Anda di halaman 1dari 39

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

Tajuk 1

PENGENALAN

KEPADA

TEKNOLOGI

TANAMAN

SAYUR- SAYURAN

SINOPSIS Modul ini mendedahkan tentang sejarah perkembangan, kepentingan, jenis-jenis tanaman sayursayuran dan potensi teknologi tanaman sayur-sayuran Hasil Pembelajaran 1. 2. 3. Menjelaskan sejarah perkembangan sayur-sayuran. Menjelaskan kepentingan jenis-jenis tanaman sayur-sayuran. Menjelaskan potensi teknologi tanaman sayur-sayuran

Kerangka Konsep Tajuk 1

PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI TANAMAN SAYUR-SAYURAN

Sejarah perkembangan sayuran

Kepentingan

Jenis sayuran

Potensi

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

1.0

Pengenalan Sayur-sayuran adalah kumpulan tumbuhan yang penting dalam pemakanan manusia. Ianya dimakan secara mentah atau selepas dimasak. Ia membekalkan dan mengandungi pelbagai nutrien seperti vitamin, garam mineral, karbohidrat. Kekurangan sayur-sayuran dalam sajian menyebabkan kekurangan vitamin dan bahan galian. Ini menjadikan sayuran serat protein sebagai satu (fiber) dan aktiviti

sembelit, penyakit

pertanian yang sangat penting dan meluas di negara ini. Sayur-sayuran sering ditanam di kawasan rumah atau kebun sayuran perdagangan. Penanaman sayuran perdagangan dikenali juga pekebunan pasaran dan kebanyakannya berdekatan dengan bandaraya atau pekan bagi memudahkan pemasarannya. 1.1 Sejarah perkembangan sayur-sayuran Lebih daripada 50 jenis sayur ditanam di Semenanjung Malaysia sama ada di dataran tanah rendah atau di dataran tanah tinggi. Kebanyakan sayur di Malaysia ditanam secara kecil-kecilan dengan keluasan di antara 0.2-1.2 ha. Dalam tahun 1985, luas kawasan yang ditanam dengan sayur-sayuran ialah 14,447 ha Kawasan utama ialah Cameron Highlands (Pahang), Tangkak dan Kulai (Johor), Banting dan Tanjong Karang (Selangor), Lembah Kinta dan Taiping (Perak) serta Cabang Empat dan Wakaf Stan (Kelantan). Pengeluaran beberapa jenis sayur di Semenanjung Malaysia masih belum cukup untuk menampung keperluan tempatan. Jumlah pengeluaran sayur-sayuran bagi setiap tahun sukar ditentukan. Perubahan pengeluaran disebabkan oleh luas kawasan, jenis sayur, cuaca, harga dan juga permintaan pada masa tertentu. 1.2 Kepentingan industri sayur-sayuran Kepentingan sayur-sayuran dari segi ekonomi seperti pengeluaran yang tidak mencukupi dan harga yang tidak menentu. Mempelbagaikan peluang pekerjaan (seperti penanam, pemborong, peruncit, pengilang, pembekal input pertanian, pegawai pemasaran, pegawai pertanian, penyelidik dan sebagainya). Menambah pendapat melalui import dan eksport dan merupakan sumber pemakanan yang sangat penting di samping mempunyai nilai estetika.

1.3

Jenis Sayur-sayuran

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

Sayur-sayuran boleh dibahagikan kepada empat jenis utama mengikut bahagianbahagian makanan. Bil. 1 2 3 4

Jenis Sayuran Daun Kekacang Buah Akar/umbisi

Contoh bayam, sawi bunga, sawi putih, kobis, salad, kailan dan kangkung kacang botor/kelisa, kacang buncis, kacang tanah dan kacang panjang bendi, cili, kundur, terung, petola, timun, tomato halia, lobak putih, lobak merah, ubi keledek, ubi sengkuang, keladi

Jadual 1: Jenis sayur-sayuran 1.4 Potensi industri sayur-sayuran Penanaman sayur-sayuran adalah dicatatkan sebagai industri yang pesat berkembang dalam sektor pertanian dan ia merupakan industri berorientasikan eksport. Masa depan industri ini adalah cerah, permintaan dunia dijangka akan terus meningkat dengan berkembangnya penduduk dan perkembangan setiap negara.

Dapatkan perangkaan dari Jabatan Pertanian tentang jumlah keluasan penanaman sayuran dan pendapatan negara dari tanaman sayuran bagi tempoh 2005 - 2009 dan isu semasa tentang penanaman sayur di negara ini dalam tempoh tersebut. Semua maklumat perlu disimpan dalam folio.

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

Tajuk 2

DOKUMENTASI DAN PENYIMPANAN REKOD

SINOPSIS Modul ini mendedahkan tentang jenis-jenis rekod dan kepentingannya. Hasil Pembelajaran 1. 2. Menyenarai jenis-jenis, ciri dan kepentingan dokumentasi dan rekod. Menyediakan dokumentasi dan rekod tanaman yang diusahakan.

Kerangka Konsep Tajuk 2

Jenis Dokumentasi dan penyimpanan rekod Kepentingan

2.1

Jenis Rekod

2.1

Kepentingan Rekod

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

Tajuk 3

PENYEDIAAN SAYURAN

TAPAK

PENANAMAN

SAYUR-

SINOPSIS Modul ini mendedahkan tentang faktor pertimbangan pemilihan pembajakan, pembinaan batas dan pembajaan asas. Hasil Pembelajaran 1. 2. 3. 4. 5. Membincangkan tentang faktor pertimbangan pemilihan tapak penanaman sayurMembincangkan tentang kerja pembersihan tempat penanaman sayur-sayuran. Membincangkan tentang pembajakan tempat penanaman sayur-sayuran. Menjelaskan tentang pembinaan batas penanaman sayur-sayuran. Membincangkan tentang pembajaan asas penanaman sayur-sayuran. tempat, kerja pembersihan,

sayuran.

