Anda di halaman 1dari 6

PENYEDIAAN TAPAK TANAMAN SAYURAN

1.0 Faktor Pemilihan Tapak


Tapak merupakan faktor asas tanaman sayur berbatas. Pemilihan tapak yang sesuai
menentukan sesuatu projek mendapat hasil yang diharapkan. Kegagalan pemilihan tapak yang
sesuai mungkin boleh mengakibatkan kerugian yang besar dan memerlukan perbelanjaan yang besar
bagi membuat pemulihan tapak. Sebelum memulakan projek tanaman sayuran, beberapa factor
perlu diberi perhatian:
i.

Permukaan tanah yang rata supaya memudahkan kerja-kerja penanaman sayuran, teres

ii.

digunakan jika tanah bercerun.


Terdedah kepada pancaran cahaya matahari dan tidak terlindung daripada sebarang
naungan pokok bagi tujuan fotosentisis dan akar pokok tidak bersaing untuk

iii.

mendapatkan air dan nutrien..


berdekatan dengan sumber air yang mencukupi seperti kolam, sungai dan taliair bagi

iv.
v.
vi.
vii.
viii.
ix.
x.

memudahkan penyiraman dan mencuci sebelum pasaran dilakukan..


Tanah yang subur mengandungi bahan oganik dan bersaliran baik.
Berdekatan dengan jalan untuk memudahkan kerja pengangkutan peralatan.
berhampiran dengan bandaraya atau pekan bagi memudahkan proses pemasaran.
mempunyai kemudahan infrastruktur.
Jauh dari kawasan yang berpotensi untuk pembiakan agen perosak dan penyakit.
berdekatan dengan rumah bagi memudahkan pengurusan dan mengelakan kecurian.
Kesesuaian jenis tanah.

2.0 Faktor Kesesuaian Tanah


2.1 Kandungan nutrien yang rendah kawasan tropika sering mengalami kadar proses
luluhawa dan larut resap menyebabkan kandudngan nutrien tanah tidak mencukupi.
2.2 Keadaan tanah berasid tanah asid sulfat dan tanah gambut ialah dua jenis tanah yang
bermasalah di Malaysia kerana pH yang lebih rendah. Tanah asid sulfat kurang subur dan
tanaman yang ditanam di tanah ini biasanya mengalami ketoksidan aluminium, ferum dan
mangan. Tanah gambut bermasalah kerana kekurangan beberapa mikronutrien seperti
kuprum, mangan, zink, ferum, molibdenum dan boron.
2.3 Tanah berlempung mengandungi tanah liat yang tinggi. Tanah ini menjadi lekit apabila
basah dan berketul bila kering. Kadar saliran dan kadar peresapan air sangat rendah.
2.4 Tanah berpasir tanah berpasir seperti tanah bekas lombong dan tanah Bris mengalami
saliran lampau sehingga kandungan air tidak mencukupi untuk keperluan tanaman.Tanah
ini tidak mempunyai struktur yang boleh memegang tumbuhan dan kurang daya penahan
air dan pH tanah jenis ini adalah antara 4.3 hingga 5.8.
2.5 Secara umumnya tanah untuk sayuran hendaklah mengandungi tanah peroi, mempunyai
saliran yang baik, menyimpan nutrient, kelembapan yang sederhana dan tidak terlalu
berasid.

3.0 Penyediaan Kawasan


Kerja-kerja membersihkan kawasan penanaman seperti:
i.
ii.
iii.
iv.

menebang pokok
Menebas
Membersihkan kawasan
Meretakan tanah

4.0 Menggembur Tanah


Tanah boleh digembur dengan menggunakan mesin pembajak atau cangkul. Tujuan
pembajakan tanah dilakukan adalah untuk memperbaiki saliran dan pengudaraan tanah,
memudahkan pembinaan batas serta menghapuskan rumpai dan organisma perosak tanaman.

4.1 Tanah dibajakkan dengan menggunakan cangkul atau jentera pembajak sedalam 20-30 cm.
Tujuan:
Mengemburkan tanah dan mematikan rumput.
4.2 Gemburkan tanah kepada gemburan yang lebih halus.
Tujuan:

Bagi memperbaiki saliran dan pengudaraan tanah.

4.3 Biarkan tanah terdedah kepada cahaya matahari selama satu minggu.
Tujuan:

Untuk mematikan rumpai dan organisma tanah yang berbahaya.

4.4 Mengutip dan membersihkan tanah daripada akar pokok , kayu dan batu besar.
Tujuan:

Mengelakkan daripada pembiakan anai-anai


Memudahkan binaan batas
4.5 Menabur kapur.
Tujuan:

Mengurang keasidan tanah

tanah berasid dirawat dengan menggaul atau

menabur bahan kapur.

