Anda di halaman 1dari 25

Tahap Penerapan Kemahiran Insaniah Dalam Pengajaran

Di Jabatan Kejuruteraan Elektrik , Politeknik Merlimau, Melaka


1
Norzilah Binti Hussin
1
Rodzah Binti Haji Yahya
2
Merhayati Binti Sipon
1
Politeknik Merlimau Melaka, Kementerian Pelajaran Malaysia
2
Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia

Abstrak
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) mensasarkan keberhasilan pendidikan yang
mampu melahirkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelektualnya (JERI). Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) menyambung
kesinambungan ini dengan memperkenalkan dasar, program dan modul baharu seperti
Dasar Keusahawanan IPT, Program Kebolehpasaran Graduan dan Modul Kemahiran
Insaniah untuk diterapkan di semua IPT. Ini selaras dengan hasrat kerajaan dalam
melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi juga mampu
berfikiran kritis dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan. Laporan Hasil Pembelajaran Program
(PLORR) bagi Program Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer), pada sesi Disember
2012 dan Jun 2013 menunjukkan peratusan pencapaian yang berkaitan dengan kemahiran
adalah pada kategori sederhana. Satu kajian tinjauan telah dijalankan untuk mengkaji tahap
penerapan kemahiran insaniah dalam pengajaran di kalangan pensyarah Jabatan
Kejuruteraan Elektrik (JKE) di dalam proses pembelajaran dan pengajaran (P&P).
Responden Kajian melibatkan seramai 50 orang pensyarah. Data yang diperolehi dianalisis
secara deskriptif menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS).
Hasil kajian menunjukkan tahap persediaan, pengetahuan dan kemahiran individu
berkenaan kemahiran insaniah dalam kalangan pensyarah berada pada sederhana dengan
min 3.67. Hasil kajian juga mendapati pelaksanaan penerapan kemahiran insaniah dalam
kalangan pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Elektrik adalah tinggi dengan mencatat 98%
dan respon pelajar terhadap pelaksanaan KI juga tinggi, 88%. Namun begitu terdapat
sebilangan pensyarah menyatakan bahawa mereka menghadapai masalah kekurangan
bahan rujukan, kurang mahir melaksana dan menilai KI serta tidak cukup masa untuk
menerapkan KI di dalam P&P. Justeru itu, hasil kajian ini diharap dapat membantu jabatan
menambahbaik dan membuat tindakan susulan yang bersesuaian.

Kata Kunci : Kemahiran Insaniah, Kebolehpasaran graduan Politeknik

1.0 PENGENALAN
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), sejak diperkenalkan pada tahun 1988 kepada
khalayak, mensasarkan keberhasilan pendidikan yang mampu melahirkan modal insan yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektualnya (JERI). Falsafah pendidikan
ini terus diperlengkapkan dengan kewujudan pelbagai misi, visi dan pelan strategik, baik di
peringkat pendidikan rendah mahupun di peringkat pendidikan tinggi. Pelan Pembangunan
Pendidikan 2013-2025 misalnya, mensasarkan peningkatan kecemerlangan dan kualiti
pengajaran dan pembelajaran pendidikan di peringkat rendah dan menengah yang
mendokong hasrat FPK khususnya (MEB, 2014). Pengenalan dan perlaksanaan Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
pada 2013, telah memperkukuhkan lagi usaha bagi mencapai matlamat FPK. Di peringkat
pengajian tinggi pula, Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) menyambung
kesinambungan ini dengan memperkenalkan pelbagai dasar dan program baharu ke arah
melahirkan modal insan kelas pertama negara. Dasar, program dan modul baharu seperti
Dasar Keusahawanan IPT, Program Kebolehpasaran Graduan dan Modul Kemahiran
Insaniah telah diterapkan di semua IPT selaras dengan hasrat kerajaan dalam melahirkan
graduan yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi juga mampu berfikiran kritis
dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan (HEDMOE, 2014 ). Malah daya saing sesuatu negara
secara total bergantung kepada keupayaan negara untuk membangunkan modal insan yang
berkualiti dan mempunyai mentaliti kelas pertama. Kemahiran insaniah atau soft-skills
merupakan kemahiran generik yang merentasi pelbagai domain pembelajaran merangkumi
aspek keperibadian dan kerja berkumpulan (Md. Tahir, Mohammad Yasin dan Mustapha,
2014). Kemahiran Insaniah (KI) merupakan suatu pendekatan bagi membangunkan modal
insan pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seperti yang telah digariskan sebagai
satu daripada agenda utama negara dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RM Ke-9) yang
diterjemahkan ke dalam Agenda Kritikal PSPTN. Ini juga secara tidak langsung berkait
rapat dengan isu kualiti produk IPT dalam persaingan mendapatkan pekerjaan di pasaran
kerja yang kompetitif apabila pelajar menamatkan pengajian mereka. Terdapat tujuh (7)
elemen KI yang telah digariskan oleh KPTM iaitu:

 Kemahiran komunikasi
 Pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah
 Kemahiran kerja berpasukan
 Pembelajaran berkesan dan pengurusan maklumat
 Kemahiran keusahawanan
 Etika dan moral profesional
 Kemahiran kepimpinan

Dalam menelusuri segala usaha, dasar dan program yang digembeling oleh semua pihak
yang berkepentingan dalam bidang pendidikan negara ini tidak dinafikan, idea, usaha dan
gagasan ke arah merealisasikan FPK tidak pernah putus. Namun begitu, kesan kritis
ekonomi global memberikan kesan impak negatif yang besar kepada para graduan (Berita
Harian, 2012). Menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan dalam
sesi perbahasan di Dewan Negara pada Mei 2012 daripada kajian Kamarudin (2014),
”...kira-kira 76,200 siswazah masih menganggur kerana tiada kemahiran mencari
pekerjaan...”. Isu ini turut disokong oleh Pengarah Pusat Kokurikulum Universiti Putra
Malaysia (UPM), Prof. Dr. Mohammad Shatar Sabran yang berpandangan bahawa graduan
masa kini menghadapi persaingan yang sengit dalam dunia pekerjaan dan tanpa kemahiran
generik dan komunikasi, para graduan ini akan terlepas banyak peluang-peluang pekerjaan
(Berita Harian, 2012). Kajian oleh Md. Tahir (dalam Md. Tahir dan rakan-rakan, 2014, pp56)
mendapati pula bahawa pensyarah-pensyarah di Kolej Komuniti tidak berupaya
mempelbagaikan kaedah pengajaran menyebabkan perkembangan pembelajaran
kemahiran generik tidak berlaku secara menyeluruh.

