Anda di halaman 1dari 27

ASAS AGROTEKNOLOGI

1.0 PENGENALAN

Tanaman jagung adalah salah satu jenis tanaman biji-bijian dari keluarga rumput-rumputan
( Graminaceae ) yang sudah populer di seluruh dunia. Menurut sejarahnya tanaman jagung
berasal dari Amerika.( Warisno,2001 ).Nama saintifik bagi jagung ialah Zea Mays L. Jagung
boleh didapati banyak di pasar-pasar tani dan pasar-pasar sayur.

Jagung merupakan tanaman jangka pendek dan singkat dimana tempoh tanaman dan
tuaian disekitar 68 hingga 72 hari sahaja. Satu pokok jagung boleh menghasil 2 atau 3
tongkol jagung yang diselaputi helaian lapisa daun berwarna hijau dan dihujung pangkal
tongkol jagung mempunyai rerambut halus yang berwarna coklat kekuningan. Di Malaysia,
negeri Johor, Selangor, Perak dan Pahang merupakan kawasan penanaman jagung dan
negeri Johor mengeluarkan 35% pengeluaran buah jagung manis.

Jagung adalah dari keluarga Zea dan dari spesis Zea may spp Mexicana.
Kebanyakkan benih jagung yang ditanam di Malaysia adalah jenis kacukan atau hybrid dari
varieti mas madu, manis madu dan Thai Superweet.

jagung sejenis tanaman monoeciuos dimana bunga jantan dan bunga betina
tumbuhan ini terpisah dalam satu tanaman. Jagung adalah tanaman buah buahan yang
sangat digemari oleh rakyat Malaysia terutama kanak kanak kerana rasanya yang manis
dan enak apabila direbus. Ianya mempunyai tongkol yang keras manakala butir biji jagung
berwarna kuning yang tersusun elok menarik perhatian sesiapa sahaja untuk menikmatinya.
Isi jagung boleh dinikmati dengan cara merebus atau dibakar tongkolnya. Aroma yang
terhasil sangat membuka selera sesiapa yang dapat menghidu keharuman bau jagung
tersebut.

Rajah di atas menujukkan biji benih jagung hibrimas

1
ASAS AGROTEKNOLOGI

2.0 TUJUAN AMALI

Kami melakukan amali penanaman ini bagi melaksanakan tugasan kerja kursus yang kedua
iaitu laporan amali pertanian yang membawa sebanyak 25% dan 50 markah. Tugasannya
adalah untuk menanam satu jenis tumbuhan dan membuat laporan berdasarkan kajian
terhadap tumbuhan tersebut

Tujuan amali ini dijalankan adalah untuk memperkembangkan minat dan menghargai
pertanian terutamanya yang berkaitan dengan pertanian di Malaysia. Seterusnya, amali ini
dijalankan adalah untuk memberi pendedahan dan ilmu kepada pelajar tentang prosedur
penanaman, proses percambahan dari aspek morfologi dan fisiologi, proses pembiakan
seks tumbuhan merangkumi struktur bunga serta persenyawaan dan faktor-faktor
mempengaruhi proses percambahan. Selain itu, amali ini juga bertujuan untuk
memperkembangkan kemahiran saintifik, praktis dan berfikir dalam bidang pertanian.

Di samping itu, melalui amali seperti ini kita dapatmemperkukuhkan asas kerjaya dalam
bidang pertanian dan bidang lain yang berkaitan. Justeru, para pelajar dapat memupuk dan
memperkembangkan nilai dan sikap yang positif terhadap pekerjaan, tanggungjawab,
kerjasama, keselamatan dan lain-lain. Akhir sekali, pelaksanaan amali ini dapat
menggalakkan generasi muda melibatkan diri dalam bidang pertanian sebagai pekerja mahir
dan pengusaha pertanian bertaraf komersil dan berskala besar melalui penggunaan
teknologi terkini bagi meningkatkan kualiti dan produktivi sektor pertanian negara.

2
ASAS AGROTEKNOLOGI

3.0 PROSEDUR PENANAMAN

Proses Penerangan

A) Pembersihan tapak Aktiviti membajak dimulakan dengan proses bajak piring.


