku
lari dari tanggungjawab
dan kebenaran yang telah
ditetapkan.
Mereka sering disisihkan dan dipulaukan
oleh rakan-rakan yang kaya dan bijak.
Selain itu, mereka juga
mudah terpengaruh oleh
jiran tertangga, rakan
sebaya dan lain-lain yang
berada di sekeliling
mereka
Masalah ini sering berlaku kerana
pelajar-pelajar berasa bosan
dengan pengajaran dan
pembelajaran di sekolah.

Tekanan yang dihadapi pelajar semasa di sekolah
kerana tumpuan terpaksa diberikan dalam
akademik serta guru yang kurang profesional
dalam menangani masalah pelajar yang
bermasalah akhirnya menyebabkan pelajar
mengambil jalan mudah untuk keluar daripada
masalah itu dengan terlibat dengan kegiatan-
kegiatan yang kurang sihat.
Usia remaja merupakan medan
pelajar untuk memberontak dan
melakukan perkara yang di
larang kerana mereka berasa
bahawa perkara yang dilarang di
anggap satu cabaran yang perlu
disahut.
Kadang-kadang setiap
perbuatan disebabkan
pengaruh dengan rakan-rakan
dan sehingga mendorong
remaja menyertai bersama
dengan geng lepak.
Ini amat ketara apabila
kita melihat di kawasan
sekitar sekolah yang
mempunyai kemudahan
yang cukup lengkap
seperti pusat membeli-
belah, siber kafe, dan
sebagainya.
Suasana yang bosan serta kurang efektif di
sekolah menyebabkan ramaja atau pelajar
sekolah mudah terpengaruh dengan gejala
ponteng seterusnya lepak di kawasan-
kawasan yang tidak sesuai dan boleh
menyebabkan masalah sosial lain pula
timbul contohnya dadah, merokok, mencuri
dan sebagainya.
Masa terluang juga tidak
digunakan dengan perkara
yang berfaedah.
Biasanya mereka melepak kerana
kurang mendapat perhatian
daripada pihak sekolah serta
mereka berasa tersisih dalam
keluarga. Pengaruh sekolah
penting dalam pembentukan
akhlak remaja.
Masalah ini juga merupakan masalah
yang sering berlaku dalam kalangan
pelajar di sekolah tanpa mengira kaum
kerana kegiatan ini mudah dilakukan
oleh sesiapa sahaja.
Mencuri juga merupakan
masalah moral yang
melibatkan pelajar india.
Kegiatan ini bukan sahaja
menjejaskan pelakunya
tetapi turut menyusahkan
orang lain terutamanya
terhadap rakan-rakan dan
guru-guru.
Kegiatan memcuri merupakan
salah laku moral yang
dimaksudkan dengan mengambil
hak dan barang orang lain tanpa
pengetahuan dan izin secara
sengaja.
MASALAH
MORAL DALAM
KALANGAN
PELAJAR CINA
Buli
Judi

Vandalisma

Arak
Ciri-ciri fizikal yang terdapat pada
pembuli ialah bertubuh besar, tegap dan
tinggi.
Kes buli ini melibatkan sekumpulan
pelajar dan biasanya usia mereka adalah
sebaya.
Selain itu, ada maksud lain yang menyatakan
bahawa buli bermaksud tingkah laku agresif
sama ada dalam bentuk fizikal atau
psikologikal yang dilakukan secara berulang
kali ke atas mangsa dan ia bertujuan
mendatangkan perasaan tidak selesa, aman,
tenteram dan harmoni.
Secara keseluruhannya, perbuatan
membuli merupakan perbuatan yang
tidak baik serta boleh membuatkan
orang lain boleh menjadi mangsa
serta boleh mendatangkan
ketidakselesaan kepada orang lain.
Kes buli membawa maksud masalah
yang meliputi kegiatan seperti
memeras ugut, menghina,
mengejek, menumbuk, memaki dan
sebagainya yang dilakukan oleh
seseorang terhadap pemangsanya.
Buli ini bertujuan untuk
menunjukkan kekuatan masing-
masing dengan mengasari orang
yang lemah.
Membuli ini sebenarnya adalah satu
cara untuk menghilangkan rasa bosan
di sekolah.
Kejayaan membuli pelajar junior akan
menunjukkan mereka kuat, berkuasa
dan tidak mudah digertak.
Manakala, pelajar yang
sering menjadi mangsa
buli ialah kebiasaannya
bertubuh kecil, pelajar
yang kerap dipuji oleh
guru akan menjadi sasaran
dan juga pelajar baru di
sekolah
Memang tidak
boleh dinafikan
bahawa dewasa ini,
kes buli yang
berlaku di sekolah
semakin berleluasa
dan menjadi-
menjadi terutama
dalam kalangan
pelajar Cina.
Sebagai contoh, kejadian mencuri klip besi bagi
mengikat landasan kereta api di sepanjang laluan
Keretapi Tanah Melayu dari utara hingga selatan. Hal
ini amat merunsingkan pengguna perkhidmatan ini
kerana sejak dahulu lagi mereka telah memanfaatkan
kereta api sebagai salah satu pengangkutan awam yang
selamat.
Vandalisme juga merujuk kepada
penambahan, penghapusan, atau
pengubahan dengan sengaja.
Pada lazimnya, vandalisme dianggap
sebagai satu bentuk jenayah, tetapi
pada keadaan tertentu, vandalisme
merupakan satu bentuk ritual yang
dilakukan oleh segolongan remaja
yang tidak merasa berpuas hati
terhadap keadaan masyarakat.
Perkataan vandalisme berasal daripada
nama sebuah puak di Eropah iaitu 'vandal'
yang telah membinasakan kota Rome pada
kurun ke-5. Vandalisme seringkali dirujuk
kepada perbuatan merosakkan harta benda
awam seperti kerusi, telefon dan tandas
awam.
Vandalisme biasanya merujuk kepada
perbuatan merosakkan harta benda
awam seperti papan tanda, telefon
awam, kerusi, dinding dan juga
tandas awam.
STATISTIK KES VANDALISME ANTARA TAHUN
2001 2007 DI MALAYSIA
Perlakuan ingin mencuba ini perlu
dibendung agar ianya tidak membawa
kepada penagihan. Paling ditakuti adalah
pengambilan alcohol murah dan
fenomena ini sesuatu yang perlu
dipandang serius daripada semua pihak.
Pertubuhan Kesihatan
Sedunia atau WHO telah
meletakkan Malaysia
sebagai negara ke 10
tertinggi di dunia dalam
jumlah pengambilan
atau minum arak oleh
rakyatnya.
Rakyat negara ini membelanjakan
RM1.5 bilion untuk arak setahun.
Ini adalah perkara yang amat
serius tetapi tidak diambil berat
oleh banyak pihak untuk
membendungnya, demikian
laporan Harakahdaily.net dan
akhbar The Star 23 Mei 2011.
Ketagih arak juga
merupakan salah satu
masalah moral yang
sering berlaku dalam
kalangan pelajar-pelajar
Cina.
Kenyataan bahawa pelajar Cina banyak
terlibat dalam pengambilan arak ini
dikukuhkan lagi dengan kajian yang telah
dibuat bahawa satu pertiga yang ketagih
arak ialah 61 peratus adalah Cina, 60
peratus India dan 30 peratus Melayu.
Hal ini berkemungkinan
bahawa judi ini
sememangnya satu cara
yang amat mudah bagi
mereka untuk
memperolehi wang.
Selain perjudian di
kasino dalam talian,
terdapat juga penjudi
muda serendah usia 13
yang bertaruh keputusan
perlawanan bola sepak
di sekolah.
Presiden Pusat Pemulihan Penjudi
Malaysia, David Chiang berkata
golongan muda yang berjudi
menunjukkan 'trend'
membimbangkan, dengan
sebahagian daripadanya sudah
menjadikannya sebagai tabiat
ketika berumur 15.
Masalah judi ini sering
kali diperkatakan oleh
masyarakat kerana saban
hari makin serius
masalahnya.
Golongan yang berjudi
kini terdiri daripada
golongan yang lebih muda
dengan jumlah mereka
yang mencuba nasib
berjudi di internet
semakin meningkat.
Sebab yang lain ialah
sesiapa yang dapat berjudi
di kasino dalam talian
kerana mereka boleh
meminjam kredit daripada
broker dalam talian, yang
menawarkan perkhidmatan
mereka di laman web.
Jika penjudi remaja
kehilangan kredit, broker
akan membayar dahulu
kepada kasino dalam
talian dengan kad kredit.
Remaja itu perlu
membayar balik kepada
broker dalam bentuk wang
tunai.
Beliau juga mendedahkan bahawa
kira-kira 80 peratus kes-kes
perjudian melibatkan kaum Cina,
dengan baki 20 peratus bagi kaum-
kaum lain.


