Anda di halaman 1dari 10

KPF 6064

KURIKULUM MASA DEPAN

TUGASAN: INDIVIDU
JOURNAL ANALYSIS
(MODEL PENERIMAAN DIGITAL DALAM
KALANGAN GURU DI MALAYSIA)

Nama Pensyarah:
DR ROSMA OSMAN

Nama Pelajar:
NURUL KHAIREYAH HAKIMAH BINTI KATNIN
M20162002035
1.0 Pengenalan

Jurnal ini merupakan kertas cadangan oleh Ahmad Shidki Bin Mat Yusoff dan Ab. Hamid
Bin Ali. Ahmad Shidki merupakan pensyarah daripada Institut Pendidikan Guru Kampus
Sultan Mizan di Jabatan Penyelidikan, Inovasi dan profesionalisme keguruan dan Ab.
Hamid bertugas di Institusi Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu sebagai pensyarah di
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. Seiring dengan perkembangan teknologi, format
digital telah mula mempengaruhi dunia pendidikan yang mempunyai kaedah dan teknik
pelbagai. Perubahan mekanisme yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) menerusi pengintegrasian Pembelajaran frog-VLE dalam pembelajaran
harian adalah merupakam salah satu bentuk pembelajaran secara digital. Malah usaha ini
dipergiatkan dengan memperkenalkan penggunaan bilik darjah online dan ruang sosial
yang berfiungsi sebagai e-pembelajran dengan menggunakan internet. Perbincangan di
dalam jurnal ini adalah untuk memberi gambaran yang jelas kepada kumpulan sasarnya
tentang keperluan dan tahap penerimaan penggunaan digital dikalangan guru di Malaysia.
Ini kerana terdapat kajian yang terdahulu menunjukkn guru-guru di sekolah tidak menerima
baik perubahan ini serta kurang memberikan tumpuan terhadap penggunaan teknologi
untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran. Justeru, penulis menjangkakan kajian
ini dijangkakan dapat menyumbang kepada pemahaman terhadap konsep dan kepentingan
model UTAUT sebagai Model Penerimaan Digital dalam kalangan guru di Malaysia untuk
menggunakan teknologi digital dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada masa
hadapan.

2.0 Sasaran Pembaca

Berdasarkan kepada tajuk fokus kajian dan kertas cadangan jurnal ini adalah ditujukan
kepada Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai pembuat dasar agar dapat membuat
persediaan dalam merangka strategi-strategi yang lebih dinamik untuk meneruskan
penggunaan peralatan digital disekolah. Selain itu, memberi kesedaran kepada guru
terhadap kepentingan penggunaan teknologi digital dalam pembelajaran dan
pemudahcaraan (Pdpc) agar sentiasa bersifat inovasi menerusi gaya pembelajaran maya.
3.0 Permasalahan Kajian

Memandangkan teknologi digital mahupun ICT dapat memastikan sumber maklumat boleh
diperolehi dengan mudah pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja, maka dengan
penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan dan
pentadbiran pendidikan Malaysia diperlukan (Norliza, 2013). Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) menyahut cabaran ini dengan menyediakan Program 1BestariNet,
penyediaan Pelantar Pelajaran Maya, VLE ataupun Virtual learning Environment
merangkumi buku teks digital serta pembelkalan computer riba Chromebook kepada
sekolah-sekolah. Hal ini menjadikan segala maklumat dan ilmu pengetahuan boleh dicapai
dimana-mana sahaja tanpa kekangan masa dan tempat. Bahkan, internet juga membolehkan
pengguna melakukan kaedah pembelajaran secara elektronik (Aliff Nawi, Ahmad
Fikhruddin, Hafit Hidayah & Mohamad Rafie, 2014). Walau bagaimanapun pada masa ini,
kemudahan dan kepakaran ini terhad dan masih tidak dapat memenuhi keperluan di
sekolah-sekolah. Menerusi kaji selidik yang dijalankan oleh KPM pada tahun 2010
mendapati bahawa penggunaan ICT disekolah adalah terhad. Dimana, 80% daripada guru-
guru di Malaysia menggunakan ICT kurang daripada satu jam setiap minggu.

