Anda di halaman 1dari 9

E-PROCEEDING OF THE 6TH WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION

OF KNOWLEDGE 2020

PENERIMAAN PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN CIDOS DALAM KURSUS SAINS


KEJURUTERAAN

Mohd Sanusi Deraman1 dan Anisah Jawawi2


Politeknik Kota Bharu/sanusi@pkb.edu.my1 dan anisahjawawi@gmail.com2

ABSTRAK

Curiculum Information Document Online System (CIDOS) merupakan sistem pengurusan


pembelajaran digital yang digunapakai di Politeknik Malaysia termasuk Politeknik Kota Bharu.
Aktiviti dalam CIDOS dilaksanakan secara kaedah pembelajaran teradun (Blended Learning) dimana
ianya berlaku secara bersemuka dan atas talian. Penggunaan CIDOS di Politeknik Kota Bharu
penting sebagai pendedahan awal pelajar yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih
tinggi di mana-mana universiti. Oleh demikian, kajian tentang tahap penerimaan pelajar terhadap
CIDOS dalam pembelajaran mereka sangat diperlukan sebagai proses penambahbaikan dalam sistem
pengurusan pembelajaran di politeknik. Kajian kuantitatif ini melihat data secara frekuensi dan
deskriptif dengan melakukan pengamatan dan pemantauan secara langsung pada responden.
Kelompok responden adalah pelajar yang mengambil kursus Sains Kejuruteraan semester pertama.
Seramai 91 orang responden yang terlibat dalam kajian ini. Hasil penelitian menunjukkan bahawa
penerimaan CIDOS dalam kursus Sains Kejuruteraan berada pada tahap tinggi (M=3.9714,
SD=.58562). Manakala penerimaan mengikut jabatan, jantina dan bangsa adalah sebanyak 93.4 %
berada pada tahap tinggi dan 6.6 % sederhana. Sebagai rumusan, pelajar menerima penggunaan
CIDOS dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka.

Kata kunci Sistem pengurusan pembelajaran, CIDOS, ePembelajaran, penerimaan.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PENGENALAN
CIDOS dibangunkan untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran atas talian pelajar Politeknik Kota
Bharu (PKB). Menjadi hasrat Politeknik Kota Bharu untuk menjadikan sesi pengajaran dan
pembelajaran berteraskan “Blended Learning” di kalangan warga politeknik melalui sistem
pengurusan pembelajaran CIDOS. Politeknik Kota Bharu merupakan sebuah institusi pendidikan
tinggi yang memainkan peranan bagi menghasilkan graduan berilmu dan berkemahiran sederhana
tinggi. Pendidikan dan latihan yang disediakan bukan sahaja bertujuan untuk menggalakkan
perkembangan mental dan rohani pelajar, malah mengasah kemahiran mereka bagi memenuhi tuntutan
pekerjaan separa profesional dan teknikal dalam kalangan golongan muda dan selanjutnya
membangunkan ekonomi negara (Karimah, Mahanon & Siti, 2018).
Politeknik Kota Bharu merupakan salah sebuah institusi TVET yang menjadi penyumbang
modal insan berkemahiran sederhana bagi memenuhi keperluan industri dan pasaran tenaga kerja
separa profesional. Sekarang keperluan untuk melakukan transformasi bidang Pendidikan Teknikal
dan Latihan Vokasional (TVET) begitu mendesak dengan mengambil kira kepentingan bidang itu
terhadap negara bagi mendepani cabaran Revolusi Perindustrian ke-4 (Industri 4.0). Sementara itu,
pengerusi jawatankuasa permekasaan TVET, Nurul Izzah berkata, skop TVET mempunyai banyak
potensi dan berpuluh bilion ringgit telah dibelanjakan dari tahun ke tahun untuk mengangkat dan

E-PROCEEDING OF THE 6TH WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE (WCIK 2020)


(e-ISBN: 978-967-0792-35-8). 27 August 2020.
Copyright and published by https://worldconferences.net Page 137
E-PROCEEDING OF THE 6TH WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION
OF KNOWLEDGE 2020

menambah penglibatan pelajar dalam bidang TVET yang dipandang tinggi seperti di negara Jerman
(Nurul Firdaus Khairi, 2018).