(membajak) Tujuannya adalah untuk memotong, mengangkat, memecah
dan membalikkan tanah. Mesin bajak piring terdiri daripada
beberapa besi yang cengkung dan berat. Penggunaan
proses ini sesuai untuk kawasan berumpai tebal, berbatu
dan belukar.

Seterusnya, proses membajak yang kedua ialah bajak putar.


Bajak putar sesuai bagi kawasan yang masih gembur seperti
tapak tanaman sayuran atau sawah padi. Proses ini
berupaya memotong dan menghancurkan tanah dengan
tindakan putaran matanya. Bajak putar digunakan untuk
menggemburkan tanah dengan cepat, menggaul sisa
tanaman dengan baja di dalam tanah, mengawal rumpai dan
boleh membajak di antara batas.

3
ASAS AGROTEKNOLOGI

B) Prosedur penanaman Jarak antara batas merupakan


-Membuat ukuran jarak untuk batas sesuatu yang perlu dititikberatkan
dalam pembinaan batas. Lebar
batas jagung adalah lebih kurang 3
kaki dan jarak antara baris ialah 1
kaki iaitu kira-kira 20-25 cm.
Ukuran jarak boleh diambil dengan
menggunakan kayu, tali ataupun
alat ukur yang bersesuaian. Tujuan
aktiviti ini adalah untuk
menyediakan ruang antara satu
batas dengan batas yang lain
supaya tidak terlalu rapat.

-Mencangkul tanah dan membuat longkang Tanah diangkat ke atas dengan


menggunakan cangkul bagi
membentuk ketinggian batas iaitu
15 cm dari aras asal tanah. Jarak
antara pokok dengan tepi batas
lebih kurang 6 inci. Tujuan batas
ditinggikan adalah untuk
mengurangkan serangan serangga
perosak, mengurangkan kepadatan
tanah untuk mengelakkan kita
berdiri di atas batas semasa
menanam atau menuai. Akhir
sekali adalah untuk memudahkan
proses menuai hasil jagung serta
penyiraman pokok.

4
ASAS AGROTEKNOLOGI

-Menanam biji benih jagung


Kedalaman bagi lubang biji benih
ialah 3-4 cm dan jarak antara
pokok dalam satu baris ialah 18-20
inci. Bagi satu lubang tanaman
diletakkan 2 biji benih jagung dan
ditanam 2 baris dalam satu batas.

- Meletakkan baja Baja telah diletakkan di dalam


lubang tanaman bersama biji benih
jagung. Baja yang digunakan ialah
baja organik iaitu Gardenic Organic
Yellow Plant Food. Tujuan
membaja adalah untuk
membekalkan nutrien kepada
tanaman supaya cepat membesar
dan matang.

5
ASAS AGROTEKNOLOGI

PENGURUSAN TANAMAN

Proses Penerangan

Menyiram Pokok perlulah disiram sekurang-kurangnya dua kali sehari kerana


dengan cuaca yang panas di Malaysia, tanah akan menjadi kering
dan kekurangan nutrien menyebabkan pokok akan menjadi layu dan
tidak sihat. Dengan menyiram pokok dengan kerap, pokok akan
menjadi lebih subur dan sihat. Kami menyiram pokok setiap pagi
dan petang bergantung juga kepada cuaca pada hari tersebut, jika
sudah hujan maka tidak perlulah untuk menyiram lagi. Air sangat
penting kepada pokok untuk proses transpirasi dan fotosintesisnya.

Menggemburkan Walaupun pokok sudah besar, kita masih perlu untuk


menggemburkan tanah di sekeliling pokok dengan tujuan supaya
tanah tidak keras dan sentiasa mengandungi nutrien untuk akar
pokok.

Meletak kayu Untuk memastikan pokok sentiasa subur dan tidak terkesan akibat

6
ASAS AGROTEKNOLOGI

cuaca yang tidak menentu, kita mestilah melindungi pokok kita


dengan meletakkan sungkupan. Sebelum meletakkan sungkupan
kita mestilah meletakkan kayu terlebih dahulu untuk memasang
sungkupan kerana kami menggunakan sungkupan jaring. Pacakkan
kayu di kawasan longkang berdua- dua di keempat penjuru hujung
batas dan di tengah batas. Cari kayu yang kukuh dan tidak mudah
reput apabila terkena panas dan hujan.

Meletakkan Setelah memacakkan kayu, cari jaring yang elok dan pasang di atas
sungkupan batas. Pastikan ada jarak dengan pokok agar tidak mengganggu
pertumbuhan pokok tersebut.

Sungkupan ini bertujuan melindungi pokok serta tanah dari cuaca


yang panas terik dan hujan. Jika panas melampau dikhuatiri pokok
akan layu kerana tanah yang kering dan ketiadaan nutrien. Jika
hujan pula, tanah mungkin akan tergerak sedikit dan mengganggu
cengkaman akar pokok dengan tanah. Oleh itu, kita perlulah
meletakkan sungkupan. Sungkupan lain yang boleh digunakan ialah
sabut kelapa, dahan kelapa dan plastik sampah.

4.0 PROSES PERCAMBAHAN DARI ASPEK MORFOLOGI

7
ASAS AGROTEKNOLOGI

i Akar

Jagung memiliki akar serabut dengan tiga jenis akar, iaitu akar seminal, akar adventif
dan akar penyngga. Akar seminal adalah akar yang berkembang dari redikula dan
embrio. Pertumbuhan akar seminal akan melambat setelah plumula muncul ke
permukaan tanah dan pertumbuhan akar seminal akan berhenti pada fase V3

Akar adventif adalah akar yang pada awalnya berkembang dari buku di ujung
mesokotil kemudian berkembang lagi ke setiap buku secara berurutan dan terus ke atas
hingga samapai 7-10 buku semuanya di bawah permukaan tanah. Akar adventif
berkembang menjadi serabut akar tebal. Akar seminal hanya sedikit berperanan dalam
siklus hidup jagung. Akar adventif berperanan dalam pengambilan air dan hara.

Akar kait atau penyangga adalah akar adventif yang muncul pada dua atau tiga
buku di atas permukaan tanah. Fungsi dari akar penyangga dalah menjaga tanaman agar
tetap tegak mengatasi rebah batang. Akar ini juga membantu penyerapan hara dan air.

ii Daun

8
ASAS AGROTEKNOLOGI

Daun pada tanaman jagung merupakan daun sempurna dengan bentuk yang
sempurna dengan bentuk yang memanjang. Daun yang dimiliki oleh tanaman jagung ini
berwarna hijau muda pada saat masih muda, dan berwarna hijau tua pada saat tanaman
dewasa, serta berwarna kuning pada saat tanaman sudah tua.

Selain itu terdapat ligula antara pelepah daun dengan helai daun. Tanaman jagung
memiliki daun yang tulang daunnya sejajar dengan ibu tulang daun tanaman jagung.
Permukaan daun pada tanaman jagung ada yang berambut dan ada yang licin

Daun tanaman jagung memiliki stomata yang berbentuk halter yang merupakan ciri
khas yang dimiliki oleh tumbuhan yang termasuk ke dalam ‘famili’ atau suku poaceae.
Setiap stomata pada tanaman daun dikelilingi oleh sel-sel epidermis yang berbentuk
seperti kipas. Struktur tersebut memiliki peranan penting dalam melakukan respon
tanamn untuk menanggapi defisit air pada sel-sel daun tanaman jagung.

iii BATANG

9
ASAS AGROTEKNOLOGI

Jagung memiliki batang yang berbentuk ruas. Ruas-ruas berjajat secara vertikel pada
batang jagung. Pada tanaman jagung yang sudah tua, jarak antara ruas semakin
berkurang. Batang tanaman jagung beruas-ruas dengan jumlah 10-40 ruas. Tanaman
jagung umumnya tidak bercabang. Batang memiliki dua fungsi iaitu sebagai tempat daun
dan sebagai tempat pertukaran unsur hara. Unsur hara dibawa oleh pembuluh bernama
xilem dan Floem. Floem bergerak dua arah dari atas bawah ke atas. Floem membawa
sucrose menuju seluruh bahagian tanaman dengan bentuk caraian. Rata-rata batang
tanaman jagung antara 1-3 meter di atas permukaan tanah.

