Anda di halaman 1dari 14

FAKULTI PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN

TUGASAN KUMPULAN

SEKSYEN 2

TAJUK KAJIAN :

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN DENGAN PENGGUNAAN


KEMAHIRAN MULTIMEDIA DI KALANGAN PELAJAR DPLI UMS

NAMA KURSUS :
DT50703 - KAEDAH PENYELIDIKAN DAN
REVOLUSI PERINDUSTRIAN 4.0

TAHUN & SEMESTER : 2023 & SEMESTER 1 SESI


2023/2024

NAMA PENSYARAH : DR. CRISPINA GREGORY K HAN

BIL NAMA AHLI KUMPULAN NOMBOR MATRIK

1 MOHD JAFNI BIN JASIM PP2312117T

2 MOHD NUR FIKRI BIN HAIRUL OTHMAN PP2312090T

3 NURFATIHAH BINTI ABAL MUKAM PP2312089T

4 AZLIE BIN MALEK PP2312116T


1.0 PENGENALAN

Pada era yang moden ini, pendidikan memainkan peranan penting dalam
membentuk keperibadian dan kerjaya individu. Pendidikan adalah suatu proses
sistematik dan terancang yang melibatkan pemberian dan penerimaan pengetahuan,
kemahiran, nilai-nilai murni dan norma-norma kepada individu atau kumpulan dalam
masyarakat. Ia bertujuan untuk mengembangkan potensi dan kepakaran seseorang
agar dapat berfungsi secara efektif dalam masyarakat. Dengan penekanan kepada
pembinaan modal insan, sistem pendidikan Malaysia terus berkembang dan
melibatkan pelbagai perubahan untuk menyokong keperluan semasa dan
merangkumi prinsip-prinsip dasar seperti yang digariskan dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (2013-2025). Pendidikan mengikut konteks Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) adalah suatu usaha yang berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. Antara
prinsip penting yang ditekankan adalah termasuk pendidikan holistik. Pendidikan
holistik merangkumi perkembangan fizikal, emosi, sosial dan intelektual pelajar.
Selain itu, pemerkasaan pelajar dengan kemahiran seperti kreativiti, inovasi,
kerjasama dan kebolehan menggunakan teknologi maklumat. Masyarakat baik di
Malaysia mahupun dunia menyaksikan satu perubahan drastik dalam alaman, cara
hidup serta tingkah laku sejak bermulanya pandemik Covid-19. Impaknya,
masyarakat mula mengadaptasi norma baharu kehidupan yang perlu ditempuli dalam
usaha membendung penularan wabak Covid-19. Sektor pendidikan juga tidak
terkecuali. Di Malaysia, bermula Mac 2020, para pendidik baik di prasekolah
sehinggalah ke institusi pendidikan tinggi mula beralih kepada pengajaran dan
pembelajaran dalam talian berbanding secara bersemuka di dalam bilik darjah atau
dewan kuliah. Norma baharu dalam pengajaran dan pembelajaran atas talian terus
disesuaikan menerusi pelbagai platform agar pelajar tidak ketinggalan dalam proses
pembelajaran. Terdapat beberapa kebaikan dan keburukan mengenai pembelajaran
atas talian dengan menggunakan multimedia.

Antara kebaikan pelajar yang mengikuti kelas atas talian ialah dapat
merancang masa pelajar mengikut jadual mereka sendiri. Pelajar tidak perlu
berulang alik ke kampus atau sekolah, jadi mereka menjimatkan masa dan dapat
belajar di mana sahaja yang mereka mahukan. Mereka juga tidak perlu bersusah
payah ke perpustakaan kerena bahan kursus dapat diakses secara atas talian. Pelajar
juga dapat belajar mengikut keselesaan mereka. Selain itu, pembelajaran secara atas
talian dengan mengunakan multimedia juga dapat menjimatkan kos. Sebagaimana
yang kita sedia maklum, pelajar dapat menyertai kelas atas talian menggunakan
aplikasi seperti Google Meet, Zoom, Webex Meet, Teams dan sebagainya.
Justifikasinya, tiada keperluan untuk kita keluar dari rumah, maka tiada kos
pengangkutan, makan dan sebagainya. Antara keburukan pelajar secara atas talian
pula ialah ramai dalam kalangan murid tidak dapat mengikuti pembelajaran secara
atas talian kerena meraka tidak mempunyai peranti serta akses kepada teknologi
komunikasi adalah terhad. Jika situasi ini berterusan, murid akan menghadapi
kesukaran untuk mencapai tahap penguasaan minimum dalam setiap mata pelajaran
yang diikuti. Lebih buruk lagi, situasi ini juga dapat memberi kesan kepada minat
dan motivasi murid untuk terus mengikuti pengajaran dan pembelajaran. Hubungan
murid dengan sekolah akan terkesan kerana mereka terasing daripada suasana
persekolahan untuk satu tempoh yang panjang. Seterusnya, pelajar tidak berpeluang
untuk berinteraksi secara bersemuka dengan guru atau pensyarah. Perkara ini
sekaligus akan menjurus kepada kesukaran dalam menerima apa yang di ajarkan
oleh guru. Kemahiran guru terhadap aplikasi pembelajaran dalam talian dan
prasarana digital juga boleh membantutkan proses pembelajaran dan pengajaran
atas talian.

2.0 TUJUAN KAJIAN

1. Mengkaji persepsi pelajar DPLI UMS terhadap penggunaan multimedia dalam


pembelajaran atas talian.

2. Mengkaji tahap keberkesanan pembelajaran menggunakan multimedia.

3. Mengkaji pengkaitan antara persepsi dan tahap keberkesanan pembelajaran atas


talian menggunakan multimedia dalam kalangan pelajar DPLI UMS.

3.0 MASALAH KAJIAN

3.1 Tahap Keberkesanan Pembelajaran Atas Talian

Pembelajaran atas talian telah memberikan peluang kepada pelajar


untuk terus belajar tanpa mengira lokasi geografi. Namun, aksesibiliti kepada
peralatan dan sambungan internet yang stabil adalah sangat diperlukan.
Kajian Briliannur et. Al (2020) mendapati bahawa pembelajaran atas talian
bagi pelajar sekolah luar bandar adalah kurang berkesan kerana wujudnya
kekangan ekonomi dari segi sarana dan prasarana. Pembelajaran atas talian
juga turut mempengaruhi aspek sosial dan emosi pembelajaran tradisional.
Interaksi di antara guru dan pelajar menyebabkan pengajaran dan
pembelajaran tidak dapat dilakukan dengan baik. Menurut Bernama (2020)
yang menyatakan bahawa pembelajaran secara atas talian hanya berkesan
sekiranya capaian internet dapat dinikmati secara meluas di setiap kawasan
sama ada di bandar, luar bandar atau kawasan pendalaman. Menjadi satu
cabaran yang besar buat para guru dan pensyarah untuk melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran secara atas talian kerana tidak semua pelajar
mempunyai capaian internet yang baik di kawasan tempat tinggal mereka.
Kajian Mohd Noorhadi & Zurinah (2017) merumuskan bahawa proses PdP
perlu melibatkan penggunaan media sosial seiring dengan perkembangan
dunia pendidikan moden pada masa kini serta menjadikan PdP lebih menarik
dan produktif. Namun begitu, perubahan kaedah pembelajaran secara
bersemuka di dalam kelas kepada platform pembelajaran secara atas talian
memberi kesulitan dan tekanan kepada guru dan pensyarah untuk
melaksanakannya dalam masa yang singkat semasa tempoh PKP (Yasmin
Saw, 2020).

3.2 Keadaan Motivasi Pelajar Ketika Berlakunya Pembelajaran Atas


Talian

Motivasi adalah satu faktor yang mempengaruhi pembelajaran dan


pencapaian pelajar, terutamanya dalam situasi yang mencabar seperti
pandemik. Ramai ibu bapa yang sibuk untuk mencari kewangan kerana
banyak sektor industri yang ditutup malah, ramai pekerja yang telah
diberhentikan. Menteri Sumber Kemanusiaan M Saravanan berkata dalam
sidang parlimen, Seramai 155,893 orang kehilangan pekerjaan semasa wabak
Covid-19 (Malaysia Kini, 2021). Peningkatan pengangguran menyebabkan
ramai keluarga yang terjejas pendapatan. Hasilnya, ibu bapa kurang
memberikan sokongan dan dorongan menyebabkan anak-anak tidak
mempunyai motivasi yang cukup untuk meneruskan pembelajaran. Selain itu,
peralihan kepada pembelajaran atas talian memerlukan pelajar untuk
menyesuaikan diri. Persekitaran dan cara pembelajaran yang baru boleh
memberi tekanan kepada pelajar secara tidak langsung mencipta cabaran
terhadap motivasi untuk belajar. Kurangnya, motivasi belajar, menyebabkan
prestasi akademik menurun, pelajar juga boleh mengalami gangguan
kesihatan mental seperti stres, depresi, kecemasan dan kemurungan. Oleh itu,
pelajar perlu menggunakan strategi pembelajaran yang menarik dan pelajar
perlu menetapkan matlamat yang jelas dan realistik untuk pembelajaran
mereka. Serta, mendapatkan sokongan dan bimbingan dari ibu bapa, guru,
keluarga dan rakan sebaya. Sokongan dan bimbingan ini akan memberi
pelajar rasa dihargai, disayangi serta memberi pelajar semangat dalam
meneruskan pembelajaran

3.3 Kemampuan Pelajar Mengadaptasi Dengan Persekitaran Dalam


Pembelajaran Atas Talian

Pembelajaran atas talian adalah satu kaedah pembelajaran yang


menggunakan teknologi digital dan internet untuk menyampaikan bahan,
aktiviti dan interaksi pembelajaran. Menurut kajian yang telah dijalankan
oleh Aziz (2021), terdapat beberapa cabaran yang dihadapi oleh pelajar
dalam menjalani pembelajaran atas talian melibatkan keupayaan untuk
mengadaptasi perubahan teknologi kerana ia melibatkan pembelajaran
secara digital serta perubahan sikap untuk menerima amalan pembelajaran
atas talian yang dilaksanakan. Pelajar kurang diberikan pendedahan terhadap
pembelajaran secara alam maya menyebabkan pelajar menghadapi kesulitan
untuk menyertai PdP atas talian. Selain itu, pelajar juga perlu menyesuaikan
diri dengan kaedah interaksi yang berbeza, seperti menggunakan forum,
webinar, kuiz dan sebagainya. Ini adalah untuk memastikan pelajar tidak
berasa bosan, tidak bersemangat dan sentiasa percaya diri. kemampuan
pelajar untuk mengadaptasi dengan persekitaran dalam pembelajaran atas
talian adalah satu aspek yang penting untuk menentukan keberkesanan dan
kejayaan pembelajaran. Pelajar perlu mengadaptasi dengan perubahan
teknologi, keadaan dan persekitaran pembelajaran, serta sikap dan motivasi
yang positif dalam pembelajaran atas talian. Dengan begitu, pelajar dapat
menikmati dan mengembangkan potensi diri dalam pembelajaran atas talian.

4.0 PERSOALAN KAJIAN

Persoalan kajian yang terdapat dalam kajian ini adalah Persepsi Pelajar DPLI
UMS keatas Pembelajaran Dalam Talian dan Keberkesanan Penggunaan Multimedia
Pada Pembelajaran Dalam Talian.

Persoalan kajian ini adalah untuk menyelidik dengan lebih mendalam


bagaimana persepsi pelajar DPLI UMS terhadap pembelajaran dalam talian serta
sejauh mana keberkesanan penggunaan multimedia dalam konteks pembelajaran
tersebut. Melalui analisis persepsi pelajar terhadap pembelajaran dalam talian,
pengkaji bermatlamat untuk mendapatkan wawasan tentang bagaimana pelajar
memberi maklum balas kepada kaedah pembelajaran ini dan sejauh mana mereka
melihat keberkesanannya.
Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk menjelajahi sejauh mana
penggunaan multimedia dalam pembelajaran dalam talian dapat memberikan
sumbangan positif kepada proses pembelajaran pelajar DPLI UMS. Pengkaji ingin
mengukur impak multimedia terhadap keterlibatan, pemahaman konsep, dan
motivasi pelajar dalam konteks pembelajaran dalam talian.

Objektif utama adalah memberikan gambaran yang holistik tentang


bagaimana pelajar DPLI UMS memahami dan menerima pembelajaran dalam talian,
dan sejauh mana multimedia berperan sebagai alat yang berkesan dalam
meningkatkan pengalaman pembelajaran mereka. Dengan demikian, penyelidikan ini
dapat memberikan sumbangan kepada pengembangan dan penambahbaikan amalan
pembelajaran dalam talian dengan mempertimbangkan pandangan dan pengalaman
pelajar DPLI UMS.

5.0 HIPOTESIS KAJIAN

1. Terdapat perbezaan yang ketara dalam persepsi pelajar UMS DPLI terhadap
penggunaan multimedia dalam pembelajaran dalam talian antara lelaki dan wanita.

Hipotesis ini adalah berdasarkan andaian bahawa terdapat potensi perbezaan


dalam cara lelaki dan wanita memahami, menerima dan melibatkan diri dengan
multimedia dalam konteks pembelajaran dalam talian. Pengkaji menjalankan analisis
untuk menguji sama ada terdapat perbezaan yang ketara atau tidak.

2. Terdapat perbezaan yang ketara dalam tahap keberkesanan pembelajaran


multimedia di kalangan pelajar DPLI UMS berlainan jantina.

Hipotesis ini bertujuan untuk menyiasat potensi perbezaan dalam tahap


keberkesanan penggunaan multimedia dalam pembelajaran antara lelaki dan wanita.
Analisis ini dikaji sama ada faktor jantina mempunyai kesan yang besar terhadap
keberkesanan pembelajaran multimedia atau sebaliknya.

Dengan menguji kedua-dua hipotesis ini, kajian memberikan pandangan yang


lebih mendalam tentang persepsi pelajar tentang penggunaan multimedia dan
sejauh mana penggunaannya yang berkesan dalam pembelajaran dalam talian dalam
kalangan pelajar UMS DPLI.