LITARATUR KAJIAN

Teknologi informasi memudahkan manusia dalam pelbagai aspek kehidupan. Teknologi informasi
membantu manusia dalam memproses pekerjaan, mengelola dan mengagihkan data serta
mempermudah pekerjaan manusia. Salah satu pemanfaatan teknologi informasi dalam bidang
pendidikan adalah penggunaan media dalam ePembelajaran atau pembelajaran digital. Kaedah ini
merupakan media pembelajaran atas talian yang berfungsi sebagai media perantara berasaskan
teknologi informasi yang digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran tanpa berhadapan
secara langsung. ePembelajaran kini semakin menjadi amalan dalam sistem pendidikan terkini dimana
ia terus berkembang dari semasa ke semasa (Sefrika, 2018).

Pada Oktober 2011, Kementerian Pendidikan telah melancarkan kajian semula sistem
pendidikan negara secara menyeluruh dalam usaha membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) yang baharu. Keputusan melaksanakan kajian semula sistem pendidikan dibuat
dalam konteks standard pendidikan antarabangsa yang kian meningkat, peningkatan aspirasi negara
dalam mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi keperluan abad ke-21, dan peningkatan
harapan ibu bapa serta masyarakat terhadap dasar pendidikan negara (www.moe.gov.my, 2018).
Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025 [PPPM (PT)]
mentransformasikan sistem pendidikan tinggi Malaysia untuk menghadapi cabaran baharu. PPPM
(PT) telah menggariskan 10 lonjakan bagi mencapai aspirasi sistem dan aspirasi pelajar. Melalui
lonjakan ke 9 iaitu pembelajaran dalam talian secara global, model pembelajaran secara bersepadu
(blended learning) menjadi pendekatan pedagogi utama untuk semua universiti awam termasuklah
Politeknik Kota Bharu bersesuaian dengan trend terkini perkembangan teknologi abad 21. Ciri-ciri
CIDOS yang terbuka dan percuma, serta boleh di akses dalam talian 24/7 membuatkan proses
pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lebih kreatif. Penggunaan CIDOS dapat membantu
pelajar mengakses sumber secara kendiri dan menjimatkan kos apabila melaksanakan pembelajaran
dan penilaian. Namun demikian, terdapat beberapa isu yang berkaitan dengan penggunaan CIDOS di
politeknik seperti proses pengajaran dan pembelajaran melalui perjumpaan bersemuka semakin
berkurang, integriti pensyarah merosot, kekangan masa dalam kalangan pensyarah dan kekurangan
kemudahan fasiliti (Hasnida, Elyn & Hamdan, 2018). Keperluan melaksanakan PPPM 2015 – 2025
memerlukan pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara atas talian dengan lebih meluas. Dasar
pendidikan ini banyak dibantu oleh perkembangan teknologi komunikasi dan perhubungan secara atas
talian. Selain teknologi, motivasi memain peranan yang penting dalam penerimaan pelajar terhadap
sistem pengurusan pembelajaran di dalam bilik kuliah.
Motivasi adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan apa yang memberi kepada
seseorang dan apa yang memberi arah bagi aktivitinya. Dalam bidang pendidikan, masalah motivasi
sering menjadi topik yang penting. Hal ini disebabkan motivasi dianggap sebagai faktor yang sangat
dominan dalam menentukan pencapaian akademik pelajar. Kemampuan intelektual yang tinggi
menjadi sia-sia jika pelajar berkenaan tidak mempunyai berkeinginan untuk mendapat kejayaan
akademik. Di sini motivasi memain peranan penting bagi menggalakkan pelajar berusaha lebih dalam
pembelajaran mereka.
Selain motivasi, tahap penerimaan sistem pengurusan pembelajaran juga mempengaruhi
ePembelajaran. Nanayakkara & Whiddett (2011) menyatakan bahawa hasil kajiannya menunjukkan
faktor sistem dan sikap individu pengguna mempengaruhi penerimaan dan penyerapan penggunaan
teknologi ePembelajaran. Persepsi individu dan budaya fakulti memainkan peranan yang penting bagi
penentuan samada tutor itu menerima atau menolak sistem ePembelajaran.