Faktor yang
Mempengaruhi
Masalah Moral
Pelajar
Faktor
Masyarakat
Faktor diri Sendiri
Faktor Pengaruh
Media Massa dan
Persekitaran
Faktor Sekolah
Faktor Kekurangan
Didikan Agama
Faktor Pengaruh
Rakan
Faktor Keluarga

Faktor diri sendiri merupakan salah
satu faktor yang mendorong
masalah moral berlaku.
Para pelajar tidak mempunyai
perkembangan yang baik dalam
aspek kognitif, afektif dan
psikomotor.
Perasaan ingin mencuba yang
ada dalam diri pelajar
menyebabkan mereka terlibat
dengan masalah moral.
Apabila mereka berjaya
melakukan perkara tersebut,
mereka akan berasa bangga.
Mereka akan dilihat sebagai lebih
matangdan dewasa daripada rakan
yang lain.
Teknik pengajaran yang tidak menarik
menyebabkan pelajar cepat berasa bosan.
Mereka akan mengambil keputusan untuk
tidak masuk ke kelas. Bagi mereka tiada
gunanya mereka meneruskan pelajaran
sedangkan mereka tidak faham tentang
apa yang disampaikan oleh guru.
Masalah moral juga terjadi apabila
terdapat pelajar yang mempunyai
tekanan dalam hidupnya. Mereka
yang mempunyai masalah dengan
keluarga dan pihak sekolah akan
mengambil keputusan untuk lari
dari rumah untuk melepaskan
tekanan.
Pelajar yang terlibat dengan salah
laku moral juga pada kebiasaannya
mempunyai masa lapang yang tidak
diisi dengan perkara yang berfaedah.
Kekurangan nilai-nilai murni
dalam diri menyebabkan
pelajar mudah terjebak dengan
masalah moral. Namun, jika pengetahuan ini
tidak diambil dan diiterapkan
dalam diri masing-masing, maka
berlakulah masalah salah laku
dalam kalangan pelajar tanpa
mengira agama dan bangsa.
Pelajar ini juga tidak melibatkan
diri dengan aktiviti yang dirancang
oleh pihak sekolah seperti aktiviti
kokurikulum pada waktu petang.

Keluarga yang mempunyai masalah
seperti penceraian ibu bapa juga
mendorong kepada berlakunya masalah
moral terhadap anak-anak.
Apabila seseorang mempunyai
masalah dengan keluarga maka
tumpuan terhadap pembelajaran
mereka akan terjejas.
Kekurangan kasih sayang dan
perhatian daripada ibu bapa
menyebabkan remaja berasa
diri mereka telah diabaikan.
bu bapa pada masa kini sering
mengabaikan tanggungjawab
mereka dan melepaskan
tanggungjawab mendidik kepada
guru dan pihak sekolah sahaja.
Mereka hanya sibuk dengan tugas
kerja dan ingin mengejar
kemewahan semata-mata.
Keluarga merupakan satu
institusi yang terbentuk
kerana adanya ikatan
perkahwinan yang sah dan
mempunyai pertalian
darah.

Ibu bapa yang sering bertengkar di hadapan
anak-anak juga menyebabkan anak-anak
tertekan dan mengambil keputusan untuk
meninggalkan rumah. Kekecewaan terhadap
keluarga atau persekitaran menyumbang
kepada tingkah laku yang tidak baik bagi
mencapai maksud luahan hati mereka.
Pelajar juga mudah
terlibat dengan masalah
moral kerana disebabkan
oleh faktor status ekonomi
keluarga. Bagi keluarga
yang berpendapat rendah,
ibu bapa tidak mampu
untuk memenuhi semua
permintaan daripada anak-
anak.

Sikap ibu bapa yang tidak
mengambil berat tentang perlakuan
dan tingkah laku menyebabkan
anak-anak terlibat dengan masalah
moral. Kebebasan yang diberikan
oleh ibu bapa terhadap anak-anak
juga disalah ertikan.


