Anda di halaman 1dari 8

Apakah langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil oleh seseorang penyelaras makmal komputer sekolah? Bincangkan.

1.0

Pengenalan

Menurut Mohd Yusof (1997), usaha untuk memperkenalkan teknologi komputer ke dalam bilik darjah melalui makmal komputer adalah satu inovasi baru. Penggunaan komputer dalam sistem pendidikan di Malaysia telah menukar corak pendidikan yang biasanya berbentuk

konvensional. Komputer yang digunakan sebagai alat dalam pengajaran dan pembelajaran telah banyak memudahkan tugas-tugas guru yang semakin hari semakin mencabar. Menurut Tengku Zawawi (1997), penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran melibatkan beberapa aplikasi seperti pemprosesan data, hamparan elektronik, pangkalan data, multimedia dan internet. Pada masa kini, penggunaan komputer merujuk kepada penggunaan perisian multimedia dan rangkaian internet yang menghubungkan berjuta-juta komputer di seluruh dunia. Penggunaan teknologi ini dapat dilihat dari tiga aspek yang utama iaitu pengajaran guru, pengurusan dan pembelajaran. Bidang pengurusan makmal komputer pula menekankan beberapa aspek yang harus diberi perhatian khusus seperti keselamatan komputer daripada segi perkakasan dan perisian, keselamatan pengguna dan peraturan makmal komputer. Pengurus makmal komputer perlu sentiasa memastikan aspek-aspek pengurusan ini diikuti dan diamalkan oleh pengguna makmal komputer pada setiap masa.

2.0

Peranan Penyelaras Makmal Komputer

Mulai tahun 2003, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membina makmal komputer menerusi program rintis bestari. Program pembestarian sekolah ini melibatkan penyelarasan inisiatif Interactive Computer Technology (ICT) utama KPM iaitu Makmal Pengkomputeran, Akses Internet Jalur Lebar SchoolNet dan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik

dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Sebanyak 4,931 makmal komputer sekolah di seluruh negara siap dan beroperasi sepenuhnya sehingga September 2005 berbanding 5,435 makmal yang dirancang untuk Rancangan Malaysia Kelapan (RMK- 8) ke arah mencapai matlamat KPM untuk program perkomputeran sekolah-sekolah Malaysia. Penyelaras Makmal Komputer sebenarnya adalah satu jawatan yang diberikan kepada individu yang ditugaskan untuk mengurus makmal dalam aspek-aspek yang ditentukan oleh pihak sekolah. Dengan pembangunan insfrastruktur makmal komputer yang semakin meningkat, keperluan mendapat penyelaras bagi makmal-makmal tersebut juga bertambah. Sebagai penyelaras, ada banyak tugas yang perlu dilaksnakan di dalam mengurus makmal komputer. Di antaranya termasuk memastikan peraturan dalam makmal dipatuhi, menyediakan langkah-langkah keselematan dalam makmal dan menyenaraikan keperluan makmal dari semasa ke semasa.

3.0

Langkah-langkah Keselamatan

Makmal komputer di sekolah secara umumnya terbahagi kepada dua bahagian aspek keselamatan iaitu keselamatan alat komputer dan keselamatan pengguna terutama pelajar. Keselamatan alat komputer adalah pengurusan dan jagaan terhadap alat-alat atau pun komponen komputer yang berkait dengan komputer yang perlu dipelihara dan dijaga dengan baik. Polisi keselamatan ini perlu sebagai garis panduan agar aspek-aspek keselamatan di dalam makmal dapat dikawal.

3.1

Peralatan

Menurut Abu Hassan (2001), pelajar sering tidak didedahkan dengan teknik yang betul mengendalikan alat. Berdasarkan hakikat itu, penyelia bertanggungjawab memastikan tidak ada individu yang memasang atau membaiki sendiri komputer atau peralatan yang ada tanpa

kebenaran dan penyeliaan penyelaras. Pemasangan perisian pihak ketiga seperti screen servers, perisian utility turut dilarang untuk mengelakkan perubahan konfigurasi sistem. Hal ini kerana perubahan yang dilakukan mungkin akan menjejaskan aplikasi yang dipasang. Selain itu, penyelaras makmal komputer perlu memastikan pelayan atau perkakasan rangkaian yang telah dipasang tidak dimatikan supaya operasi tidak terganggu. Begitu juga dengan penghawa dingin yang mesti sentiasa dihidupkan di Bilik Pelayan supaya tahap kepanasan dan pemeluwapan tidak berlaku. Penyelaras juga perlu menjaga agar individu tidak membuka atau mengalih perkakasan dari tempat asal tanpa penyeliaan Penyelaras Makmal untuk mengelakkan kerosakan disebabkan oleh salah pengendalian.

