Anda di halaman 1dari 9

KESEDIAAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI DALAM PENGGUNAAN TEKNOLOGI

MUDAH ALIH

Syarifah Nurul Farhana Binti Syed Mohd1


1 Universiti Kebangsaan Malaysia
snfarhana.sm@gmail.com,

Mohd Sahar Bin Sulaiman2


2 Kolej Komuniti Mas Gading
caa_are@yahoo.com

Siti Fatimah Binti Mohd Yassin3


3 Universiti Kebangsaan Malaysia
sfmy@ukm.edu.my

ABSTRAK
Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengkaji kesediaan pelajar kolej komuniti dalam penggunaan
teknologi mudah alih. Tahap kesediaan pelajar diukur berpandukan empat dimensi Technology Readiness Index
(TRI) iaitu optimism (keyakinan), innovativeness (inovatif), discomfort (ketidakselesaan) dan insecurity
(kebimbangan). Reka bentuk kajian yang digunakan adalah kajian tinjauan yang berbentuk kuantitatif dengan
menggunakan instrumen soal selidik. Seramai 142 orang responden telah dipilih secara rawak yang terdiri daripada
pelajar beberapa buah Kolej Komuniti di Malaysia iaitu Kolej Komuniti Mas Gading di Sarawak, Kolej Komuniti
Pasir Salak di Perak, Kolej Komuniti Hulu Langat di Selangor, Kolej Komuniti Bentong dan Kolej Komuniti Paya
Besar di Pahang. Borang soal selidik diedarkan dan data yang diperoleh dianalisis menggunakan statistik deskriptif.
Dapatan kajian menunjukkan tahap yang tinggi dalam dimensi optimism (keyakinan) dengan skor min purata 4.24
manakala tiga dimensi yang lain iaitu innovativeness (inovatif), discomfort (ketidakselesaan) dan insecurity
(kebimbangan) menunjukkan tahap yang sederhana dengan purata skor min masing-masing 3.61, 2.98 dan 3.52.
Secara ringkasnya, kajian menunjukkan pelajar boleh dikatakan bersedia dan bermotivasi untuk menerima dan
menggunakan teknologi mudah alih yang diklasifikasikan sebagai teknologi baharu dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di kolej komuniti. Berdasarkan persepsi positif yang diperolehi daripada kajian ini, teknologi mudah
alih berpotensi dilaksanakan dan berkembang dalam pendidikan di Malaysia khususnya kolej komuniti seiring
dengan kepesatan teknologi seterusnya memenuhi tuntutan pembelajaran abad ke21 dan Revolusi Industri 4.0.
Kajian ini diharap dapat memberi motivasi untuk kesediaan paradigma pembelajaran yang baharu, iaitu m-
pembelajaran di kolej komuniti.

KATA KUNCI: Mobile Learning, Kesediaan Teknologi, Teknologi Mudah Alih, Kolej Komuniti

1 PENGENALAN

Pendidikan di Malaysia sedang mengalami perubahan pembelajaran tradisional berasaskan bilik


darjah kepada pembelajaran jarak jauh. Penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran
(PdP) sangat dituntut dalam pendidikan abad ke 21 ini. Penggunaan teknologi mudah alih dalam
pendidikan juga semakin meluas di seluruh dunia dimana ia dapat memudahkan, meningkatkan dan
mengembangkan pembelajaran (Abildinova et al., 2016). Dengan teknologi mudah alih ini pelajar dapat
mengakses bahan-bahan pendidikan, ceramah dan seminar pada bila-bila masa, di mana sahaja, di luar
bilik darjah (Al Hosni, 2016; Hashim, 2016; Mohd Ishak Bin Ismail, 2016).
Justeru, teknologi memainkan peranan penting dalam pengajaran dan pembelajaran pelajar-pelajar
IPT termasuklah kolej komuniti. Kolej komuniti perlu bergerak seiring dengan kepesatan teknologi dengan
melaksanakan pembelajaran berasaskan teknologi mudah alih ini.