Terdapat ramai pelajar atau remaja yang
mengatakan bahawa mereka tidak suka
untuk berkongsi masalah dengan ibu bapa
terutama sekali masalah yang berkaitan
dengan masalah peribadi.
Hal ini kerana, mereka beranggapan
bahawa komunikasi antara mereka dan ibu
bapa lebih bersifal formal.
Pelajar juga sanggup melakukan apa sahaja
untuk mendapatkan kasih sayang kerana
takut diri mereka ditinggalkan
Peringkat remaja merupakan peringkat dimana
pelajar lebih bersosial dan berkawan. Masa
mereka lebih banyak digunakan di luar seperti
di sekolah. Hal ini demikian menyebabkan
mereka lebih menghabiskan masa dengan
rakan-rakan di sekolah.
Mereka lebih percayakan rakan untuk menyelesaikan masalah
yang mereka hadapi. Rakan yang juga mempunyai masalah
moral akan menyebabkan mereka lebih mudah terpengaruh
dengan pelbagai masalah.
Perkembangan sosial individu perlu
mendapat perhatian dan sokongan daripada
pihak tertentu. Apabila mereka pandai
memilih rakan yang baik, maka
perkembangan sosial juga akan menjadi baik.
Jika mereka tidak melakukan perkara yang
disuruh rakan, mereka akan dipulaukan. Di
samping itu, pelajar juga menggunakan
rakan untuk mengisi rasa kasih sayang
yang kurang diberikan oleh ibu bapa
kepada mereka.
Rakan merupakan seseorang yang paling rapat
dengan seseorang. Seperti yang dapat kita lihat
pada hari ini, masalah moral pelajar berlaku
apabila terdapat rakan mereka juga melakukan
perkara yang sama seperti merokok dan
ponteng sekolah.

Kekurangan didikan agama juga
merupakan punca berlakunya masalah
moral dalam kalangan pelajar tanpa
mengira kaum.

Ibu bapa mempunyai peranan penting dalam memberikan ilmu agama
kepada anak-anak. Menurut Haron Din (2007), ajaran agama yang kuat dapat
menjadi benting pertahanan dalam diri anak-anak supaya mereka tidak
mudah terjebak dengan masalah moral apabila mereka berada di sekolah
atau di luar kawasan rumah.

Hal ini kerana, didikan agama hanya diberikan
dengan kaedah pelajar menghafal bukan untuk
memahami ilmu tersebut. Para pelajar mungkin akan
mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan,
namun mereka langsung tidak memahami maksud
ajaran tersebut dan tidak diamalkan dalam
kehidupan seharian. Oleh itu, mereka akan mudah
terlibat dengan masalah moral seperti pergaulan
bebas ataupun penagihan dadah.

Hubungan antara ibu bapa dan guru
sepatutnya dipupuk menerusi Persatuan Ibu
Bapa dan Guru (PIBG).
Apabila terdapat pelajar yang terlibat
dengan masalah moral seperti merokok dan
ponteng sekolah, guru seharuslah
memberitahu ibu bapa tentang masalah
tersebut.
Tingkah laku moral juga berlaku apabila
guru tidak menjalankan tugas mereka
dengan baik. Mereka seolah-olah tidak
nampak masalah yang berlaku dan hanya
membiarkan sahaja masalah itu terjadi.
Sekolah merupakan tempat di mana pelajar
akan memperoleh pendidikan formal
daripada guru.

Masalah moral sering berlaku kerana terdapat
sesetengah guru yang tidak berbincang secara terperinci
tentang masalah pelajar di sekolah bersama ibu bapa
mereka.

