Anda di halaman 1dari 2

TAHUN BARU AZAM BARU

HARI ini bermulalah hari pertama bagi tahun 2017. Kebiasaannya menjelang tahun
baru, seseorang akan menanam azam untuk mencapai itu dan ini. Soalnya, adakah
azam tahun lalu telah dicapai. Jika belum, adakah azam itu akan dibawa ke tahun ini?

Apakah yang menyebabkan sesuatu azam boleh dicapai atau sebaliknya. Nescaya,
dalam hal ini apa yang paling penting adalah semangat bekerja keras tanpa jemu dan
putus asa menghadapi segala cabaran dan rintangan dalam mencapai azam masing-
masing.
Bagi golongan pelajar, tentulah mereka berazam mahu lulus cemerlang dalam
peperiksaan iaitu Ujian Bulanan atau bagi murid tahun 6 , ingin lulus dengan cemerlang
dalam peperiksaan UPSR .Sekali gus kelulusan itu menjadi tiket kemasukan ke
Sekolah Berasrama Penuh atau ke sekolah yang terbaik untuk pengajian
menengahnya. Adakah sekadar menanam azam tanpa usaha boleh berjaya?

Allah SWT berfirman yang bermaksud "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah
nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri
mereka sendiri". (Surah Ar-Ra'du :11)
Ini bermaksud, setiap orang perlu berusaha untuk mencapai apa yang diimpikan. Bagi
pelajar, persediaan awal iaitu sejak hari pertama persekolahan perlu bagi menjamin
kejayaan. Kita tahu apa keputusan yang dicapai jika pelajar mengulang kaji pelajaran
pada saat akhir. Jika tidakpun gagal, pasti ia sekadar cukup makan. Adakah itu
memenuhi azam para pelajar sekalian?

Azam bukanlah perkataan keramat yang perlu disebut setiap kali tahun baharu
menjelang. Malah ada di antara kita yang azamnya setiasa dibawa ke tahun-tahun akan
datang, sebagai contoh, azam hendak menepati masa, mengulang kaji pelajaran
mengikut jadual yang telah disediakan. Bagi pelajar-pelajar yang biasa menepati masa,
perkara ini nampaknya mudah ditunaikan berbanding bagi pelajar-pelajar yang malas..
Kebanyakan pelajar masih belum berjaya menunaikan perubahan positif yang
dijanjikan. 'Saya berazam nak belajar bersungguh-sungguh pada tahun ini', adalah
azam utama dan paling popular yang dipilih oleh pelajar-pelajar sekolah pada setiap
tahun demi mencapai citi-cita memperoleh keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan yang bakal mereka duduki nanti.  

Apakah yang menyebabkan sesuatu azam boleh dicapai atau sebaliknya? Nescaya,
dalam hal ini apa yang paling penting adalah semangat bekerja keras tanpa jemu dan
putus asa menghadapi segala cabaran dan rintangan dalam mencapai azam masing-
masing. Sesungguhnya, setiap impian tidak datang bergolek umpama 'bulan jatuh ke
riba'. Untuk mencapai kejayaan dalam cita-cita, pelajar perlu menghadapi pelbagai
cubaan dan ujian. Bagaimanapun, cubaan dan ujian akan dapat membentuk
kedewasaan seseorang, mencabar minda, mencekalkan akal, memperbaiki akal budi,
menguatkan semangat dalam menempuh liku-liku perjuangan hidup.  

Ingatlah, azam bukan sekadar deretan huruf atau ungkapan, tetapi ia membawa erti
untuk mengubah kehidupan manusia, kerana kekuatan sebenar terletak pada hati. Bagi
merealisasikan segala cita-cita, kuatkan azam dan iltizam, fokuskan perhatian kepada
satu perbuatan dan pekerjaan dengan tekun, agar menjadi orang berjaya dalam
kehidupan masa depan.

Anda mungkin juga menyukai