Aku Anak Malaysia Buku Teks : m/s 115 Aku anak Malaysia aku berjanji akan setia selalu padamu negaraku tercinta.
Kita mestilah berjanji untuk sentiasa
taat kepada negara. Aku anak Malaysia sentiasa berbakti kepadamu dengan segala usahaku agar makmur selalu.
Kita hendaklah berjasa kepada negara
dengan berusaha bersungguh – sungguh supaya negara menjadi maju. Aku anak Malaysia akan kujaga negaraku agar aman dan sentosa supaya hidup sentiasa sejahtera.
Kita hendaklah menjaga keselamatan
negara agar negara aman dan rakyat hidup sejahtera. Kerana, di sini aku dilahirkan di sini aku dibesarkan relaku berkorban untukmu Malaysiaku. Kita perlulah berkorban demi negara tercinta kerana di negara kitalah kita dilahirkan dan dibesarkan