Kerangka Konsep Tajuk 2

Penyediaan tapak penanaman sayur-sayuran

Pemilihan Tapak

Kerja pembersihan

Pembajakan

Penyediaan batas

Pembajaan asas

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

3.0

Penyediaan tapak Tanah di Malaysia sering mengalami suhu tinggi dan hujan lebat. Oleh itu pemuliharaan tanah perlu dilakukan untuk kesuburan tanah. Kesuburan tanah adalah keupayaan sesuatu tanah untuk menampung pengeluaran hasil tanaman yang memuaskan. Tanah akan terjejas jika mempunyai sifat seperti berikut: i. Kandungan nutrien yang rendah kawasan tropika sering mengalami kadar proses luluhawa dan larut resap menyebabkan kandudngan nutrien tanah tidak mencukupi. ii. Keadaan tanah berasid tanah asid sulfat dan tanah gambut ialah dua jenis tanah yang bermasalah di Malaysia kerana pH yang lebih rendah. Tanah asid sulfat kurang subur dan tanaman yang ditanam di tanah ini biasanya mengalami ketoksikan aluminium, ferum dan mangan. mangan, zink, ferum, molibdenum dan boron. iii. Tanah berlempung mengandungi tanah liat yang tinggi. Tanah ini menjadi lekit apabila basah dan berketul bila kering. Kadar saliran dan kadar peresapan air sangat rendah. Iv Tanah berpasir tanah berpasir seperti tanah bekas lombong dan tanah brisk mengalami saliran lampau sehingga kandungan air tidak mencukupi untuk keperluan tanaman. Tanah ini tidak mempunyai struktur dan kurang daya penahan air dan pH tanah jenis ini adalah antara 4.3 hingga 5.8. Tanah gambut bermasalah kerana kekurangan beberapa mikronutrien seperti kuprum,

3.1

Pemilihan Tapak Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pemilihan tapak pertanian antaranya termasuklah: i. ii. iii. Berhampiran dengan bandaraya atau pekan bagi memudahkan proses pemasaran. Berhampiran dengan sumber air bagi memudahkan penyiraman dan pembersihan sebelum pemasaran dilakukan. Di kawasan yang luas dan lapang supaya cahaya matahari terkena terus kepada tanaman bagi tujuan fotosentisis dan akar pokok tidak bersaing untuk mendapatkan air dan nutrien. iv. Mempunyai kemudahan infrastruktur.

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

v. vi. vii.

Mempunyai tanah yang rata supaya mudah pengurusan. Teres digunakan jika tanah bercerun. Jauh dari kawasan yang berpotensi untuk pembiakan agen perosak dan penyakit. Berdekatan dengan rumah bagi memudahkan pengurusan dan mengelakan kecurian.

Cadangkan satu cara untuk mengatasi masalah tanah berlempung di kawasan pertanian anda.

Cadangan anda perlu berdasarkan kepada tajuk penyediaan tapak di atas. Bincangkan dalam OLL

3.2

Kerja pembersihan Kerja-kerja pembersihan kawasan dimulakan dengan menebang, menebas, mencabut, mengumpul dan merata. Kerja-kerja ini memerlukan alat jentera yang tertentu. Perlu berhati-hati semasa membuat kerja-kerja ini supaya lapisan tanah atas yang kaya dengan bahan organik dan nutrien tidak dikikis agar kesuburan tanah terpelihara. Pada peringkat ini, racun rumpai yang disyorkan boleh disembur untuk membantu kerja-kerja pembersihan. Akar-akar serta tunggul kayu boleh juga dibakar. Abu daripada pembakaran itu dapat menguraikan kalium ke dalam tanah. Di samping itu, semak samun dapat dibersihkan dan patogen penyakit dapat dibasmi melalui pembakaran.

3.3

Pembajakan Tanah boleh dibajak apabila kawasan telah bersih, rata dan kesan-kesan semburan racun rumpai telah mula kelihatan. Pembajakan bertujuan mengurangkan kepadatan tanah, memecahkan tanah, memusnahkan saki- baki

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

tanaman dan rumpai serta menyusun semula agregat tanah. Biasanya dibajak satu pusingan sahaja. Walau bagaimanapun, pembajakan boleh dilakukan jikalau tanah terlalu keras bagi memperbaiki 3.4 Penyediaan batas Batas tidak dimestikan kecuali jika terdapat aras air yang tinggi. Walau bagaimanapun, batas dapat memastikan saliran dan pengudaraan yang baik di tanah. Ukuran batas bergantung pada jenis sayur yang akan ditanam. batas yang disyorkan adalah di antara 0.75 - 1.50m lebar dan di antara batas 0.5 - 1.0m. Batas boleh dibuat jentera tertentu atau dengan cangkul

tanah pusingan kedua

saliran dan pengudaraan.

dalam ukuran peralatan

Biasanya

0.25 - 0.30m tinggi. Jarak

dengan menggunakan

Rajah 2.1.: Batas Rata

3.5

Pembajaan asas Baja selalunya dicampur rata dengan tanah semasa menyediakan batas dan sebelum menyemai biji benih, kerja mencampurkan baja sebelum menyemai dinamakan pembajaan asas. Biasanya baja organik seperti tahi lembu dan tahi ayam yang reput dengan kadar 5 kg/meter persegi digunakan. Ini hendaklah dicampurkan 1 2 minggu sebelum menyemai. Baja kimia juga boleh digunakan sebagai baja asas dengan kadar 310 gm/meter persegi dan digunakan 1-2 hari sebelum menyemai

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

Tajuk 4

PENANAMAN TANAMAN SAYUR-SAYURAN

SINOPSIS Modul ini akan membincangkan tentang kaedah atau cara-car.a mengendalikan biji benih, menyemai biji benih dan proses mengubah anak benih ke batas tanaman Hasil pembelajaran 1. 2. 3. Menjelaskan kaedah mengendalikan biji benih dari peringkat pemilihan, rawatan dan menyimpan. Menghuraikan langkah-langkah menyemai biji benih kasar dan halus. Menjelaskan langkah-langkah menjalankan proses mengubah anak benih ke batas tanaman dari peringkat sebelum, semasa dan selepas mengubah. Menganalisis persekitaran pembelajaran untuk keperluan pembelajaran yang pelbagai dengan menggunakan teori dan strategi yang sesuai.