Iv BUNGA

10
ASAS AGROTEKNOLOGI

Bunga yang dimiliki oleh tanaman jagung terdiri daripada bunga jantan dan bunga
betina, yang masing-masing terpisah dalam satu tanaman atau monoecious. Setiap
kuntum bunga tanaman jagung memiliki struktur yang khas darin bunga yang
termasuk ke dalam family/ suku poaceae yang disebut sebagai floret. Pada tanaman
jagung, sepasang glumae atau gulma membatsi dua floret

Pembungaan jantan berbentuk malai longgar ( tassel ) yang terdiri dari poros tengah dan
cabang lateral. Poros tengah biasanya memiliki empat baris pasangan bunga atau lebih.
Cabang lateral biasanya terdiri dari dua baris. Setiap pasangan bunga terdiri dari satu
bunga duduk dan satu bunga berangkai. Bunga tassel mengandung benang sari dan
putik yang tidak bertangkai yang tumbuh lebih awal. Warna bunga dari putih,kuning,
sampai putih kehitaman.

 Pada setiap tanaman jagung biasanya terdapat bunga jantan dan bunga betina yang
letaknya terpisah. Bunga jantan terletak pada malai bunga di ujung tanaman, sedangkan
bunga betina terdapat pada tongkol jagung.

Bunga betina ini biasanya disebut tongkol, lalu dibungkus oleh kelopak-kelopak bunga
yang jumlahnya 6-14 helai. Tangkai kepala putik merupakan rambut atau benang yang
berjumbai di ujung tongkat sehingga kepala putiknya menggantung di luar tongkol.
Jumlah biji dapat dihitung dari jumlah benang yang berjumbai. Pada saat terjadi
penyerbukan serbuk sari masuk melalui benang tersebut.

BUNGA

JANTAN
BETINA

v. Tongkol

11
ASAS AGROTEKNOLOGI

Tanaman jagung mempunyai satu atau dua tongkol, tergantung varietas. Tongkol jagung
diselimuti oleh daun kelobot. Tongkol jagung yang terletak pada bahagian atas umumnya
lebih dahulu terbentuk dan lebih besar dibanding yang terletak pada bagian bawah.
Setiap tongkol terdiri atas 10-16 baris biji yang jumlahnya selalu genap. Tongkol yang
dimiliki oleh tanaman jagung tumbuh dari buku dan terdapat di antara batang daun
dengan pelepah daun dari tanamn jagung

5.0 PROSES PERCAMBAHAN DARI ASPEK FISIOLOGI

12
ASAS AGROTEKNOLOGI

Seterusnya, fisiologi merupakan salah satu cabang daripada bidang biologi, iaitu kajian


mengenai kehidupan benda hidup iaitu mengenai haiwandan tumbuhan. Fisiologi merujuk
kepada pengkajian mengenai sifat fizikal benda hidup, cara organisma berinteraktif antara
satu sama lain dan juga dengan alam sekitar dengan kelebihan atau kekurangan fizikal
tersebut.

Proses percambahan fisiologi merangkumi pertumbuhan embrio di dalam benih yang


mengalami perubahan fisiologi yang menyebabkan ia berkembang menjadi tumbuhan muda.
Dalam proses percambahan tumbuhan muda akan berkembang menjadi embrio di dalam
benih. Tahap perkembangan ini disebut percambahan dan merupakan satu tahap kritikal
dalam kehidupan tumbuhan. Proses percambahan melalui 3 tahap iaitu perembesan air ke
dalam benih (imbibisi), pengaktifan proses metabolisme dan percambahan menurut
Kozlowski (1972).