2.0 LATARBELAKANG MASALAH


Persekitaran kerjaya hari ini adalah berbeza dengan masa lalu (MacArdle, Walters, Briscoe
dan Hall, 2007). Perkembangan kerjaya yang dahulunya bergerak secara vertikal telah
berubah kepada pergerakan secara lateral. Ini bukan sahaja mengundang ketidakstabilan
malah juga meningkatkan kadar pengangguran. MacArdle da rakan-rakan (2007) juga
bersetuju bahawa situasi goyah di alam pekerjaan seperti ini menampakkan lagi keperluan
kemahiran insaniah dalam sektor pekerjaan.
Di Malaysia, sentimen umum majikan menunjukkan perspesi bahawa graduan gagal
memenuhi jangkaan pasaran dan dengan itu ramai graduan yang ketinggalan dalam
pasaran pekerjaan (Seetha, 2014). Krisis kewangan selepas tahun 1997, menyaksikan
peningkatan struktur ekonomi daripada industri pembuatan kepada industri perkhidmatan
(Seetha, 2014). Pertumbuhan industri perkhidmatan sebahagian besarnya telah didorong
oleh percambahan Syarikat Multinasional (Multinational Company - MNC). Walaupun
ekonomi Malaysia telah berkembang setiap tahun pada kadar 6.6% dalam tempoh tiga
dekad yang lalu, namun ironinya, kadar pengangguran juga meningkat daripada 2.6% pada
tahun 1996 kepada 3.6% pada tahun 2003 (Baharudin, 2003). Menurut Wong (2010),
terdapat antara 80,000 hingga 100,000 siswazah menganggur di Malaysia pada tahun 2009.

2.1 Definisi Kemahiran Generik

Kemahiran insaniah atau soft-skills merupakan kemahiran generik yang merentasi pelbagai
domain pembelajaran merangkumi aspek keperibadian dan kerja berkumpulan Kamarudin et
al.(2014). Kemahiran Insaniah (KI) merupakan suatu pendekatan bagi membangunkan
modal insan pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seperti yang telah digariskan
sebagai satu daripada agenda utama negara dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RM Ke-9)
yang diterjemahkan ke dalam Agenda Kritikal PSPTN. Ini juga secara tidak langsung berkait
rapat dengan isu kualiti produk IPT dalam persaingan mendapatkan pekerjaan di pasaran
kerja yang kompetitif apabila pelajar menamatkan pengajian mereka. Memandangkan
betapa pentingnya penguasaan kemahiran insaniah di kalangan graduan di Malaysia,
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah mewujudkan Kerangka Kualiti Malaysia (KKM)
pada tahun 2004 yang merangkumi konsep hasil pembelajaran mengikut aras kelayakan,
penamaan kelayakan dan sistem kredit. Kerangka Kualiti Malaysia telah mengenalpasti
domain-domain kemahiran insaniah yang perlu ada pada setiap graduan dari institusi
pengajian di Malaysia iaitu Keprofesionalisme, nilai, sikap, perlilaku dan
etika,Kebertanggungjawapan dan keprihatinan sosial, Kemahiran berkomunikasi dan
Pengurusan maklumat dan pembelajaran sepangjang hayat serta Kemahiran
keusahawanan dan pengurusan(Kerangka Kelayakan Malaysia, 2004).

Kemahiran insaniah (soft skills) adalah adalah sesuatu yang tidak nampak, lebih merupakan
ciri interpersonal seseorang dan bukan berbentuk teknikal. Ia lebih mengkhusus kepada
kemahiran personaliti yang dapat membantu menentukan kekuatan seseorang dalam
kepimpinan, memudahcara, pengantara dan perundingan. Dalam mendefinisikan kemahiran
insaniah, Sutton (2002) menganggap kemahiran insaniah sebagai satu tanda aras penting
kepada kebanyakan majikan untuk mengasingkan pemohon kerja dalam kebanyakan
industri. James dan James (2004) juga menyatakan bahawa seseorang yang mampu
berkomunikasi dengan berkesan, menyesuaikan diri dengan baik dengan orang lain,
berfungsi dengan baik dalam satu pasukan, mengambil inisiatif dan mempunyai etika kerja
yang mantap dianggap sebagai mempunyai tahap set kemahiran insaniah yang diperlukan.
Glenn (2008) pula berpendapat bahawa menggaji seseorang yang mempunyai kemahiran
insaniah amat penting kerana ia menggalakkan daya saing dalam organisasi yang berprestij
tinggi. Menurut Deepa dan Seth (2013) kemahiran insaniah juga merujuk kepada sifat-sifat
personaliti, sifat, tahap komitmen dengan pekerjaan yang akan membuat pemohon lebih
menonjol berbanding rakan-rakannya. Satu lagi elemen yang sering dikaitkan bersama
dengan kemahiran insaniah adalah kemahiran teras atau teknikal (hardskills).

Berbanding dengan kemahiran insaniah, kemahiran teras atau teknikal biasanya mudah
untuk diperhati dan dinilai kerana ia melibatkan kemahiran khusus yang berkaitan dengan
jenis pekerjaan tertentu pekerja (Pool & Sewell, 2007). Sebagai perbandingan, kemahiran
insaniah secara puratanya lebih sukar untuk diperhati dan dinilai. Kemahiran ini boleh
dikatakan sebagai kemahiran yang diperlukan untuk kehidupan sehari-hari, untuk
menunjukkan sebanyak mana yang seseorang itu adalah berguna di tempat kerja. Ini
adalah kemahiran yang mana setiap kakitangan perlu berkomunikasi dan berinteraksi antara
satu sama lain, bekerjasama untuk mencapai tugas-tugas yang ditetapkan, dan mampu
untuk memberikan maklum balas apabila mereka melibatkan diri dalam dialog,
menyelesaikan masalah dan menyelesaikan kerja-kerja yang berkaitan dengan isu-isu
semasa atau adhoc (Rainsbury, Hodges, Burchell & Lay, 2002).
Kepentingan Kemahiran Generik Dalam Kebolehpasaran Graduan
Banyak kajian literatur menekankan empat terma utama berhubung dengan graduan:
menganggur kerana tidak diambil bekerja (unemployed), menganggur kerana tiada kerja
yang layak (unemployable), kebolehkerjaan (workability), dan kebolehpasaran
(employability) (MacArdle dan rakan-rakan, 2007). Kamus Merriam Webster Online (2014)
mendefinisikan menganggur atau penganggur (kata sifat) sebagai “(seseorang) tidak
mempunyai pekerjaan berbayar tetapi boleh bekerja disebabkan oleh beberapa perkara:
menganggur, tiada kerja ditawarkan pada ketika itu, menunggu pekerjaan baharu, lebihan
pekerja atau diberhentikan. Manakala menganggur kerana tiada kerja yang layak (kata
sifat) adalah “(seseorang) tidak dapat atau mungkin mendapat pekerjaan yang dibayar,
terutamanya kerana kekurangan kemahiran atau kelayakan”. Kebolehkerjaan pula merujuk
“seseorang yang boleh melakukan kerja bersesuaian dengan jenis tugas atau beban kerja
yang diarahkan” manakala kebolehpasaran adalah “seseorang yang mampu melaksanakan
kerja dalam tugas tertentu serta mempunyai ciri-ciri atau sifat tambahan seperti kemahiran
komunikasi, kemahiran interpersonal, kemahiran berunding dan kemahiran menyelesaikan
masalah yang mana dapat menarik majikan untuk mengambil mereka bekerja”. Statistik
Graduan2u (2010) menunjukkan jurang kemahiran insaniah sebagai sebab utama untuk
statistik pengangguran yang tinggi di kalangan graduan muda.