4.

KERANGKA KONSEP PENANAMAN TANAMAN SAYURAN

Penanaman Sayuran

Pengendalian biji benih

Penyemaian

Pengubahan

4.1

Pengendalian Biji Benih Kadar percambahan biji benih berkait rapat dengan pemilihan biji benih yang sempurna. Pemilihan biji benih perlu dilakukan dengan teliti bagi menjamin percambahan dan pertumbuhan anak benih yang sihat seterusnya membawa pulangan yang tinggi.

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

4.1.1

Ciri-ciri biji benih yang baik Ketulenan baka Besar dan berisi penuh supaya anak benih sihat. Cukup matang dan bernas supaya kadar percambahan tinggi. Bebas dari haiwan perosak dan penyakit agar peratus.

Rajah 3.10: Biji benih 4.1.2. Kaedah penyimpanan biji benih sayur-sayuran Keringkan biji benih supaya tidak bercambah dan tidak diserang penyakit Gunakan racun serangga dan kulat bagi mengelakkan serangan serangga dan kulat Simpan di dalam bekas kedap udara bagi mengelakkan serangan haiwan perosak 4.2 Labelkan biji benih supaya mudah dikenali. Simpan ditempat yang kering dan sejuk bagi mengelakkan kerosakan.

Penyemaian Biji Benih Faktor utama dalam kaedah menyemai biji benih bergantung kepada saiznya.

4.2..1

Semaian terus untuk biji benih besar / kasar (contoh: bendi, kangkung, dan peria)

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

Langkah-langkah penyemaian : Rendamkan biji benih seharian untuk mempercepatkan percambahan Tandakan lubang penanaman pada jarak yang sesuai. Tanam sebiji atau dua biji selubang. Buat sungkupan dan siram. Selepas bercambah, lakukan penjarangan.

4.2.1

Semaian terus untuk biji benih kecil / halus (contoh: sawi, kalian, dan kobis ) Menggunakan dua kaedah: 1. Semaian terus ke batas tetap, diikuti dengan penjarangan. Kaedah alur - buat alur yang cetek dengan jarak tertentu. Gaulkan biji benih dengan pasir halus dengan nisbah (1:10) Taburkan ke dalam alur dan timbuskan sedikit dengan tanah. Beri perlindungan (sungkupan) dan siram. Selepas percambahan, buat penjarangan dengan meninggalkan anak benih yang sihat pada jarak tertentu.

Rajah 3.2: Kaedah menyemai cara alur

2. Menyemai di kotak atau bekas semaian diikuti pemindahan ke batas. Sediakan kotak atau bekas semaian

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

Tabur biji benih kedalam kotak atau bekas penanaman dan dengan lapisan tanah yang nipis. Beri perlindungan (sungkupan) dan dan siram. Selepas percambahan, pindahkan anak beniih ke batas tetap jarak yang sesuai. Beri sungkupan dan siram

timbus

dengan

Rajah 3.3 : Kaedah menyemai di kotak semaian

Rajah 3.4 : Anak benih di bekas semaian sedia untuk dipindahkan ke batas Kebaikan menggunakan kotak atau bekas semaian: Penjagaan anak benih lebih mudah. Anak benih yang sihat boleh dipilih untuk diubah ke batas tetap. memastikan hasil yang bertambah. Anak benih yang sama saiz boleh dipilih dan akan memberi tumbesaran yang sama. Pokok yang rosak dibatas tetap mudah diganti dari batas semaian. Ini

Sila buat rujukan di perpustakaan dapatkan maklumat lengkap tentang kaedah semaian biji benih. Simpan maklumat tersebut

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

dalam folio.

Lakukan ujikaji peratus percambahan biji benih Anda dikehendaki menyemai biji benih sayuran di dalam bekas semaian. Rekodkan peratus percambahan biji benih tersebut dan anda dikehendaki menjaga sayuran anda untuk tugasan selanjutnya.. Simpankan maklumat tersebut dalam folio

4.3 P engub ahan Anak Benih Ke

Batas 4.3.1 Pengerasan biji benih Pengerasan ialah proses mengurangkan perlindungan dan siraman air kepada anak benih secara berperingkat-peringkat. Pengerasan dijalankan dengan mendedahkan anak benih kepada pancaran cahaya (mengurangkan sungkupan dan naungan) sedikit demi sedikit untuk membiasakan anak benih kepada sinaran matahari penuh dan mengurangkan siraman air. 4.3.2 Mengubah Proses menanam semula anak benih/pokok ke tempat yang lain. Biasanya anak benih dari batas semaian diubah ke batas tetap. Teknik mengubah anak benih: Segarkan anak benih sebelum diubah Lakukan waktu pagi atau petang Siram batas semaian untuk lembutkan tanah dan untuk mengelakkan dari tanah pecah semasa mengubah Dengan menggunakan sudip, cungkil tiap-tiap anak benih dengan ketul tanah di sekeliling akar Mesti dilakukan dengan cermat untuk mengurangkan kerosakan akar Tanam anak benih di batas tetap pada jarak yang disyorkan

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

Tekan tanah disekeliling anak benih padat-padat supaya akar dapat pegangan yang kuat. Buat sungkupan dan naungan