E-PROCEEDING OF THE 6TH WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE (WCIK 2020)


(e-ISBN: 978-967-0792-35-8). 27 August 2020.
Copyright and published by https://worldconferences.net Page 138
E-PROCEEDING OF THE 6TH WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION
OF KNOWLEDGE 2020

Fong-Ling Fu, Hung-Gi Chou, & Sheng-Chin Yu (2007) membuat kajian tentang hubungan
interaksi aktif penerimaan ePembelajaran di kalangan pelajar yang sukarela melibatkan diri dalam
kajiannya. Pelajar ini terdiri daripada kalangan yang pernah mengikuti kursus dalam talian sekurang-
kurangnya sekali. Jumlah sampel adalah 451 unit. Ianya terdiri 39% kursus perniagaan, 23.9% kursus
sains sosial dan selebihnya lain-lain kursus. Kebanyakan responden bukan pengguna internet yang
baru dan 72.5% menyatakan mereka mempunyai pengalaman dalam talian selama tiga tahun. Kajian
ini menggunakan perkembangan Technology Acceptance Model (TAM) untuk menjelaskan motivasi,
sikap dan penerimaan ePembelajaran oleh pelajar. Faktor-faktor yang menentukan kualiti sesawang
adalah seperti peranan yang dimainkan oleh sistem tersebut, reka bentuk antara muka dan isi
kandungan. Kesemua faktor-faktor ini menentukan penerimaan pelajar terhadap ePembelajaran.

PENYATAAN MASALAH
Politeknik Malaysia termasuk Politeknik Kota Bharu telah melaksanakan ePembelajaran yang
menggunakan sistem pengurusan pembelajaran yang dinamakan CIDOS. Penggunaan sistem CIDOS
ini memberi cabaran kepada semua pensyarah terutama pensyarah yang lebih berusia. Penerimaan
pensyarah menggunakan CIDOS dalam pelaksanaan ePembelajaran mempengaruhi motivasi
seterusnya tahap penerimaan pelajar juga terjejas. Penerimaan pelajar terhadap CIDOS harus diukur
untuk menjadi panduan dalam proses penambahbaikan masa akan datang.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini adalah untuk mengetahui tahap penerimaan pelajar terhadap penggunaan CIDOS. Juga
melihat penerimaan CIDOS dari sudut jabatan, jantina dan bangsa.

SKOP KAJIAN
Penyelidik telah menetapkan skop sebagai batasan kajian untuk melaksanakan tugasan ini. Setelah
diteliti, kriteria yang dipilih ialah:
a. Pelajar Politeknik Kota Bharu.
b. Pelajar semester pertama.
c. Mengikuti kursus Sains Kejuruteraan.
d. Kehadiran kuliah melebihi 80%
e. Menggunakan CIDOS dalam pembelajaran mereka.

METODOLOGI
Metodologi kajian adalah meliputi cara, kaedah dan pendekatan yang digunakan untuk
mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang dijalankan
lebih bersistematik dan perjalanan kajian lebih terarah dalam mencapai objektif.

REKA BENTUK KAJIAN


Kajian yang dilakukan adalah berbentuk kuantitatif yang menggunakan sepenuhnya borang soal
selidik yang dibangunkan menggunakan google form. Menurut Mohd Majid (1990), soal selidik lebih
praktikal dan berkesan digunakan kerana penggunaannya dapat meningkatkan ketepatan dan

E-PROCEEDING OF THE 6TH WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE (WCIK 2020)