1.1 Penyataan Masalah


Terdapat banyak kajian yang melaporkan tentang kejayaan dan impak positif pelaksanaan mobile
learning samada di sekolah, kolej mahupun universiti, tetapi kurang di kolej komuniti. Walaupun kolej
komuniti merupakan salah satu institusi pengajian tinggi di Malaysia, namun ianya masih mempunyai
jurang yang ketara dalam penggunaan teknologi dalam pendidikan. Seharusnya kolej komuniti membuat
anjakan paradigma dan bergerak seiring dengan kepesatan teknologi dengan melaksanakan pembelajaran
1
berasaskan teknologi mudah alih ini. Dalam mengimplementasikan pembelajaran mudah alih di kolej
komuniti, pelbagai perkara perlu diambil kira antaranya ialah sejauh mana kesediaan pelajar dalam
menerima kaedah ini (Ardi et al. 2008).
Oleh itu, satu kajian perlu dijalankan bagi mengenalpasti tahap kesediaan pelajar kolej komuniti
dalam penggunaan teknologi mudah alih agar segala inisiatif yang melibatkan teknologi baru seperti
pelaksanaan m-pembelajaran di kolej komuniti dapat dijayakan dengan berkesan dan optimum. Namun,
persoalannya di sini ialah adakah pelajar kolej komuniti sudah bersedia atau tidak untuk
mengimplementasi teknologi baharu ini dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.

1.2 Tujuan, Objektif & Persoalan Kajian

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti tahap kesediaan pelajar kolej komuniti dalam
penggunaan teknologi mudah alih berpandukan empat dimensi Technology Readiness Index (TRI) iaitu
optimism (keyakinan), innovativeness (inovatif), discomfort (ketidakselesaan) dan insecurity
(kebimbangan).

Objektif kajian ini adalah untuk :


i) Mengenalpasti tahap keyakinan pelajar kolej komuniti dalam penggunaan teknologi mudah alih.
ii) Mengenalpasti tahap inovasi pelajar kolej komuniti dalam penggunaan teknologi mudah alih.
iii) Mengenalpasti tahap ketidakselesaan pelajar kolej komuniti dalam penggunaan teknologi mudah
alih.
iv) Mengenalpasti tahap kebimbangan pelajar kolej komuniti dalam penggunaan teknologi mudah alih.

Persoalan yang ingin dikaji bagi memenuhi objektif kajian ini adalah untuk mengetahui:
i) Apakah tahap keyakinan pelajar kolej komuniti dalam penggunaan teknologi mudah alih?
ii) Apakah tahap inovasi pelajar kolej komuniti dalam penggunaan teknologi mudah alih?
iii) Apakah tahap ketidakselesaan pelajar kolej komuniti dalam penggunaan teknologi mudah alih?
iv) Apakah tahap kebimbangan pelajar kolej komuniti dalam penggunaan teknologi mudah alih?

1.2 Batasan kajian


Kajian ini hanya melibatkan beberapa buah kolej komuniti sahaja di Malaysia iaitu Kolej Komuniti
Mas Gading di Sarawak, Kolej Komuniti Pasir Salak di Perak, Kolej Komuniti Hulu Langat di Selangor,
Kolej Komuniti Bentong dan Kolej Komuniti Paya Besar di Pahang. Tambahan pula, kajian ini hanya
melibatkan pelajar bagi program Sijil Teknologi Maklumat dan Sijil dan Sijil Teknologi Pembinaan sesi
November 2017 iaitu terdiri daripada 142 responden yang telah menjawab borang soal selidik.

1.3 Kepentingan kajian


Kajian yang dijalankan ini akan memberi manfaat kepada pengurusan kolej komuniti amnya dan
kepada pensyarah kolej komuniti khususnya bagi mengetahui tahap kesediaan pelajar dalam penggunaan
teknologi mudah alih sebagai alat bantu dalam pembelajaran. Kajian ini juga boleh dijadikan sebagai
sumber rujukan pada masa akan datang seterusnya memberi motivasi untuk kesediaan paradigma
pembelajaran yang baharu, iaitu m-pembelajaran di kolej komuniti seiring dengan kepesatan teknologi
seterusnya memenuhi tuntutan pembelajaran abad ke-21 dan Revolusi Industri 4.0.