3 2

Rajah 3.5: Teknik mengubah anak pokok

Rajah 3.6: Anak benih diubah dari kawasan semaian ke lubang penanaman

Jarak penanaman adalah penting bagi mengurangkan persaingan juga untuk memudahkan kerja penjagaan. Bil Kaedah Bentuk

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

2
1. Empatsegi

1 2. Tigasegi 2

1 3. Kuinkuk keluang / siku 2 2 1

Petunjuk:

1. Jarak di antara pokok ialah jarak di antara dua pokok dalam barisan yang sama. 2. Jarak di antara barisan ialah jarak di antara dua barisan pokok. Jadual 3.7: Corak penanaman sayuran Ubah anak benih yang telah anda semai ke tapak penanaman atau bekas bekas penanaman. Buat analisis tentang ketiga-tiga corak penanaman kemudian bincangkan kelebihan setiap corak penanaman tersebut. Bincangkan dalam OLL.

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

TAJUK 5

PENJAGAAN TANAMAN DAN PENGENDALIAN HASIL TANAMAN SAYUR-SAYUARAN.

SINOPSIS Tajuk ini akan membincangkan langkah-langkah penjagaan sayuran serta proses pengendalian hasil sayuran sehingga peringkat pemasaran. Hasil Pembelajaran 1. Menjelaskan langkah-langkah penjagaan tanaman sayuran. 2. Membezakan jenis-jenis baja organan dan baja kimia. 3. Menjelaskan langkah-langkah mengawal rumpai dan kepentingannya 4. Membincangkan strategi pemasaran hasil tanaman sayuran

5. Menganalisis persekitaran pembelajaran untuk keperluan pembelajaran yang


pelbagai dengan menggunakan teori dan strategi yang sesuai.

KERANGKA KONSEP PENJAGAAN TANAMAN SAYURAN

PENJAGAAN TANAMAN DAN PENGENDALIAN HASIL

PENJAGAAN

1. 2. 3. 4. 5.

SUNGKUPAN & NAUNGAN PENYIRAMAN PEMBAJAAN KAWALAN RUMPAI & PENYAKIT PENYEDIAN SOKONGAN

PENGENDALIAN HASIL

1. PEMUGUTAN HASIL 2. PEMEROSESAN HASIL 3. PEMASARAN HASIL 16

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

5.1

Penjagaan 5.1.1 Sungkupan dan naungan Sungkupan ialah proses menutup lapisan permukaan tanah (batas) dengan bahan-bahan yang sesuai seperti rumput yang dipotong, daun, pelepah dan kompos. Lapisan sungkupan mestilah jangan terlalu tebal sebab ia akan mengelakkan anak benih dari bercambah dan menggalakkan haiwan perosak dan penyakit. Sebab-sebab keperluan sungkupan adalah untuk: mengurangkan suhu tanah: suhu tanah yang tinggi menyebabkan sejatan yang keterlaluan dan juga membunuh hidupan tanah yang berguna; menjaga tanah supaya sentiasa lembab: pengairan akan membantu kesuburan anak benih dan organisma tanah; mengelakkan tanah daripada terlalu keras dan padat: tumbesaran akar dan hidupan tanah sukar untuk hidup di dalam tanah yang keras dan padat; mengelakkan tumbesaran rumpai; mengelakkan kesan hujan lebat dari menghakis tanah atau menghanyutkan biji benih atau anak benih; bahan-bahan sungkupan bertindak sebagai baja organik apabila ia reput.

17

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

Rajah 4.1: Sungkupan

Naungan perlu diberikan kepada anak benih muda atau baru diubah untuk mengurangkan pancaran cahaya matahari yang terik ke atas anak benih. Cahaya matahari yang terik mungkin menyebabkan anak benih layu dan mati. Naungan dapat mengelakkan timpaan hujan yang terus ke atas anak benih muda yang akan merosak atau menghanyutkan anak benih. Bahan-bahan biasa yang digunakan untuk naungan ialah pelepah kelapa, lalang/rumput yang dipotong, kertas plastik dan jaring. Naungan jangalah terlalu tinggi kerana cahaya matahari yang terik dan air hujan boleh masuk menerusi tepi naungan. Naungan haruslah sedikit demi sedikit dibuang ketika anak benih membesar. Ini akan membolehkannya menerima cahaya matahari untuk membina makanan.

Rajah 4.2 : Naungan atau pelindungan anak benih

Cari maklumat tentang .ciri-ciri yang sesuai terhadap bahan yang hendak digunakan sebagai sungkupan dan naungan. Bincangkan dalam OLL.

5.1.2 Menyiram Air merupakan agen penting dalam proses penyerapan dan pemindahan nutrien dari dalam tanah ke bahagian-bahagian pokok melalui akar. Tanpa 18

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

air proses translokasi ini akan terganggu.

Penyiraman perlu dilakukan

dalam kadae yang sesuai dan kebiasaannya dilakukan dua kali sehari iaitu disebelah pagi dan petang. Siraman jangan dilakukan terlalu kuat sehingga merosakkan anak benih dan menghanyutkan tanah. Gunakan penyiram yang mempunyai lubang yang halus.

Rajah 4.3 : Menyiram sayuran dengan kaedah manual

Rajah 4.4 : Kaedah siraman percikan (A) dan siraman titisan (B) 5.1.3 Pembajaan Sayur-sayuran memerlukan makanan atau nutrien untuk tumbesaran yang sihat. Terdapat tiga jenis nutrien yang utama iaitu nitrogen, fosforus dan kalium (NPK). Kalsium, magnesium dan sulfur juga diperlukan oleh sayursayuran tetapi dalam kuantiti yang sedikit. Nutrien tanah yang telah 19

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

berkurangan boleh ditambah dengan cara membaja. digunakan ialah baja organik dan baja kimia.

