Anda di halaman 1dari 6

Nama Pelajar: 

Syafiq, Ain Aqilah, Nur Adilah, Shaarmini (Kumpulan 3)


Soalan struktur:

1. Jelaskan tindakan oleh sekolah dalam menjadi pembelajaran orang Asli berkesan.

Pelbagai usaha dapat dilakukan oleh pihak sekolah dalam menjadikan pembelajaran
orang Asli untuk menjadi lebih berkesan dan antaranya adalah mengadakan program motivasi.
Hal ini adalah supaya pelajar orang asli ini mendapat suatu semanagat dalam meneruskan
perjuangan mereka dalam menuntut ilmu. Dengan adanya program motivasi ini maka kita dapat
menarik minat mereka dalam sentiasa berusaha untuk menuntut ilmu dan kita juga dapat
memberikan suatu matlamat kepada mereka serta asbab mengapa mereka perlu meneruskan
usaha mereka dalam belajar. Menurut kajian Wan Afizi et al. (2014), melalui program motivasi
yang kerap diadakan boleh merangsang dan menarik minat para pelajar Orang Asli untuk hadir
ke sekolah dan secara tidak langsungnya dapat membantu meningkatkan prestasi
pembelajaran mereka. Apabila mereka mempunyai semangat dalam menuntut ilmu maka
prestasi pembelajaran mereka dapat dipertingkatkan. Seterusnya, langkah kedua adalah, pihak
perlu menyediakan sebuah persekitaran pembelajaran yang kondusif supaya para pelajar akan
lebih berminat dalam meneruskan pembelajaran. Parson (1961) dan Karweit (1983)
menyatakan sekolah sebagai agen sosialisasi yang menyediakan dua jenis persekitaran yang
kondusif iaitu aktiviti kurikulum dan kokurikulum untuk menghadapi alam dewasa. Ini
menunjukkan bahawa sekolah bertanggungjawab dalam menyediakan persekitaran
pembelajaran yang kondusif kerana ianya dapat mendatngkan perlbagai kebaikan kepada
pelajar. Menurut Weilin et al. (2013) menyatakankeselesaan dapat meningkatkan motivasi
pelajar belajar dan menurut Osman et al., 2009 menyatakan bahawa keselesaan merupakan
perkara penting dalam merealisasikan keberkesanan pembelajaran. Jelaslah bahawa
persekitaran pembelajaran yang kondusif berupaya untuk meningkatkan pembelajaran orang
asli.

2. Terangkan secara ringkas dua tindakan yang boleh dilakukan oleh guru untuk
mengubah suai kurikulum supaya selaras dengan sosiobudaya setempat.

Tindakah pertama yang dapat dilakukan adalah dengan memastikan kurikulum yang
digunakan itu tidak menyentuh sebarang isu sensitif yang berkaitan dengan murid di sekolah
tersebut. Antara perkara yang sensitif adalah seperti agama, budaya, kepercayaan dan juga
adat resam sesuatu kaum itu. justeru, guru perlu memastikan bahawa kajian telahpun dilakukan
terhadap latar belakang murid yang berada di sekolah tersebut dan ubahsuai telahpun
dilakukan terhadap kurikulum yang sedia ada supaya tidak akan menjadi suatu isu pada masa
akan datang. Sebagai guru, segaa isu sensitif ini harusnya dihormati dan bersikap adil kepadda
semua murid dan tidak beranggapan bahawa perkara berikut merupakan perkara yang salah
kerana ianya berbeza dengan apa yang dipegang oleh guru. Hal ini kerana, guru merupakan
agen sosialisasi yang bertangunggjawab dalam mewujudkan perpaduan dalam kalangan warga
sekolah. Seterusnya, tindakan kedua yang dapat dilakukan oleh guru adalah dengan
menjalankan kurikulum tersirat yang merangkumi nilai-nilai yang dibentuk oleh warga sekolah
sendiri seperti amalan, prosedur, peraturan, pertalian dan struktur di sekolah. Ianya dijalankan
secara tidak langsung seperti murid mempelajari tingkah laku baik guru, guru mempamerkan
akhlak budi pekerti, hubungan rapo di antara warga sekolah dan sebagainya. Nilai, norma,
peraturan, daya intelek dan apa juga yang dibawa di dalam persekitaran sekolah akan memberi
kesan secara tidak langsung tetapi amat bermakna terhadap amalan hidup murid. Antara
tindakan lain yang dapat dilakukan oleh guru adalah dengan mempelbagaikan kaedah ataupun
strategi pembelajaran agar sesuai dengan sosiobudaya, gaya pembelajaran dan juga gaya
pemikiran.