2 KAJIAN LITERATUR

Pembelajaran dengan teknologi mudah alih ini telah terbukti keberkesanannya di negara luar dan
kini telah mula diperkenalkan di Malaysia di mana terdapat beberapa institusi pengajian tinggi telah
mengintegrasikan teknologi ini dalam kurikulum pengajaran mereka (Ardi, Syed, Kamal, Madya, & Tasir,
2008). Penggunaan teknologi dalam pendidikan dapat membantu pelajar dalam memahami pelajaran
dengan lebih mudah, malah pelajar-pelajar masa kini menggemari penggunaan teknologi dalam sesi
pembelajaran kerana teknik ini dapat menarik pembelajaran yang lebih interaktif pada waktu kuliah atau
diluar waktu kuliah. Malah sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih mantap (Rohani M. M
Yusoff, Ahmad Shaharil Bin Jamaludin, & Abda Hamida D. Abdul Hameed, 2015).
Pembelajaran menggunakan teknologi mudah alih sesuai dilaksanakan di kolej komuniti
memandangkan kepada senario perkembangan minat dan potensi pelajar kepada teknologi itu sendiri
(Daud, Jalil, Noor, & Gunawan, 2015; Hamidon et al., 2013). Dalam kajian Daud et al (2015) menyatakan
bahawa pelajar kolej komuniti menunjukkan minat yang tinggi dalam pembelajaran digital. Manakala
kajian Hamidon et al (2013) menunjukkan potensi aplikasi mudah alih untuk diterapkan dalam pengajaran
dan pembelajaran di kolej komuniti.
Kajian ini memfokuskan kepada kesediaan pelajar kolej komuniti dalam penggunaan teknologi
mudah alih. Menurut Parasuraman & Colby (2015), kesediaan terhadap teknologi dapat diukur dengan
menggunakan Indeks Kesediaan Teknologi (Technology Readiness Index) yang menentukan
kecenderungan seseorang untuk menggunakan teknologi baru dengan empat dimensi yang diukur iaitu
keyakinan (optimism), inovatif (innovativeness), ketidakselesaan (discomfort) dan kebimbangan
(insecurity). Menurut Parasuraman & Colby (2015) kesediaan teknologi ditakrifkan sebagai kecenderungan
individu untuk menerima dan menggunakan teknologi baru untuk mencapai matlamat dalam kehidupan di
rumah dan di tempat kerja. Dalam konteks kajian ini, kesediaan teknologi merujuk kepada kecenderungan
pelajar untuk menerima dan menggunakan teknologi mudah alih yang diklasifikasikan sebagai teknologi
baharu dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Konstruk kesediaan teknologi adalah pelbagai rupa (multifaceted), yang terdiri daripada empat
dimensi berikut:
i. Keyakinan (optimism) - pandangan yang positif terhadap teknologi dan kepercayaan bahawa ia
meningkatkan kawalan, fleksibiliti, dan kecekapan dalam kehidupan.
ii. Inovasi (innovativeness) - kecenderungan untuk menjadi perintis teknologi dan pemikiran
pemimpin.
iii. Ketidakselesaan (discomfort) - persepsi kurang kawalan ke atas teknologi dan perasaan yang
ditenggelam olehnya.
iv. Kebimbangan (insecurity) - rasa tidak percaya kepada teknologi, berpunca daripada keraguan
tentang keupayaannya untuk berfungsi dengan betul dan kebimbangan tentang potensi akibat yang
berbahaya.