Baja yang boleh

Baja

Baja organik (baja semulajadi) Contoh: najis haiwan, kompos,

Baja kimia (dibuat di kilang)

Baja tunggal (baja yang mengandungi satu unsur nutrein sahaja)

Baja sebatian/ campuran (mengandungi pelbagai unsur nutrein) Contoh: nitrophoska, Welgro

Rajah 4.5 : Jenis-jenis baja Ada dua peringkat membaja semasa menanam sayur-sayuran: Peringkat pertama ialah membaja semasa menyediakan batas. Ini dinamakan pembajaan asas. digaulkan ke dalam tanah. Pada peringkat kedua adalah membaja semasa anak benih sayur-sayuran sudah tumbuh dan membesar. Ini dinamakan pembajaan permukaan. Baja yang biasa digunakan ialah baja kimia. Baja ini ditaburkan di sekeliling anak benih dan digaulkan ke dalam tanah. Selepas itu siram sehingga batas lembab. Kekerapan membaja pada peringkat ini ialah 2 3 minggu sekali. Pada peringkat ini baja organik biasanya

Cari maklumat terperinci tentang pembajaan yang sesuai 20

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

untuk sayuran anda dan gunakan kaedah tersebut untuk proses pembajaan sayuran tersebut. Buat refeleksi dan bincangkan dalam OLL.

1. Senaraikan nama-nama baja kimia mengikut kandungan nutrien utama? 2. Nyatakan fungsi-fungsi utama nutrien tersebut kepada sayuran? 5.1.4 Pengawalan rumpai Merumput ialah proses membuang segala tumbuhan yang tidak

dikehendaki yang tumbuh disekeliling tanaman yang ditanam. Tumbuhan yang tidak dikehendaki ini dikenali sebagai rumpai. Tujuannya ialah untuk mengelakkan persaingan di antara rumpai dengan sayur-sayuran dalam mendapatkan nutrien, air, cahaya dan ruang. Merumput juga dapat memusnahkan tempat tinggal atau tempat pembiakan perosak dan agen penyakit. Pengawalan rumpai hendaklah dilakukan semasa penyediaan tanah dan pada peringkat tumbesaran anak benih sayur-sayuran. Rumpai kecil boleh dicabut dengan tangan. Rumpai besar atau rumpai kecil yang terlalu banyak boleh dicabut dengan menggunakan serampang tangan. Tajak boleh digunakan untuk membuang rumpai di lorong batas. Rumpai di sekeliling tanaman boleh disembur dengan racun rumpai yang disyorkan.

1. Senaraikan jenis-jenis racun rumpai yang terdapat di pasaran Malaysia? 2. Nyatakan masa yang sesuai untuk kerja meracun di kebun sayuran? 3. Terangkan persedian-persedian sebelum, semasa dan sesudah menjalankan kerja meracun?

21

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

5.1.5 Penyedian sokongan Setiap jenis sayur-sayuran mempunyai tabiat tumbesaran yang berbeza. Ada yang menjalar, melilit atau mempunyai batang yang lemah. Sayursayuran yang memanjat seperti timun dan kacang panjang memerlukan kayu pancang, sementara sayur-sayuran yang berbatang lemah memerlukan sokongan untuk menyokong buahnya yang berat. Tujuan utama memberi sokongan adalah supaya pokok boleh mendapat cahaya matahari yang secukupnya. Selain itu, ia juga akan memudahkan kerja pengurusan seperti merumput, membaja, memungut hasil dan mengelakkan buahnya daripada menjadi kotor kerana terkena tanah.

Rajah 4.6: Sokongan jenis junjung

Berdasarkan soalan-soalan di atas, buatkan catatan dan nota-nota penting mengenai kerja meracun rumpai termasuk kaedah meracun dan langkah-langkah keselamatan. Rujuk buku Panduan Meracun keluaran Jabatan Pertanian atau dari mana-mana bahan yang sesuai Simpankan maklumat tersebut dalam folio.

22

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

Rajah 4.7: Sokongan jenis para

Rajah 4.8: Sokongan jenis pagar

Rajah 4.9: Sokongan kayu tunggal

5.1.6 Perosak dan penyakit Haiwan perosak 23

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

Haiwan perosak atau hidupan lain yang menyerang sayur-sayuran boleh menjejaskan mutu sayur-sayuran. Di samping itu ia juga boleh membantutkan tumbesarannya. Oleh itu perosak atau agen penyakit ini perlu dikawal bagi mendapat hasil yang bermutu tinggi. Tanda diserang perosak ialah daun yang berlubang atau tepinya telah di makan ulat. bari-bari. Perosak yang biasa menyerang sayur-sayuran ialah ulat beluncas, siput babi, kutu daun, kumbang, pianggang, koya, teritip dan

Haiwan Perosak Kutu daun

Keterangan Serangga lembut. atau daun kecil dan berbadan dalam

Tabiat Makan

Berwarna hijau, hitam Terdapat

kelabu.

Menghisap

air

pokok.

kelompok di bawah permukaan

Membawa penyakit virus.

Teritip Sangat halus berwarna pucat, Menghisap air daun

Terdapat dalam kelompok pada pangkal daun

Kumbang

Memakan daun, menebuk Bermacam jenis, saiz dan warna. ke batang dan merosakkan anak benih.

Beluncas

Bermacam saiz dan warna

Memakan daun dan buah. Menebuk ke dalam batang 24

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

Koya Sangat pucat halus, dengan kecil berwarna Berupa Menghisap air pokok filamen-filamen

pendek di tepi badan.

debu putih dan bergerak lembut

Tikus Tikus dan siput babi Mudah tanaman. dilihat secara fizikal, bijirin membuat sarang dalam kawasan

memakan

hasil

Siput babi memakan dan merosakan batang daun dan

Jadual 4.1: Jenis-jenis haiwan makhluk perosak

Kimia

Kaedah mengawal haiwan makhluk perosak

Biologi

25

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

Fizikal

Rajah 4.9: Langkah-langkah mengawal haiwan makhluk perosak

Cari maklumat terperinci tentang kaedah kawalan makluk perosak berserta contoh. Simpankan maklumat tersebut ke dalam folio.

