Anda di halaman 1dari 53

Tumbuhan

Hiasan

Yang patah akan tumbuh, yang hilang


akan berganti. Jiwa perlu teguh, hidup
bahagia di kemudian hari ABM

Penyenggaraan Tumbuhan
Hiasan
1.Penyiraman
- Tumbuhan memerlukan air yang
mencukupi untuk tumbuh sihat
- Penyiraman dilakukan setiap hari untuk
menggantikan air yang hilang melalui
proses transpirasi

Penyenggaraan Tumbuhan Hiasan


1. Penyiraman (samb)
- Tanda-tanda kekurangan air:
a. daun layu dan tiada tanda pertumbuhan
b. daun bawah kuning, layu dan tepinya
kering
c. bunga pudar dan gugur
- Tanda-tanda lebihan air:
a.
daun layu dan terdapat bahagian yang
lembut dan reput
b.
daun kuning dan hujungnya kering
c.
daun gugur
d.
campuran tanah lembap dan lumut
tumbuh

Penyenggaraan Tumbuhan Hiasan


Teknik penyiraman
a. Manual
menggunakan tong penyiram dan hos
getah air
b. Percikan atau renjisan
Menggunakan sistem paip berdiri tegak di tempat terbuka.
Sistem tergantung di rumah tumbuhan atau tempat
berbumbung
dan boleh dikawal secara automatik
c. Penyiraman titisan
Penggunaan air lebih berkesan kerana setiap pokok
menerima air yang dibekalkan melalui hos getah yang
berlubang terus ke dalam medium tanaman. la juga
boleh dikawal secara automatik.
d. Melalui kapilari
Teknik ini dilakukan pada tumbuhan di dalam bekas
sahaja. Tumbuhan diletakkan di dalam takungan berisi
air dan air meresap ke dalam rongga medium sampai ke
akar.

Penyiraman secara manual dan titisan

Penyenggaraan Tumbuhan Hiasan


2. Pengawalan cahaya
Tumbuhan memerlukan cahaya
yang mencukupi untuk
melakukan proses fotosintesis
dengan lebih berkesan

Pengawalan cahaya
Tanda-tanda kekurangan:
1.
tepi daun kekeringan
2.
daun-daun sebelah bawah kering dan gugur
3.
pertumbuhan pokok menjadi lambat
4.
daun-daun menjadi kecil dan tidak sihat
5.
daun yang berwarna bertukar hijau
6.
pokok tidak mengeluarkan bunga
7.
tunas bunga akan gugur
Tanda-tanda kelebihan:
1.
daun kehilangan warna
2.
tepi daun menjadi kering
3.
bahagian tumbuhan menjadi lembut
4.
terdapat tompok-tompok perang di atas daun
****

Keperluan cahaya bagi setiap pokok adalah berbeza boleh


dikawal dengan menggunakan jaring teduh (tildenet) 25%,
50% dan 75%.

Contoh kawasan landskap dan bekas tanaman yang


memerlukan kerja merumput

PENYENGGARAAN TUMBUHAN HIASAN


3. Merumput
i.
Untuk memastikan kawasan nurseri dalam keadaan
terkawal daripada tumbuhan yang tidak diingini
ii.
Contoh rumpai yang biasa adalah : lalang (Imperata
cylindrica), rumput halia hitam (Cyperus rotundus) dan
rumput kerbau (Paspalum conjugatum)
iii. Tujuan merumput adalah:
1.
mengelakkan persaingan mendapatkan makanan,
air, ruang dan cahaya
2.
mengelakkan menjadi perumah kepada penyakit
dan perosak seperti serangga, kulat dan bakteria
3.
menjadikan kawasan kelihatan bersih dan cantik
iv. Merumput bolehdilakukan secara manual (cabut guna
tangan) atau menggembur tanah
v. Kerja-kerja merumput dilakukan sekali dalam masa dua
minggu.