Kemahiran insaniah muncul sebagai fokus baharu di seluruh dunia sejak kebelakangan ini
kerana ia disifatkan sebagai penting bagi meningkatkan produktiviti sesebuah organisasi
(Nealy, 2005). Walaupun kemahiran ini diajar di universiti-universiti dan institusi-institusi
pengajian tinggi, realitinya, sektor pekerjaan melihat elemen kemahiran ini masih ada
kekurangan (Sparks & Waits, 2011). Di United Kingdom, satu kajian mendapati bahawa
organisasi perlu menghabiskan lebih banyak wang untuk melatih pengurus baharu mereka
dengan kemahiran insaniah (Garwood, 2012). Ini memberikan prestasi buruk terhadap
kualiti tahap pengajaran kemahiran insaniah di institusi pengajian tinggi serta menunjukkan
graduan yang dihasilkan adalah tidak terlatih dan bersedia untuk dunia kerja (Garwood,
2012). Peralihan paradigma dalam abad ke-21 pula telah menekankan kepentingan
kemahiran insaniah dan ia telah menjadi kritikal walaupun dalam industri teknikal. Ini
mengesahkan sentimen bahawa melengkapkan graduan dengan kemahiran insaniah boleh
membantu graduan dalam mendapatkan dan mengekalkan pekerjaan mereka (James &
James, 2004). Menggaji graduan baru yang mempunyai kemahiran interpersonal adalah
penting dan satu kelebihan bagi organisasi untuk terus berjaya mengekalkan daya saing
(Sparks & Waits, 2011). Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Minnesota State College,
Amerika Syarikat, terdapat tiga jenis kemahiran yang amat diperlukan oleh Ketua Pegawai
Eksekutif Perniagaan daripada para pekerja mereka iaitu; kemahiran teknologi, kemahiran
insaniah dan kemahiran perniagaan, terutamanya dalam bidang baharu berasaskan
teknologi hijau (Sparks & Waits, 2011).
2.2 PENYATAAN MASALAH

Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) merupakan sebuah jabatan yang menawarkan peluang
kepada pelajar untuk menerokai bidang kejuruteraan elektrik, elektronik dan komputer di
politeknik Merlimau Melaka (PMM). Tiga program yang ditawarkan ialah Diploma
Kejuruteraan Elektrik (DET), Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) (DTK) dan
Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) (DEP) dan mempunyai seramai 1341 orang
pelajar. Jabatan ini komited untuk menghasilkan graduan-graduan berkualiti yang berupaya
memenuhi keperluan teknologi terkini dan menjana perkembangan industri negara. PMM
bervisi untuk menjadi pusat kecemerlangan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional
(TVET) yang unggul dalam menjana modal insan berkualiti, transformatif dan berdaya saing
di peringkat global dengan mensasarkan misi mentransformasikan Pendidikan Teknikal dan
Latihan Vokasional untuk melahirkan modal insan berpengetahuan dan berkemahiran tinggi.

Md Abdullah (2012) menyebut dalam kajian beliau bahawa pendidikan institusi hendaklah
mengemukakan satu pengalaman pembelajaran yang perlu diperolehi dan dikuasai bagi
meningkatkan kebolehpasaran siswazah. Kaedah yang tepat adalah dengan meletakkan
kemahiran insaniah sebagai satu modul teras di mana kemahiran insaniah perlu dimasukkan
secara sepadu (integrated) atau bersendiri (stand-alone) dalam proses kurikulum. Kamsah,
Abu dan Razzaly (2008) mendapati masalah yang dihadapi oleh responden dalam/untuk
menerap KI dalam P&P telah dikenal pasti iaitu kekurangan pengetahuan dan kemahiran
untuk menerap dan menilai KI dalam P&P, kekangan masa (akibat perlu menghabiskan
silibus kursus yang dikendalikan) serta kekurangan bahan/dokumen rujukan yang
boleh membantu mereka melaksanakan aktiviti. Sewajarnya dalam hal ini, Kamsah, Abu
dan Razzaly (2008) berpandangan pihak IPTA harus mempertingkatkan usaha bagi melatih
kumpulan pakar yang boleh membimbing rakan sejawat atau merangka program latihan
yang lebih berkesan. Usaha juga harus ditingkatkan bagi menambah bahan rujukan dan
dokumen bagi aktiviti penerapan kerana sumber yang sering di perolehi kebanyakannya dari
sumber luar negara yang mempunyai suasana dan mengamalkan budaya pembelajaran
yang berbeza. Yahya, Sidek dan Jano (2011) mendapati bahawa pendekatan pengajaran
dan pembelajaran seperti pembelajaran berasaskan masalah dan berpusatkan pelajar
pembelajaran perlu lebih dilaksanakan kerana pendekatan ini membolehkan pelajar untuk
mempunyai platform yang mencukupi untuk membangunkan kemahiran insaniah mereka
kerana mereka mengambil bahagian secara aktif dalam proses pembelajaran.