5.1.7 Penyakit-penyakit biasa sayur-sayuran Penyakit yang biasa menyerang sayur-sayuran pula ialah melecur anak benih, bintik daun dan layu bakteria. Berikut adalah jadual yang menerangkan penyakit-penyakit yang biasa terdapat pada sayur-sayuran di Malaysia.

Penyakit Melecur anak benih Reput akar Bintik daun Layu bakteria Kulapuk Karat batang/ daun

Agen Kulat Kulat atau bakteria Kulat Bakteria Bakteria Kulat

Simptom Anak benih layu dan mati Pokok layu dan mati Daun dengan bintik perang atau hitam Urat daun menjadi hitam. Pokok akan layu dan mati Daun yang diserang layu dan mati Tompok kuning/perang daun

atau lengai

terjangkit akan jatuh Jadual 4.2: Penyakit-penyakit biasa sayur-sayuran 26

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

5.2

Pengendalian Hasil 5.2.1 Memungut Hasil Kualiti hasil sesuatu jenis sayur banyak dipengaruhi bermula di peringkat pertumbuhan, kaedah pengutipan hasil dan pengendaliannya semasa di ladang.Kerosakan yang sering terdapat pada sayur semasa di ladang ialah kecederaan mekanik yang berpunca daripada pengendalian yang kasar. Kecederaan mekanik akan menyebabkan sayur menjadi lebam, pecah, patah dan sebagainya. Pengendalian sayuran di ladang bermula daripada kaedah pengutipan hasil dan diikuti oleh operasi penyediaan seperti pemilihan, pembasuhan dan pembungkusan sebelum dibawa keluar dari ladang ke tempat pengumpulan. Hasil sayur-sayuran boleh dipungut mengikut kehendak pengguna. Oleh itu memungut hasil pada masa yang sesuai adalah penting. Sebagai contoh, jika sayuran jenis daun dipungut terlalu awal, hasilnya adalah rendah. Sebaliknya jika lewat dipungut, hasilnya banyak tetapi mutunya rendah kerana mengandungi serat kasar.

5.2.2 Masa memungut hasil Masa yang sesuai untuk memungut sayur-sayuran adalah pada waktu pagi atau lewat petang. Ini bertujuan untuk mendapat hasil yang segar dan memuaskan.

27

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

Sayursayuran Sawi

Tempoh mula memungut hasil

Panduan

4 hingga 6 minggu

Cukup besar tetapi belum berbunga

Timun

4 hingga 6 minggu

Buahnya belum

muda bertukar

tetapi menjadi

warna kekuning-kuningan Kacang panjang 6 hingga 8 minggu Lengai mudah di patahkan tetapi bijinya belum terbunjul keluar

Sengkuang

20 hingga 24 minggu

Daun mula menjadi kuning dan gugur

Jadual 4.3: Panduan memungkut hasil sayuran 5.2.3 Cara memungut yang betul: Memotong dengan pisau/sketur contoh - bendi, kundur, peria, petola, timun, labu Mencabut Contoh - sayuran jenis daun, sayuran jenis akar atau umbisi. Memetik Contoh - sayuran kekacang, cili, terung, tomato dan lain-lain. Menggali dengan cangkul/serampang Contoh - sayuran jenis aakr/umbisi seperti keledek, keladi, sengkuang

28

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

Rajah 4.10 : Peringkat kutipan hasil sayuran sehingga pemasaran (Sumber : Panduan Pengeluaran Sayur-sayuran, MARDI 1990)

Simpan rekod kutipan hasil yang anda perolehi dari tanaman anda secara sistematik. Simpankan maklumat tersebut dalam folio dan bawa semasa sesi tutorial.

5.2.4

Pemerosesan Hasil Tujuan Pemerosesan. 29

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

Selain untuk dimakan segar, sayur juga boleh diproses untuk tujuan: Menghasilkan makanan yang dapat disimpan untuk tempoh yang lebih panjang 5.2.5 Menghasilkan makanan bentuk baru Mewujudkan barangan yang lebih berharga

Kaedah Pemprosesan Kebanyakan sayur tidak boleh bertahan lama kerana ianya bersifat asid rendah. Pemprosesan yang teliti dapat menghalang mikroorganisma jenis perosak dan jenis pengeluar racun daripada membiak. Kaedah pemprosesan yang lazim digunakan ialah: Mengetin Mengering Membuat Sos Jeruk dan peraman Pembekuan Penggulaan

Mengutip hasil

Mengetin

Penyejukbekuan

Rajah 4.11 : Carta alir contoh kaedah pemerosesan sayur bendi

Berbagai-bagai jenis sayur boleh diproses dan apa yang perlu difahami

30

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

bagi mewujudkan perusahaan ini ialah pengetahuan yang mendalam dari segi pertumbuhan mikroorganisma dan proses pembasmian kuman. Selain itu, perkara penting yang perlu diambil kira ialah bahan yang dihasilkan mesti mencerminkan hasil keluaran yang bermutu, berkhasiat dan bersih. Perundangan negara dan Akta Makanan mesti dijadikan garis panduan yang tidak boleh diabaikan. Kebersihan yang menyeluruh termasuk kilang, bahan mentah, peralatan, kebersihan diri dan penggunaan bahan tambahan yang dibenarkan mesti difahami dengan betul. (MARDI, 1990) Dari penyataan di atas, beri komen dan pandangan anda.