Imperata cylindrica

cyperus-rotundus

Paspalum conjugatum

Penyenggaraan Tumbuhan Hiasan


4. Pembajaan
i. Pembajaan bertujuan memulihkan kandungan
nutrien dalam tanah
ii. Tumbuhan memerlukan unsur-unsur utama seperti
nitrogen, fosforus dan kalium
iii. Kekurangan nutrien boleh menyebabkan
1.
daun tumbuhan menjadi kuning
2.
tumbuhan menjadi terbantut
(kerdil)
3.
tanaman/dahan mudah patah
4.
tumbuhan mudah diserang penyakit

Penyenggaraan Tumbuhan Hiasan


4. Pembajaan (samb....)
iv. Terdapat dua jenis baja
a.
baja organik
Baja asli yang terdiri daripada sisa tumbuhan atau
najis haiwan. Biasanya ia digunakan sebagai baja permulaan. la
bertujuan untuk meninggikan tahap kesuburan tanah dan
memperbaiki tekstur tanah. Pastikan najis haiwan yang digunakan
telah cukup reput.

b.

baja kimia
Baja yang diproses kepada bentuk butiran, hablur

dan cecair. Baja kimia jenis butiran boleh digunakan secara terus
kepada tanaman jenis hablur dan cecair hendaklah dicampurkan
dengan air terlebih dahulu sebelum disembur kepada tanaman.

Penyenggaraan Tumbuhan Hiasan


4. Pembajaan (samb....)

Kadar pembajaan dan jenis baja yang digunakan


bergantung kepada jenis tanaman.

Bagi anak pokok dan keratan yang baru ditanam,


kadar nitrogen hendaklah 3 hingga 6 kali ganda
berbanding kadar fosforus dan kalium.

Bagi pokok yang sedang membesar nisbah NPK


(nitrogen, fosforus dan kalium) hendaklah sama
banyak.

Kurangkan kandungan nitrogen sehingga 50%


bagi pokok yang akan berbunga.

Lakukan pembajaan selepas kerja merumpai


dijalankan.

Apabila menggunakan baja butiran, pastikan ia tidak


terkena pada daun atau tanaman untuk
mengelakkan ia melecur atau membunuh tanaman.

Kadar pembajaan tanaman hiasan

Kaedah
pembajaan

Beberapa kaedah pembajaan yang boleh digunakan


iaitu:
a. Pembajaan terus
Baja ditabur di sekeliling pangkal pokok mengikut
garisan silara atau kanopi.
Selepas itu gemburkan tanah, kambus semula dan
disiram.
b. Pembajaan poket
Sediakan lubang-lubang kecil mengelilingi pokok
mengikut silara.
Jarak antara lubang adalah 10 cm -15 cm.
Letakkan baja ke dalam setiap lubang, kambus
semula dan disiram.

Kawasan pembajaan

Kaedah
pembajaan

c. Pembajaan melalui semburan daun (foliar)


Bahagian daun dan batang pokok disiram atau
disembur dengan larutan yang mengandungi baja
sehingga basah sampai ke tanah.
Racun kulat dan racun serangga boleh dicampurkan
bersama.
Kaedah ini sesuai digunakan di tapak semaian.
Masa yang paling sesuai untuk melakukan
penyemburan ialah pada awal pagi dan lewat petang.

Penyemburan baja foliar bersama racun serangga atau


kulat

Kedua

Contoh tumbuhan yang terlebih pembajaan

Penyenggaraan Tumbuhan Hiasan


5. Pemangkasan
i.
Memangkas ialah membuang sebahagian daripada
tumbuhan dengan cara teratur supaya pokok boleh tumbuh
dengan cara yang dikehendaki.
ii.

Tujuan pemangkasan ialah


1.
mengawal saiz tumbuhan
2.
mengurangkan transpirasi
3.
mengimbangi pertumbuhan antara batang dan akar
4.
menggalakkan pengeluaran bunga dan buah
5.
mengekalkan kesuburan tanaman dengan membuang
bahagian yang rosak, mati dan berpenyakit
6.
meninggikan nilai estetika
7.
melatih pertumbuhan tanaman untuk mendapatkan
bentuk yang dikehendaki
8.
menggalakkan pengedaran udara dan membenarkan
cahaya matahari menembusi hingga ke pangkal pokok.