3.2

Plan kecemasan

Pelan pengosongan bangunan perlu dipamerkan dalam Makmal Komputer. Hal ini bagi memastikan pengguna makmal akan bersedia bersama panduan yang lengkap sekiranya terjadi kecemasan atau perkara yang tidak diingini. Jika tidak dilakukan, dibimbangi pengguna makmal tidak dapat membuat keputusan dan menambahkan lagi suasana cemas. Pelan kecemasan yang disediakan oleh penyelia mestilah senang difahami dan berada pada tempat strategik untuk menjadi perhatian pengguna makmal.

3.3 3.3.1

Keselamatan Fizikal Kunci

Dari aspek keselamatan fizikal, elemen pertama ialah kunci. Hal ini kerana kunci adalah elemen utama yang membolehkan pengguna untuk mengakses makmal. Kunci yang digunakan ini perlu dilabel dengan jelas dan hanya disimpan oleh individu penting seperti Pengetua, Guru Besar dan penyelaras makmal sahaja. Buku log khas juga perlu disediakan sebagai rekod penggunaan kunci makmal. Keupayaan untuk mengawal penggunaan kunci akan memastikan keselamatan bahan di dalam makmal komputer agar tidak dicuri atau disalah gunakan.

3.3.2

Kawalan Akses

Dalam aspek ini, hanya mereka yang diberi kuasa sahaja yang dibenarkan masuk ke bilik makmal khasnya bilik pelayan. Pemantauan juga harus diberikan kepada pengguna makmal bagi mengelakkan salah guna peralatan yang memungkinkan terjadi kemalangan. Buku log untuk individu yang menggunakan Bilik Pelayan juga seharusnya disediakan dengan mengambil maklumat pengguna termasuk tarikh, masa, nama, nombor Kad Pengenalan, jabatan, jawatan, tujuan lawatan, masa masuk dan masa keluar serta masukan ruangan catatan jika perlu.

3.3.3

Eletrik

Eletrik yang selalu menjadi punca kemalangan perlu sentiasa dipantau dengan melengkapkan perlindungan pengalir kilat. Setiap komputer dan pelayan juga perlu dilindungi oleh satu alat Uninterupted Power Supply bagi memanjangkan jangka umur mother board pada CPU komputer tersebut. Penyelaras perlu sensitif pada bahagian ini dengan sentiasa memeriksa kabel dan cepat melaporkan jika terdapat sebarang kerosakan. Ia perlu kerana dibimbangi akan bertambah teruk sehingga boleh menyebabkan kemalangan.

3.3.4

Label

Pelabelan dilakukan untuk memudahkan penyelaras makmal komputer mengenal pasti peralatan yang sudah terdapat dalam makmal. Label juga perlu untuk mengkategorikan bahanbahan mengikut darjah sensitiviti, keperluan penjagaan dan sebagainya yang membolehkan peralatan mudah diatur dan dikendalikan.

3.3.5

Pencegahan Kebakaran

Penyelaras perlu memastikan makmal komputer mempunyai alat bantuan awal pemadam api jenis CO2. Kebakaran yang teruk biasanya berlaku apabila gagal mengawal kebakaran kecil pada awalnya. Dengan terdapatnya alat pemadam kebakaran, kes-kes yang tidak dijangka berlaku mungkin dapat diselesaikan. Selain itu, penyelaras perlu menyediakan alat pengesan kebakaran Setiap pengesan kebakaran yang dipasang dalam keadaan sesuai dan baik.

3.3.6

Alat Penghawa Dingin

Setiap bilik pelayan perlu dipasang dengan sekurang-kurangnya dua (2) unit alat penghawa dingin yang berfungsi secara bergilir-gilir selama 24 jam. Sekiranya penghawa dingin tidak berfungsi atau makmal hanya dibekalkan dengan satu unit alat penghawa dingin sahaja, pelayan hendaklah dimatikan suisnya apabila tidak diguna. Hal ini bagi mengelakkan kepanasan yang melampau yang mungkin boleh menyebabkan pelayan rosak. Komputer pula perlu diletakkan sedikit jauh daripada penyaman udara bagi mengelakkan air yang mungkin menitik ke atasnya.