Rajah 1 : Technology Readiness Index (Parasuraman & Colby, 2015)

3 METODOLOGI KAJIAN

Rekabentuk kajian ini ialah kajian tinjauan yang menggunakan pendekatan kuantitatif dengan
menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Sampel kajian adalah terdiri daripada pelajar beberapa
buah Kolej Komuniti di Malaysia iaitu Kolej Komuniti Mas Gading di Sarawak, Kolej Komuniti Pasir
Salak di Perak, Kolej Komuniti Hulu Langat di Selangor, Kolej Komuniti Bentong dan Kolej Komuniti
Paya Besar di Pahang. Seramai 142 orang responden telah menjawab borang soal selidik tersebut yang
membabitkan pelajar Kursus Sijil Teknologi Maklumat dan Kursus Sijil Teknologi Pembuatan. Prosedur
persampelan kebarangkalian dilaksanakan dengan memilih subjek sampel secara rawak, di mana subjek
dalam sampel tersebut mempunyai semua ciri-ciri yang terdapat dalam populasi kajian (Chua, 2006).
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik yang diadaptasi daripada Technology
Readiness Index (TRI) oleh Parasuraman & Colby (2015) dan disuaikan dengan konteks pelajar kolej
komuniti. TRI telah menunjukkan kebolehpercayaan dalaman yang tinggi dengan skor pekali alpha kira-
kira .74 - .81 (Parasuraman, 2000) pada keempat-empat dimensi TRI. Soal selidik kajian ini terdiri
daripada dua bahagian, iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A mengandungi soalan-soalan
demografi seperti umur, jantina, kolej komuniti dan juga bidang pengkhususan. Bahagian B pula
mengandungi 20 item soalan yang menjurus kepada kesediaan pelajar dalam penggunaan teknologi mudah
alih berpandukan kepada 4 dimensi TRI iaitu keyakinan, inovatif, ketidakselesaan dan kebimbangan.
Penilaian soalan di Bahagian B menggunakan pemeringkatan Skala Likert Lima Mata. Setiap item soalan
mengandungi lima pilihan jawapan dari "sangat tidak setuju" (1) hingga "sangat setuju" (5). Jadual 1
dibawah menunjukkan skala pengukuran bagi item-item dalam soal selidik.
Jadual 1: Skala Likert Lima Mata
Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Agak Setuju Setuju Sangat Setuju
(STS) (TS) (KS) (S) (SS)
1 2 3 4 5
TIDAK SETUJU SETUJU

Data yang diperoleh dianalisis menggunakan statistik deskriptif. Kekerapan, peratus, min dan
sisihan piawai dikenalpasti bagi tujuan analisis data. Bagi mengukur tahap kesediaan pensyarah dalam
penggunaan teknologi mudah alih di kolej komuniti, interpretasi min yang digunakan seperti dalam Jadual
2 berikut :
Jadual 2 : Interpretasi Min (Lewis & Robin, 2000)
SELANG SKALA MIN TAHAP MIN
1.00 2.33 Rendah/Tidak Setuju
2.34 3.67 Sederhana/Setuju
3.68 5.00 Tinggi/Sangat Setuju

4 DAPATAN KAJIAN

Seramai 142 orang pelajar telah dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Data yang dikumpul
telah dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu demografi dan
kesediaan pelajar dalam penggunaan teknologi.

4.1 Demografi

Analisis bahagian demografi melibatkan data jantina, umur, institusi dan bidang pengajian
responden. Taburan responden yang terlibat dalam kajian ini boleh dilihat melalui Jadual 3 yang
ditunjukkan di bawah.
Jadual 3 : Taburan responden
Jantina
Kolej Komuniti Umur Jumlah
Lelaki Perempuan
KK Bentong 17-20 tahun 16 3 19
17-20 tahun 31 14 45
KK Hulu Langat 21-25 tahun 0 1 1
Lebih 30 tahun 0 1 1
17-20 tahun 14 24 38
KK Mas Gading
26-30 tahun 1 0 1
KK Paya Besar 17-20 tahun 3 9 12
17-20 tahun 10 14 24
KK Pasir Salak
21-25 tahun 0 1 1
75 67 142
Jumlah Keseluruhan
(52.8%) (47.2%) (100%)