6.0 DEFINISI OPERASIONAL

6.1Pembelajaran Dalam Talian

Proses pendidikan yang melibatkan penggunaan platform digital atau


sumber melalui internet untuk menyampaikan bahan pengajaran kepada
pelajar DPLI UMS.

6.2 Kemahiran Multimedia

Kemampuan pelajar DPLI UMS untuk menggunakan pelbagai media


digital seperti teks, gambar, audio, video dan elemen interaktif dalam
pembelajaran dalam talian.
6.3 Persepsi Pelajar

Pandangan dan tanggapan pelajar DPLI UMS terhadap penggunaan


multimedia dalam pembelajaran dalam talian, termasuk kepuasan, keyakinan
dan kebolehan mereka untuk menyesuaikan diri dengan teknologi tersebut.

6.4 Gaya Pembelajaran

Keutamaan individu pelajar DPLI UMS ke arah cara pembelajaran


tertentu seperti visual, pendengaran atau kinestetik dalam konteks
penggunaan multimedia.

7.0 KAJIAN LEPAS

Istilah "kajian lepas" merujuk kepada "literatur lepas" atau "tinjauan literatur
lepas." Ia adalah sejenis penyelidikan atau analisis yang memfokuskan pada
menyemak dan menyusun literatur sedia ada pada topik tertentu. Dalam konteks ini,
"lepas" bermaksud bahawa semakan tidak melibatkan pengumpulan data baharu
melalui penyelidikan lapangan atau eksperimen, sebaliknya memfokuskan pada
menilai dan membentangkan penyelidikan yang telah dilakukan sebelum ini oleh
orang lain. Kajian bebas mungkin termasuk penyelidikan saintifik, artikel jurnal, buku
dan sumber maklumat lain yang berkaitan dengan topik yang dikaji. Matlamatnya
adalah untuk membentangkan pemahaman yang komprehensif tentang status
pengetahuan semasa tentang masalah atau topik tertentu.

7.1 KEBERKESANAN PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM


PEMBELAJARAN

Pembangunan Teknologi Maklumat dan Multimedia (TMM) dalam


bidang pendidikan telah menyumbang kepada peningkatan daya tarikan dan
keberkesanan media dalam pembelajaran. TMM, yang pertama kali
diperkenalkan pada awal tahun 1980-an, mengintegrasikan berbagai jenis
media yang sebelumnya beroperasi secara terpisah. Pengenalan komputer
dan multimedia dalam pendidikan kita merupakan langkah yang bijak untuk
memastikan para pelajar di negara ini tidak ketinggalan dalam dunia yang
berteknologi tinggi ini. Penggunaan Multimedia dalam pendidikan memberi
banyak kebaikan kepada guru dan pelajar dalam mempertingkatkan
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Hal ini
disokong oleh Zarina Abd Malek, (2004) yang mendapati bahawa teknologi
dapat mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi guru seperti
penggunaan teknologi untuk kerja-kerja pengurusan dan kerja-kerja
pengajaran pembelajaran. Menurut Pickersgill (1997), ICT membolehkan guru
“to do things better then they can be done without ICT”. Kajian Pisapia (1994)
menunjukkan guru yang pengajarannya “technology based”, mereka
cenderung menjadi “coordinator of learning recourse” daripada seorang
“presenter of knowledge”. Johnson (1996) telah menyenaraikan tiga
kegunaan komputer dalam sektor pendidikan, iaitu untuk meningkatkan
aktiviti-aktiviti serta kualiti pengajaran dan pembelajaran, untuk
mengautomasikan proses pengajaran dan pembelajaran dan sebagai alat
untuk memproses maklumat untuk tujuan meningkatkan produktiviti.
7.2 PEMBELAJARAN ATAS TALIAN

Terdapat beberapa penyelidik negara luar telah menjalankan kajian


untuk mengenal pasti persepsi pensyarah dan pelajar terhadap pengajaran
dalam talian semasa pandemik COVID-19 yang dijalankan oleh Almahasees Z,
Mohsen K andAmin MO (2021). Kajian ini bertujuan untuk menyiasat
keberkesanan, cabaran, dan kelebihan pengajaran dalam talian, serta untuk
mengenal pasti platform dalam talian yang digunakan dan persediaan yang
diperlukan untuk pengajaran dalam talian.

Kajian ini juga bertujuan untuk menggariskan pandangan pensyarah


dan pelajar terhadap keberkesanan pengajaran dalam talian, keperluan
latihan kemahiran IT, dan kesedaran keselamatan data dalam konteks
pembelajaran dalam talian. Kesimpulannya, tujuan kajian ini adalah untuk
memberi pandangan yang komprehensif tentang pengajaran dalam talian
semasa pandemik COVID-19, dengan menyoroti kelebihan, cabaran, dan
keperluan yang perlu ditangani dalam konteks pembelajaran dalam talian.