3. Buku teks yang seragam boleh membantu dalam penyampaian isi pelajaran
berdasarkan kurikulum yang sama. Mungkin pengisian dalam teks kurang dapat digarap
oleh kumpulan murid tertentu. Terangkan tiga tindakan yang boleh dilakukan oleh guru
untuk menangani masalah ini.
Tindakan pertama yang dilakukan oleh guru ialah, guru perlu mengkaji latar belakang
sosiobudaya murid agar dapat menggunakan bahasa mudah selaras dengan keupayaan minda
dan bahasa. Aspek bahasa harus diberi pertimbangan yang sewajarnya oleh guru. Murid yang
terdiri daripada pelbagai kaum pastilah berlakunya dialek bahasa yang sedikit sebanyak akan
memberi kesan kepada pembelajaran di dalam bilik darjah. Jurang yang berlaku akibat
daripada penggunaan bahasa dialek haruslah dielakkan. Penggunaan bahasa yang standard
akan memberi peluang yang sama rata kepada murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti
pembelajaran di dalam bilik darjah. Pada masa yang sama, guru juga boleh mengalih
komunikasi isi pelajaran berdasrkan teks ke dalam bentuk grafik atau sebarang visual lain untuk
memudahkan pemahaman. Hal keranan, pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk visual ini
dapat meningkatkan kefahaman murid-murid yang kurang faham malah membantu guru dalam
menyampaikan pengajaran dengan mudah.
Tindakan kedua, yang boleh diambil oleh guru ialah guru boleh menggunakan kaedah
Team-Accelerated Instruction' (TAI) yang ada dalam pembelajaran Koperatif. Ia merupakan
pendekatan secara menyeluruh di mana pelajar mempunyai kebebasan bertindak dan guru
boleh membentuk kelas heterogeni. Pelajar yang mempunyai latar belakang yang berbeza
ditentukan kepada kumpulan yang heterogenus. Ini bertujuan untuk memberi peluang kepada
pelajar yang rendah pencapaian supaya dapat meningkatkan tahap pencapaiannya seiring
dengan pelajar lain yang mempunyai pencapaian tinggi. Bahan-bahan TAI direka khas untuk
program ini yang menggantikan buku teks sepenuhnya.

Tindakan ketiga yang boleh diambil oleh guru ialah guru boleh menggunakan kaedah
Jigsaw. Dalam kaedah ini, setiap kumpulan akan menghantar ahli untuk membentuk kumpulan
pakar. Ahli-ahli dalam kumpulan pakar akan membincangkan sebahagian bahan akademik
(yang telah disediakan oleh guru). Selepas itu, semua ahli kumpulan pakar tadi akan kembali ke
kumpulan asal masing-masing untuk berkongsi pengetahuan mereka dengan rakan
sekumpulan. Melalui perkongsian pengetahuan, maka murid-murid tertentu yang mempunyai
pemahaman yang kurang dalam memahami isi pelajaran buku teks dengan cepat. Motif utama
dalam Jigsaw ialah setiap pelajar dalam satu kumpulan akan menjadi pakar dalam topik tertentu
dan bertanggungjawab memberi tunjuk ajar kepada rakan sekumpulan tentang apa yang telah
mereka pelajari. Cara pelaksanaan kaedah Jigsaw ini dapat membantu untuk menggarapkan
pengisian dalam buku teks oleh kumpulan murid yang mempunyai pemahaman yang sedikit
tentang topik tersebut. Keadaan ini amat bersesuaian dengan pelaksanaan PAK21 yang
banyak menumpukan kepada para murid yang perlu aktif dalam menguasai sesuatu
pembelajaran dan banyak perbincangan antara ahli kumpulan. Seiring dengan PAK21, para
murid memainkan peranan yang sangat penting dalam mencari dan memperoleh ilmu
pengetahuan di dalam kelas. Murid perlu bergerak secara aktif dan berdisplin dalam mencari
ilmu pengetahuan. Fungsi guru pula adalah sebagai pembimbing dan pemudah cara dalam
pembelajaran bagi memastikan kelangsungan pembelajaran tersebut. Selain itu, guru juga perlu
memerhatikan dan memastikan para murid mempunyai kefahaman yang betul sepanjang
berada dalam sesi pembelajaran. Perkara ini amat bertepatan dengan konsep kaedah
pembelajaran koperatif Jigsaw.
Soalan Esei:

Anda mendapat penempatan mengajar kawasan luar bandar di Negeri Terengganu. Anda
mendapati sukar untuk berhubung dan berkomunikai dengan murid dan komuniti
setempat kerana penguasaan bahasa dan budaya yang berbeza. Jelaskan langkah-
langkah yang perlu anda ambil untuk mengurangkan jurang perbezaan yang ketara.
Langkah-langkah untuk mengurangkan jurang perbezaan yang ketara ialah belajar
bahasa komuniti setempat agar dapat berkomunikasi dengan pelajar-pelajar lebih baik lagi. Hal
ini demikian kerana, semua urusan sekolah, pentadbiran, komuniti mahupun proses jual beli
juga menggunakan bahasa budaya setempat. Sebagai contoh, di Terengganu semua guru dan
pelajar menggunakan loghatnya sendiri walaupun terdapat guru daripada luar atau pelajar cina
juga menggunakan loghat untuk berkomunikasi. Oleh itu, amat penting seorang guru untuk
mempelajari bahasa dan budaya setempat agar dapat mewujudkan hubungan yang lebih mesra
dengan setiap pelajar. Tambahan lagi, pelajar-pelajar tidak akan merasakan guru tersebut
sebagai orang luar. Bagi mempelajari bahasa komuniti setempat, guru boleh mempelajari
dengan masyarakat setempat bagi mengasah kemahiran berbahasa yang digunakan setiap
hari. Lama - kelamaan guru tersebut dapat menguasai bahasa setempat dengan mudah
walaupun mengambil masa untuk menyesuaikan diri di tempat baru. Jelaslah bahawa,
mempelajari dan menguasai bahasa sesuatu tempat amat penting dalam mengurangkan jurang
perbezaan bahasa dan komunikasi antara guru dan pelajar.

