Anda di halaman 1dari 2

BUDI BAHASA TUNJANG BANGSA

SOALAN :

Amalan budi bahasa kurang dipraktikkan dalam kalangan masyarakat kini. Huraikan
pendapat anda tentang cara-cara memupuk amalan budi bahasa dalam kalangan masyarakat.

Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru

dunia ini tentang isu amalan budi bahasa selalu diperkatakan. Hal ini kerana amalan ini kurang

dipraktikkan oleh masyarakat kini. Persoalannya, mengapakah isu sedemikian sering menjadi

buah mulut masyarakat? Oleh itu, marilah kita membincangkan cara-cara untuk memupuk

amalan budi bahasa dalam kalangan rakyat.

Umum mengetahui bahawa cara - cara untuk memupuk amalan budi bahasa dalam

kalangan masyarakat ialah ibu bapa berperanan untuk mendidik dan membantu sahsiah anak-

anak. Hal ini demikian kerana, ibu bapa merupakan insan atau individu yang paling dekat dengan

anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa boleh menerapkan nilai nilai murni dan agama kepada

anak-anak. Ibu bapa juga boleh mengajar anak-anak mereka tentang cara menghormati orang

yang lebih tua, menjaga tingkah laku dan pertuturan. Bak pepatah melentur buluh biarlah dari

rebungnya. Jelaslah ibu bapa memainkan peranan penting untuk memupuk amalan budi bahasa.

Selain itu, cara - cara untuk memupuk amalan budi bahasa dalam kalangan masyarakat

ialah guru seharusnya mendidik murid supaya berbudi bahasa. Hal ini demikian kerana, guru

berperanan membentuk keperibadian dan sikap murid yang positif. Sebagai contoh, guru boleh

menerapkan amalan budi bahasa dalam mata pelajaran seperti penerapan nilai-nilai moral dalam

subjek moral. Pelbagai program berkaitan amalan budi bahasa juga perlu dilakukan di sekolah
seperti Bulan Budi Bahasa . Benarlah guru memainkan peranan penting dalam melahirkan murid

yang berbudi bahasa.

Seterusnya, cara- cara untuk memupuk amalan budi bahasa ialah pihak kerajaan ataupun

swasta haruslah melancarkan Kampen Budi Bahasa dan Nilai Murni. Hal ini demikian kerana,

program-program sebegini dapat memupuk masyarakat untuk mempraktikkan dalam kehidupan

seharian mereka. Sebagai contoh, pihak kerajaan atau swasta boleh menyiarkan kempen-kempen

berkaitan amalan budi bahasa melalui media massa atau media sosial. Media massa dan sosial

merupakan medium yang paling dekat dengan masyarakat. Tegasnya, Kempen Berbudi Bahasa

dan Nilai Murni dapat memupuk masyarakat yang mengamalkan budi bahasa.

Kesimpulannya, sebagai masyarakat prihatin kita haruslah berganding bahu bersama-

sama pelbagai pihak bagi memastikan amalan budi bahasa dalam kalangan masyarakat dapat

tercapai. Usaha murni ini dapat melahirkan masyarakat minda kelas pertama. Bak kata pepatah

hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Anda mungkin juga menyukai