(e-ISBN: 978-967-0792-35-8). 27 August 2020.
Copyright and published by https://worldconferences.net Page 139
E-PROCEEDING OF THE 6TH WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION
OF KNOWLEDGE 2020

kebenaran gerakbalas yang diberikan oleh responden. Selain itu, instrumen yang digunakan di dalam
kajian ini adalah soal selidik yang dibina sendiri dan telah menjalani ujian perintis bagi menentukan
kesahan soalan. 5 orang pensyarah Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Kota Bharu
terpilih menjawab soal selidik. Berdasarkan pemerhatian mereka, soal selidik ini bebas daripada
sebarang kesilapan. Oleh demikian, soal selidik ini disahkan boleh digunakan untuk kajian.
Pelaksanaan kajian dimulakan dengan mengenalpasti penyataan masalah, membina objektif,
kaedah metodologi dan menganalisis data. Semasa pentadbiran instrumen, semua responden diberi
pautan borang soal selidik menggunakan kumpulan whatsapp. Aplikasi google forms memberi banyak
kelebihan kerana aplikasi ini terus menjana keputusan secara peratusan dan carta pie. Bagaimanapun
bagi mendapat keputusan yang lebih jitu dan mendalam, Perisian IBM SPSS versi 21 digunakan. Data
secara frekuensi dan deskriptif diperolehi dan dianalisis lalu diterjemahkan dalam bentuk
perbincangan.

POPULASI DAN PENSAMPELAN


Populasi kajian ini adalah pelajar yang mengambil kursus Sains Kejuruteraan semester pertama.
Teknik pensampelan rawak digunakan dalam pemilihan sampel kajian di mana kaedah ini di buat bagi
memastikan sampel kajian dapat mewakili populasi pelajar. Kaedah ini digunakan bagi memastikan
setiap responden mempunyai peluang yang sama bagi mewakili populasi dalam kajian ini. Sebanyak
91 responden telah menjawab soal selidik yang diedarkan secara atas talian menggunakan google
forms.

INSTRUMEN KAJIAN

Secara keseluruhan, soalan terbahagi kepada dua kategori. Bahagian A mengandungi tiga item tentang
demografi responden, manakala bahagian B terdapat 10 item berkenaan penerimaan pelajar terhadap
CIDOS. Setiap soalan di ukur menggunakan skala likert. Makluman kepada responden berkaitan soal
selidik juga telah di buat menggunakan kumpulan wasap. Jadual 1 dibawah menunjukkan butiran
instrumen.

JADUAL 1: Ringkasan kandungan instrumen kajian

Bahagian Soalan Item


A Demografi 3
B Penerimaan 10

Data daripada soal selidik yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian Statistical Package
for the Social Sciences versi 21 (SPSSv21). Data yang diperolehi ditunjukkan dalam bentuk min dan
frekuensi (peratus). Bagi menerangkan data dengan lebih jelas, SPSS memaparkan data min
penerimaan CIDOS melalui kaedah jadual. Tahap penerimaan ditentukan sepertimana dalam jadual 2
di bawah.

JADUAL 2: Tahap penerimaan

Tahap Bilangan
1.000 – 1.666 Rendah
1.667 – 3.333 Sederhana
3.334 – 5.00 Tinggi

E-PROCEEDING OF THE 6TH WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE (WCIK 2020)


(e-ISBN: 978-967-0792-35-8). 27 August 2020.
Copyright and published by https://worldconferences.net Page 140
E-PROCEEDING OF THE 6TH WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION
OF KNOWLEDGE 2020

KEPUTUSAN ANALISIS
Terdapat 91 orang pelajar yang menjadi responden dari dua jabatan. Dapatan kajian mendapati statistik
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal seramai 50 orang (54.9%), manakala Jabatan Kejuruteraan Elektrik
hanya 40 orang (45.1%) sahaja. Statistik ini menunjukkan dua jabatan sahaja terlibat kerana penyelidik
mengajar jabatan ini sahaja. Politeknik Kota Bharu secara keseluruhan mempunyai enam jabatan
dimana empat jabatan induk dan dua jabatan sokongan. Selain dua jabatan ini, empat jabatan lain ialah
Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA), Jabatan Perdagangan (JP), Jabatan Matematik, Sains & Komputer
(JMSK) dan Jabatan Pengajian Am (JPA).

Pelajar lelaki menjadi majoriti dalam kajian ini iaitu seramai 66 orang (75.5%), manakala perempuan
pula seramai 25 orang (27.5%). Ketidakseimbangan ini disumbangkan oleh jenis-jenis kursus yang
ditawarkan di peringkat diploma. Kursus aliran kejuruteraan menjadi domino dan secara tidak
langsung mempengaruhi bilangan pelajar dari aspek jantina. Semua pelajar ini menjalani kehidupan
dan belajar dalam suasana yang berbilang kaum dengan harmoni. Di Politeknik Kota Bharu, terdiri
tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan siam. Lain-lain kaum amatlah sedikit. Dapatan kajian
mendapati pelajar Melayu merupakan kaum yang menjadi hampir keseluruhan iaitu 90 orang (98.9%),
manakala pelajar India hanya seorang (1.1%). Statistik bangsa ini tidak mencerminkan posisi bangsa
yang sebenar.

Statistik penerimaan berdasarkan jabatan menunjukkan bahawa kedua-dua jabatan menerima CIDOS
pada tahap yang tinggi. Pelajar dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal menerima CIDOS dalam
pembelajaran mereka pada tahap yang paling tinggi (M=4.0100, SD=.60144) dan dikuti oleh Jabatan
Kejuruteraan Elektrik (M=3.9244, SD=.56955). Perbezaan min yang sangat kecil iaitu sebanyak
0.0856 memberi gambaran bahawa kedua-dua jabatan mempunyai sikap penerimaan yang sama. Boleh
dikatakan bahawa perbezaan jabatan tidak memberi perbezaan yang ketara terhadap penerimaan
pelajar terhadap CIDOS.

JADUAL 3 : Penerimaan berdasarkan jabatan

JABATAN Mean N Std. Deviation % of Total % of Total N


Sum
JKE 3.9244 41 .56955 44.5% 45.1%
JKM 4.0100 50 .60144 55.5% 54.9%
Total 3.9714 91 .58562 100.0% 100.0%

Penerimaan berdasarkan jantina tidak memberi sebarang makna, ini disebabkan pelajar lelaki
dan perempuan mempunyai tahap penerimaan sama iaitu tahap tinggi. Oleh demikian, dapat
dirumuskan bahawa jantina tidak mempengaruhi penerimaan CIDOS dalam pembelajaran mereka.

Jadual 4 : Penerimaan berdasarkan jantina

JANTINA Mean N Std. Deviation % of Total % of Total N


Sum
Lelaki 3.9758 66 .62464 72.6% 72.5%
Perempuan 3.9600 25 .47871 27.4% 27.5%
E-PROCEEDING OF THE 6TH WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE (WCIK 2020)
(e-ISBN: 978-967-0792-35-8). 27 August 2020.
Copyright and published by https://worldconferences.net Page 141
E-PROCEEDING OF THE 6TH WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION
OF KNOWLEDGE 2020

Total 3.9714 91 .58562 100.0% 100.0%

CIDOS ini sesuai digunakan untuk semua bangsa. Kenyataan ini disokong oleh dapatan
kajian, pelajar Melayu (M=4.8000, SD=0.0) dan India (M=3.9622, SD=.58224) sama-sama menerima
CIDOS pada tahap yang tinggi. Perbezaan kaum tidak mempengaruhi penerimaan pelajar terhadap
CIDOS.

Jadual 5 : Penerimaan berdasarkan bangsa

BANGSA Mean N Std. Deviation % of Total % of Total N


Sum
India 4.8000 1 . 1.3% 1.1%
Melayu 3.9622 90 .58224 98.7% 98.9%
Total 3.9714 91 .58562 100.0% 100.0%

Secara keseluruhan, penerimaan pelajar terhadap CIDOS, keputusan kajian mendapati bahawa
ianya berada pada tahap tinggi (M=3.9714, SD=.58562). Jadual 8 menunjukkan min penerimaan
pelajar terhadap CIDOS. Mengikut statistik jabatan, pelajar daripada kedua-dua jabatan menerima
CIDOS pada tahap yang tinggi. Begitu juga statistik mengikut jantina dan bangsa. Pelajar Melayu dan
India samada perempuan atau perempuan, semua menerima CIDOS dalam pembelajaran mereka pada
tahap tinggi.