Seramai 142 orang pelajar telah menjawab kaji selidik ini. Daripada jumlah tersebut seramai 75
orang lelaki (52.8%) dan seramai 67 orang perempuan (47.2%). Bagi peringkat umur responden pula,
majoritinya adalah berumur 17-20 tahun iaitu seramai 138 responden atau 97.2%, seramai 2 orang
responden berada dalam lingkungan umur 21-25 tahun atau 1.4% dan masing-masing seorang responden
bagi lingkunan umur 26-30 tahun dan lebih 30 tahun yang masing masing mewakili 0.7%. Daripada
jumlah responden yang terlibat, Kolej Komuniti Hulu Langat mencatat jumlah responden yang tertinggi
iaitu seramai 47 orang (33.1%) dan diikuti oleh Kolej Komunit Mas Gading seramai 30 orang responden
(27.5%). Kolej Komuniti Pasir Salak mencatat seramai 25 orang responden (17.6%). Seramai 19 orang
responden dari Kolej Komuniti Bentong telah menjawab kaji selidik tersebut dan akhir sekali Kolej
Komuniti Paya Besar mencatat jumlah responden yang paling rendah iaitu seramai 12 orang responden
(8.5%). Bagi bidang pengajian responden pula hanya melibatkan dua kursus iaitu seramai 123 orang
responden dalam bidang Sijil Teknologi Maklumat (88.6%) manakala seramai 19 orang responden dari
bidang Sijil Teknologi Pembuatan (13.4%).

4.2 Kesediaan Pelajar Kolej Komuniti Dalam Penggunaan Teknologi Mudah Alih

Berikut merupakan dapatan yang diperolehi daripada item soalan berkaitan kesediaan pelajar kolej
komuniti dalam penggunaan teknologi mudah alih berpandukan kepada 4 dimensi TRI. Dapatan ini
menjawab kepada persoalan kajian yang dikaji.

4.2.1 Tahap Keyakinan Pelajar

Soalan 1 hingga 5 mewakili dimensi 1 iaitu optimism yang akan menjawab persoalan kajian yang
pertama berkaitan tahap keyakinan pelajar kolej komuniti dalam penggunaan teknologi mudah alih. Hasil
dapatan kajian menyatakan sebanyak 97.3% daripada responden percaya bahawa teknologi baharu akan
menyumbang kepada kualiti hidup yang lebih baik. Manakala sebanyak 96.3% responden menyukai
teknologi yang membolehkan responden melakukan perkara untuk memenuhi keperluan sendiri. Hampir
kesemua responden bersetuju dengan menyatakan teknologi membuatkan ia lebih cekap sebagai seorang
pelajar iaitu sebanyak 99.3%. Sebanyak 96.6% responden bersetuju dengan idea pengajaran melalui
aplikasi mudah alih (mobile apps) kerana responden boleh belajar pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
98% responden pula bersetuju aplikasi mudah alih yang menggunakan teknologi terkini adalah mudah
untuk digunakan.

Jadual 4: Dapatan Dimensi 1 - Optimism


Pecahan Responden Skala Likert
Sangat
Tidak Kurang Sangat
Tidak Setuju
Bil Item Setuju Setuju Setuju Min Tahap
Setuju
(STS) (TS) (KS) (S) (SS)
(%) (%) (%) (%) (%)
Dimensi 1 : Optimism
1. Saya percaya bahawa teknologi baru
akan menyumbang kepada kualiti 0.7 2.1 13.3 46.2 37.8 4.190 Tinggi
hidup yang lebih baik.
2. Saya suka teknologi yang
membolehkan saya melakukan perkara
2.1 0.7 13.3 41.3 41.7 4.225 Tinggi
untuk memenuhi keperluan saya
sendiri.
3. Teknologi membuatkan saya lebih
0.7 - 13.3 39.9 46.2 4.310 Tinggi
cekap sebagai seorang pelajar.
4. Saya suka idea pengajaran melalui
aplikasi mudah alih (mobile apps)
1.4 2.1 16.1 34.3 46.2 4.218 Tinggi
kerana saya boleh belajar pada bila-
bila masa dan dimana sahaja.
5. Aplikasi mudah alih yang
menggunakan teknologi terkini adalah 0.7 1.4 9.1 49.0 39.9 4.261 Tinggi
mudah untuk digunakan.
SKOR KESELURUHAN 4.240 Tinggi
4.2.2 Tahap Inovasi Pelajar