Jenis pemangkasan
Terdapat tiga jenis pemangkasan :
a. Pemangkasan membentuk
b. Pemangkasan rutin atau biasa
c. Pemangkasan pemulihan

a. Pemangkasan membentuk
Pemangkasan membentuk dilakukan
untuk mendapat bentuk yang sesuai pada
pokok yang tertentu.
Tunas-tunas sisi (susuk) dibuang dan
hanya mengekalkan tunas utama tumbuh
ke paras yang sesuai.
Kemudian barulah dahan dibiarkan
tumbuh untuk mendapat bentuk yang
dikehendaki.

b. Pemangkasan rutin atau


biasa
Pemangkasan rutin dilakukan dengan

membuang tunas air, dahan yang patah


berpenyakit atau mati.
Cantasan ini bertujuan untuk mengekalkan
bentuk dan kesuburan pokok.
Bagi tanaman seperti Bougainvillea, jambul
merak dan melati yang mengeluarkan bunga
bersama-sama tunas daun, pastikan tunasnya
dipangkas setiap kali selepas berbunga.
Jika tidak dipangkas, ia akan tumbuh
memanjang, berdaun lebat dan mempunyai
bentuk yang liar.

c. Pemangkasan pemulihan
Dilakukan dengan cara memotong dahan
pokok sehingga ke pangkal atau batang
utama.
Ini bertujuan untuk menggalakkan batang
atau dahan baru tumbuh dengan segar
dan seterusnya dapat memulihkan
pertumbuhan pokok tersebut.

Memangkas menggunakan mesin pemangkas dan tumbuhan hiasan


yang dipangkas dengan baik

Cara pemangkasan
a.

b.

Dahan yang tua


- Potongan dibuat hampir dengan tunas dan
menyerong supaya air tidak bertakung.
Dahan yang besar
- Menggunakan kaedah 3 kali keratan.
- Dilakukan dengan memotong dahan di bahagian
bawah 25 cm dari pangkal batang dilkuti dengan
pemotongan kedua di bahagian atas dengan jarak 5
- 8 cm dari keratan pertama.
- Apabila dahan jatuh lakukan keratan yang ketiga di
pangkal dahan.

Pemangkasan dahan besar

Selepas Pemangkasan
Sebaik-baiknya dilakukan pada musim
pertumbuhan aktif iaitu di akhir musim kemarau
dan selepas musim bunga atau buah.
Setelah melakukan pemangkasan, bahagian
yang luka perlu disapu dengan ubat atau cat
coal tar, Santa SM atau ubat-ubat lain untuk
mengelakkan serangan kulat.

Kawasan yang telah dilakukan pemangkasan membentuk

Penyenggaraan Tumbuhan Hiasan


6. Pengawalan perosak dan penyakit
i.
Kesuburan tanah yang diancam penyakit dan perosak akan
mengakibatkan hasil dan kualiti tanaman yang kurang
ii.
Jenis perosak dan penyakit
1. Perosak tumbuhan hiasan yang biasa adalah belalang,
kumbang, ulat daun, lintah bulan dan siput babi
2. Dua jenis serangga yang sering menyerang ialah dari jenis
mengunyah dan menghisap
iii.

Tanda-tanda perosak jenis pengunyah


1.
daun berlubang atau koyak
2.
najis serangga bertaburan
3.
ulat-ulat perosak merayap di bahagian tanaman
4.
akar terpotong atau menjadi pendek
5.
daun, buah atau dahan menjadi bengkak dan busuk
6.
getah atau cecair kelihatan meleleh

iv.

Tanda-tanda perosak jenis penghisap


1.
daun kerekot atau kekuningan, layu atau mati
2.
batang, daun serta buah dipenuhi dengan teritip atau sisik
3.
bintik-bintik hitam disebabkan oleh cucukan pada daun,
buah atau batang

Tanda-tanda serangan perosak jenis mengunyah

Pengawalan perosak dan penyakit (samb...)


v.

Tanda-tanda serangan virus


a. pertumbuhan pokok terbantut
b. semua bahagian daun berkedut dan kelihatan
kecut
c. terdapat tompok kuning dan hijau (mozek) di
permukaan daun

Serangan virus pada daun

Daun-daun atau bungan mozaik serta


nekrosis
Tidak menunjuk sebarang simptom

Serangan virus menyebabkan pertumbuhan pokok


terbantut

Pertukaran ciri pertumbuhan

Serangan virus pada bunga dan daun

Simptom:
Kecacatan pada bentuk daun dan
bunga

Pengawalan perosak dan penyakit (samb...)

vi.