Namun begitu, senario yang dihadapi oleh Politeknik Merlimau (PMM) ketika ini tidak
memberikan impak dan perspektif yang memuaskan. Analisa Laporan Kebolehpasaran
Graduat Sesi Jun 2013 melaporkan bahawa daripada jumlah keseluruhan graduan seramai
723 orang, 82% (600) graduan telah berjaya mendapat pekerjaan dalam tempoh 6 bulan
dan selebihnya masih belum bekerja 17% (116) dan tidak dapat dihubung 1% (1) (PMM,
2013). Selain daripada itu, Laporan Hasil Pembelajaran Program (Program Learning
OutcomeReview Report- PLORR) bagi Program Diploma Kejuruteraan Elektronik
(Komputer) (DTK), Politeknik Merlimau Melaka pada sesi Disember 2012 dan Jun 2013
(PMM, 2014) menunjukkan peratusan pencapaian Hasil Pembelajaran Program yang
berkaitan dengan kemahiran insaniah adalah pada kategori sederhana. Jadual 1 adalah
PLORR bagi sesi Dis 2012 bagi Kohort 1 (Pelajar Ambilan Julai 2010) dan sesi Jun 2013
bagi Kohort 2 (Pelajar Ambilan Disember 2010) dimana PLO3 dan ke atas adalah
melibatkan penilaian pelajar dalam elemen-elemen kemahiran insaniah.Dapatan ini kurang
menyokong misi dan visi PMM serta mampu menjadi duri dalam usaha PMM melahirkan
graduan yang bersifat kebolehpasaran.
Jadual 1: Laporan Pencapaian PLORR bagi kohort Dis 2012 dan Jun 2013
Pencapaian
HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (PROGRAMME Kumpulan (%)
LEARNING OUTCOME- PLO)
Dis 2012 Jun 2013
Berkomunikasi dengan berkesan di kalangan
PLO3 72.3 73.8
komuniti kejuruteraan dan masyarakat amnya
Menunjukkankan pemikiran yang kritis dalam
menyediakan penyelesaian yang berkesan
PLO4 72.8 69.9
terhadap masalah berkaitan kejuruteraan
elektronik dan komputer
Menunjukkan kesedaran dan pertimbangan untuk
isu-isu berkaitan masyarakat, kesihatan,
PLO5 keselamatan, perundangan dan budaya serta 80.0 73.0
tanggungjawab yang berbangkit, dengan
mengambil kira pembanguna lestari
Melibatkan diri dalam pembangunan profesional
PLO6 dan kebolehupayaan menguasai pengetahuan dan 77.3 76.7
kemahiran baru
PLO7 Mengiktiraf keperluan untuk keusahawanan 79.0 81.0
Menunjukkan pemahaman terhadap etika
PLO8 profesional, tanggungjawab dan norma dalam 58.5 58.5
amalan kejuruteraan elektrik dan elektronik
Berupaya bekerja secara perseorangan ataupun
PLO9 secara berkumpulan dengan jayanya, serta 84.1 62.9
berkebolehan menjadi pemimpin

Bagi melihat sejauh mana tahap penerapan kemahiran insaniah diterapkan di PMM, satu
kajian akan dijalankan dan ditumpukan kepada satu jabatan dahulu di PMM iaitu Jabatan
Kejuruteraan Elektrik (JKE). Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap penerapan
kemahiran insaniah dalam pengajaran di kalangan pensyarah semasa menjalankan proses
pembelajaran dan pengajaran (P&P).
2.3 KERANGKA KAJIAN
Satu kerangka kajian yang merujuk kepada kajian terdahulu oleh Kamsah, Abu dan Razzaly
(2008) telah diadaptasi untuk melaksanakan kajian ini. Model kajian diilustrasikan seperti
tertera di rajah 1 di bawah. Pemboleh ubah yang terlibat adalah terdiri daripada tiga proses
utama dalam penerapan KI semasa P&P iaitu persediaan awal, pelaksanaan KI dan
permasalahan KI yang ingin dikaji oleh pengkaji. Dapatan kajian akan dilaporkan dalam
bentuk frekuensi, peratusan, min, sisihan piawai bagi menggambarkan tahap keseluruhan
penerapan dan perlaksanaan KI dalam P&P di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik
Merlimau Melaka.
PERSEDIAAN, PENGETAHUAN DAN
KEMAHIRAN INDIVIDU
 Kesediaan pensyarah
 Pengetahuan dan Kemahiran
pensyarah
 Sokongan Institusi

PELAKSANAAN PENERAPAN KI
 Pelaksanaan KI
 Elemen-elemen KI yang diterapkan
 Kekerapan penerapan KI
 Elemen-elemen KI yang dilaksanakan
 Kaedah-kaedah penilaian KI
PENERAPAN  Kekerapan mencatat KI dalam
KEMAHIRAN INSANIAH dokumen perancangan pengajaran
DALAM P&P  Peratusan KI bagi gred kursus
 Kekerapan pemantauan oleh institusi
 Tindakan susulan oleh institusi
 Respon pelajar terhadap KI

PERMASALAHAN KI
 Kesediaan pensyarah
 Pengetahuan dan Kemahiran
pensyarah
 Sokongan Institusi
 Insentif
 Respon pelajar

Rajah 1:Adaptasi : Kamsah et al.(2008)

2.4 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian adalah seperti berikut:


1. Mengenalpasti tahap persediaan, pengetahuan dan kemahiran individu
berkenaan kemahiran insaniah dalam kalangan pensyarah.
2. Mengenalpasti pelaksanaan penerapan kemahiran insaniah dalam kalangan
pensyarah.
3. Mengenalpasti permasalahan yang dihadapi bagi penerapan kemahiran insaniah
dalam kalangan pensyarah.
2.5 PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk menjawab persoalan berikut:


1. Apakah tahap persediaan, pengetahuan dan kemahiran individu berkenaan
kemahiran insaniah dalam kalangan pensyarah?
2. Apakah pelaksanaan penerapan kemahiran insaniah dalam kalangan
pensyarah?
3. Apakah permasalahan yang dihadapi bagi penerapan kemahiran insaniah dalam
kalangan pensyarah?

2.6 BATASAN KAJIAN


Kajian ini terhad kepada perkara berikut:
1. Populasi kajian melibatkan pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik
Merlimau Melaka.
2. Kajian yang dijalankan melibatkan Pensyarah Program Diploma Kejuruteraan
Elektronik (Komputer), Program Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Program
Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) Jabatan Kejuruteraan Elektrik,
Politeknik Merlimau Melaka.

3.0 METODOLOGI KAJIAN


Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang menggunakan soal selidik untuk
mengumpulkan maklumat kuantitatif asas berkaitan aktiviti penerapan KI yang
diamalkan oleh pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Merlimau
Melaka. Fokus kajian ialah untuk mendapatkan maklumat asas yang boleh
digunakan untuk mengenalpasti dan menambahbaik sistem pentaksiran yang
sediaada dengan tujuan untuk mempertingkatkan keberkesanan penerapan KI di
kalangan pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan seterusnya meningkatkan
kebolehpasaran graduan. Jadual 2 di bawah menerangkan tentang kaedah yang
digunakan untuk menganalisa dapatan bagi menjawab objektif dan persoalan kajian.
Dapatan kajian akan dianalisa secara pendekatan deskriptif dengan menggunakan
frekuensi, peratusan dan min.