Soalan 6 hingga 10 mewakili dimensi 2 iaitu innovativeness yang akan menjawab persoalan kajian
yang kedua berkaitan tahap inovasi pelajar kolej komuniti dalam penggunaan teknologi mudah alih. Hasil
dapatan ditunjukkan dalam Jadual 5 dibawah.

Jadual 5 : Dapatan Dimensi 2 Innovativeness


Pecahan Responden Skala Likert
Sangat
Tidak Kurang Sangat
Tidak Setuju
Bil Item Setuju Setuju Setuju Min Tahap
Setuju
(STS) (TS) (KS) (S) (SS)
(%) (%) (%) (%) (%)
Dimensi 2 : Innovativeness
6. Secara umumnya, saya adalah di
antara orang yang pertama dikalangan
rakan-rakan yang akan mendapatkan 3.5 14.0 35.7 33.6 13.3 3.394 Sederhana
teknologi baru apabila ia
diperkenalkan.
7. Kebiasaannya, saya akan mengetahui
tentang produk dan perkhidmatan baru
4.2 16.8 39.2 27.3 12.6 3.282 Sederhana
yang berteknologi tinggi tanpa
bantuan daripada orang lain
8. Saya sukakan cabaran untuk
mengenalpasti peralatan yang 0.7 2.8 34.3 37.5 23.8 3.824 Tinggi
berteknologi tinggi.
9. Saya hanya mempunyai sedikit
masalah bagi memastikan teknologi
3.5 9.1 37.8 39.2 10.5 3.437 Sederhana
boleh berguna untuk saya berbanding
dengan orang lain
10. Saya lebih suka menggunakan
0.7 3.5 17.5 34.3 44.1 4.176 Tinggi
teknologi yang paling maju.
SKOR KESELURUHAN 3.613 Sederhana

4.2.3 Tahap Ketidakselesaan Pelajar

Soalan 11 hingga 15 mewakili dimensi 3 iaitu discomfort yang akan menjawab persoalan kajian
yang ketiga berkaitan tahap ketidakselesaan pelajar kolej komuniti dalam penggunaan teknologi mudah
alih. Hasil dapatan ditunjukkan dalam Jadual 6 dibawah.

Jadual 6: Dapatan Dimensi 3 Discomfort


Pecahan Responden Skala Likert
Sangat
Tidak Kurang Sangat
Tidak Setuju
Bil Item Setuju Setuju Setuju Min Tahap
Setuju
(STS) (TS) (KS) (S) (SS)
(%) (%) (%) (%) (%)
Dimensi 3 : Discomfort
11. Saya berfikir bahawa sistem teknologi
tidak direka untuk kegunaan semua 14.7 27.3 30.8 18.2 9.1 2.803 Sederhana
orang.
12. Saya kurang memahami panduan yang
ditulis untuk produk atau
6.3 17.5 49.0 21.7 5.6 3.028 Sederhana
perkhidmatan yang berteknologi
tinggi.
13. Ia adalah memalukan apabila saya
mempunyai masalah dengan alat yang
7.7 23.1 39.9 20.3 9.1 3.000 Sederhana
berteknologi tinggi apabila ada rakan
yang memerhati.
14. Saya menganggap ia tidak selamat
untuk menjalankan pentaksiran kursus 11.2 18.9 42.0 17.5 10.5 2.972 Sederhana
dalam talian
15. Teknologi sentiasa gagal berfungsi
5.6 19.6 42.0 23.8 9.1 3.120 Sederhana
pada masa-masa tertentu
SKOR KESELURUHAN 2.984 Sederhana

4.2.4 Tahap Kebimbangan Pelajar

Soalan 16 hingga 20 mewakili dimensi 4 iaitu insecurity yang akan menjawab persoalan kajian yang
keempat berkaitan tahap kebimbangan pelajar kolej komuniti dalam penggunaan teknologi mudah alih.
Hasil dapatan ditunjukkan dalam Jadual 7 dibawah.