Jadual 6 : Penerimaan secara keseluruhan

N Minimum Maximum Mean Std. Deviation


Penerimaan 91 2.10 5.00 3.9714 .58562
Valid N (listwise) 91

PERBINCANGAN
Dapatan kajian mengikut pecahan kaum ini tidak mencerminkan kedudukan kaum secara keseluruhan.
Seramai 90 orang (1.2%) pelajar terdiri daripada kaum Melayu sangat jauh dari fakta kependudukan
sebenar. Pada tahun 2017, jumlah penduduk Malaysia adalah 31.9 juta yang merangkumi 90.2 peratus
warganegara dan 9.8 peratus bukan warganegara. 62.1% merupakan kaum Bumiputera, dimana 87.7%
terdiri daripada Bumiputera Melayu dan 12.3% dari Bumiputera lain. Bumiputera lain adalah terdiri
daripada Orang Asli, Siam, Serani dan lain-lain minoriti bumiputera di Semenanjung Malaysia
manakala ia dikenali sebagai Bumiputera Sabah dan Bumiputera Sarawak di Malaysia Timur. 43.4%
merupakan kaum Dayak di Sarawak dan suku kaum Kadazan-Dusun majoriti di Sabah iaitu terletak di
Malaysia Timur. Rajah 1 menunjukkan kependudukan warganegara dan bukan untuk tahun 2017 dan
2018. Nisbah jantina tahun 2018 juga dinyatakan secara grafik (www.dosm.gov.my, 2018).
Penerimaan pelajar terhadap CIDOS pada tahap yang tinggi ini menempati dapatan kajian oleh
Rubiah & Jamilah Ahmad (2009) di mana beliau mendapati bahawa tahap penerimaan dan aplikasi
ePembelajaran di universiti awam sebagai alat pembelajaran berada pada tahap yang tinggi. Banyak
faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan CIDOS antaranya penggunaan di dalam kelas,
kekurangan latihan dan pendedahan, pengaruh rakan sekeliling, minat, sikap. kelajuan internet dan
sebagainya.

E-PROCEEDING OF THE 6TH WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE (WCIK 2020)


(e-ISBN: 978-967-0792-35-8). 27 August 2020.
Copyright and published by https://worldconferences.net Page 142
E-PROCEEDING OF THE 6TH WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION
OF KNOWLEDGE 2020

Beberapa pengkaji telah membuat kajian tentang penerimaan ePembelajaran di kalangan


pelajar universiti awam. Diantaranya ialah Nanayakkara & Whiddett (2011), beliau menjumpai
bahawa faktor sistem dan sikap individu pengguna mempengaruhi penerimaan dan penyerapan
penggunaan teknologi ePembelajaran. Antara faktor penerimaan adalah persepsi individu dan budaya
fakulti. Hasil kajian ini juga menyokong kajian yang telah dilakukan oleh Keller, Hrastinski, &
Carlsson, (2012) dimana beliau mendapati tahap kesediaan penerimaan pembelajaran arahan kendiri
pelajar berada paras tahap yang sederhana.
Kaedah ePembelajaran ini sebenarnya telah diterima oleh kebanyakan pelajar. Mereka
berpendapat bahawa kaedah ini memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di politeknik.
Penerimaan pelajar terhadap CIDOS ini mencapai sasaran menteri pengajian tinggi supaya semua
institusi pengajian tinggi dapat melaksanakan ePembelajaran dengan berkesan menjelang tahun 2015.