Jadual 2 : Jadual Analisis dapatan kajian


Objekif Persoalan Analisis Instrumen
Kajian
1 1 Deskriptif Soalselidik
2 2 Deskriptif Soal Selidik
3 3 Deskriptif Soal Selidik

3.1 POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN


Populasi kajian adalah di kalangan pensyarah Politeknik Merlimau Melaka. Sampel
kajian melibatkan 70 pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Politeknik Merlimau Melaka
dan responden kajian terdiri daripada 50 orang Pensyarah Program Diploma
Kejuruteraan Elektronik (Komputer), Program Diploma Kejuruteraan Elektrik dan
Program Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) Jabatan Kejuruteraan
Elektrik, Politeknik Merlimau Melaka.
3.2 INSTRUMEN KAJIAN
Kajian ini menggunakan soal selidik yang telah adaptasi dari Mohd Salleh dan rakan-
rakan(2008) bagi mengumpulkan maklumat berkaitan tahap penerapan KI dalam
pengajaran di Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Soal selidik ini mengandungi empat
bahagian iaitu:
 Bahagian A (Latar Belakang Responden)
 Bahagian B (Kesediaan, Pengetahuan & Kemahiran Individu Serta Sokongan
Institusi dalam menerapkan KI)
 Bahagian C (Pelaksanaan Penerapan KI Dalam P&P)
 Bahagian D (Permasalahan Yang Dihadapi Oleh Staf Akademik Dalam
Menerapkan KI Dalam P&P)

3.3 PENGUMPULAN DATA


Set soalselidik telah diedarkan kepada 50 orang pensyarah JKE yang telah dipilih
secara rawak. Pensyarah-pensyarah tersebut merupakan pensyarah dari Program
Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer), Program Diploma Kejuruteraan Elektrik
dan Program Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) Jabatan Kejuruteraan
Elektrik, Politeknik Merlimau Melaka.

4.0 ANALISA DAN INTERPRETASI DATA


Data yang diperolehi daripada borang soal selidik dianalisis menggunakan Statistical
Package for Social Science (SPSS) versi 20.0 dengan menggunakan statistik deskriptif begi
menilai seperti min dan sisihan piawai bagi menyatakan ciri pemboleh ubah. Penggunaan
nilai min adalah kaedah yang digunakan secara meluas untuk menggambarkan respons
kesemua responden terhadap item di dalam sesuatu instrumen (Creswell, 2005). Kajian ini
telah menggunakan interpretasi nilai min yang telah diubah suai daripada Zuraidah Abdullah
(2009). Interpretasi nilai min tersebut adalah seperti mana ditunjukkan dalam jadual 3.

Jadual 3 : Interpretasi Nilai Min


Nilai Min Tahap Interpretasi
Pelaksanaan
1.00 hingga 2.33 Rendah Kurang memuaskan
2.34 hingga 3.67 Sederhana Sederhana memuaskan
3.68 hingga 5.00 Tinggi Memuaskan

4.1 Maklumat Demografi


Item ini berkenaan Latarbelakang Responden berkaitan Jantina, Tempoh
perkhidmatan, Kelulusan akademik dan Major program pengkhususan.

Responden yang terlibat adalah 50 pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE),


Politeknik Merlimau Melaka (PMM) daripada bidang Program Diploma Kejuruteraan
Elektronik (Komputer), Program Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Program Diploma
Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik
Merlimau Melaka.

Jadual 4: Jantina responden


Jantina Responden Frekuensi Peratusan
Lelaki 7 14.0
Perempuan 43 86.0
Berdasarkan dapatan yang diperolehi didapati responden perempuan sebanyak 86 peratus
dan responden lelaki adalah 14 peratus.

Jadual 5: Tempoh perkhidmatan responden di JKE, PMM


Tempoh Berkhidmat di Politeknik Frekuensi Peratusan
1 – 3 tahun 1 2.0
3 – 5 tahun 14 28.0
6 dan ke atas 35 70.0

Kebanyakan responden merupakan pensyarah yang telah berkhidmat di JKE lebih dari 6
tahun (70%), diikuti denga seramai 14 pensyarah yang telah berkhidmat dalam tempoh 3
hingga 5 tahun (28%) dan hanya seorang pensyarah yang baru brkhidmat selama 1 hingga
3 tahun (2%). Dapatan ini menunjukkan bahawa kebanyakan responden merupakan
pensyarah yang berpengalaman.

Jadual 6: Latar belakang akademik responden


Latarbelakang Akademik Frekuensi Peratusan
Ijazah Sarjana Muda 16 32.0
Sarjana 33 66.0
Lain-lain 1 2.0

Responden yang terlibat majoriti mempunyai latarbelakang akademik sarjana iaitu 66


peratus, diikuti Ijazah Sarjana Muda 32 peratus dan lain-lain bidang 2 peratus. Dapatan ini
juga menunjukkan kebanyakan pensyarah mempunyai latar belakang akademik yang baik
dan seharusnya memberi nilai tambah positif dalam penerapan dan perlaksanaan KI dalam
P&P.
Jadual 7: Bidang major responden di JKE
Bidang Major Frekuensi Peratusan
Kej. Elektrik 21 42.0
Kej. Elektronik (Komputer) 13 26.0
Kej. Elektronik (Komunikasi) 12 24.0
Lain-lain 4 8.0

Kajian ini melibatkan 42 peratus pensyarah dari program Kejuruteraan Elektrik, 26 peratus
pensyarah program Kejuruteraan Elektronik (Komputer) dan 24 peratus dari program
Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi).
4.2 Tahap Kesediaan, Pengetahuan dan Kemahiran Individu serta Sokogan
Institusi dalam kalangan pensyarah
Soalselidik bagi setiap item adalah untuk mengetahui tahap kesediaan pengetahuan dan
kemahiran individu serta sokongan institusi berkenaan kemahiran insaniah dalam kalangan
pensyarah.
Item 1:

Jadual 8: Bila responden mengetahui keperluan melaksanakan KI dalam P&P


Kesediaan tahu Frekuensi Peratusan
Kurang 6 bulan yang lalu 3 6.0
6-12 bulan yang lalu 3 6.0
1-2 tahun yang lalu 9 18.0
Lebih 2 tahun yang lalu 35 70.0

Dapatan kajian bagi item ini menunjukkan 70 peratus pensyarah mempunyai kesediaan dan
mengetahui keperluan dalam melaksanakan kemahiran Insaniah di dalam P&P lebih 2 tahun
yang lalu. Manakala 18 peratus mengetahuinya pada 1-2 tahun yang lalu, 6 peratus baru
mengetahuinya pada 6-12 bulan yang lalu dan 6 peratus hanya mengetahuinya lebih kurang
6 bulan yang lalu.

Item 2:

Jadual 9: Tahap persetujuan responden terhadap perlaksanaan KI dalam P&P


Kesediaan setuju Purata Sisihan Piawai Varians
Kesediaan setuju laksana KI 3.48 .505 .255
Kesediaan setuju terap KI dalam PnP 4.06 .550 .302

Berdasarkan dapatan kajian, kebanyakan responden mendapat (purata = 3.48, sisihan


piawai = .505) bagi item kesediaan setuju melaksanakan Kemahiran Insaniah dan ini
menunjukkan responden bersetuju dalam melaksanakan kemahiran Insaniah di dalam P&P.
Responden juga menunjukkan kesediaan yang tinggi dalam menerapkan kemahiran
Insaniah dalam P&P dengan (purata = 4.06, sisihan piawai = .550).