5.2.6

Pemasaran hasil Sayuran yang dipungut mestilah dibasuh, digredkan, dan dibungkus dengan sempurna sebelum dipasarkan. Sayuran perlu dipasarkan segera. Pemasaran ialah suatu aktiviti penyampaian produk (keluaran) atau perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna.

5.2.7

Proses pemasaran hasiI: Mengenalpasti kehendak pengguna, Merancang dan mengeluarkan keluaran yang dikehendaki, Menentukan harga, Pengiklanan Penyampaian keluaran atau perkhidmatan kepada pengguna.

5.2.8

Agen pemasaran Terdapat tiga agen pemasaran yang mengendalikan aktiviti pemasaran iaitu: pemborong, pemproses dan 31

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

peruncit.

Pengeluar

Pemborong

Pengeksport

Penjual Runcit

Pasaraya

Pembeli Institusi

Penjual Runcit

Rajah 4.12 : Pemasaran sayuran tempatan 5.2.9 Masalah pemasaran Masalah asas pemasaran ialah sifat sayur yang mudah rosak dan tidak tahan lama. Selain dari itu terdapat beberapa masalah dalam pemasaran sayur. Di antaranya ialah: Ketidakstabilan harga Masalah ini disebabkan oleh faktor-faktor penawaran dan permintaan yang tidak menentu. Seperti pengaruh cuaca, musim perayaan dan sebagainya. Saluran pasaran tetap Apabila pengeluaran berlebihan dengan aliran permintaan menjadi tepu, Penual akan terpaksa menjual dengan harga rendah. Manakala lebihan produk terpaksa disimpan. Hal ini akan meningkat kos pengeluaran Saluran seperti kos tetap simpanan hanya dan pengangkutan. pemasaran kepada

Singapura. Ini bermakna pasaran ke negara lain masih perlu ditingkatkan agar produk sayuran dari negara ini dapat di pasarkan dengan mudah.. Kurang maklumat pasaran Bagi sesetengah pengeluar, maklumat terkini tentang pasaran 32

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

produk seperti harga, penawaran, permintaan dan saluran pasaran dalam dan luar negeri masih di tahap yang rendah. Ini akan menimbulkan masalah dalam membuat keputusan untuk pemasaran hasil produk. Kekurangan kemudahan prasarana Pusat atau tempat jualan di mana perjumpaan antara pengeluar dan pembeli dapat membantu kelancaran proses pemasaran. Di negara ini kerajaan melalui beberapa kementerian telah mengwujudkan kemudahan tempat jualan seperti pasar tani. Namun bilanganya masih belum menampung keperluan semasa. Kekurangan kemudahan Kemudahan penyimpanan dan pemprosesan khasnya bagi menampung lebihan pengeluaran yang masih belum dipasarkan masih menjadi masalah kepada sebahagian besar pengeluar di negara ini. Kemudahan perhubungan Kemajuan teknologi yang sangat pesat banyak membantu dalam proses pemasaran. Namun, sesetengah pengeluar di negara ini khasnya petani-petani di luar bandar masih jauh ketinggal dari aspek ini. Penggunaan internet mampu melebarkan peluang pasaran ke peringkat global Anda sebagai seorang pengurus di sebuah ladang sayuran merancang untuk memasarkan hasil sayuran anda ke pasaran dalam negara. Cari maklumat tentang strategi pemasaran dan bincangkan bagaimana anda Simpan maklumat tersebut ke dalam folio.

Tajuk 6

TEKNOLOGI TANPA

PENANAMAN SECARA

SAYUR-SAYURAN HIDROPONIK DAN


33

TANAH

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

FERTIGASI

SINOPSIS Modul ini mendedahkan mengenai teknologi tanaman sayur-sayuran secara


hidroponik/fertigasi.

Hasil Pembelajaran
1. Menghuraikan konsep asas, kebaikan dan kelemahan dan teknik penanaman dan penjagaan sayur-sayuran secara hidroponik/fertigasi.

Kerangka Konsep Tajuk 6

TANAMAN SAYURAN SECARA HIDROPONIK /FERTIGASI

Pengenalan

Kebaikan dan kelemahan

Teknik penanaman

Alat dan bahan

Pengurusan

Pengenalan Hidroponik berasal daripada perkataan Greek. bermaksud kerja. tanpa tanah. Hidro bererti air dan ponus Sistem

Ringkasnya hidroponik bermaksud kerja air.

penanaman secara hidroponik adalah salah satu daripada kaedah penanaman Menerusi modul ini, penanaman tanpa tanah hanya tertumpu kepada sistem hidroponik (dalam takung). 6.1 Tanaman secara Hidroponik Penanaman secara hidroponik ialah satu kaedah menanam tumbuhan tanpa menggunakan tanah. Kaedah ini menggunakan larutan zat makanan di dalam 34

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

takungan yang berisi air. Ianya amat mudah dan tidak memerlukan penjagaan yang rumit. Terdapat beberapa sistem penanaman secara hidropnik tetapi hidroponik takungan adalah satu kaedah yang paling mudah untuk dikendalikan, tidak memerlukan kemahiran yang tinggi dan boleh ditanam di kawasan yang terhad/sempit. 6.2 Kebaikan dan kelemahan Kelebihan Penggunaan kawasan lebih cekap Mudah kawal kandungan nutrien dalam larutan Tiada penyakit bawaan tanah Tidak perlu kawal rumpai Penanaman sepanjang tahun Hasil bersih, sseragam dan berkualiti Boleh ditanam di ruang terhad Jadual 5.1 : Kebaikan dan kelemahan hiroponik 6.3 Teknik-teknik penanaman 6.3.1. Kultur tanpa agregat (kultur cecair) i. Kultur cecair ringkas unit penanaman kecil sayur daun seperti kailan, sawi, bayam dan salad tiada pengaliran larutan nutrien pengudaraan akar kurang sempurna Perlu pengetahuan dan kemahiran urus nutrien Perlu bekalan elektrik berterusan Sesuai untuk tanaman tertentu sahaja Kelemahan Kos bina tinggi

ii. Kultur aliran nutrien guna pam untuk mengalirkan nutrien untuk tanaman saiz besar seperti tomato dan timun 35