8.0 METODOLOGI

8.1 KAEDAH PENYELIDIKAN

Dalam kaedah penyelidikan ini kumpulan kami telah menggunakan


kaedah penyelidikan Kuantitatif Untuk mengetahui perincian dan data bagi
kajian yang di jalankan, metodologi yang telah digunakan ialah kajian
kuantitatif. Penyelidikan kuantitatif mengumpulkan data dalam bentuk
berangka yang boleh dimasukkan ke dalam kategori, atau dalam susunan
pangkat atau diukur dalam unit ukuran. Jenis data ini boleh digunakan untuk
membina graf dan jadual data mentah. Statistik membantu menukar data
kuantitatif menjadi maklumat berguna untuk membantu membuat keputusan.
Statistik boleh digunakan untuk meringkaskan data, menerangkan corak,
hubungan dan sambungan. Statistik boleh berbentuk deskriptif atau inferens.

8.2 SAMPEL KAJIAN

Kajian ini dilakukan secara rawak yang melibatkan 60 responden yang


memfokuskan dan melibatkan pelajar Diploma pendidikan Lepasan Ijazah
Universiti Malaysia Sabah (UMS). Kajian ini bertujuan untuk mengetahui
persepsi dan tahap keberkesanan pembelajaran menggunakan multimedia di
kalangan pelajar DPLI UMS. Kaedah kajian ini

8.3 INSTRUMEN KAJIAN

Dalam kajian untuk mendapatkan pendapat Pelajar DPLI UMS


mengenai persepsi dan tahap keberkesanan penggunaan multimedia dalam
pembelajaran atas talian dikumpul dengan melakukan tinjauan dalam talian
(google form) di mana tinjauan tersebut akan diberi kepada Pelajar DPLI UMS
untuk mengisi dan menjawab borang soal selidik tersebut dalam talian.
Kaedah ini adalah cara termudah dan terpantas untuk mengumpul data tanpa
menemu bual orang dan mencapai khalayak sasaran yang betul. Borang soal
selidik mempunyai beberapa bahagian. Tersebut adalah bahagian yang
terdapat dalam borang soal selidik.

Bahagian A : Demografi Responden


Bahagian B : Persepsi Pembelajaran Dalam Talian
Bahagian C : Keberkesanan Penggunakan Multimedia Pada
Pembelajaran Dalam Talian

9.0 KAEDAH ANALISIS DATA

Data dan maklumat untuk kajian ini dikumpul menggunakan soal selidik.
Borang soal selidik diberikan kepada 60 orang responden iaitu Pelajar DPLI UMS
yang sudi bekerjasama. Borang soal selidik ini diedarkan melalui link bertujuan untuk
mengisi borang soal selidik melalui google form. Responden akan diberi masa untuk
menjawab semua soalan dalam soal selidik dan data soal selidik akan di kutip semula
di dalam google form yang telah berikan.

Jadual 1 : Carta alir proses mendapatkan maklumat kajian

Pada peringkat akhir kajian ini, dapatan kajian telah dianalisis secara
deskripsif untuk menganalisis data daripada soal selidik. Kajian ini bersifat kuantitatif
kerana semua data yang diperolehi dikumpul melalui borang soal selidik. Soalan di
dirangka berdasarkan penyataan 5 skala Likert, iaitu :

1. Sangat Tidak Setuju


2. Tidak Setuju
3. Tidak Pasti
4. Setuju
5. Sangat Setuju

Likert (1932) mencadangkan kaedah penyelidikan yang lebih mudah. Analisis


item dilakukan berdasarkan maklum balas yang diberikan. Borang soal selidik yang
diberikan kepada responden penilaian sampel adalah menggunakan persempelan
secara rawak. Persempelan secara rawak adalah bermaksud penilaian berdasarkan
kepada individu. Responden kajian ini terdiri daripada 60 orang Pelajar DPLI UMS.
Secara umumny, data daripada borang soal selidik yang telah dianalisis. Data yang
dipungut melalui borang soal selidik dianalisis dengan mengamalkan persempelan
secara rawak. Soal selidik menggunakan skala Likert dengan menggunakan
penentuan peratusan (%), min serta skor asal berdasarkan bilangan responden.
Untuk menentukan faktor kekangan dalam kajian ini, penyelidikan juga
menggunakan skala pemeringkatan skor min untuk menganalisis dapatan min
mengikut statistic deskriptif (Norma, 2004). Berdasarkan julat skala tersebut,
penyelidik telah melalkukan pembahagian kepada tiga peringkat tahap tinggi, tahap
sederhana dan tahap rendah.

Jadual 2 : Skala Pemeringkatan Skor Min


Bil Tahap Skor Min Tahap Skala Pemeringkatan Skor Min
1. 0.00 - 1.66 Rendah
2. 1.67 - 3.33 Sedarhana
3. 3.34 - 5.00 Tinggi

Sumber : Mohd Majid Konting (2009).