Matlamat sekolah adalah untuk mendidik
generasi muda ke arah pembangunan bangsa
yang lebih maju dan berhemah tinggi dan
menyediakan suasana alam persekitaran yang
sihat.
Di samping itu, sekolah yang tidak
menekankan mutu pembelajaran yang
berkualiti akan menyebabkan remaja yang
tamat persekolahan mudah terjebak dengan
tingkah laku yang tidak sihat (Suppiah
Nachiappan et al., 2012).
Guru merupakan contoh teladan yang baik
kepada pelajar. Jika guru mempunyai sikap
yang tidak baik, maka pelajar akan
mencontohi guru tersebut. Apabila pelajar
melihat guru merokok, pelajar juga akan
terlibat dengan masalah rokok.
Apabila hal ini berlaku, maka akan timbul
masalah moral seperti gengsterisme, vandalisme
dan merokok dalam kalangan pelajar. Menurut
Abdul Rahman Md. Arof (1999), masalah moral
dan tingkah laku juga terjadi akibat daripada
pesekitaran mereka.
Lantaran itu, mereka sering
membuang masa dengan
melepak di pusat membeli-
belah, pusat permainan
video dan secara tidak
langsung akan
menyebabkan berlakunya
masalah pergaulan bebas.
Pada era globalisasi hari ini,
kemudahan teknologi iaitu internet
telah banyak mendatangkan
masalah kepada para pelajar
(Utusan Malaysia, Isnin, 23 Ogos,
2004). Hal ini demikian kerana,
maklumat mudah diperoleh tanpa
mengira masa dan tempat.
Terdapat sesetengah pelajar yang
menyalahgunakan kemudahan
teknologi yang sedia ada.
Pengaruh media massa
sentiasa menjadi pilihan
para pelajar apabila mereka
mempunyai masa lapang.
Perilaku mereka juga
mudah terbentuk kerana
mereka yang masih mentah
mudah terikut-ikut dengan
perilaku yang dilihat.
Mereka sering melayari laman sesawang
untuk menonton video, gambar lucah,
filem yang memaparkan aksi-aksi ganas
dan perlakuan yang tidak bermoral.



Masyarakat pada hari ini tidak
mengambil peduli terhadap masalah
moral yang berlaku disekeliling mereka.
Tambahan pula apabila masalah ini
berlaku dalam kalangan kaum yang
berlainan
Di samping itu, masyarakat yang tidak
mahu menerima pelajar atau remaja yang
pernah terlibat dengan masalah moral
seperti dadah dan pembuangan bayi akan
menyebabkan remaja berasa tidak dihargai.
Sebagai contoh, apabila mereka melihat
masalah dadah berleluasa yang melibatkan
kaum melayu, kaum cina dan india akan
membiarkan sahaja. Mereka tidak mahu
digelar sebagai masyarakat yang sibuk
mengambil tahu hal orang lain.
Justeru, mereka akan mengulangi
masalah tersebut kerana tidak mendapat
sokongan daripada semua pihak. Mereka
juga sering dihina dan dipulaukan oleh
masyarakat kerana terlibat dengan
masalah tingkah laku ini.
Langkah-Langkah yang Dapat
Diambil untuk Mengatasi Masalah
Moral Pelajar
Peranan
Keluarga
Pendidikan Iman
sebagai Asas
Akhlak
Peranan Sekolah
Penapisan
Media Massa
Peranan
Masyarakat
hubungan kekeluargaan
yang erat juga mampu
membendung serangan
penagihan dadah dari terus
masuk ke dalam keluarga
(Hussain Habil & Mustafa
Ali Mohd, 2003).
ibu bapa perlu memantau serta
member perhatian yang sepenuhnya
terhadap rakan-rakan yang menjadi
sahabat-sahabat anak-anak
ibu bapa perlu sedar
tentang peranan mereka
terhadap pembentukan
sahsiah anak-anak. Anak-
anak harus dididik dengan
sempurna supaya menjadi
insan beretika dan dapat
memberikan manfaat
kepada masyarakat.
Keprihatinan ibubapa tentang hal ehwal disiplin dan pencapaian
akademik anak-anak disekolah dapat menyekat mereka daripada
terlibat dengan melakukan kegiatan yang tidak bermoral yang
mana sering berlaku dalam kalangan anak-anak remaja sekarang
dan mereka leka dalam menumpukan perhatian kepada
pelajaran. Oleh itu, kerjasama yang erat daripada ibubapa juga
amat penting dijalinkan dengan pihak sekolah di tempat anak-
anak belajar.
Di samping, ibu bapa perlu
memainkan peranan dalam
membesarkan anak menjadi
seseorang yang bermoral dan
bersahsiah mulia. Anak-anak
ibarat kain putih, ibu bapalah
yang mencorakkannya.
Jadikan sabda Iman Al-
Ghazali sebagai iktibar , iaitu
mendidik anak-anak umpama
menanam biji benih. Ianya
mesti dibajai, disirami dan
dimanja dengan penuh kasih
sayang, agar membesar
dengan subur dan
mengeluarkan hasil.