Item 3 hingga 9:

Jadual 10 : Purata bagi item 3 hingga 9


Bil Item Purata
3 Kesediaan anda untuk menerapkan KI di kalangan pelajar dalam 4.06
P&P
4 Sokongan yang diberi oleh institusi anda bagi menerapkan KI 3.84
5 Sokongan yang diberi oleh rakan sejawat anda bagi menerapkan KI 3.92
dalam P&P
6 Keberkesanan bahan/dokumen rujukan yang disediakan oleh institusi 3.50
anda bagi membantu anda bagi menerapkan KI dalam P&P
7 Keberkesanan infrastruktur bagi menerapkan KI dalam institusi anda 3.32
8 Keberkesanan kursus/latihan yang pernah diikuti bagi menerapkan KI 3.56
dalam P&P
9 Keberkesanan kursus/latihan yang pernah diikuti bagi menilai KI 3.54
dalam P&P
Purata Keseluruhan 3.67
4.3 Perlaksanaan Kemahiran Insaniah
Item seterusnya adalah soalselidik berkenaan pelaksanaan kemahiran insaniah dalam
pengajaran di kalangan pensyarah.

Item 10:
Jadual 31: Adakah responden menerapkan KI di dalam P&P
Perlaksanaan KI dalm PnP 1 Frekuensi Peratusan
Ya 49 98.0
Tidak 1 2.0

Dapatan menunjukkan 98 peratus responden melaksanakan Kemahiran Insaniah dan hanya


2 peratus yang tidak melaksanakan Kemahiran Insaniah dalam P&P.

Item 11:

Jadual 12: Siapakah pendorong utama responden untuk melaksanakan KI dalam P&P
Perlaksanaan KI dalm PnP 2 Frekuensi Peratusan
Arahan Institusi 25 50.0
Dorongan rakan 3 6.0
Inisiatif sendiri 22 44.0

Hampir separuh dari responden menyatakan pelaksanaan Kemahiran Insaniah adalah


berdasarkan arahan institusi iaitu 50 peratus manakala 44 peratus melaksanakan kemahiran
insaniah atas inisiatif sendiri dan 6 peratus sahaja melaksanakan kemahiran Insaniah atas
dorongan dari rakan.

Item 12:Elemen KI yang diterapkan oleh pensyarah dalam P&P

Kemahiran berkomunikasi

Kemahiran Kritis dan kemahiran menyelesaikan


masalah
Kemahiran kerja berpasukan

Pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat

13% 28%
11%
5%
17% 19%
7%

Rajah 2: Carta peratusan

Dapatan menunjukkan elemen Kemahiran Insaniah tertinggi yang diterapkan adalah


kemahiran berkomunikasi iatu 88 peratus, diikuti kemahiran kritis dan kemahiran
menyelesaikan masalah sebanyak 60 peratus, kemahiran kerja berpasukan 52 peratus,
kemahiran kepimpinan 40 peratus, Etika dan Moral Profesional 34 peratus, pembelajaran
berterusan dan pengurusan maklumat 22 peratus dan hanya 16 peratus melibatkan elemen
kemahiran Keusahawanan.
Ketiga-tiga elemen kemahiran yang mendapat peratusan tertinggi iniadalah merupakan
elemen utama yang diperlukan oleh majikan dalam prosesmengenalpasti dan menawarkan
pekerjaan kepada para graduan.Walaubagaimanapun, elemen yang juga penting iaitu
kemahiran keusahawanan adalah agak kurang dilaksanakan. Ini perlu mendapat perhatian
yang sewajarnya memandangkan elemen ini dapat memberikan impak yang positif kepada
graduan bagi menghadapi daya saing yang tinggi dalam era pekerjaan masa kini.

Item 13:Kekerapan responden melakukan aktiviti menerapkan KI dalam P&P

Jadual 43: Kekerapan responden melakukan aktiviti menerapkan KI dalam P&P


Kekerapan KI dalam PnP Frekuensi Peratusan
Kadang-kadang 10 20.0
Kerap 35 70.0
Amat kerap 2 4.0

Dapatan menunjukkan majoriti responden iaitu 70 peratus kerap menerapkan Kemahiran


Insaniah dalam P&P, 20 peratus berada pada status kadang-kadang dan hanya 4 peratus
amat kerap menerapkan Kemahiran Insaniah dalam P&P.

Item 14:Kaedah P&P yang diterapkan oleh pensyarah

Kaedah P&P Yang Diterapkan


Kuliah
5% 18% 23%
4%
Projek
23% 27%
Makmal

Rajah 3: Kaedah P&P yang diterapkan oleh pensyarah

Item seterusnya memerlukan responden yang menyatakan kaedah/pendekatan P&Pyang


sering mereka gunakan dalam menerapkan KI di kalangan pelajar. Analisismenunjukkan
bahawa kaedah P&P konvensional (projek, kuliahdan makmal) masih merupakan
kaedah/pendekatan utama yang digunakan olehresponden dalam aktiviti penerapan KI di
dalam P&P. Kaedah/pendekatan lain,khususnya aktiviti yang berpusatkan kepada pelajar
(student-centered) adadigunakan tetapi pada peratusan yang lebih rendah.
Item 15:ElemenKI yang dinilai dalam P&P

Kemahiran berkomunikasi
Kemahiran Kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah
Kemahiran kerja berpasukan
Pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat
Kemahiran keusahawanan

8%
4% 36%
5%
25%
22%
Rajah 4: Elemen KI yang dilaksanakan oleh pensyarah dalam P&P

Item di atas memerlukan responden memberikan maklumat mengenai elemenKI yang dinilai
dalam P&P yang mereka kendalikan. Jadual ini memberikan maklumat di mana elemen
Kemahiran Berkomunikasi (36 peratus),Pemikiran Kritis & Kemahiran Menyesaikan Masalah
(22 peratus) dan Kemahiran KerjaBerpasukan (25 peratus) adalah merupakan tiga elemen
kemahiran yang bukan sahaja seringditerapkan tetapi juga dinilai dalam P&P.

Item 16:Kaedah penilaian elemen KI yang digunakan pensyarah

Ujian/peperiksaan bertulis
Pembentangan
6%
Pemerhatian oleh pensyarah
Projek
Demonstrasi

31% 24%

5%
17% 17%

Rajah 5: Kaedah penilaian yang digunakan pensyarah dalam P&P

Dapatan kajian menunjukkan majoriti responden menggunakan kaedah pembentangan (24


peratus), diikuti projek (17 peratus) dan lain-lain kaedah sepertipenilaian sahsiah dan kajian
kes. (31 peratus) dan yang lain-lain menggunakan kaedah ujian/peperiksaan bertulis,
pemerhatian oleh pensyarah dan demonstrasi.
Item 17:Kekerapan responden mencatat KI dalam dokumen perancangan pengajaran

Jadual 5: Kekerapan responden mencatat KI dalam dokumen perancangan pengajaran


Kekerapan mencatat KI dalam Course
Frekuensi Peratusan
Outline
Tidak pernah 15 30.0
Kadang-kadang 31 62.0
Sentiasa 4 8.0

Dapatan menunjukkan majoriti respondan iaitu 62 peratus hanya kadang-kadang


mencatatkan KI dalam Course Outline, hanya 4 peratus yang sentiasa mencatatkan KI
dalam Course Outline dan 15 peratus yang tidak pernah melakukannya.