Berdasarkan kepada Jadual 1 di atas, tahap min yang terendah dalam kajian
ini ialah di antara 0.00 hingga 1.66. Manakala, skor min 1.67 hingga 3.33 diukur
berada di tahap yang sederhana dan skor min 3.34 hingga 5.00 berada di tahap
tertinggi bagi menentukan tahap keberkesanan pembelajaran menggunakan
multimedia di kalangan pelajar DPLI UMS ini.

10.0 DAPATAN KAJIAN

Kajian kuantitatif ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Soal
selidik yang digunakan dalam kajian ini dibina dengan membuat adaptasi ke atas
soal selidik yang telah digunakan oleh pengkaji yang terdahulu berdasarkan
kesesuaian konstruk yang digunakan. Instrumen ini dibina dengan memberi tumpuan
kepada persepsi dan tahap keberkesanan pembelajaran menggunakan multimedia di
kalangan pelajar DPLI UMS. Borang soal selidik ini mengandungi tiga bahagia.
Bahagian A meminta responden memberi maklumat peribadi di bahagian B bertujuan
untuk mengatahui persepsi pelajar DPLI UMS dalam pembelajaran atas talian dan
bahagian C bertujuan untuk mengatahui tahap keberkesanan pembelajaran
menggunakan multimedia di kalangan pelajar DPLI UMS.

10.1 BAHAGIAN A (Demografi Responden)

Jadual 3 : Carta Demografi Responden


Kajian ini dilaksanakan ke atas 60 orang pelajar DPLI UMS. 20
responden terdiri daripada lelaki dan 40 responden terdiri daripada
perempuan. Kesemua responden berumur dikalangan 23 tahun hingga 35
tahun. Pengkaji memfokuskan pelajar DPLI UMS kerana pengkaji ingin
mengatahui sejauh mana pengatahuan dan mengkaji tahap keberkesanan
Pembelajaran atas talian dengan mengunakan multimedia dalam kalangan
pelajar DPLI UMS. Demografi responden dalam kajian ini terbahagi kepada
dua iaitu melayu dan bumiputera. Peratus responden yang berbangsa Melayu
ialah 20.3% dan peratus responden yang berbangsa Bumiputera Sabah ialah
79.7%. Didalam hal ini pengkaji dapat mengatahui bahawa lebih ramai
pelajar DPLI UMS yang berbangsa Bumiputera Sabah berbanding pelajar
DPLI UMS yang berbangsa Melayu.

10.2 UJIAN NORMALITI KAJIAN

Analisis ini dilaksanakan untuk menentukan bahawa keseluruhan data


responden yang diperolehi adalah bertabur secara taburan normal atau tidak.
Bagi mendapatkan keputusan untuk analisis ini, Ujian Normaliti di dalam SPSS
dilakukan ke atas keseluruhan data responden yang telah diambil.

Setelah data responden direkodkan, data dianalisis menggunakan


analisis kebolehpercayaa, analisis deskriptif dan analisis inferensi. Kajian ini
melibatkan seramai 60 orang pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah
Universiti Malaysia Sabah yang memfokuskan seksyen 2 iaitu opsyen
Pendidikan Seni Visual dan Teknologi dan Vokasional. Jadual 4 merupakan
ujian normaliti bagi kajian yang telah dilakukan berdasarkan pemboleh ubah
Persepsi pelajar DPLI UMS Terhadap Penggunaan Multimedia dan Tahap
Keberkesanan Pembelajaran Menggunakan Multimedia.

Pemboleh Ubah N Min Std.E Skewness Kurtosis

Persepsi pelajar DPLI UMS 60 4.053 0.059 .309 .608


Terhadap Penggunaan
Multimedia

Tahap Keberkesanan 60 4.231 0.079 .309 .608


Pembelajaran Menggunakan
Multimedia.

Jadual 4 : Ujian Normaliti Kajian

Analisis normaliti boleh dilakukan untuk menguji kebolehpercayaan


keputusan ujian itu dengan merujuk kepada nilai Skewness hasil daripada
ujian normaliti ke atas 60 data responden seperti dalam jadual 4. Pengagihan
skor pengukuran boleh dipertimbangkan sebagai normal jika nilai Skewness
menghampiri 0. Merujuk pada jadual 4, nilai Skewness adalah 0.30 di kedua-
dua item, Manakala nilai Kurtosis adalah 0.80 bagi kedua-dua item. Menurut
Bulmer (1979), nilai Skewness ini menunjukkan menghampiri kosong dan
berada di antara julat -1.0 dan +1.0. Ini membuktikan data adalah normal.
Oleh itu, analisis ini boleh diteruskan di dalam SPSS.
10.3 BAHAGIAN B DAN C (PERSEPSI PELAJAR DPLI UMS TERHADAP
PENGGUNAAN MULTIMEDIA DAN TAHAP KEBERKESANAN PEMBELAJARAN
ATAS TALIAN DENGAN MENGGUNAKAN MULTIMEDIA)