Terdapat pelbagai kemungkinan wujudnya masalah berkaitan teknologi dalam kalangan


guru, namun sebahagian besar kajian yang dijalankan sebelum ini menunjukkan guru
mempunyai maslaah untuk menerima penggunaan digital sebagai kemudahan teknologi
smeasa mengajar. Antara faktornya disebabkan oleh guru kurang menerima pendedahan
terhadap peralatan dan fungsi peralatan teknologi ini dalam inovasi Pdpc abad ke-21.
Menurut pandangan Motaghian, Hassanzadeh & Moghadam (2013) mendakwa kegagalan
ini berpunca dari sudut faktor penerimaan teknologi. Penggunaan digital dalam pdpc akan
berjaya sekiranya sekolah dan guru menerima untuk melaksanakannya dengan betul. Oleh
itu kajin ini bertujuan untuk membina satu model konseptual berkenaan penerimaan guru
terhadap pendigitalan sebagai medium dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan. Hal ini
dilakukan dengan memeriksa teori Unified Theory of Acceptance and Use of Technology
(UTAUT). Teori ini dijangkakan dapat membantu kelompangan mengenai penerimaan
pendigitalan guru di Mlaaysia untuk meneruskan penggunaan peralatan digital dalam pdpc
pada masa depan.
4.0 Sorotan Literature

Didalam jurnal ini, penulis turut menyatakan beberapa contoh kajian lepas yang telah
dilaksanakan dalam melihat kepentingan penggunaan teknologi dalam pembelajaran dan
pemudahcaraan (Pdpc), penggunaan model UTAUT berdasarkan model-model terdahulu
berdasarkan teori psikologi dan mengaitkan niat dengan penggunaan (actual usage).
Menurut Lin (2012) sistem pembelajaran maya adalah sistem maklumat yang memudahkan
e-pembelajaran telah dilaksanakan secara meluas oleh institusi pendidikan untuk
menyokong pengajaran face to face dan secara belajar secara kendiri dalam pembelajaran
maya. Malah dalam kajian yang dilaksanakan oleh Jou & Wang (2013) menyokong
kemahiran teknikal yang telah dibangunkan menyatakan bahawa VLE dapat membantu
meningkatkan prestasi pembelajaran pelajar.

Model UTAUT dibina berdasarkan persamaan pembolehubah-pembolehubah yang


terdapat pada model-model terdahulu berdasarkan teori psikologi. Teori UTAUT
mengandungi empat teras pennetu penggunaan niat dalam teknologi (Venkatesh,2003)
iaitu jangkaan terhadap prestasi (performance expectation), jangkaan terhadap usaha (effort
expectation), pengaruh sosial (social influence) dan keadaan kemudahan (facilitating
condition). Model ini disokong dalam kajian lepas. Menurut Mohd Azli (2016) model-
model penerimaan individu terhadap penggunaan teknologi adalah dibentuk melalui kajian
yang mendalam berkaitan persepsi, kepercayaan, sikap individu dan pengaruh luaran;
maklumbalas terhadap perkara yang mendorong tingkahlaku individu untuk menerima dan
menggunakan teknologi dalam menyempurnakan sesuatu tanggungjawab. Kajian yang
dilaksanakan oleh Shin & Knag (2015) menggambarkan bahawa faktor-faktor seperti self-
efficacy, personal innovativeness, dan system accessibility secara positif mempengaruhi
penggunaan teknologi.

Sejak UTAUT mula digunakan tahun 2003, penyelidik telah semakin beralih kepada
menguji UTAUT untuk menjelaskan penggunaan teknologi, termasuklah e-learning
(Bakar, Razak, & Abdullah, 2013), social media (Gruzd, Staves, & Wilk, 2012) on-line
family dispute resolution services (Casey & Wilson-Evered, 2012), mobile banking (Zhou,
Lu, & Wang, 2010), health information technology (Kijsanayotin, Pannarunothai, &
Speedie, 2009), online purchasing (San Martín & Herrero, 2012), mobile commerce
(Chong, 2013; Min, Ji, & Qu, 2008) information kiosks (Y.-S. Wang & Shih, 2009), e-
government (Weerakkody, El- Haddadeh, Al-Sobhi, Shareef, & Dwivedi, 2013), mobile
wallet (Shin, 2009). Rumusannya, model UTAUT mengintegrasikan teori-teori yang sudah
mantap dalam penyelidikan mengenai penerimaan individu berkaitan teknologi maklumat.