Membekal nutrien tumbuhan kapur bekal Ca dan Mg

Membaiki agregat tanah

kapur meneutralkan cas negatif pada kumin

tanah menjadikannya bercantum.

5.0 Persediaan Saliran


Saliran yang baik merupakan keperluan yang penting bagi pertumbuhan sayur. Aras air
dalam tanah yang terlalu tinggi boleh merencatkan pertumbuhan akar atau penakungnan air
menyebabkan akar terendam dan reput.
Masalah saliran biasanya terdapat pada kawasan tanah liat, tanah lembah atau yang
mempunyai lapisan mampat tidak telus air.

6.0 Penyediaan batas

Batas merupakan tempat untuk menanam sayuran. Batas perlu disesuaikan dengan jenis
tanaman yang dipilih. Untuk tanaman sayuran buat tanpa junjung , bentuk batas iaitu lebar dan tinggi
batas perlu sesuai iaitu lebih tinggi. Untuk tanaman sayuran buah berjunjung pula batas perlu lebar
dan tinggi. Manakala untuk tanaman sayuran daun batas lebar dan ketinggian tidak lebih daripada
25cm.

Penyedian batas untuk tanaman sayuran daun perlu menjalani langkah-langkah seperti

berikut:
i.
ii.

Membuang rumpai dan batu batan


Membakar rumpai bagi mengelakkan serangga perosak dan penyakit membiak. Abunya
boleh digunakan sebagai baja. Rumput yang kering pula boleh digunakan sebagai

iii.

sungkupan.
Gali dan terbalikkan tanah sedalam 25-30 cm bagi tujuan menggembur tanah, membunuh

iv.

haiwan perosak dan akar-akar rumpai.


Gemburkan tanah kepada gemburan yang lebih halus bagi memperbaiki saliran dan

v.

pengudaraan tanah.
Bina batas samada batas rata dengan ketinggian 15 25 cm atau batas tunggal
berketinggian 20 25 cm. Ukuran batas yang hendak dibina bergantung kepada jenis
sayuran yang hendak ditanam. Saiz batas yang sesuai adalah 100 cm lebar, 15 25 cm

vi.

tinggi dan panjang batas mengikut keperluan. Jarak antara batas adalah 45 cm.
Membina batas adalah untuk mengelakkan dari air bertakung dan membaiki pengudaraan
tanah, memudahkan kerja penjagaan seperti merumput, menyiram serta mengawal perosak
dan penyakit tanaman.

7.0 Pembajaan Asas

Membaja asas perlu dilakukan sebelum menanam. Baja asas yang sesuai ialah baja organik
seperti tahi ayam yang reput, tahi lembu, tahi kelawar atau kompos. Baja asas ditaburkan di atas
batas dengan kadar 5 kilogram untuk satu meter persegi (5kg/m) dan kemudian digaulkan ke dalam
tanah.

8.0 Sungkupan
Sungkupan adalah satu proses meletakkan bahan-bahan di permukaan batas seperti pelepah

kelapa, rumput kering, plastik hitam silver shine dan jerami padi. Ia adalah bertujuan untuk
mengelakkan hakisan tanah, kehilangan kelembapan tanah, kehilangan baja yang ditabur ke
permukaan tanah dan mengurangkan pertumbuhan rumpai.

Sungkupan bermakna penutupan batas dengan bahan-bahan yang sesuai seperti rumput
yang dipotong, daun, pelepah dan kompos. Lapisan sungkupan mestilah jangan terlalu tebal sebab ia
akan mengelakkan anak benih dari bercambah dan menggalakkan haiwan perosak dan penyakit.
Sebab-sebab sungkupan diperlukan adalah untuk;
i.

mengurangkan suhu tanah: suhu tanah yang tinggi menyebabkan sejatan yang
keterlaluan dan juga membunuh hidupan tanah yang berguna.

ii.

menjaga tanah supaya sentiasa lembab: - air yang dipelihara akan didapati oleh anak
benih dan hidupan tanah.

iii.

mengelakkan tanah daripada terlalu keras dan padat:- tumbesaran akar adalah sukar dan
hidupan tanah mendapati sukar untuk hidup di dalam tanah yang keras dan padat.

iv.

mengelakkan tumbesaran rumpai

v.

mengelakkan hujan lebat dari menghakis tanah atau menghanyutkan biji benih atau anak
benih.

vi.

bertindak sebagai baja organik apabila ia reput.

vii.

Simpan ditempat yang kering dan sejuk bagi mengelakkan kerosakan.

viii.

Gaulkan racun serangga dan racun kulat bagi mengelakkan

Anda mungkin juga menyukai