Jadual 5 : Ujian Cronbach’s Alpha (Reliability Analysis)

Jadual 5 menunjukkan Cronbach’s Alpha (AC) yang telah dilakukan


dalam SPSS. Cronbach’s Alpha (AC) atau lebih dikenali sebagai Reliability
Analysis adalah pengukuran reliability paling tinggi. Dalam jadual 5 di atas
terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian B yang mempunyai 11 soalan
mengenai persepsi pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah Universiti
Malaysia Sabah terhadap penggunaan multimedia dalam pembelajaran atas
talian dan bahagian C juga mempunyai 11 soalan tetapi soalan bahagian C
memfokuskan tentang tahap keberkesanan pembelajaran menggunakan
multimedia.

Merujuk kepada jadual 5 di atas AC pada bahagian B menunjukkan


kadar skala yang tinggi iaitu (0.724) manakala pada bahagian C pula
menunjukkan kadar skala yang lebih tinggi iaitu (0.913). Perkara ini dapat
dirumuskan bahawa persepsi pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah
Universiti Malaysia Sabah terhadap penggunaan multimedia dalam
pembelajaran atas talian dan tahap keberkesanan pembelajaran
menggunakan multimedia atas talian dalam keadaan yang positif. Kedua-dua
bahagian mempunyai Cronbach’s Alpha (AC) yang tinggi. Penyataan ini telah
menjawab objektif yang pertama dan kedua.

Kesimpulannya, hasil daripada analisis soal selidik yang dibuat,


didapati bahawa pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah Universiti
Malaysia Sabah mempunyai pengatahuan yang tinggi terhadap penggunaan
multimedia dalam pembelajaran atas talian dan keberkesanan pembelajaran
menggunakan multimedia juga memberi kesan yang positif kepada semua
pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah Universiti Malaysia Sabah. Di
samping itu, hasil daripada data borang soal selidik yang telah diberikan
melalui Google form kepada 60 responden juga menyokong tentang
keberkesanan penggunaan multimedia dalam pembelajaran atas talian
sebagai satu cara menambah baik proses pembelajaran pada masa kini.
10.4 BAHAGIAN D (PENGKAITAN ANTARA PERSEPSI DAN
KEBERKESANAN PEMBELAJARAN ATAS TALIAN MENGGUNAKAN
MULTIMEDIA DALAM KALANGAN PELAJAR DPLI UMS

Ujian T-test menggangap varians kedua-dua kumpulan yang diukur


adalah sama dalam populasi. Jika varians tersebut tidak sama, ini boleh
menjelaskan kadar ralat jenis I. Andaian kehomogenan varians boleh diuji
menggunakan Ujian Levene’s Kesamaan Varians yang dihasilkan dalam
statistik SPSS.

Menurut Senthilnathan (2019), ujian untuk kehomogenan varians ini


menyediakan statistik F dan nilai keertian iaitu nilai p. Jika nilai p lebih besar
daripada 0.05 iaitu p>0.05, varians kumpulan boleh dianggap sama. Walau
bagaimanapun, jika p<0.05, data tersebut mempunyai varians yang tidak
sama dan telah melanggar andaian kemomogenan varians. Merujuk kepada
jaual di bawah, Data Equal Variances Assumed akan digunakan. Jadual 6 dan
jadual 7 menunjukkan keputusan pengkaitan pemboleh ubah tersebut
berdasarkan jantina.

Jadual 6 : T-Test Persepsi Pembelajaran Dalam Talian Mengikut Jantina

Jadual 6 menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan


terhadap persepsi pembelajaran dalam talian dengan menggunakan
multimedia dalam kalangan pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah
Universiti Malaysia Sabah berdasarkan jantina dengan nilai t = 0.944 dan sig
= 0.062 (p>0.05). Jika dilihat dari segi nilai min, pelajar lelaki (min = 4.129
dan SP = 0.545) mencatatkan tahap persepsi pembelajaran dalam talian
yang lebih tinggi berbanding dengan pelajar perempuan iaitu dengan (min =
4.011 dan SP = 0.412).

Walau bagaimana pun, hipotesis nol (H01) tidak terdapat perbezaan


yang signifikan terhadap persepsi pempelajaran dalam talian dengan
menggunakan multimedia dalam kalangan pelajar Diploma Pendidikan
Lepasan Ijazah Universiti Malaysia Sabah berdasarkan jantina adalah diterima
kerana nilai sig = 0.062 (p>0.05). Oleh itu, persepsi pempelajaran dalam
talian dengan menggunakan multimedia dalam kalangan pelajar Diploma
Pendidikan Lepasan Ijazah Universiti Malaysia Sabah tidak dipengaruhi oleh
jantina.
Jadual 7 : T-Test Tahap Keberkesanan Penggunaan Multimedia
Dalam Pembelajaran Atas Talian Mengikut Jantina

Jadual 7 menunjukkan juga tidak terdapat perbezaan yang signifikan


terhadap tahap keberkesanan penggunaan multimedia pada pembelajaran
atas talian dalam kalangan pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah
Universiti Malaysia Sabah berdasarkan jantina dengan nilai t = 0.531 dan sig
= 0.020 (p>0.05). Jika dilihat dari segi nilai min, pelajar lelaki (min = 4.290
dan SP = 0.800) mencatatkan tahap keberkesanan penggunaan multimedia
pada pembelajaran atas talian yang lebih tinggi berbanding dengan pelajar
perempuan iaitu dengan (min = 4.200 dan SP = 0.504).

Walau bagaimana pun, hipotesis nol (H01) tidak terdapat perbezaan


yang signifikan terhadap tahap keberkesanan penggunaan multimedia pada
pembelajaran atas talian dalam kalangan pelajar Diploma Pendidikan Lepasan
Ijazah Universiti Malaysia Sabah berdasarkan jantina adalah diterima kerana
nilai sig = 0.020 (p>0.05). Oleh itu, tahap keberkesanan penggunaan
multimedia pada pembelajaran atas talian dalam kalangan pelajar Diploma
Pendidikan Lepasan Ijazah Universiti Malaysia Sabah tidak dipengaruhi oleh
jantina.

Kesimpulannya, hipotesis nol (H01) diterima. Hal ini demikian


kerana hipotesis tersebut menyatakan tidak terdapat hubungan antara
persepsi pembelajaran dalam talian dengan menggunakan multimedia dan
tahap keberkesanan penggunaan multimedia pada pembelajaran atas talian
dalam kalangan pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah Universiti
Malaysia Sabah berdasarkan jantina. Pelajar lelaki dan perempuan Diploma
Pendidikan Lepasan Ijazah Universiti Malaysia Sabah mempunyai tahap
pengatahuan yang tinggi terhadap penggunaan multimedia pada
pembelajaran atas talian. Penyataan ini telah menjawab objektif yang ketiga.
11.0 RUMUSAN

Hasil kajian ini mendapati bahawa pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah
Universiti Malaysia Sabah mempunyai pengatahuan yang tinggi terhadap
penggunaan multimedia pada pembelajaran atas talian. Selain itu, pembelajaran atas
talian dengan menggunakan multimedia juga memberikan kesan yang baik kepada
semua pelajar DPLI UMS. Selain itu, dapatan kajian menunjukkan dengan
penambahan elemen multimedia, ia membolehkan pelajar meningkatkan
pemahaman mereka tentang model simulasi yang di paparkan. Pengintegrasian
elemen multimedia sangat membantu kerana elemen multimedia menerapkan
banyak media seperti teks, grafik, audio dan video. Oleh itu, elemen multimediaini
menjadi perangsang bagi pelajar meneruskan pembelajaran mereka dan
meningkatkan pemahaman mereka dalam sesuatu topik.

12.0 RUJUKAN

NikAzis NiPa (2007). Kualiti Tinjauan Literatur bagi Penyelidik dalam Pendidikan
Matematik oleh Pelajar Ijazah Tinggi. Universiti Malaya.

Ibrahim Ahmad & Kamarudin Shafinah (2018). Kajian Kuantitatif : Apa jenis Analisis
Nak Guna?. Universiti Putra Malaysia.

Noraffandy Bin Yahaya & Lee Kwan How (2017). Kajian Terhadap Faktor-Faktor yang
Mempegaruhi Pencapaian Pelajar 4SPP dan 4SPF dalam Subjek Fizik Di
Universiti Teknologi Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia.

Kamarul Azmi Jasmi (2012). Metodologi Pengumpulan Data dalam Penyelidikan


Kualitatif. Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Hafifi Paudi & Rosseni Din (2021). Penggunaan Video sebagai Medium
Pembelajaran Kendiri untuk Meningkatkan Produktiviti Belia Tani. Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Dr.Zaharah (2018) Link mengenai Artikel pendidikan Alaf 21.


http://rmc.kuis.edu.my/irmic/wpcontent/uploads/2018/09/IRMIC18-pendidikan-alaf-
21-multimedia-Dr-Zaharah.pdf

Che-Suriani (2021) Link Artikel Genius pintar. https://www.ukm.my/personalia/wp-


content/uploads/2021/01/Artikel-7_Che-Suriani_GENIUSpintar.pdf

https://karangan.net/kebaikan-pembelajaran-secara-atas-talian/

https://drotspss.blogspot.com/2016/01/tajuk-482-operational-definition.html

Anda mungkin juga menyukai