Anda di halaman 1dari 3

SYARAT PERTANDINGAN FOTOGRAFI

1. Pertandingan adalah UMUM dan terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18
tahun dan ke atas.
2. Penyertaan adalah PERCUMA.
3. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Mac 2019.
4. Foto-foto yang diambil mestilah merupakan foto yang terkini, mempunyai mesej, nilai-nilai dan
berunsurkan konsep serta menonjolkan keistimewaan konsep tersebut. Setiap peserta boleh
menghantar sehingga 3 keping foto untuk setiap penyertaan, tetapi hanya satu (1) hadiah
sahaja yang boleh dimenangi bagi setiap penyertaan tersebut.
5. Tema pertandingan ialah ‘Trusted Smart Products’ dan interpretasi para peserta adalah
bebas selagi tidak terkeluar dari tema asas.
6. Peserta boleh menggunakan sebarang jenis kamera digital ‘single lens reflect’ (DSLR).
7. Segala kos yang terlibat dalam menyertai pertandingan ini adalah tanggungan para peserta
sendiri.
8. Semua foto pertandingan mestilah berukuran 8RW (8 inci X12 inci) beresolusi tinggi tidak
kurang dari 300 dpi dan dilekatkan di mounting board berukuran 12 inci X 16 inci.
9. Karya foto MESTILAH disimpan dalam CD/DVD dengan format JPEG serta saiz gambar
penyertaan sekurang-kurangnya 2MB dan DISERAHKAN bersama foto yang telah dicetak
dan dilekatkan di atas mounting board dan borang penyertaan mestilah dilekatkan di
bahagian belakang gambar tersebut. Setiap penyertaan hendaklah menggunakan borang
penyertaan yang disediakan dan boleh dimuat turun di
http://fok.infopengguna.com/sp/index.php
10. Foto yang dikemukakan bagi tujuan pertandingan ini mestilah foto asli yang diambil sendiri
oleh peserta.
11. Suntingan atau ubahsuai minima seperti pengubahan brightness, cropping, softening dan
sharpening terhadap foto menggunakan sebarang perisian komputer adalah dibenarkan.
Namun demikian, teknik cantuman gambar (collage technique), super impose, trick
photographs, dan gambar dimanipulasikan adalah TIDAK dibenarkan.
12. Semua foto penyertaan akan menjadi hak milik Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan
Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
KRITERIA PENGHAKIMAN

1. Setiap penyertaan akan dihakimi oleh panel hakim profesional bebas yang dilantik oleh pihak
penganjur.
2. Penilaian dan penghakiman adalah berasaskan pematuhan syarat-syarat pertandingan
seperti yang digariskan.
3. Penilaian dan penghakiman terhadap karya foto adalah lebih tertumpu pada ’tema’ dan
’kreativiti’, bukannya pada kemampuan merakam foto secara profesional. Namun yang
demikian, kualiti foto juga akan diambil kira dalam pemberian markah.
4. Keputusan panel hakim adalah muktamad dan tiada bantahan akan diterima.

TARIKH TUTUP PENYERTAAN

1. Semua penyertaan berserta borang yang telah lengkap diisi mestilah sampai ke pejabat urus
setia sebelum atau pada 31 Mac 2019 sebelum jam 4.30 petang di

BAHAGIAN GERAKAN KEPENGGUNAAN


KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI
DAN HAL EHWAL
Aras 4, (Podium 2), No.13, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62623 Putrajaya.

HADIAH

1. Hadiah disediakan untuk Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga.

Johan : Wang Tunai RM3,000


Naib Johan : Wang tunai RM2,000
Tempat Ketiga : Wang tunai RM1,000
Sagu hati (2 Pemenang) : Wang Tunai RM200

KEPUTUSAN PERTANDINGAN

1. Keputusan akan diumumkan di laman Facebook Friends of KPDNHEP, dan setiap


pemenang akan dihubungi bagi tujuan penyampaian hadiah.
2. Penyampaian hadiah dan pameran foto-foto penyertaan akan dipamerkan semasa majlis
penyampaian yang akan dimaklumkan kemudian.

PERTANYAAN LANJUT

1. Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi Pn.Belinda Liew di talian 03-8882 6181 atau
En Mohd Jibril Ramlee 03-8882 5859.
BORANG PENYERTAAN

1. NAMA :

2. NO. KAD PENGENALAN :

3. NO. TELEFON :

4. E-MEL :

5. ALAMAT :

PERAKUAN PESERTA
Dengan ini saya mengakui bahawa penyertaan ini adalah asli dan tidak pernah menyertai
mana – mana pertandingan seumpamanya sebelum ini. Saya faham bahawa penyertaan
saya akan dibatalkan serta merta jika saya melanggar mana – mana terma dan syarat
yang telah ditetapkan oleh penganjur. Saya juga bersetuju bahawa jika terpilih, rekaan
saya ini akan menjadi hak milik Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna sepenuhnya dan saya tidak ada hak keatasnya selepas ini.

Tandatangan : Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai