Anda di halaman 1dari 5

Globalisasi dalam Pendidikan

Definisi Globalisasi merujuk kepada proses yang membolehkan pasaran


kewangan dan pelaburan untuk beroperasi di peringkat antarabangsa,
sebahagian besarnya adalah hasil daripada pembatalan kawal selia dan
peningkatan komunikasi secara berkesan (Collin kamus, 2013). Menurut Financial
Time Lexicon (2013), globalisasi menerangkan proses di mana ekonomi serantau
dan negara, masyarakat dan budaya telah menjadi bersepadu melalui rangkaian
perdagangan global, komunikasi, imigresen dan pengangkutan. Globalisasi juga
menyediakan platform untuk semua orang tanpa mengira bangsa, kaum, warna
kulit, status dan latar belakang bersaing secara adil dalam mana-mana bidang.
Globalisasi telah membawa kedua-dua kesan positif dan negatif dalam banyak
aspek kehidupan kita terutamanya pendidikan. Ini kerana pendidikan adalah
salah satu bidang yang banyak dipengaruhi oleh persekitaran dan perlu
menyesuaikan diri dengan perubahan pesat di seluruh dunia

Isu-Isu Semasa dalam Globalisasi Pendidikan


Impak globalisasi terhadap sektor pendidikan adalah seperti berikut:
Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu dan bahasa antarabangsa.
Pendidikan di negara ini terbuka kepada dunia luar di mana universiti-universiti
asing dibenarkan untuk menubuhkan cawangan mereka di sini.
Peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi akan meningkat
apabila banyak kolej swasta dan universiti telah ditubuhkan.
Penekanan dalam penilaian dan penggunaan teknologi komunikasi maklumat
(TMK) dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Internet sebagai sumber maklumat dan komunikasi
Peranan guru-guru di dalam kelas lebih kepada pemudah cara.
Guru perlu celik ICT dalam menjalankan kerja-kerja pentadbiran.
Pelajar-pelajar kita mampu bersaing dalam pasaran buruh global.
Persaingan yang adil di kalangan institusi pengajian tinggi.
Pembelajaran sepanjang hayat boleh dicapai dengan peluang pembelajaran
yang disediakan
. Perkongsian pengetahuan terutamanya penemuan baru hasil kajian yang
dilakukan di seluruh dunia. Membolehkan pencapaian matlamat
pendemokrasian pendidikan apabila setiap orang diberi peluang pendidikan.

Cara-cara Menangani Globalisasi dalam Pendidikan


Kesan globalisasi kepada pendidikan telah mencabar proses pelaksanaan sistem
pendidikan di Malaysia kerana kita perlu menyesuaikan diri dan mengikuti trend
di seluruh dunia supaya dapat bersaing di peringkat antarabangsa. Cabarancabaran yang dihadapi adalah seperti berikut:
Keperluan untuk mengamalkan pembelajaran berterusan
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
Pentadbiran pendidikan
Pembangunan identiti pelajar
Kualiti Guru
Keperluan untuk mengubah kurikulum selaras dengan peluang globalisasi
Guru-guru tidak bersedia dengan perubahan terutamanya dalam aspek
penggunaan ICT dalam proses pengajaran
Peningkatan dalam beban kerja
Sikap guru dalam pengajaran di zaman global
Perubahan yang pesat dalam pendidikan akibat globalisasi
Pengaruh negatif kepada identiti pelajar
Budaya sekolah tidak menyokong peluang pembelajaran

1.4 TONGGAK PENDIDIKAN UNITED NATIONS EDUCATIONAL, SCIENTIFIC AND


CULTURAL ORGANISATION (UNESCO)
Terdapat empat tonggak pendidikan UNESCO:
(i) Belajar untuk menguasai ilmu (learning to know).
(ii) Belajar untuk menguasai kemahiran (learning to do).
(iii) Belajar untuk menjadi insan berguna (learning to be).
(iv) Belajar untuk harmoni dan berkerjasama (learning to live together).
Berdasarkan cadangan UNESCO , pendidikan harus memberikan peluang kepada
pelajar meneroka dan memahami orang lain sejak awal persekolahan. Pendidikan
harus menjadi wadah untuk murid belajar tentang budaya, agama dan tingkah
laku etnik di Malaysia.
1.5 GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN
Scholte (2000:16) menyatakan bahawa globalisasi merujuk kepada proses
menyingkirkan batasan / sekatan kerajaan mengenai pergerakan antara negara
supaya mewujudkan satu ekonomi dunia yang terbuka. Dalam konteks
pendidikan, globalisasi ialah proses mengenepikan sekatan untuk mewujudkan
dunia terbuka tanpa sempadan.
Impak globasasi dalam pendidikan:
(i) Penggunaan bahasa inggeris sebagai bahasa ilmu dan bahasa antarabangsa.
(ii) Pendidikan negara terbuka kepada dunia luar.
(iii) Pertumbuhan cawangan universiti luar di dalam negara.
(iv) Peluang pendidikan semakin banyak dengan penubuhan intitusi swasta.
(v) Kepentingan pengajaran sains dan teknologi.
(vi) Pembelajaran menggunakan teknologi untuk menguasai maklumat.
(vii) Perubahan peranan guru dalam bilik darjah.
(viii) Pembudayaan teknologi.
(ix) Penyediaan peluang pendidikan.
(x) Aliran tenaga buruh atau sumber manusia dari luar masuk dalam negara.
(xi) Kemahiran berbahasa dalam pelbagai bahasa dapat mengatasi batasan
untuk berkhidmat di mana-mana negara.
(xii) Transformasi kurikulum dalam pendidikan mengikut kehendak semasa.
Tugas guru dalam menyediakan murid menghadapi era globalisasi dan
memenuhi hasrat Wawasan 2020:
1. Latih pelajar untuk berdikari dan bertanggungjawab atas pembelajaran
sendiri.
2. Pelajar diberi peluang berfikir pada aras tinggi, meneroka idea dan mencipta
inovasi.
Dalam masa yang sama, guru harus meningkatkan amalan profesionalisme
selain mengemas kini maklumat agar sentiasa selari dengan arus
perkembangan.
1.6 KEPELBAGAIAN BUDAYA
Budaya bermaksud cara hidup manusia dari segi pemikiran, kepercayaan dan

perlakuan dalam sesuatu mayarakat yang diterima oleh ahli anggotanya atau
diwarisi secara turun-temurun. Malaysia adalah sebuah negara yang unik kerana
masyarakatnya terdiri daripada perlbagai kaum.
Konsep kepelbagaian budaya harus difahami bersama. Salah satu cara untuk
menyatupadukan rakyat adalah dengan membina negara bangsa dengan
pemupukan semangat patriotisme dalam kalangan pelajar. Antara langkah
pembinaan negara bangsa:
i. Penghayatan prinsip Rukun Negara.
ii. Pendedahan tentang aspek kewarganegaraan dalam Pendidikan Moral.
iii. Bidang pelajaran distrukturkan mengikut nilai-nilai yang berkaitan dengan
perkembangan diri, keluarga, masyarakat dan negara.
iv. Pengajaran subjek Kajian Tempatan di sekolah dan subjek Sejarah di sekolah
menengah.
Contoh situasi bagaimana guru dapat menangani cabaran kepelbagaian budaya
serta mewujudkan situasi bilik darjah mesra budaya:
1. Guru tahu secara mendalam mengenai budaya murid (cth:lawatan, jemputan
ke rumah)
2. Guru wujudkan peluang mengumpul maklumat dalam kalangan pelajar
(cth:berbincang dan berkongsi ilmu)
3. Guru guna bahan kurikulum yang mewakili kumpulan etnik. (cth: topik pakaian
tradisional).
4. Guru wujudkan peluang murid memahami budaya lain (cth: program sekolah
anak angkat).
1.7 PENGARUH PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
Perkembangan teknologi maklumat dan Komunikasi (TMK) telah mencapai satu
tahap di mana pengaruhnya dapat dilihat di dalam kehidupan manusia. Antara
faedah yang boleh diperoleh daripada TMK ialah:
i. Pembentukan resos digital seperti perpustakaan digital.
ii. Peluang kepada jaringan antara para pendidik dan penyelidik berkongsi bahan
penyelidikan dan akademik.
iii. Memperkembangkan kemahiran aras tinggi seperti kolaborasi di mana-mana
sahaja tanpa mengira tempat dan masa serta penyelesaian masalah.
Pengaruh TMK melalui rangkaian internet amat penting dari segi pengetahuan,
perhubungan dan perkongsian bahan pengajaran-pembelajaran. Cabaran guru
atau masyarakat ialah bagaimana mendidik generasi muda dalam penggunaan
internet secara berkesan untuk pendidikan dan bukan sebaliknya.
1.8 GEJALA SOSIAL
Era globalisasi dan modenisasi yang berlaku sekarang ini bukan sahaja
memberikan kesan positif, tetapi sebaliknya. Rentetan daripada ini, maka
kebanyakan pelajar terlibat di dalam kebejatan sosial. Dalam masa yang sama,
kecanggihan teknologi zaman ini merupakan penyebab berlakunya gejala sosial
contohnya memuat naik gambar-gambar lucah menerusi telefon bimbit
berteknologi tinggi.

Amaludin dan Khadijah (2006) menyenaraikan 24 jenis gejala sosial yang


melibatkan penghuni pusat pemulihan akhlak seperti merokok, menonton video
lucah, putus cinta, mencuri, lari dari rumah, minum arak, mengambil pil khayal,
berjudi, menyimpan gambar lucah, mengadakan hubungan luar nikah, memeras
ugut, pecah rumah, menagih dadah, merogol, menyamun, makan rasuah,
maksiat, bercerai dan jenayah bunuh dan sebagainya.
Antara faktor penyebab gejala sosial ialah sikap ibu bapa dan cara mendidik
anak-anak, sikap pelajar, pengaruh media massa, iklim bilik darjah, pengaruh
rakan sebaya terhadap sikap agresif, ponteng sekolah, dan merosakkan harta
benda sekolah.
Oleh yang demikian, guru memainkan peranan penting dalam menangani
masalah ini dengan memupuk nilai-nilai murni di alam persekolahan. Antara
tugas guru ialah:
i. Guru sebagai pembimbing.
ii. Meningkatkan penglibatan kaunseling di peringkat sekolah.
iii. Gunakan pelbagai strategi dalam bilik darjah.
iv. Menerapkan nilai murni dalam program anjuran sekolah.
Sekiranya masalah berlanjutan, penglibatan pihak berkuasa seperti pihak polis
haruslah diutamakan. Pihak pentadbir sekolah pula haruslah merujuk masalah ini
kepada pihak polis dan bukannya menyembunyikannya. Kerjasama pihak sekolah
dan pihak polis dapat mengekang daripada gejala sosial terus berleluasa.

Anda mungkin juga menyukai