5.1 STRUKTUR BIJI BENIH

13
ASAS AGROTEKNOLOGI

Jagung merupakan tanaman jenis monokotiledon kerana mempunyai hanya satu


dikotiledon dalam biji benih, batang tidak berkayu, daun berurat selari dan sistem akar
serabut. Struktur biji benih jagung terdiri daripada lapisan luar dan lapisan dalam. Biji benih
terdiri daripada tiga bahagian iaitu testa, kotiledon dan embrio. Testa ialah kulit luar biji benih
yang berfungsi untuk melindungi biji benih. Kotiledon pula merupakan bahagian biji yang
menyimpan makanan. Embrio terletak antara dua kotiledon dalam biji kacang tetapi tidak
pada jagung. Seterusnya, fungsi bahagian endosperma adalah untuk menyimpan makanan
bagi tumbuhan monokotiledon. Plumula pula adalah bahagian embrio yang berkembang
menjadi pucuk manakala radikel adalah bahagian embrio yang berkembang menjadi akar

6.0 PROSES PEMBIAKAN SEKS TUMBUHAN

14
ASAS AGROTEKNOLOGI

Tumbuh - tumbuhan boleh membiak dengan dua cara iaitu pembiakan tampang dan
pembiakan mengawan. Pembiakan tampang boleh terjadi dengan beberapa cara seperti
pembentukan tunas, belahan dua, pembentukan spora, umbisi, ubi dan lain–lain. Bagi cara
pembiakan mengawan pula akan dihasilkan organ organ pembiak yang khusus.

Proses Proses
pendebungaan persenyawaan

PROSES PENDEBUNGAAN

15
ASAS AGROTEKNOLOGI

Pendebungaan ialah proses pemindahan debunga dari anter ke stigma


bunga yang sama, atau bunga yang berlainan bagi pokok yang sama
(pendebungaan sendiri) atau bunga yang lain pada pokok yang berlainan
(pendebungaan kacuk). Bunga terdiri daripada empat bahagian utama iaitu sepal,
ranggi, pistil (bahagian yang mengandungi gamet betina) dan stamen (bahagian
yang mengandungi gamet jantan).

Sebelum pendebungaan berlaku, dinding anter akan mengering, mengecut dan


seterusnya merekah di sisinya. Dinding anter yang merekah membebaskan
debunga yang akan dipindahkan ke stigma oleh agen pendebungaan.

i.Perkembangan debunga

16
ASAS AGROTEKNOLOGI

Debunga dihasilkan dalam anter. Di dalam anter terdapat pundi debunga yang
mengandungi sekumpulan sel induk debunga atau sel induk mikrospora (diploid).
Setiap pundi debunga dikelilingi oleh lapisan sel yang disebut tapetum yang
membekalkan nutrien kepada pundi debunga.

ii. Proses pembentukan debunga (mikrospora) dapat diringkaskan seperti berikut :

(a) Sel induk pundi debunga atau sel induk pundi mikrospora
diploid membahagi secara meiosis untuk membentuk satu tetrad yang
terdiri daripada empat debunga haploid.
(b) Nukleus dalam setiap debunga membahagi secara mitosis untuk
menghasilkan dua nukleus haploid. Satu daripadanya disebut nukleus
penjana manakala yang satu lagi disebut nukleus tiub. Nukleus tiub
bersaiz lebih besar daripada nukleus penjana.
(c) Hanya nukleus penjana yang menghasilkan gamet jantan.

iii Percambahan biji debunga dan pembentukan tiub debunga

Sebelum proses persenyawaan dalam tumbuhan berbunga boleh berlaku, debunga


yang telah dipindahkan ke stigma perlu mengalami percambahan terlebih dahulu.

17
ASAS AGROTEKNOLOGI

 Apabila debunga terlekat pada stigma, rembesan bergula pada permukaan


stigma akan meransang debunga untuk bercambah dan mengeluarkan tiub
debunga.
 Tiub debunga tumbuh memanjang ke arah pundi embrio melalui stil. Nukleus
tiub berada di hujung tiub debunga manakala nukleus penjana berada di
belakang nukleus tiub.
 Nukleus penjana akan membahagi secara mitosis untuk membentuk dua
nukleus gamet jantan.

PROSES PERSENYAWAAN IAITU GANDA DUA

Sebaik sahaja tiba di ovari, tiub debunga menembusi ovul melalui mikropil. Hujung
tiub debunga kemudiannya menembusi dinding pundi embrio. Setelah memasuki
pundi embrio, nukleus tiub di hujung tiub debunga merosot. Ini membenarkan

18
ASAS AGROTEKNOLOGI

laluan nukleus jantan masuk ke dalam pundi embrio. Salah satu daripada dua
nukleus jantan bercantum dengan sel telur untuk menghasilkan zigot diploid.

Nukleus jantan yang satu lagi akan bercantum dengan dua nukleus kutub untuk
membentuk nukleus triploid. Nukleus triploid kemudiannya berkembang menjadi
tisu endosperma. Proses persenyawaan yang menghasilkan satu zigot diploid dan
satu nukleus triploid dikenali sebagai persenyawaan ganda dua. Persenyawaan ini
merupakan ciri khas bagi tumbuhan berbunga di peringkat tinggi.

7.0 PERBINCANGAN

Faktor-Faktor Mempengaruhi Proses Percambahan ( faktor luaran)

 Cahaya

19
ASAS AGROTEKNOLOGI

Cahaya matahari sangat diperlukan dalam proses fotosintesis iaitu proses


menghasilkan karbohidrat dan oksigen daripada karbon dioksida, air dn cahaya
matahari.Terdapat dua peringkat fotosintesis iaitu tindak balas cahaya dan tindak
balas gelap.Faktor mempengaruhi fotosistesis ialah keamatan cahaya, suhu dan
gelombang cahaya. Cahaya sangat berguna dalam proses percambahan biju
benih. Keperluan cahaya tergantung kepada jenis benih itu sendiri. Ada benih yang
memerlukan cahaya untuk bercambah, ada benih yang bercambah dengan cepat
jika cahaya mencukupi, ada benih yang terbantut percambahannya jika tiada
cahaya, dan ada juga benih yang hanya dapat berkecambah pada kawasan gelap
tanpa cahaya.

 Suhu
Suhu juga merupakan faktor yang mempengaruhi percambahan biji. Suhu
mempengaruhi kepantasan proses percambahan. Pada kisaran 26-35 darjah
Celcius, percambahan benih umumnya berjalan dengan sempurna. Suhu yang

20
ASAS AGROTEKNOLOGI

terlalu rendah atau tinggi akan mengganggu percambahan biji benih. Suhu yang
sesuai meningkatkan respirasi biji benih dan menggalakkan percambahan biji benih

 Angin

Apabila angin laju, kadar transpirasi meningkat apabila angin menolak air air dari
permukaan daun.Angin sangat memainkan peranan dalam proses pendebungaan
di mana membantu menerbangkan debunga ke kawasan lain.Angin juga
menyebarkan penyakit dan perosak melalui spora spora.

 Air
Dari segi keperluan air pula, air berperan di dalam melarutkan unsur hara
dalam proses penyerapan. Air diperlukan tumbuhan sebagai pelarut bagi
kebanyakan reaksi dalam tubuh tumbuhan dan sebagai medium reaksi enzimatis.

21
ASAS AGROTEKNOLOGI

Sebagai pelarut, air juga memengaruhi kadar enzim dan substrat sehingga secara
tidak langsung memengaruhi laju metabolisme. Kekurangan air pada tanah
menyebabkan terhambatnya proses osmosis. Proses osmosis akan terhenti atau
berbalik arah yang berakibat keluarnya materi-materi dari protoplasma sel-sel
tumbuhan, sehingga tanaman kering dan mati.

Faktor Dalaman

 Tingkat Kemasakan Benih

22
ASAS AGROTEKNOLOGI

Tingkat kemasakan benih merupakan faktor internal yang sangat berpengaruh


terhadap percambahan. Biji yang belum masak secara fisiologi umumnya tidak
memiliki daya hidup (vigor) dan daya kecambah (viabilitas) yang baik. Hal ini
terjadi kerana biji masih belum memiliki cukup cadangan makanan dan embrionya
juga belum terbentuk secara sempurna.