latar belakang rakan anak-anak juga
perlu diselidik dengan teliti. Jalinan
hubungan yang baik ini akan
melahirkan rasa tanggungjawab yang
ikhlas untuk saling memantau gerak-
geri anak-anak masing-masing.
Seterusnya, dapat menyelamatkan
anak-anak daripada fenomena negatif
ini menular dalam kehidupan
keluarga.
Menurut Chang Lee Hoon (1992), pelajar-pelajar
boleh dididik untuk menjadi lebih
bertanggungjawab dalam mementingkan akademik
mereka dan menolak kegiatan yang tidak bermoral
berlaku di sekolah seperti vandalisme amnya
supaya mereka bersyukur serta menghargai
kemudahan-kemudahan awam yang disediakan.

Di samping itu, pihak sekolah juga boleh
menganjur serta mengadakan ceramah
kesedaran kepada pelajar-pelajar yang
kurang cakna dalam penghajatan hidup dan
mudah terjebak dengan kegiatan yang tidak
bermoral ini.

Selain itu, melalui ibu bapa juga adalah satu inisiatif
terbaik dalam membendung masalah disiplin pelajar.
Ini kerana dengan mengadakan mesyuarat Persatuan
Ibu bapa dan Guru (PIBG) boleh digunakan oleh
pihak sekolah untuk menggalakkan para ibu bapa
membantu dalam mengukuhkan nilai-nilai yang
diajar kepada anak-anak mereka di sekolah.

Selain mengadakan ceramah, guru dan pihak
sekolah juga boleh menganjurkan perkhemahan
seperti KEM JATI DIRI yang mana ia
boleh membawa manfaat serta kebaikan kepada
pelajar-pelajar untuk mereka rasa lebih
berdisiplin dan seterusnya boleh membendung
mereka dalam melakukan kegiatan yang tidak
bermoral.