KESIMPULAN
Kajian ini dapat dijadikan kayu ukur kualiti perkhidmatan pendidikan dan latihan yang ditawarkan
oleh Politeknik Kota Bharu. Maklumbalas daripada pelajar amat penting dalam merangka polisi dan
strategi bagi menghasilkan graduan TVET yang berkualiti sekaligus dapat membantu menambahbaik
keperluan pengajaran dan pembelajaran dan kurikulum seiring dengan kehendak industri. Data kajian
menunjukkan bahawa penerimaan pelajar terhadap CIDOS adalah tinggi. Perbezaan jabatan, jantina
dan bangsa tidak mempengaruhi penerimaan pelajar terhadap CIDOS. Ini bererti bahawa usaha semua
pihak telah membuah hasil. Banyak faktor yang mempengaruhi kejayaan penggunaan CIDOS sebagai
alat pembelajaran. Terkini, ePembelajaran meningkat ke aras yang lebih tinggi lagi. ePembelajaran
berteraskan permainan yang dikenali sebagai gamifikasi semakin mendapat tempat dalam pengajaran
dan pembelajaran. Kandungan pembelajaran yang mempunyai unsur-unsur permainan meningkat
motivasi dan mengikatkan pelajar untuk berterusan. Pada era globalisasi hari ini, penggunaan
rangkaian maklumat yang lebih efektif amat digalakkan oleh pihak kerajaan kerana ia membentuk satu
mekanisme yang lebih baik kepada semua pelajar.

E-PROCEEDING OF THE 6TH WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE (WCIK 2020)


(e-ISBN: 978-967-0792-35-8). 27 August 2020.
Copyright and published by https://worldconferences.net Page 143
E-PROCEEDING OF THE 6TH WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION
OF KNOWLEDGE 2020

RUJUKAN

Embargo (2018). Anggaran penduduk semasa, Malaysia, 2017-2018. Diperolehi pada 5 Dis 2018
daripada https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?
r=column/pdfPrev&id=T0lmSHlwOXJ1aWlzcjBlam9ObUZpdz09
Fong-Ling Fu, Hung-Gi Chou, & Sheng-Chin Yu. (2007). Active interaction relationships between
students accepttance behavior and e-learning. Taiwan: National Cheng-chi University
Hasnida Ibrahim, Elyn Mohd Ridzwan & Hamdan Zakaria (2018). Transformasi pendidikan: isu dan
cabaran pendidikan abad ke 21 melalui ePembelajaran CIDOS di Politeknik. Prosiding
International Conference On Global Education VI. Volume 1, 357 – 367
Karimah binti Umar, Mahanon binti Ismail & Siti Norhayati binti Yusop, (2018). Kajian kepuasan
majikan terhadap graduan Kolej Komuniti Kuala Langat. Digest@JMSK Bil 3.
Keller, C., Hrastinski, S., & Carlsson, S. (2012). Students' acceptance of e-learning environments: A
comparative study in Sweden and Lithuania. Research Paper , hlm. 395-406.
Mohd Majid Konting 91990). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka.
Nanayakkara, C., & Whiddett, D. (2011). A model of user acceptance of e-laerning technologies: A
case study of a polytechnic in New Zealand. Research Paper, hlm. 180-189
Nurul Firdaus Khairi (2018). Nurul Izzah dilantik pengerusi jawatankuasa pemerkasaan TVET.
Diperolehi pada 12 Dis 2018 daripada http://www.sinarharian.com.my/ultras/liga-
antarabangsa/nurul-izzah-dilantik-pengerusi-jawatankuasa-pemerkasaan-tvet-1.847576
Ringkasan eksekutif, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025. Kementerian
Pendidikan Malaysia. Diperolehi pada 4 Dis 2018 daripada
https://www.moe.gov.my/images/dasar-kpm/PPP/articlefile_file_003113.pdf
Rubiah Omar, & Jamilah Ahmad. (2009). Kesedaran, pernilaian dan penerimaan e-pembelajaran
dalam kalangan ahli akademik. Jurnal Pendidikan Malaysia, 34(1), 155-172

E-PROCEEDING OF THE 6TH WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE (WCIK 2020)


(e-ISBN: 978-967-0792-35-8). 27 August 2020.
Copyright and published by https://worldconferences.net Page 144
E-PROCEEDING OF THE 6TH WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION
OF KNOWLEDGE 2020

Sefrika (2018). Analisis penerimaan teknologi e-learning pada amik BSI Jakarta. Journal Of
Infomatic Pelita Nusantara. Volume 3 (No 1), 1 -5

E-PROCEEDING OF THE 6TH WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE (WCIK 2020)


(e-ISBN: 978-967-0792-35-8). 27 August 2020.
Copyright and published by https://worldconferences.net Page 145

Anda mungkin juga menyukai