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

stuktur dibuat secara komersil ialah Teknik Nutien Tipis (NFT) palung tutup rapat untuk elak tumbuh alga

iii. Aeroponik untuk salad, bayam, tomato nutrien diberi secara semburan halus semburan beberapa saat setiap selangan 2 3 minit

6.3.2 Kultur agregat 6.4 guna bahan lengai untuk menyokong tanaman seperti pasir, vermikulit dan kelikir agregat terendam dalam takung larutan nutrien dipam ke dalam medium agregat agregat dibasah atau terendam dari bawah

Larutan nutrien dan bahan penanaman Terdapat beberapa fomalisi larutan nutrien hidroponik yang digunakan di antaranya ialah 6.4.1 Penyediaan Larutan Hidroponik Formula Kimia Ca(NO3)2. 4H2O [CH2N(CH2COO)2]2FeNa K NO3 MgSO4. 7H2O KH2PO4 H3BO3 CuSO4. 5H2O MnSO4. 4H2O (NH4) 6Mo7O24. 4H2O ZnS SO4.7H2O Elemen Ca,N Fe K,N Mg,S K,P B Cu,S Mn,S N,Mo Zn,S Gram/1000 Liter Larutan 800.00 2.50 800.00 500.00 270.00 3.00 0.05 4.00 0.02 0.22

Stok A

No Nama Komponen Komponen 1 2 3 4 5 6 7 8 Calcium Nitrate Ferrum EDTA Potassium Nitrat Magnesium Sulphate Mono Potassium Phosphate Boric Acid Cupric Sulphate Magnesium Sulphate Ammonium Molybdate Zinc Sulphate

B1

B2 9 10

Jadual 5.2: Formulasi am penyediaan larutan hidroponik 36

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

Campuran larutan STOK B LARUTAN STOK A STOK A Ca(NO3)2. 4H2O 800g [CH2N(CH2COO)2] 2FeNa 2.5g Campurkan air hingga menjadi 10 litre
STOK B1 K NO3 800g MgSO4. 7H2O 500g MnSO4. 4H2O 40g KH2PO4 270g ZnS SO4.7H2O 2.2g Campurkan air hingga menjadi 5 litre STOK B 2
H3BO3 3.0g CuSO4. 5H2O 0.05g MnSO4. 4H2O 40g (NH4) 6Mo7O24. 4H2O 0.2g ZnS SO4.7H2O 2.2g Campurkan air hingga Menjadi 2 litre

Semua

200ml

Campurkan air hingga menjadi 10 litre

200 ml

200ml

Campurkan air hingga menjadi 50 litre~1takung Rajah 5.1: Campuran larutan hidroponik takung 6.4.2 Alat kelengkapan dan bahan penanaman hidroponik. i. ii. iii. v. Medium semai terdiri daripada bahan seperti span, benang, rock wool dan sebagainya Set takung hidroponik berkapasiti 50 liter atau yang setara termasuk cawan Sedikit racun kulat dan detergent Meter elektokonduktiviti (sekiranya perlu) sebagainya vii. Kelalang penyukat 500 ml dan 200ml iv. Meter pH vi. Biji benih sayur-sayuran seperti salad, sawi, kangkung dan

37

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

viii. Kapur pertanian GML(Ground Magnesium Limestone) atau yang setara atau NaOH) 6.5 Pengurusan tanaman 6.5.1 Penyemaian ! ! ! ! ! ! Basuh bersih dan steril(nyah kuman) ke atas semua alat Ramas medium dengan air yang dicampur sedikit racun hingga basah Masuk atau letakkan biji benih ke dalam medium benih setiap satu cawan hidroponik Semai di atas air biasa (tanpa baja) Pastikan air mencecah medium semaian Tunggu hingga biji benih bercambah sebelum di ubah ke set taking sehingga muncul 3 hingga 6 lai daun (Panduannya 5-8 hari selepas semaian dilakukan) 6.5.2 Penanaman/Mengubah ! ! ! ! ! ! ! ! Sediakan air paip bersih di dalam set takung (9/10 penuh) Tuang 200 ml larutan nutrient A dan 200 ml larutan nutrient B dalam takung yang berisi air Kesan nilai pH(pH yang disyorkan ialah di antara 5.0 6.5) Masukkan kapur sedikit-sedikit sekiranya pH pada mulanya kurang daripada 5.0 Ingat pengawalan pH sangat penting!!! Letakkan kesemua anak benih ke dalam slot cawan dengan hatihati dan kemas Pastikan bahagian akar benih menyentuh campuran larutan di dalam air Sekarang set takung sudah boleh diletakkan di bawah sinaran matahari sepenuhnya(Elakkan anak benih yang baru dipindahkan itu, terhalang dari sinaran cahaya mata hari!) ! ! Namun penggunaan rumah hijau atau rumah lindungan hujan sangat digalakkan untuk mengelakkan timpaan air hujan Ingat konsep rumah hijau bukan bermaksud rumah berwarna hijau!!! 38 ke 5 6 biji kulat

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

! !

Rumah hijau berbumbungkan plastic lutsinar sudah memadai Pantaulah pH dan larutan dari semasa ke semasa

Kapas yang digunakan untuk medium penanaman hidroponik didapati berlumut (hijau) semasa peringkat pertumbuhan pokok. Apakah faktor kemungkinan yang menyebabkan fenomena tersetut dan cadangkan kaedah menyelesaikan masalah tersebut. Cari maklumat dan bincangkan dalam OLL

39

Anda mungkin juga menyukai