Anda di halaman 1dari 6

MAKTAB RENDAH SAINS MARA

MUAR, JOHOR

KERTAS CADANGAN
CERAMAH TEKNIK MAHIR MENGARANG
BAHASA MELAYU SPM TAHUN 2019

TEMPAT:
DEWAN DATO’ ONN MRSM MUAR

TARIKH :
19 JULAI 2019
(JUMAAT)

1
1.0 PENDAHULUAN
Dalam menuju kecemerlangan, pelajar-pelajar perlu diberi perhatian sewajarnya sama
ada dari segi akhlak, akademik, ko-kurikulum dan sebagainya. Kejayaan pelajar-
pelajar dalam bidang akademik diukur daripada pencapaian mereka dalam
peperiksaan awam khususnya SPM 2019. Bagi mencapai matlamat tersebut,
bimbingan ke arah peperiksaan perlu diberi perhatian serius khususnya dari segi teknik
menjawab, pembahagian masa dan soalan-soalan peruncingan yang kerap disoal di
dalam peperiksaan. Menyedari hakikat inilah maka pihak Unit Bahasa Melayu MRSM
Muar telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Teknik Mahir Mengarang bagi
membantu pelajar-pelajar menghadapi peperiksaan SPM 2019.

2.0 MATLAMAT
Matlamat program ini adalah untuk mendedahkan pelajar kepada teknik menjawab dan
mahir mengarang bagi soalan Bahasa Melayu SPM kertas 1.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Supaya pelajar-pelajar dapat mengaplikasikan segala teknik dan tip yang
diperoleh dari seminar ini bagi meningkatkan peratus gred A+ dan
A.dalam SPM 2019.

3.2. Supaya pelajar-pelajar dapat memberi jawapan kepada soalan dengan


tepat selaras dengan peraturan permarkahan berdasarkan kata kunci
yang diberi.

3.3 Supaya para pelajar dapat membuat pembahagian masa yang betul
dalam menjawab soalan sebagaimana masa yang ditetapkan.

4.0 TARIKH DAN TEMPAT


4.1 Tarikh yang dirancang ialah 19 Julai 2019
4.2 Tempat di Dewan Dato’ Onn Mrsm Muar
4.3 Masa 8.00am-12.00tgh

2
5.0 KUMPULAN SASARAN/PENYERTAAN
5.1 Program yang diadakan ini melibatkan semua Guru Bahasa melayu dan
pelajar tingkatan 5 MRSM Muar 2019.

6.0 TENTATIF PROGRAM


Rujuk Lampiran 1

7.0 PERBELANJAAN
Anggaran Perbelanjaan seperti di Lampiran 2

8.0 PENUTUP
Adalah diharapkan segala persiapan dan persediaan untuk melaksanakan program ini
akan berjalan dengan lancar serta penuh jayanya. Segala kerjasama dan komitmen
serta sumbangan daripada semua pihak sama ada yang terlibat secara langsung atau
tidak langsung adalah merupakan titik permulaan bagi menuju ke arah kecemerlangan
anak-anak didik kita yang mana suatu hari nanti merupakan pemangkin dan pemimpin
negara pada masa hadapan.

3
Disediakan oleh,

…………………………………….
(Nurul Ashiken Binti Md Iasa)
Guru Kanan Bahasa Melayu
MRSM Muar

Disemak oleh,

…………………………………….
(Pn. Waheda Binti Abdul Wahab)
Timbalan Pengetua Kecemerlangan Akademik
MRSM Muar

PERMOHONAN INI DILULUSKAN/TIDAK DILULUSKAN

Disahkan oleh,

..................................................................
(Pn. Shalina Binti Mohamed)
Pengetua,
MRSM Muar

4
Lampiran 1

Tentatif Program

08.00 Am - Pelajar Berkumpul Di Dewan (DDO)

08.30 Am - Sesi 1 Seminar Mahir Mengarang

10.30 Am - Minum Pagi/ Rehat

11.00 Am - Sesi 2 Seminar Mahir Mengarang

13.00 Pm - Makan Tengahari

- Bersuarai

5
Lampiran 2

Bil Perkara Asas Pengiraan Jumlah (RM)

1 Guru Cemerlang DG52 RM600.00


RM 150 = 1 Jam 4 Jam x RM 150

2 Sumber Kewangan
a) RM 500 duit PGG RM500 + RM100
b) RM 100 duit Sumbngan
Koperasi.
JUMLAH KESELURUHAN RM 600

Anda mungkin juga menyukai