Seterusnya, langkah yang perlu dilakukan untuk mengurangkan jurang perbezaan yang
ketara ialah mengunjungi rumah ibu bapa pelajar untuk mengenali mereka dengan lebih akrab.
Hal ini kerana, guru tersebut akan lebih memahami dan menghayati budaya setempat dengan
melibatkan diri dalam komuniti masyarakat. Tamsilnya, guru boleh menghadirkan diri pada
majlis keraian, ziarah kematian, aktiviti gotong royong dan sebagainya. Dengan ini, ibu bapa
akan melihat kesungguhan guru yang ingin memahami budaya setempat dan menunjukkan nilai
kesungguhan dalam profesion keguruan. Sudah semestinya, budaya bagi setiap tempat adalah
berbeza dan guru dapat melihat suasana yang agak asing pada dirinya ketika di awal tetapi
dapat menambahkan ilmu dan budaya baru. Majlis- majlis yang diikuti semestinya mempunyai
pelbagai lapisan masyarakat yang mempunyai pendekatan yang berbeza dari segi bahasa,
budaya dan pemakanan. Terang lagi bersuluh, mengunjungi rumah ibu bapa dan melibatkan
diri dalam aktiviti sosial dapat menghayati budaya setempat serta dapat meningkatkan
kemahiran komunikasi.

Selain itu, langkah pragmatik yang boleh dilakukan bagi mengurangkan jurang
perbezaan yang ketara dalam persekitaran setempat adalah guru menetap bersama dengan
keluarga angkat di tempat berkhidmat atau menyewa rumah bersama orang tempatan supaya
dapat mengenali budaya masyarakat dengan lebih mendalam. Hal ini demikian kerana, guru
dapat mengenali gaya hidup masyarakat setempat dan merasai sendiri pengalaman hidup
masyarakat Terengganu apabila bergaul dengan mereka. Contohnya, guru yang tinggal
serumah dengan orang yang berasal dari Terengganu akan terbiasa dengan penggunaan
loghat negeri sekaligus dapat membantu guru untuk membiasakan dirinya dengan situasi
tersebut. Impaknya, guru berupaya membentuk hubungan silaturahim yang lebih erat dan saling
menghormati antara satu sama tambah lagi apabila membicarakan tentang sesuatu isu.
Dengan ini, guru akan menjadi lebih bertolak ansur serta berupaya untuk menilai apa-apa yang
boleh dan tidak boleh dalam komuniti masyarakat setempat di Terengganu seperti penggunaan
bahasa, jenis-jenis makanan, struktur masyarakat, kelas sosial dan lain-lain lagi. Jelaslah
bahawa menetap dan tinggal bersama dengan komuniti setempat dapat mengurangkan jurang
perbezaan yang ketara dalam penguasaan bahasa dan budaya antara guru dan murid.

Di samping itu, guru juga boleh mengadakan kelas bimbingan secara tidak formal
bersama murid-murid di luar waktu sekolah bagi mengurangkan jurang perbezaan yang ketara
dalam penguasaan bahasa dan budaya masyarakat setempat. Guru boleh menjalankan kelas
bimbingan tersebut secara terbuka di mana semua murid daripada latar belakang sekolah yang
berbeza boleh menyertainya. Sebagai contoh, murid daripada sekolah bandar dan kampung
dapat berkumpul dan belajar dalam satu persekitaran. Dengan ini, peluang guru untuk
berinteraksi dengan murid akan menjadi lebih santai dan guru dapat mempraktiskan pelbagai
pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran yang tersusun sebelum mengajarkannya di
dalam kelas sebenar di sekolah. Impaknya, guru akan menjadi lebih yakin dan bersedia
sepenunuhya setelah dapat menjangkakan respons dan jawapan daripada murid serta
mengenalpasti kekuatan dan kelemahan yang wujud dari segi perkongsian maklumat. Secara
tidak langsung, guru juga dapat mempelajari bahasa dan budaya murid dengan lebih
menyeluruh kerana kelas bimbingan secara tidak formal adalah sebagai satu kawalan yang
membolehkan murid untuk berehat berbanding pengajaran formal di mana guru perlu
menyusun pandangan sendiri untuk menunjukkan, memberitahu, mengajar, mengarahkan
dengan tujuan untuk mengawal apa yang murid pelajari. Hal ini demikian kerana kelas
bimbingan secara tidak formal merupakan pengajaran yang tidak berstruktur dan memudahkan
guru untuk mengaitkan pengetahuan dengan pengalaman sedia ada murid-murid.

Anda mungkin juga menyukai