3.4

Komputer

Di dalam makmal komputer, alat yang paling sensitif dan memerlukan penjagaan yang rapi ialah komputer. Hal ini kerana ia boleh dirosakkan pada hardware dan juga system. Di antara langkah yang boleh diambil bagi mengelakkan kerosakan ini termasuk: i) ii) Memasukkan sistem antivirus yang bersesuaian dan mengikut peredaran semasa Sentiasa memeriksa program file bagi memastikan tidak terdapat pembaziran ruang maya pada komputer iii) iv) v) Memastikan CPU dan monitor bebas daripada habuk Menggunakan perisian berdaftar dan sah di sisi undang-undang Memasang kata laluan untuk user komputer

3.5

Kawalan Keselamatan Makmal

Penyelaras Makmal Komputer hendaklah memberi perhatian atas keselamatan terutamanya untuk memberikan perlindungan keselamatan makmal. Diantara langkah-langkah yang perlu diambil perhatian adalah: i) Memastikan semua pintu dan tingkap dikunci semasa waktu rehat dan selepas waktu pejabat. ii) iii) iv) v) Memperkukuhkan tingkap / pintu dengan kunci keselamatan yang bermutu Menghadkan jalan keluar / masuk ke bangunan. Membuat rondaan biasa di sekitar kawasan dari masa ke semasa. Membuat pemeriksaan keselamatan terhadap makmal pada masa-masa tentu.

Bagi mengawal pengguna agar tidak melakukan sesuatu yang merosakkan atau menjejaskan apa juga bahan di dalam makmal pula, perlu diwujudkan satu peraturan khas yang dilekatkan pada tempat yang sesuai supaya dapat dilihat selalu. Berikut adalah peraturan untuk pengguna makmal komputer.

4.0

Kesimpulan

Sebagai Penyelaras Makmal Komputer, terdapat banyak aspek yang perlu diperhatikan semasa bertugas di dalam makmal. Darjah kepekaan perlu ditingkatkan terutama semasa makmal sedang digunakan kerana sebarang kesilapan kecil memungkinkan punca kepada masalah yang lebih besar. Langkah-langkah keselamatan pula perlu sentiasa dipatuhi dengan penuh disiplin agar makmal komputer dapat digunakan fungsinya pada tahap optimum sekali gus membantu perkembangan ilmu ICT di sekolah. Makmal komputer boleh dianggap sebagai nadi teknologi di sekolah. Penggunaannya wajar dioptimumkan dan berdasarkan hakikat itu, perlu ada penyelarasan menyeluruh bagi memastikan makmal komputer dapat berfungsi dengan baik. Ilmu yang banyak pasti tidak

berguna sekiranya tidak diseimbangkan dengan disiplin kerja yang baik. Justeru sebagai penyelaras makmal komputer, individu bukan sahaja perlu pengetahuan, tetapi juga disiplin dan integriti yang tinggi bagi menjaga kelestarian makmal itu sendiri.

Bibliografi Abu Hassan bin Kassim (2001). Pendidikan Amali Sains: Kemahiran Saintifik. UTM, Skudai. Giber, C. (1993). Booming commercial use changes face of Internet, Infoworld, 15(15), m.s.1-53 Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) Yang Disemak Semula. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Marzita Abdullah (2001). Kegawatan-Projek Sekolah Bestari Tidak Terjejas [Online], [Diakses 29 September 2009]. Dalam http://www.utusan.com.my/laporansekolahbestari.htm Mekanisma Kawalan Capaian Komputer Mikro di Makmal Komputer Berasaskan Kad Pintar.pdf. dalam http://eprints.uum.edu.my/1694/1/AZMAN_TA'A_Mohd. Ghazali , Mohd. Yusof (1997) Pengamalan Pengurusan Ala Korporat di Sekolah Menengah Kerajaan Dalam Kawasan PPD Padang Terap/Pendang, Kedah. Kajian Sarjana, Universiti Utara Malaysia. Tengku Zawawi Tengku Zainal (1997). Tahap kefahaman konsep pecahan di kalangan guru pelatih KPLI. Kajian Sarjana ( Tidak diterbitkan )

Anda mungkin juga menyukai