5.0 Rumusan Jurnal

Melalui rujukan dan penilitian terhadap kajian-kajian empirical terdahulu, didapati model-
model penerimaan telah melalui proses pembuktian, pengukuhan, kembangan lanjutan
konstruk dan penambahbaik penjelasan terhadap penerimaan teknologi berdasarkan
konstruk dan penambahbaik penjelasanb terhadap penerimaan teknologi selari dengan garis
masa perkembangan teknologi. Jelas di sini bahawa, model UTAUT merupakan model
penerimaan terkini paling komprehensif dalam mengkaji penerimaan invividu terhadap
teknologi kerana model ini telah dibangunkan melalui perkembangan dan penambahbaikan
berdasarkan model-model penerimaan terdahulu, teori-teori berkaitan motivasi serta sikap
terhadap teknologi (Venkatesh, Thong, & Xu, 2012). Keadaan ini menunjukkan bahawa
model penerimaan terkini (Model UTAUT), mampu untuk memberi penjelasan yang lebih
bersepadu dan menyeluruh berkaitan faktor-faktor penerimaan individu terhadap
penggunaan teknologi. Walaupun UTAUT terpakai kepada pelbagai teknologi,
pembolehubah UTAUT boleh diperluaskan dengan menggabungkan faktor-faktor
tambahan. Mengikut pendapat penyelidik yang menyokong pendapat Seitzinger (2006)
ciri-ciri pemboleh ubah aktiviti pembelajaran seperti penglibatan pelajar, pembelajaran
aktif, kolaborasi, berdasarkan dunia sebenar dan penggunaan pemikiran sebagai sebahagian
proses pembelajaran.

Memandangkan penawaran kursus bersifat digital seperti VLE menjadi bahagian yang
semakin penting di sekolah-sekolah seluruh negara. Maka daripada sudut teoritikal ia
memerlukan suatu penjelasan terhadap penerimaan guru bagi memastikan peningkatan
penggunaanya pada kadar yang tinggi selaras pelaburan yang telah dibuat oleh kerajaan
Malaysia. Hal ini menjadikan terdapat keperluan untuk menjelaskan keserasian pedagogi
guru terhadap penerimaan guru di sekolah kerana perkembangan pendigitalan telah
meliputi PdP di sekolah di samping VLE itu sendiri merupakan satu inovasi dalam
pendidikan (Wu, Xu & Ge, 2012). Menurut Rogers (2003) antara faktor yang menyebabkan
individu mudah menerima sesuatu inovasi ialah keserasian serta kemiripan inovasi tersebut
dengan nilai, pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada, dan sesuai dengan keperluan
individu tersebut Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi
penerimaan tingkah laku guru untuk menggunakan teknologi digital dengan menambah
pemboleh ubah keserasian pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran dengan model
UTAUT. Model yang dicadangkan akan diuji dengan data yang dikumpul daripada guru-
guru yang mengajar di Malaysia. Penulis telah merangka kerangka kajian yang ingin
dilaksanakan dalam mengenalpasti tahap penerimaan digital dalam kalangan guru pada
rajah dibawah.

Rajah Kerangka Konseptual

Penulis menjangkakan kajian ini dapat menyumbang kepada pembinaan kerangka yang
berkaitan penerimaan pendigitalan dalam pengajaran dan pembelajaran (Pdpc) dalam kalangan
guru di seluruh negara. Selain itu, masalah kepenggunaan yang rendah pendigitalan dalam pdpc
dapat dikenalpasti. Hal ini dapat membantu pihak KPM untuk membuat persediaan dalam
merangka strategi-strategi yang lebih dinamik untuk meneruskan hasrat penggunaan ICT dan
peralatan digital di sekolah pada masa hadapan. Oleh itu, dalam usaha untuk melaksanakan
teknologi digital dalam PdP, penyelidik seperti Kriek & Stols (2010) menyatakan keperluan
terhadap pemahaman dan kepercayaan yang lebih baik dapat mempengaruhi dalam membuat
keputusan untuk menggunakan teknologi atau pun tidak.
6.0 Cadagan Penambahbaikan

Pembelajaran abad ke-21, bukanlah sesuatu perkara yang baru dalam sistem pendidikan
tetapi merupakan inovasi pendidikan secara tradisonal dengan menggunakan teknologi dan
persekitaran kerja yang baru (Rufaizal & Azuin, 2017). Kemahiran abad ke-21 akan
melahirkan pelajar yang sentiasa berusaha mencari ilmu dan menyesuaikan diri dengan
pelbagai perubahan sepanjang masa. Kepakaran dalam kemahiran abad ke-21 sangat
penting bagi seseorang pada masa kini kerana bagi mereka yang tidak mempunyai
kemahiran ini akan ketinggalan di dalam arus teknologi bidang pekerjaan abad ke-21.
Dalam konteks pendidikan hari ini, suatu perubahan perlu dalam proses pengajaran yang
lebih kreatif perlu dicerna (Yahya & Lailinanita, 2012). (1) Guru tidak perlu terikat dengan
sesuatu cara dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran, sebaliknya perlu sentiasa
berfikir di luar kotak pemikiran biasa untuk mencari kaedah serta pendekatan baru yang
lebih berkesan. Justeru itu, pelbagai pendekatan pembelajaran dan pengajaran yang kreatif
dan inovatif samada didalam mahupun di luar kelas perlu dilaksanakan oleh guru bagi
menerapkan kemahiran abad ke-21 di dalam diri pelajar.

Kajian yang ingin dijalankan penulis adalah untuk mengenalpasti tahap penerimaan guru
terhadap penggunaan peralatan digital didalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan.
Namun perlu dikaji dan diketahui juga peranan pelbagai pihak yang boleh membantu
meningkatan tahap penerimaan guru dalam menggunakan aplikasi teknologi dalam proses
pdpc. Teknologi maklumat dan komunikasi, kreativiti dan inovasi merupakan sesuatu yang
sangat penting dalam era k-ekonomi pada abad ke- 21. Cabaran utama negara dalam
menghadapi k-ekonomi ialah cabaran bagi melahirkan rakyat Malaysia yang kreatif,
inovatif dan berpengetahuan tinggi dalam pebagai bidang. Justeru itu, (2) sektor pendidikan
terutamanya memainkan peranan penting bagi melahirkan modal insan yang berkemahiran
tinggi, berpengetahuan, berkualiti tinggi dan mampu bersaing di peringkat global. Pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menyarankan kepada semua sekolahl supaya
melaksanakan inovasi pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan sistem pendidikan
di negara ini. Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak KPM bagi
menggalakkan inovasi pengajaran dan pembelajaran, namun amalan inovasi seperti yang
disarankan masih sukar dilaksanakan di sekolah (Lailinanita, 2008).
Seiring perkembangan dunia yang kian pesatnya, ia turut mempengaruhi percambahan
teknologi yang membawa kepada perubahan yang besar khususnya dalam sektor
pendidikan. Perkara ini turut dinyataakan oleh Zaharah, Saedah, Ghazali & Nur Hasbuna
(2015) dalam kajiannya dimana seperti yang telah termaktub dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia anjakan yang ketujuh, (3) usaha pihak kerajaan untuk
mempertingkatkan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi diperluaskan di
seluruh institusi-institusi pendidikan negara. Maka, usaha yang berterusan perlu dilakukan
dan memerlukan kerjasama dari semua pihak khususnya kepada para pelajar dan tenaga
pengajar bagi memastikan usaha yang dilakukan ini berjaya mencapai matlamatnya.

Inovasi Kajian terdahulu mendapati tahap pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran masih berada pada tahap rendah, banyak inovasi teknologi yang
diperkenalkan tidak digunakan secara kereatif dan efektif sebaliknya guru lebih selesa
dengan amalan pengajaran secara tradisional (Noraini, Hani, Mahizer, Mohd Arif &
Norazilawati, 2013). (4) Oleh hal yang demikian, bagi memastikan kejayaan pelaksanaan
inovasi teknologi, guru perlu meningkatkan kefahaman mereka mengenai teknologi baru
dan cuba mengaplikasikannya di dalam pengajaran dan pembelajaran. Amalan
pembelajaran berasaskan teknologi lebih memudahkan guru untuk menghasilkan dan
merancang bahan pengajaran dan pembelajaran serta dapat mewujudkan suasana
pembelajaran yang lebih berkesan dan menyeronokkan.