Item 18:Peratus KI yang dimasukkan ke dalam gred kursus pelajar

Jadual 6: Peratus KI yang dimasukkan ke dalam gred kursus pelajar


Peratusan KI bagi gred kursus Frekuensi Peratusan
Kurang dari 5% 14 28.0
5 - 10% 25 50.0
11 - 15% 7 14.0
Lebih daripada 15% 3 6.0

Item di atas menunjukkan 50 peratus responden memberikan gred 5-10%, 28 peratus


responden memberikan gred kurang dari 5%, 14 peratus responden memberikan gred 11-
15% dan 6 peratus memberikan gred lebih dari 15%.

Item 19:Kekerapan institusi memantau penerapan KI

100.0
78.0
80.0

60.0
Tidak pernah
40.0 Kadang-kadang
20.0 14.0 Selalu
8.0
0.0
Peratusan
Rajah 6: Kekerapan institusi memantau aktivit penerapan KI dalam P&P

Item seterusnya memerlukan responden memberikan maklumat mengenai kekerapan


institusimelakukan aktiviti pemantauan ke atasaktiviti penerapan KI dalam P&P.
Analisis menunjukkan bahawa 78 peratus responden menyatakan kekerapan pemantauan
yang rendah dan hanya 8 peratus bersetuju institusi selalu memantau aktiviti penerapan KI
dalam P&P.
Item 20:Adakah institusi ada membuat tindakan susulan selepas pemantauan

Peratusan
76.0
80.0
60.0
40.0 24.0 Peratusan
20.0
0.0
Ya Tidak

Rajah7: Adakah institusi ada membuat tindakan susulan selepas pemantauan?

Item di atas pula adalah berkaitan tindakansusulan yang dilakukan di mana 76 peratus
responden bersetuju berlakunya tindakan susulan institusi selepas pemantauan KI
dilaksanakan.

Item 21:Respon positif pelajar terhadap pelaksanaan KI

Jadual 7: Respon positif pelajar terhadap pelaksanaan KI


Respon pelajar terhadap KI Frekuensi Peratusan
Tidak setuju 3 6.0
Setuju 44 88.0
Sangat Setuju 3 6.0

Item seterusnya memerlukan responden memberikan maklumat samada pelajarmemberikan


respons yang positif kepada aktiviti penerapan KI dalam P&P.
Maklumat dalam menunjukkan bahawa majoriti (88 peratus) pelajar memberikanrespon
yang positif ke atas aktiviti penerapan KI dalam P&P.
4.4 Permasalahan Dalam Perlaksanaan Kemahiran Insaniah

Rajah 8: Permasalahan yang dihadapi oleh pensyarah dalam melaksanakan KI

Kajian ini juga mengumpulkan maklumat mengenai kekurangan dan masalah yang dihadapi
oleh responden untuk/dalam melaksanakan aktiviti penerapan KI di dalam P&P. Masalah
tertinggi yang dihadapi oleh responden ialah kurang bahan/dokumen rujukan (40 peratus),
diikuti tidak cukup masa dan kurang kemahiran menerap KI (32 peratus), Kurang kemahiran
menilai KI (28 peratus), kurang sokongan pengurusan institusi (22 peratus), kurang insentif
dan penghargaan (20 peratus), respon negatif dari pelajar (18 peratus) dan tidak bersedia
(12 peratus).

5.0 RUMUSAN DAN CADANGAN

Hasil kajian menunjukkan tahap persediaan, pengetahuan dan kemahiran individu


berkenaan kemahiran insaniah dalam kalangan pensyarah berada pada sederhana dengan
min 3.67. Hasil kajian juga mendapati pelaksanaan penerapan kemahiran insaniah dalam
kalangan pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Elektrik adalah tinggi dengan mencatat 98%
dan respon pelajar terhadap pelaksanaan KI juga tinggi, 88%. Namun begitu terdapat
sebilangan pensyarah menyatakan bahawa mereka menghadapai masalah kekurangan
bahan rujukan, kurang mahir melaksana dan menilai KI serta tidak cukup masa untuk
menerapkan KI di dalam P&P. Justeru itu, hasil kajian ini diharap dapat membantu jabatan
menambahbaik dan membuat tindakan susulan yang bersesuaian.

Secara ringkasnya, kajian ini mendapati:

a. Majoriti responden bukan sahaja telah menyedari hasrat institusi untuk menerapkan
kemahiran insaniah di kalangan pelajar dalam P&P tetapi juga bersetuju dan bersedia untuk
melaksanakannya di institusi.
b. Aktiviti penerapan kemahiran insaniah dalam P&P ini mendapat sokongan dari pihak
pengurusan serta rakan staf akademik. Bagaimanapun, sokongan berkenaan masih perlu
dipertingkatkan.

c. Kesesuaian dan keberkesanan beberapa aspek tertentu berkaitan aktiviti penerapan


kemahiran insaniah dalam P&P masih berada di tahap memuaskan dan amat memerlukan
penambahbaikan. Ini melibatkan penyediaan dokumen/bahan rujukan yang bersesuaian,
kursus/latihan yang berkesan perlu dirancang oleh pihak pengurusan institusi agar dapat
membantu pensyarah menguasai pengetahuan dan kemahiran untuk menerap dan menilai
kemahiran insaniah dalam P&P.

d. Dari segi pelaksanaan, majoriti responden telah melaksanakan aktiviti penerapan


kemahiran insaniah dalam P&P dan kebanyakan pensyarah memberi tumpuan kepada
elemen utama iaitu kemahiran berkomunikasi, kemahiran kerja berpasukan dan pemikiran
kritis & kemahiran penyelesaian masalah.

e. Majoriti responden masih menggunakan kaedah konvensional seperti projek dan


perbentangan untuk menerapkan kemahiran insaniah. Pensyarah perlu juga
mempelbagaikan kaedah lain yang berasaskan OBE (Outcome Based Education).

f. Secara umumnya, aktiviti pemantauan dan tindakan susulan yang dilakukan oleh institusi
ke atas aktiviti penerapan kemahiran insaniah dalam P&P perlu dipertingkatkan.

g. Beberapa kekurangan dan masalah yang dihadapi oleh responden dalam menerapkan
kemahiran insaniah dalam P&P juga telah dikenalpasti. Di antara kekurangan dan masalah
utama ialah kekurangan pengetahuan dan kemahiran untuk menerap dan menilai kemahiran
insaniah dalam P&P, kekangan masa disebabkan pensyarah perlu menghabiskan silibus
dalam tempoh yang ditetapkan serta kekurangan bahan/dokumen rujukan yang boleh
membantu mereka melaksanakan aktiviti tersebut.

Memandangkan maslah yang dihadapi oleh responden dalam menerapkan kemahiran


insaniah dalam P&P telah dikenalpasti maka pihak institusi perlu menjalankan beberapa siri
bengkel peningkatan kemahiran penerapan kepada pensyarah bagi memastikan kemahiran
insaniah diterapkan secara berkesan dalam pengajaran dan seterusnya meningkatkan
kebolehpasaran graduan Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Merlimau Melaka.
RUJUKAN
Adnan, A. H. M., Ilias, N., Tahir, N. T. M. & Ramalingam, S. (2012). Soft skilling Malaysian
technical-technological undergraduates: a study of perceived needs and future preparedness.
Refereed proceedings of the 1st International Conference on Behavioural and Social
Science Research, 2 November. Kampar: Universiti Tunku Abdul Rahman.

Baharuddin, N.(2003). Unemployed Graduates: Pre and Post 1997 Crisis. 27-42.

Berita Harian. (2012), [Online], “Pelajar Universiti: lengkapkan diri dengan kemahiran
insaniah”,Retrieved from: http://psasir.upm.edu.my/4514/1/0717.pdf [30 Julai 2014]

Creswell, J. W. 2005. Educational research - planning, conducting, and evaluating


quantitative and qualitative research. Ed. ke-2. New Jersey: Pearson Merril Prentice Hall.

Deepa, S., & Seth, M. (2013). Do Soft Skills Matter ? - Implications for Educators Based on
Recruiters ’ Perspective, 7-21.

Garwood, R. (2012). Supporting the underperforming manager: Teaching the soft skills that
can make all the difference. Human Resource Management International Digest, 20(1), 39-
42. Doi : 10.1108/09670731211195963

Glenn, J. L. (2008). The "new" customer service model: Customer advocate, company
ambassador. Business Education Forum, 62(4), 7-13.

Graduan2U. (2010), “Five reasons why graduates are unemployed”, Retrieved from:
www.graduan2u.com/2010/ 02/ 28/ five-reasons-why-graduates-are-unemployed/ (5/07/2014)

James, R. F. & James, M. L. (2004, December). Teaching career and technical skills in a
“mini” business world. Business Education Forum, 59(2), 39-41

Kerangka Kelayakan Malaysia, 2004

Kamus Merriam Webster Online. (2014)Retrieved from: http://www.merriam-webster.com/ [6


Ogos 2014]

Kamsah, MZ, Abu, MS dan Razzaly, W (2008). Penerapan kemahiran insaniah (KI) kepada
pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di IPTA. Prosiding SKIKS 08. 491-502.

Laporan Business Plan PMM, 2012

Laporan Kebolehpasaran Graduat & 1L5G - Soalselidik kebolehpasaran pelajar, Politeknik


Merlimau Melaka. [Sesi Jun 2013]

Laporan Hasil Pembelajaran Program bagi Diploma kejuruteraan Elektronik (Komputer) Sesi
Disember 2012 dan Jun 2013. (2014)

MacArdle, S., Walters, L., Briscoe, J.P., dan Hall, D.T. (20070. Employability during
unemployment: adapatability, career identity, and human and social capital. [Online]
Retrieved from http://web.education. unimelb.edu.au/assets/pospsych/McArdle,
%20S.,%20Waters,%20et%20al%20Employability%20during%20Unemployment.pdf

Md Abdullah Al Mamun. (2012). The Soft Skills Education for the Vocational Graduates:
Value as Work Readiness Skills. British Journal of Education, Society and Behavioural
Science. 2(4), 326-338.
Md. Tahir, K., Mohammad Yasin, R. dan Mustapha, R. (2014). Pemangkin Kebolehpasaran
Graduan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ministry of Higher Education (MOHE), Malaysia (2006). Modul pembangunan kemahiran


insaniah untuk Institusi Pengajian Tinggi Malaysia. Serdang: Penerbit Universiti Putra
Malaysia.

Naidoo, R. & Jamieson, I. (2005). Knowledge in the marketplace: the global commodification
of teaching and learning in higher education (pp.
37-51). Dalam P. Ninnes & M. Hellstén (eds.) Internationalizing Higher

Nealy, C. (2005). Integrating soft skills through active learning in the management classroom.
Journal of College Teaching & Learning, 2(4), 1-6.

Pool, L. D. & Sewell, P. (2007). The key to employability: developing a practical model of
graduate employability. Education + Training, 49(4),277-289.

Rainsbury, E., Hodges, D., Burchell, N. & Lay, M. C. (2002). Ranking workplace
competencies: student and graduate perceptions. Asia-Pacific Journal of Cooperative
Education, 3(2), 8-18.

Seetha, N. (2014). Are soft skills important in the workplace? A preliminary investigation in
Malaysia. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 4(4).
44-56. doi: 10.6007/IJARBSS/v4-i4/751, [Online] Retrieved from:
http://dx.doi.org/10.6007/IJARBSS/v4-i4/751

Sparks, E., & Waits, M. J. (2011). Degrees for What Jobs? NGA Center for Best Practices.

Sutton, N. (2002). Why can't we all just get along? Computing Canada, 16(28), 20-24.

The Malaysia Education Blueprint 2013-2025 (MEB 2013-2025). (2014), [Online], Retrieve
from : http://www.moe.gov.my/en/cms/upload_files/ articlefile/2013/ articlefile-file-
003108.pdf [15 Julai 2014].

The Higher Education Department, Ministry of Education Malaysia (HEDMOE). (2014),


[Online], Retrieved from : http://www.mohe.gov.my/
psptn/index.php?option=com_content&view=article&id=48&Itemid=29 [22 May 2014].

Wong, P.(2010), "Unemployed or unemployable?" [Online]Retrieved from:


www.malaysiantoday.com.my/node/1726 [20 Julai 2014]

Yahya, A, Sidek, S dan Jano,Z (2011). Critical thinking skills among final year students of
Malaysian Technical Universities. Refereed proceedings of Malaysian Technical Universities
International Conference on Engineering & Technology.13-15 November 2011. Johor.

Zuraidah Abdullah.2009. Pembentukan Komuniti Pembelajaran Profesional: Kajian


Terhadap Sekolah Menengah di Malaysia. Jurnal Manajemen Pendidikan UNY
Indonesia:79-96 (Non-ISI/Non-SCOPUS Cited Publication)
Peer Review

Anda mungkin juga menyukai