Jadual 7: Dapatan Dimensi 4 Insecurity


Pecahan Responden Skala Likert
Sangat
Tidak Kurang Sangat
Tidak Setuju
Bil Item Setuju Setuju Setuju Min Tahap
Setuju
(STS) (TS) (KS) (S) (SS)
(%) (%) (%) (%) (%)
Dimensi 4 : Insecurity
16. Terlalu banyak teknologi akan
mengalih perhatian orang ke arah yang 2.8 11.9 31.5 36.4 17.5 3.542 Sederhana
berbahaya
17. Teknologi tidak bagus kerana
merendahkan kualiti hubungan dengan 3.5 14.0 40.6 30.1 11.9 3.324 Sederhana
mengurangkan interaksi personal
18. Saya tidak berasa yakin jika belajar
17.5 16.1 40.6 20.3 5.6 2.810 Sederhana
secara dalam talian (online)
19. Saya bimbang bahawa maklumat yang
saya berikan melalui Internet boleh 2.1 9.1 31.5 33.6 23.8 3.683 Tinggi
disalahgunakan oleh orang lain
20. Komunikasi secara bersemuka adalah
sangat penting dalam proses 1.4 0.7 20.3 30.8 46.9 4.218 Tinggi
pengajaran dan pembelajaran
SKOR KESELURUHAN 3.515 Sederhana

5.0 PERBINCANGAN DAN PENUTUP

Hasil kajian yang dijalankan menunjukkan tahap yang tinggi dalam dimensi optimism (keyakinan)
dan tahap yang sederhana bagi tiga dimensi yang lain iaitu innovativeness (inovatif), discomfort
(ketidakselesaan) dan insecurity (kebimbangan).

Jadual 8 : Rumusan analisis data


Tahap Kesediaan mengikut Dimensi TRI Skor Min Purata Interpretasi
Optimism (keyakinan) 4.24 Tinggi
Penyumbang 3.93 Tinggi
Innovativeness (inovatif) 3.61 Sederhana
Discomfort (ketidakselesaan) 2.98 Sederhana
Penghalang 3.25 Sederhana
Insecurity (kebimbangan) 3.52 Sederhana

Dapatan kajian menunjukkan tahap keyakinan pelajar kolej komuniti dalam penggunaan teknologi
mudah alih adalah tinggi. Menurut Parasuraman (2000), ini jelas menunjukkan pelajar mempunyai
pandangan yang positif terhadap teknologi dan percaya bahawa ia boleh meningkatkan kawalan,
fleksibiliti, dan kecekapan dalam kehidupan (Parasuraman, 2000). Manakala tahap inovasi pelajar kolej
komuniti dalam penggunaan teknologi mudah alih adalah sederhana menjelaskan kecenderungan pelajar
untuk menjadi perintis teknologi dan pemikiran pemimpin masih lagi pada tahap yang sederhana.
Berdasarkan dua faktor penyumbang ini, dapat disimpulkan bahawa kesediaan pelajar kolej komuniti
dalam penggunaan teknologi mudah alih adalah tinggi.
Bagi faktor penghalang pula, tahap ketidakselesaan dan juga tahap kebimbangan pelajar kolej
komuniti dalam penggunaan teknologi mudah alih adalah sederhana. Ini menunjukkan pelajar memberi
persepsi kurang kawalan ke atas teknologi serta rasa tidak percaya yang tinggi terhadap teknologi,
berpunca daripada keraguan tentang keupayaannya untuk berfungsi dengan betul dan kebimbangan tentang
potensi akibat yang berbahaya. Oleh itu, kesediaan pelajar kolej komuniti dalam penggunaan teknologi
mudah alih dikatakan sederhana berdasarkan dua faktor penghalang ini.

5 KESIMPULAN

Secara umumnya, pelajar adalah cenderung untuk menerima dan menggunakan teknologi mudah
alih yang diklasifikasikan sebagai teknologi baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kolej
komuniti. Teknologi mudah alih berpotensi dilaksanakan dan berkembang dalam pendidikan di Malaysia
khususnya kolej komuniti. Hasil kajian ini diharap dapat dijadikan sumber rujukan oleh pihak Jabatan
Pengajian Kolej Komuniti agar penemuan kajian ini dianalisa dengan lebih lanjut bagi melihat gambaran
tahap kecenderungan, penerimaan dan impak pelajar terhadap perlaksanaan penggunaan teknologi mudah
alih dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian berterusan dari masa ke semasa amat diperlukan
bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menggunakan teknologi mudah alih dalam konteks PdP
sebagai aplikasi pembelajaran interaktif pada masa kini seiring dengan kepesatan teknologi seterusnya
memenuhi tuntutan pembelajaran abad ke-21 dan Revolusi Industri 4.0.

RUJUKAN

Abildinova, G. M., Alzhanov, A. K., Ospanova, N. N., Taybaldieva, Z., Baigojanova, D. S., & Nikita, O.
(2016). Developing a Mobile Application Educational Process Remote Management System on
the Android Operating System. International Journal of Environmental & Science Education, 11(12),
51285145.
Al Hosni, S. (2016). Mobile Learning: Enhancing Learning Through Cell Phones. BEST: International
Journal of Management, Information Technology and Engineering (BEST:IJMITE), 4(9), 1722.
Ardi, S., Syed, B., Kamal, Y., Madya, P., & Tasir, Z. (2008). Pembelajaran masa depan mobile learning
(m-learning) di malaysia. Seminar Penyelidikan Pendidikan Pasca Ijazah 2008, 122129.
Chua, Y. P. (2006). Kaedah penyelidikan. McGraw-Hill.
Daud, R., Jalil, Z. A., Noor, M., & Gunawan, F. M. (2015). Community College Students Perception
Towards Digital Learning In Malaysia. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 195(195), 1798
1802. https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2015.06.389
Hamidon, I. S., Alias, N., Siraj, S., Kokila, K., Mohammed, M., & Thanabalan, T. V. (2013). Potential of
Twitter in Post-reading Activities Among Community College Students in Malaysia. Procedia -Social
and Behavioral Sciences, 103(103), 725734. https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2013.10.393
Hashim, Y. E. (2016). Mobile Technology and Education: Theoretical Study. International Research
Journal of Computer Science, 3(2), 1627. https://doi.org/10.6084/M9.FIGSHARE.3487040.V1
Lewis & Robin. (2000). Statistik untuk pengurusan. Prentice Hall.
Mohd Ishak Bin Ismail. (2016). A Review of the Challenges and Issues in Mobile Learning. International
Journal of Enhanced Research in Educational Development, 4(2), 16.
Parasuraman, A. (2000). Technology Readiness Index ( TRI ) A Multiple-Item Scale to Measure Readiness
to Embrace New Technologies. Journal of Service Research, 2(4), 307320.
https://doi.org/10.1177/109467050024001
Parasuraman, A., & Colby, C. L. (2015). An Updated and Streamlined Technology Readiness Index: TRI
2.0. Journal of Service Research, 18(1), 5974. https://doi.org/10.1177/1094670514539730
Rohani M. M Yusoff, Ahmad Shaharil Bin Jamaludin, & Abda Hamida D. Abdul Hameed. (2015). Tahap
kesediaan pelajar dalam penggunaan teknologi, pedagogi, dan kandungan (tpack) dalam
pembelajaran kurikulum di ipt. Proceeding of the 3rd International Conference on Artificial
Intelligence and Computer Science (AICS2015), 307315.

Krejcie, R.V & D.W Morgan. (1970). Determining Sample Size For Research Activities Educational
And Psychological Measurement. Duluth: University of Minnesota
Mohd Majid Konting (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka

Anda mungkin juga menyukai