Pihak kerajaan sedar bahawa budaya inovasi perlu diterapkan dan diamalkan oleh
pensyarah dalam proses pengajaran dan pembelajaran sebagai langkah awal untuk
memastikan generasi muda dilengkapi dengan pemikiran yang kreatif dan inovatif bagi
memacu negara ini menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020 (Zakaria, 2014).
Menurut Zakaria (2014), isu yang dipersoalkan adalah sejauh mana pelaksana pengajaran
dan pembelajaran yang terdiri daripada guru-guru berusaha dan mengambil inisiatif untuk
bertindak secara proaktif dalam Melalui kajian awal yang dilakukan terhadap guru
pensyarah menunjukkan terdapat permasalahan yang timbul dari (5) aspek pelaksanaan
amalan pengajaran kreatif dan inovatif yang dapat dikenal pasti melalui maklum balas dan
reaksi yang telah diberikan oleh guru iaitu mereka tidak jelas tentang cara melaksanakan
kreativiti dan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran (Muhamad Zaki et al., 2013).
Justeru itu, kefahaman guru terhadap amalan inovasi kurikulum baru adalah sangat penting
bagi memastikan kejayaan pelaksanaannya. Selain itu, pelajar juga mudah hilang tumpuan
semasa pembelajaran dalam bilik darjah disebabkan cara guru menerangkan dan
menggunakan bahan pengajaran yang kurang mendapat perhatian pelajar (Cremin, 2012).
Oleh itu, (6) usaha harus dilakukan agar suasana amalan pengajaran yang lebih kreatif dapat
diwujudkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam bilik darjah di
sekolah (Samsudin, Zainal, Razali, & Noraini, 2013).

Selain daripada itu, (7) permasalahan yang sering dihadapi dalam kalangan pendidik ialah
kurangnya penggunan ICT dalam p & p yang dikaitkan dengan kaedah pengajaran yang
pasif dan tidak inovatif serta terikat dengan tradisi lama, (8) kurangnya motivasi dalaman
pengajar, (9) tempoh waktu mengajar yang tidak mencukupi dan (10) kegagalan pengajar
untuk bersaing dengan perkembangan yang teramat pantas pada masa kini (Kementerian
Pelajaran Malaysia, 2005). Malah, ada dalam kalangan pendidik yang masih lagi terikat
dengan kaedah pengajaran konvensional walaupun dunia pendidikan di Malaysia telah
mengalami reformasi sama ada dari segi kurikulum dan teknik pengajaran yang
menerapkan unsur inovasi pengajaran (Zakaria, 2014). Menurut Noraini et al., (2013),
walaupun penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran sudah lama diperkenalkan,
namun setiap kali suatu bahan atau alat ICT itu diperkenalkan dalam pendidikan, ia menjadi
satu kerisauan dan tidak selesa kepada sesetengah guru. Kajian daripada Noraini, Hani
Meryleina & Che Nidzam (2013) mendapati tahap pengintegrasian ICT dalam pengajaran
dan pembelajaran masih berada pada tahap rendah dan banyak inovasi teknologi yang
diperkenalkan tidak digunakan secara kreatif dan inovatif. Selaras dengan perubahan
teknologi maklumat pada zaman globalisasi kini, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
telah memperkenalkan pelbagai inovasi teknologi di sekolah bagi memenuhi keperluan dan
seterusnya meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Antara contoh
inovasi teknologi yang telah dilaksanakan oleh KPM adalah Pusat Akses Sekolah,
1BestariNet, EduwebTV, Program Pembelajaran Secara Maya (VLE), E-Pembelajaran,
dan Streaming Video (Noraini et al., 2013). Usaha kementerian ini adalah ingin membantu
memudahkan guru-guru melaksanakan proses pdpdc dengan menggunakan peralatan
digital.
7.0 Rujukan

Ainum Rahman, Zamri Mahamod, & Wan Muna (2017) Pembelajaran Abad Ke-21 Dan
Pengaruhnya Terhadap Motivasi Dan Pencapaian Bahasa Melayu Di Semolah
Menegah. Jurnal Pendiidkan. University Kebangsaan Malaysia.

Nur Atikah (2014) Pengadaptasian “E-Learning” Kepada “M-Learning” Dalam Teknologi


Pendiidkan. Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rosnani Jusoh & Nor Mashila Idris (2017) Kajian Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran
Berasaskan Teknologi Kursus Pengurusan Perniagaan Di Kolej Vokasional.
International RESEARCH Journal Education AND Science (Irjes)

Saedah Siraj (2015) Pembelajaran Mobile Dalam Kurikulum Masa Depan. Universiti Malaya.

Siti Zulaidah (2017) Tren Pembelajaran Menggunakan Multimedia Interaktif Dalam Bidang
Pendidikan Teknikal : Sorotan Literature. Jabatan Teknologi Kejuruteraan. Universisti
Pendidikan Sultan Idris.

Talirkodi (2016) Motivasi Guru Dengan Penggunaan Ict Dalam Pengajaran Di Daerah Kuala
Muda Yan. Universiti Utara Malaysia

Anda mungkin juga menyukai