Anda di halaman 1dari 1

Akhlak yang terpuji amat mustahak dalam kehidupan kita

Jelaskan langkah-langkah yang dapat dilakukan untuk membentuk akhlak yang terpuji dalam diri
seseorang.

Akhlak terpuji merupakan sikap yang segala sesuatunya diaplikasikan dengan baik
seperti perkataan, perbuatan, mahupun tingkah laku. Selain itu, akhlak terpuji ini sesuai
dengan apa yang telah dianjurkan oleh semua agama kerana sikap ini mampu membawa
kebaikan dan memberikan kedamaian baik kepada diri sendiri ataupun orang di sekeliling.
Akhlak terpuji ini merupakan hal yang sangat penting untuk dimiliki seseorang.

Antara usaha yang dapat dilakukan untuk membentuk akhlak yang terpuji dalam diri
seseorang termasuklah Seseorang itu mesti berpegang teguh pada ajaran agama. Hal ini
disebabkan semua agama sentiasa menyarankan setiap penganutnya agar bertingkah laku
dan bercakap dengan baik. Apabila seseorang itu berpegang teguh pada ajaran agama,
mereka akan menilai setiap perbuatan mereka agar selari dengan ajaran agama. Justeru,
seseorang itu akan sentiasa berhati-hati dan menjaga tingkah laku serta tutur kata. Dengan
ini, nilai-nilai murni yang dianjurkan oleh agama akan menjadi amalan hidup sehari-hari.

Selain itu, 2pendidikan di sekolah juga perlu menerapkan nilai-nilai murni kepada murid-
murid. Misalnya, setiap guru yang mengajar di dalam bilik darjah hendaklah mengaitkan isi
kandungan pelajaran mereka dengan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Bak kata pepatah,
"batu yang keras kalau dititik air pada setiap hari lagikan lekuk juga". Apabila usaha tersebut
dilakukan pada setiap hari, nilai-nilai murni itu pastinya akan meresap dalam jiwa murid-murid.
Justeru, para guru hendaklah sedar bahawa mereka juga mempunyai peranan yang besar
dalam membentuk akhlak terpuji murid-murid, di samping tugas mencurahkan ilmu
pengetahuan.

Seterusnya, 3ibu bapa juga perlu menjadi suri teladan yang baik kepada anak-anak. Hal
ini disebabkan segala perlakuan ibu bapa menjadi ikutan anak-anak kerana "bapa borek, anak
rintik". Ibu bapa hendaklah menunjukkan contoh terpuji sama ada dari segi tingkah laku atau
tutur kata masing-masing pada setiap hari. Anak-anak "ibarat kain putih". Ibu bapalah yang
akan mencorakkan kehidupan anak mereka kelak. Kata orang, "melentur buluh biarlah dari
rebung". Oleh itu, proses membentuk akhlak terpuji dalam diri anak-anak perlu dilakukan
sejak anak-anak masih kecil.

Pihak kerajaan turut berperanan penting dalam usaha membentuk akhlak terpuji dalam
kalangan rakyat. Antara langkah yang dapat dilakukan oleh kerajaan termasuklah
4
melaksanakan Kempen Berbudi Bahasa secara giat dan berterusan. Kempen tersebut
hendaklah dilaksanakan menerusi media massa sama ada media cetak atau media elektronik.
Malah, semua pemimpin kerajaan diwajibkan menyelitkan nilai berbudi bahasa dalam setiap
ucapan mereka sewaktu hadir dalam sesuatu majlis.

Intihanya, langkah-langkah membentuk akhlak terpuji dalam diri seseorang perlu dipikul
bersama-sama. Sebaliknya, jika peranan membentuk akhlak terpuji ini
dipertanggungjawabkan kepada satu pihak sahaja, hasrat murni ini pastinya sukar untuk
berjaya. Oleh sebab itu, pihak kerajaan menerusi agensi-agensi yang berkaitan hendaklah
memperkenalkan modul yang sesuai bagi memperkasakan usaha membentuk akhlak terpuji
dalam diri seseorang.

Anda mungkin juga menyukai