Anda di halaman 1dari 6

IBU BAPA BERPERANAN DALAM MEMBENTUK DISIPLIN PELAJAR

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim, guru - guru dan
rakan sekalian. Selamat petang dan salam sejahtera.

Berdirinya saya di sini, untuk menyampaikan syarahan yang


bertajuk "Ibu Bapa Berperanan dalam Membentuk Disiplin Pelajar". Ini
bermaksud ibu bapa lebih bertanggungjawab dalam mendidik
pembentukan sahsiah anak - anak mereka.

Para hadirin yang dihormati,

Bagi seorang pelajar masanya lebih lama berada di rumah


berbanding di sekolah. Oleh itu, ibu bapa lebih lama bersama mereka
daripada guru. Tentulah ibu bapa dapat memberikan perhatian dalam
pembentukan disiplin anak mereka.

Ibu bapa juga lebih memahami tingkah laku anak - anak mereka.
Melalui kesedaran ini, tentulah mudah bagi ibu bapa untuk membentuk
peribadi anak - anak mereka.

Sebagai ibu bapa tentulah mereka lebih bertanggungjawab dalam


soal mendidik anak. Mereka tidak mahu anak mereka terlibat di dalam
gejala - gejala yang negatif. Ibu bapa tidak boleh mengharapkan pihak lain
untuk membentuk disiplin anak - anak mereka.

Ibu bapa lebih ikhlas dalam mendidik anak. Mereka juga tidak
mengharapkan apa - apa balasan daripada usaha yang dibuat. Ibu bapa
lebih mengharapkan kejayaan anak - anak mereka.

Para hadirin yang dihormati,

Melalui huraian di atas, jelaslah ibu bapa memainkan peranan yang


penting dalam pembentukan disiplin anak - anak mereka.

TANGGUNGJAWAB MURID TERHADAP SEKOLAH

Yang Berusaha Tuan Pengerusi Majlis, Guru, Penasihat Kelab Bahasa


Melayu, guru - guru dan rakan - rakan sekalian. Salam sejahtera saya
mulakan sebagai pembuka bicara. Berdirinya saya di sini pada petang ini
adalah untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk, "Tanggungjawab
Murid Terhadap Sekolah".

Guru - gur dan rakan - rakan sekalian,

Tanggungjawab lebih bermaksud kepada kewajipan pelajar kepada


sekolah itu sendiri. Sebagai murid kita perlu menjaga nama baik sekolah
kita. Ini dapat dilaksanakan dengan menjadi pelajar yang berdisiplin.

Sebagai pelajar, kewajipan penting ialah belajar dengan bersungguh


- sungguh untuk meraih kejayaan cemerlang. Malahan dengan cara ini
imej turut dihormati oleh masyarakat kerana dapat melahirkan pelajar -
pelajar yang cemerlang dalam akademiknya.

Seperkara lagi yang dapat kita lakukan ialah dengan menonjolkan


diri dalam bidang kokurikulum yang kita sertai. Apabila kita mewakili
sekolah dalam sesuatu acara sukan ataupun persatuan, kita perlu menjadi
johan. Ini akan mengharumkan nama sekolah kita.

Tanggungjawab kita sebagai murid ialah perlu memastikan


kebersihan sekolah kita. Sekolah yang bersih dan indah akan mewujudkan
suasana belajar yang lebih selesa.

Justeru, melalui huraian di atas, tanggungjawab yang perlu


dilakukan oleh murid - murid terhadap sekolah mereka amat luas sekali.

Sekian, terima kasih.

BAHAYA PENCEMARAN KEPADA MANUSIA

Yang Berusaha Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru


Besar, guru - guru, para hakim yang arif dan bijaksana dan rakan sekalian.
Tajuk syarahan saya ialah "Bahaya Pencemaran Kepada Manusia".
Pencemaran membawa maksud pengotoran yang berlaku sama ada
kepada udara, air dan sebagainya yang boleh membawa mudarat kepada
kehidupan kita sebagai manusia.

Rakan - rakan dan hadirin sekalian,

Pencemaran udara boleh yang berlaku akibat asap yang dikeluarkan


oleh kenderaan dan kilang boleh membahayakan kesihatan kita. Pelbagai
bahan beracun yang bercampur dalam udara amat berbahaya kepada
manusia.

Pencemaran air akibat tumpahan minyak dan pembuangan sampah


menyebabkan kehidupan air terancam. Manusia yang bergantung rezeki
di laut seperti nelayan akan terjejas pendapatannya. Malahan sumber
makanan seperti ini turut membahayakan diri pengguna.

Rakan - rakan dan para hadirin,

Pencemaran bunyi berpunca daripada pelbagai projek yang


dilaksanakan. Bunyi bising yang keterlaluan ini turut mengganggu
ketenteraman kehidupan kita seharian. Banyak kesan negative yang
timbul berpunca bunyi bising ini seperti tekanan jiwa dan mental.

Suasana alam sekeliling yang kotor dan terancam turut


menyebabkan pelancong kurang berkunjung ke negara kita. Akibatnya
pendapatan negara turut terjejas ekoran sikap tidak bertanggungjawab
kita.

Jelaslah melalui penerangan di atas akan bahaya pencemaran


kepada manusia.

Sekian terima kasih.