 Dormansi

Dormansi adalah keadaani fisiologi dimana benih tetap hidup tetapi tidak
mengalami percambahan. Benih dalam keadaan dormansi tidak dapat bercambah
meskipun lingkungan usianya dikatakan sudah mendekati proses percambahan.

8.0 RUMUSAN
Sepanjang saya dan rakan-rakan menjalankan proses penanaman sawi ini, saya
telah belajar pelbagai ilmu tentang tanaman sawi serta tanaman tanaman lain yang rakan

23
ASAS AGROTEKNOLOGI

saya tanam dan mereka kongsikan. Ilmu tanaman ini sebenarnya amatlah berguna dan
penting kerana akan saya gunakan suatu hari nanti untuk mengajar generasi seterusnya
serta saya juga dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian saya. Saya boleh
menanam pokok-pokok saya sendiri dan lihat mereka tumbuh dengan baik.

Kebaikan-kebaikan yang saya peroleh ialah saya dapat belajar cara semaian anak
benih yang betul daripada pensyarah dan juga rakan saya. Pensyarah saya telah pun
menerangkan cara untuk menyemai benih dengan betul dan kami menyemai bersama.
Rakan-rakan saya yang lebih berpengalaman juga ada membetulkan saya apabila saya
menyemai dengan cara yang kurang betul.Selain itu, saya banyak belajar nilai kesabaran
dan kasih sayang sepanjang membesarkan tanaman ini. Sememangnya, tumbuhan
mengambil masa untuk membesar jadi saya perlulah sabar lebih-lebih lagi apabila tanaman
rakan yang lain sudah mula membesar berbanding tanaman saya. Saya juga belajar
berkasih sayang dalam menjaga pokok-pokok agar tidak layu terkena panas, siram
mengikut masa dan sebagainya.Seterusnya, saya juga belajar untuk menguruskan masa
dengan baik untuk masa membuat urusan peribadi dan masa untuk ke kebun bagi
memantau pertumbuhan pokok-pokok, menyiram dan memberi perhatian kepadanya kerana
saya percaya jika kita memberi layanan dan perhatian kepada pokok dengan baik, ia akan
membesar dengan baik.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai kebaikan dan keburukan yang saya peroleh ketika
proses amali ini namun lebih kepada kebaikan. Saya akan ambil yang baik dan amalkan
dalam hari-hari seterusnya manakala yang buruk akan saya jadikan pengajaran kepada diri
saya sendiri serta orang sekeliling saya.

24
ASAS AGROTEKNOLOGI

9.0 RUJUKAN

Halimathul Saadiah A. Shafie., (2008). Sayur-Sayuran Semenanjung Malaysia EdisiKedua.


Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka.

J. Hort. (2008). Pengendalian Penyakit Sayuran yang Ditanam dengan Sistem Budidaya
Mosaik pada Pertanian Periurban, 18(2), 200-211.

W.P. Winarto(2004), Memanfaatkan Tanaman Sayur Untuk Mengatasi Aneka Penyakit,


Health & Fitness.

Soa Tiam Tan (1991), Kajian tentang aliran nitrat dan fosfat menerusi medium buatan yang
ditanam sayur sawi kecil (Brassica chinensis), Universiti Sains Malaysia.

Izham Alias, Januari 2017, Penyediaan Batas Semaian Sawi, dimuat turun pada 9 oktober
2018 dari

http://www.kebunbandar.com/tanam-sawi-batas/

25
ASAS AGROTEKNOLOGI

10.0 LAMPIRAN

Rajah di atas menujukkan mesin jentera yang digunakan semasa proses membajak

Rajah di atas menujukkan baja organic yang digunakan untuk proses membajak

26
ASAS AGROTEKNOLOGI

Rajah di atas menujuk proses menujukkkan proses mencangkul untuk membuat batas

Rajah di atas menunjukkan batas yang tela siap untuk mebuat penanaman jagung

27

Anda mungkin juga menyukai