Tanda-tanda serangan kulat


- karat di daun
- layu di seluruh pokok
- kulapuk menyerang daun, bunga,
buah dan batang
- busuk dan reput di batang, buah
atau bunga
- permukaan daun dipenuhi
berbagai bentuk bintik

Tanda-tanda serangan kulat

Bintik Serkospora disebabkan oleh kulat Cercospora sp.

-Daun-daun selalunya mempunyai


bintik hitam dengan sempadan
berwarna kuning.
-Penyakit ini boleh dikawal dengan
semburan racun Antracol atau
Benomyl dan dituju di bawah
permukaan daun.

Penyakit layu disebabkan oleh kulat Fusarium sp. dan


Veticillium sp.

- Simptom penyakit ini pada amnya,


daun yang dijangkiti mempunyai
tompok-tompok kuning yang
bertukar menjadi coklat.
- Penyakit layu boleh dikawal dengan
semburan racun Benomyl

Pengawalan perosak dan penyakit (samb...)


vii.

Tanda-tanda serangan bakteria


1.
keseluruhan pokok layu
2.
bahagian daun berbintik-bintik
3.
pokok kelihatan buruk dan reput

Penyakit Jelaga Hitam (Sooty Mould)

- Ini bukan suatu penyakit tetapi


pertumbuhan kulat
- Ini disebabkan oleh kesan cecair yang
dikeluarkan oleh serangga seperti afid
- Simptom ini selalu didapati di daun,
batang terutama pada pokok Orkid dan
Draceana.

Serangan bakteria Erwinia sp


-Bahagian-bahagian tumbuhan
kelihatan basah, daun menjadi
kuning dan reput serta berbau
busuk.
- Penyakit ini boleh dikawal atau
dikurangkan dengan membuang
bahagian yang berpenyakit.
-Pokok ini perlu disembur
dengan racun Captafal atau
racun kulat yang mempunyai
unsur kuprum.

Serangan bakteria Xanthomonas sp


-Terdapat bintik-bintik basah pada
daun,atau akar.
-Bintik-bintik daun ini mempunyai
bahagian tengah berwarna coklat
atau hitam dikelilingi oleh sempatan
berwarna kemerah-merahan.
-Cara yang berkesan untuk
mengawal penyakit ini ialah dengan
mengurang-kan siraman.
-Menggunakan tanah yang
mempunyai saliran yang baik.

Serangan bakteria Pseudomonas sp

Bintik-bintik daun
yang mempunyai
pusat yang kering
(nekrosis).
Penyakit ini boleh
dikawal dengan
semburan racun
Captafal.

Pengawalan perosak dan penyakit (samb...)


viii.

Kawalan serangga perosak dan penyakit


1. Belalang, kumbang dan ulat daun
racun serangga Carbaryl, Decis atau
Malathion
2. Hamama
racun hamama Ortus
3. Kulat
racun kulat Captan dan Benlate.
- Penyemburan 2 minggu sekali
4. Siput babi dan lintah bulan
umpan beracun Metadex dan Siputox, tabur
di tempat yang diserang
5. Bakteria dan virus
sanitasi (kebersihan kawasan)

Cara berpakaian yang betul ketika menyembur racun


serangga perosak dan penyakit

Penyenggaraan Tumbuhan Hiasan


7. Pemasuan semula
i. Perlu dilakukan apabila tumbuhan menunjukkan
tanda-tanda ketidaksuburan seperti daun
kekuningan, kurus dan daun-daun lebih kecil, akar
terkeluar dari lubang saliran di bawah pasu
ii. Tujuan pemasuan semula adalah
a.
mengganti pasu yang rosak dan
pecah
b.
memperbaiki struktur, tekstur dan
kandungan medium
c.
memotong akar yang berlebihan
supaya tidak keluar dari pasu
d.
menggantikan dengan pasu yang lebih
besar
e.
menambahkan kesuburan pokok
f.
menggantikan dengan medium baru
yang lebih subur

Hidup ibarat satu landskap, konsep yang


bersesuaian diperlukan untuk mendapatkan
taman yang menenangkan!

Sekian,
Terima kasih!

Anda mungkin juga menyukai