FAEDAH MENJAGA KEMUDAHAN AWAM

Yang Berusaha Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, guru - guru dan
rakan sekalian. Berdirinya saya pada pagi ini adalah untuk menyampaikan
sebuah syarahan yang bertajuk "Faedah Menjaga Kemudahan Awam".
Sebagaimana yang kita tahu kemudahan awam ialah seperti telefon
awam, perhentian bas, tandas awam dan sebagainya.

Tuan - tuan dan puan - puan,


Kemudahan awam perlu dijaga dan digunakan dengan baik, supaya
ia dapat memberi sumbangan dan manfaat kepada rakyat di saat - saat ia
diperlukan. Contohnya, jika berlaku kebakaran, telefon awam berperanan
menyelamatkan nyawa dan harta benda sekiranya pihak bomba dapat
dihubungi lebih awal.

Tandas awam yang bersih memberi keselesaan kepada kita. Kalau


ianya kotor dan busuk tentulah mencemarkan pandangan dan kita sendiri
jijik untuk menggunakannya.

Perhentian bas didirikan untuk memberi keselesaan kepada


pengguna ketika menunggu bas. Jika ianya rosak tentulah kita sebagai
pengguna sendiri yang rugi.

Perhentian bas didirikan untuk memberi keselesaan kepada


pengguna ketika menunggu bas. Jika ianya rosak tentulah kita sebagai
pengguna sendiri yang rugi.

Perpustakaan awam memberikan kemudahan kepada kita untuk


meminjam buku. Sekiranya kita tidak jujur dan amanah tentulah
faedahnya tidak dapat dirasai oleh orang lain.

Tuan - tuan dan puan - puan,

Saya amat berharap agar kita sedar dan mempunyai rasa


bertanggungjawab untuk menjaga kemudahan awam supaya ia dapat
digunakan tanpa masalah

Sekian, terima kasih.

FAEDAH MEDIA MASSA

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Guru Besar, para hakim,
guru - guru dan rakan - rakan sekalian. Selamat pagi saya ucapkan.
Berdirinya saya pada pagi ini untuk menyampaikan syarahan yang
bertajuk "Faedah Media Massa".

Media massa adalah alat perhubungan sama ada dalam bentuk


bercetak atau elektronik. Ia memainkan peranan penting dalam kehidupan
masyarakat seharian.
Rakan - rakan sekalian,

Televisyen sebagai alat elektronik banyak memberi pengetahuan


kepada kita. Melalui rancangan pendidikan ianya meningkatkan ilmu
pengetahuan kita. Manakala rencana - rencana memberi maklumat baru
yang kita tidak ketahui.

Kita boleh memperoleh bimbingan dan panduan mengenai agama


melalui rancangan agama yang disiarkan di radio. Malahan melalui soal
jawab agama kita dapat menyelesaikan kemusykilan kita.

Akhbar sebagai media massa bercetak banyak memaparkan berita -


berita terbaru sebagai sumber maklumat kepada kita. Berbagai - bagai
perkara yang berlaku di sekeliling kita dapat di ketahui dengan membaca
akhbar.

Manakala majalah pula di samping memuatkan rencana - rencana


tertentu ianya lebih merupakan bahan bacaan ringan. Kita boleh
mendapatkan hiburan dan merehatkan minda dengan membaca majalah.

Rakan - rakan sekalian,

Jelaslah betapa banyak faedah yang dapat kita perolehi melalui


pelbagai jenis media massa yang ada dewasa ini. Kitalah yang seharusnya
bijak menggunakannya.

Sekian, terima kasih.

KEPENTINGAN MENJAGA ALAM SEKITAR

Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, guru-guru dan
pelajar-pelajar sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah
Kepentingan Menjaga Alam Sekitar. Alam sekitar ialah alam sekeliling kita.
Kita perlu memelihara keseimbangan alam agar kehidupan kita terus
aman dan harmoni.

Alam sekitar adalah sumber keperluan hidup kita. Misalnya, sungai


amat penting untuk kehidupan kita seharian kerana sumber air adalah
daripada sungai. Jika sungai tercemar tentulah kita sukar untuk
mendapatkan air yang bersih. Justeru, semua pihak haruslah sedar dan
mengambil berat akan pemeliharaan sungai yang menjadi sumber air

hadirin sekalian

Di samping itu, alam sekitar yang bersih dan terpelihara akan


menjadi daya tarikan para pelancong. Kedatangan para pelancong akan
menjadi sumber ekonomi negara. Oleh demikian, kita mesti menjaga alam
sekitar untuk menarik kedatangan para pelancong, lantas memajukan
ekonomi negara kita.

Pemelihara alam sekitar juga akan menjamin keseimbangan alam.


Sains menyatakan bahawa oksigen yang diperlukan untuk bernafas
diperoleh daripada tumbuh-tumbuhan di sekitar kita. Oleh sebab itu,
tumbuh-tumbuhan yang terpelihara akan menjadikan udara disekeliling
kita lebih bersih, sejuk dan segar.

Kesihatan kita juga amat dipengaruhi oleh alam sekitar. Pencemaran


alam seperti pencemaran udara, air dan lain-lain lagi akan menyebabkan
kita mudah jatuh sakit seperti demam, batuk dan sebagainya.

Kesimpulannya, semua pihak perlulah bekerjasama memelihara


alam sekitar daripada pencemaran. Ini kerana alam sekitar yang
terpelihara merupakan hadiah yang tidak ternilai kepada generasi yang
akan datang.

Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai