Anda di halaman 1dari 3

SUGANDOI: PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU SABAH

SYARAT PERTANDINGAN

KATEGORI I – MINUS ONE

 Yuran penyertaan adalah RM10 sahaja

 Penyertaan adalah secara solo dan duet sahaja.

 Terbuka kepada semua mahasiswa/siswi UPSI, UMS dan universiti lain.

 Peserta perlu menyanyikan lagu dengan menggunakan minus one/karaoke.

 Jenis lagu yang dipilih perlulah berdasarkan lagu-lagu moden Sabah ataupun lagu-lagu
tradisional Sabah.

 Tajuk lagu yang dipilih adalah bebas tetapi jenis lagu perlu mengikut seperti dalam
makluman di atas.

 Latar adalah bebas dan pakaian peserta juga adalah bebas tetapi bersesuaian.

 Nyanyian perlu dirakam dan buat dalam bentuk video (tanpa edit) tetapi intro video perlu
ada NAMA PESERTA, JENIS NYANYIAN, TAJUK LAGU.

 Pengeditan suara menggunakan aplikasi adalah DILARANG SAMA SEKALI.

 Video nyanyian yang perlu dihasilkan adalah WAJIB dua video (untuk saringan dan
final) dan berdurasi 3-5 minit.

 Video nyanyian semasa saringan tidak boleh digunakan semula sekiranya terpilih ke
peringkat akhir pertandingan.

 Video nyanyian untuk saringan perlu dihantar pada 21 Disember 2020 dan video
nyanyian untuk peringkat akhir (sekiranya terpilih) perlu dihantar pada 26 Disember
2020 di telegram yang telah disediakan.

 Apabila sudah membuat pendaftaran, yuran penyertaan tidak akan dikembalikan


sekiranya ada peserta yang ingin menarik diri.

 Kegagalan para peserta untuk mematuhi syarat pertandingan akan menyebabkan hilang
kelayakan untuk bertanding.
SYARAT PERTANDINGAN

( KATEGORI II ) – INSTRUMEN ALAT MUZIK

 Yuran penyertaan adalah RM10 sahaja

 Penyertaan adalah secara Solo/Duet/Trio/Group(4-5 orang)

 Terbuka kepada semua mahasiswa/siswi UPSI, UMS dan universiti lain.

 Peserta perlu menyanyikan lagu dengan menggunakan instrument alat muzik secara
bebas mengikut kreativiti masing-masing.

 Jenis lagu yang dipilih perlulah berdasarkan lagu-lagu moden Sabah ataupun lagu-lagu
tradisional Sabah dan boleh diimprovisasikan.

 Tajuk lagu yang dipilih adalah bebas tetapi jenis lagu perlu mengikut seperti dalam
makluman di atas.

 Latar adalah bebas dan pakaian peserta juga adalah bebas tetapi bersesuaian.

 Nyanyian perlu dirakam dan buat dalam bentuk video (tanpa edit) tetapi intro video perlu
ada NAMA PESERTA, NAMA KUMPULAN (GROUP), JENIS NYANYIAN, TAJUK
LAGU.

 Pengeditan suara menggunakan aplikasi adalah DILARANG SAMA SEKALI.

 Cara rakaman nyanyian adalah bebas mengikut kreativiti masing-masing.

 Video nyanyian yang perlu dihasilkan adalah WAJIB dua video (untuk saringan dan
final) dan berdurasi 3-5 minit.

 Video nyanyian semasa saringan tidak boleh digunakan semula sekiranya terpilih ke
peringkat akhir pertandingan.

 Video nyanyian untuk saringan perlu dihantar pada 21 Disember 2020 dan video
nyanyian untuk peringkat akhir (sekiranya terpilih) perlu dihantar pada 26 Disember
2020 di telegram yang telah disediakan.

 Kegagalan para peserta untuk mematuhi syarat pertandingan akan menyebabkan hilang
kelayakan untuk bertanding.

CARA PENYERTAAN

 Peserta hendaklah mendaftar melalui Google Forms yang telah disediakan.

 Para peserta perlu masuk ke dalam link Whatsapp pertandingan yang telah diberikan di
Google Forms
 Sesi Pendaftaran bermula 13 Disember 2020 sehingga 17 Disember 2020.

 Peringkat saringan dan pengumuman peserta yang layak ke peringkat akhir akan
diadakan pada 22 Disember 2020 bertempat di Facebook rasmi BLIGHT dan di group
Whatsapp.

 Manakala peringkat akhir dan pengumuman para pemenang akan diadakan semasa majlis
penutupan program BLIGHT iaitu pada 27 Disember 2020 di Live Facebook rasmi
BLIGHT.

Anda mungkin juga menyukai