Di samping itu, dalam ajaran agama lain
seperti Hindu, Buddha dan Kristian, mereka
juga menitikberatkan tentang nilai-nilai
moral dalam kalangan masyarakat mereka.
Sebagai contoh, menurut kepercayaan
agama Hindu, setiap perbuatan yang
dilakukan oleh manusia didalam
kehidupannya di atas muka bumi ini akan
menerima pembalasan sama ada yang baik
ataupun jahat.
Justeru, akhlak Islam mampu menangani
setiap permasalahan dan membimbing
pelajar ke arah jalan benar dan membawa
kebahagiaan serta keselamatan hidup jika
dipraktikkan dengan betul dan sebenarnya.
Pendidikan merupakan salah satu cara untuk
mencorak manusia menjadi seseorang yang
beriman. Iman adalah asas kepada akhlak
Islam (Haron Din, 2007).
Di samping itu, dalam ajaran agama lain seperti Hindu, Buddha
dan Kristian, mereka juga menitikberatkan tentang nilai-nilai
moral dalam kalangan masyarakat mereka. Sebagai contoh,
menurut kepercayaan agama Hindu, setiap perbuatan yang
dilakukan oleh manusia didalam kehidupannya di atas muka bumi
ini akan menerima pembalasan sama ada yang baik ataupun jahat.
Selain itu, dengan menyuburkan amalan
keagamaan dalam kalangan pelajar, mereka
dapat membentuk tingkah laku serta
memelihara peribadi yang mulia (Noraini
Ahmad, 1994).
Ini kerana akhlak Islam mengaitkan teori
dengan amalan. Ruang lingkup akhlak dalam
Islam yang meliputi setiap aspek kehidupan
manusia bertujuan memelihara keselamatan
agama, jiwa, akal, keturunan dan harta.
Dalam akhlak Islam khususnya iaitu yang
bertunjangkan akidah merupakan asas kukuh
dalam melahirkan para pelajar yang benar-
benar beriman, berilmu dan beramal
mengikut apa yang digariskan oleh syariat.
Sehubungan dengan itu, pihak media perlulah cakna dan
prihatin dalam menayangkan rancangan-rancangan
seperti rancangan yang dapat memberikan input-input
yang berguna kepada masyarakat serta memberi impak
yang berkesan kepada anak-anak remaja pada hari ini
daripada mengutamakan keuntungan dan kepentingan
syarikat masing-masing dengan menayangkan cerita-
cerita yang berunsur ganas, lucah, licik
Pada era globalisasi hari
ini, perkembangan
teknologi maklumat dan
komunikasi khususnya
internet yang dikenali
sebagai lebuhraya
maklumat dan dunia tanpa
sempadan merupakan
penyumbang kepada salah
laku pelajar.
Hal ini demikian setiap tingkah laku yang ditunjukkan dalam
media massa seperti media elektronik ini menyebabkan mereka
anak-anak pelajar akan berfikir bahawa setiap apa yang dilihat
itu adalah satu perbuatan yang seharusnya dilakukan dan
menganggap ia sebagai lumrah bagi kehidupan.
para pelajar akan meniru
tingkahlaku tersebut dan
mereka merasakan perasaan
ingin mencuba sesuatu yang
baru.
Sekiranya kawalan dan tapisan
ini tidak dilaksanakan dengan
baik maka segala usaha yang
dilakukan oleh pihak sekolah
dan ibu bapa untuk menangani
masalah ini menjadi sia-sia.
Pusat Penapisan Filem Negara
haruslah lebih memberi penekanan
kepada penapisan cerita-cerita yang
mengandungi unsur keganasan seperti
filem KL drift, rempit, bohsia dan
sebagainya.
Selain itu, masyarakat juga perlu memberi nasihat
dan menegur sikap seseorang yang tidak bermoral
khususnya dalam kalangan pelajar mengikut kaum-
kaum di Malaysia, andai mereka melakukan kegiatan
yang tidak bermoral di hadapan khalayak ramai
seperti mencuri atau gengsterisme di tempat-tempat
awam.
Selain itu, masyarakat juga
boleh mengadakan aktiviti-
aktiviti kemasyarakatan yang
melibatkan para pelajar sekolah
dan para belia agar masa
terluang mereka dapat diisi
dengan perkara-perkara yang
lebih bermanfaat.
Masyarakat juga perlu
memainkan peranan
dengan mengambil berat
antara satu sama lain dan
bertegur sapa agar gejala
ini boleh berkurangan
sedikit demi sedikit.
Hal ini membolehkan
mereka menjauhi gejala
yang tidak sihat dan
boleh memberikan
kesan buruk kepada diri
mereka sendiri.
Beban menyedarkan rakyat
tentang bahayanya melakukan
gejala sosial atau perbuatan
yang tidak bermoral sewajarnya
tidak hanya digalas oleh pihak
kerajaan semata-mata.
Selain itu, masyarakat juga boleh
mengadakan aktiviti-aktiviti
kemasyarakatan yang melibatkan
para pelajar sekolah dan para belia
agar masa terluang mereka dapat diisi
dengan perkara-perkara yang lebih
bermanfaat.

Keruntuhan akhlak remaja pada masa ini
akan memberikan kesan yang sangat besar
dalam masyarakat mahupun dalam
pembinaan Negara bangsa.
Selain itu, punca pengaruh rakan, kekurangan
didikan agama, pengaruh media massa, pandangan
masyarakat juga diketengahkan dalam
mengenalpasti penglibatan pelajar dalam masalah
moral hari ini.
Ternyata masalah moral tidak hanya berlaku
terhadap kaum tertentu sahaja.
Masalah ini boleh terjadi kepada pelajar
yang terdiri daripada kaum melayu, india
dan cina.
Hal demikian kerana, remaja merupakan aset utama dalam
pembangunan Negara. Apabila semua pihak bekerjasama
dalam menangani masalah ini, akan lahirlah remaja yang
mempunyai akhlak mulia.
Masalah moral yang berlaku pada masa kini
adalah masalah secara nasional.
Justeru, semua pihak haruslah bersama-sama
berganding bahu untuk menangani masalah
ini daripada terus berleluasa.
Kita dapati bahawa salah satu punca
pelajar terlibat dengan masalah moral
adalah berpunca daripada keluarga yang
mempunyai masalah atau berkrisis. Oleh
itu, pembinaan keluarga yang harmoni
dapat membantu menangani masalah ini.
Kita dapati bahawa salah satu punca pelajar
terlibat dengan masalah moral adalah berpunca
daripada keluarga yang mempunyai masalah
atau berkrisis. Oleh itu, pembinaan keluarga
yang harmoni dapat membantu menangani
masalah ini.

Anda mungkin juga menyukai