Anda di halaman 1dari 29

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN
( INFORMATION SHEET )
KOD DAN NAMA
PROGRAM / PROGRAM A016-001-3:2016 OPERASI PENGELUARAN TANAMAN
CODE AND NAME
TAHAP / LEVEL TAHAP 3

NO DAN TAJUK
KURSUS/ COURSE NO C01 PENYEDIAAN KAWASAN TANAMAN
AND TITLE

NO. DAN PENYATAAN 1. BERSIHKAN KAWASAN TANAMAN


AKTIVITI KERJA 2. BAJAK TAPAK TANAMAN
3. BUAT BATAS DAN SUNGKUPAN TANAMAN
WORK ACTIVITIES NO. 4. SEDIA LUBANG TANAMAN
AND STATEMENT 5. BUAT PARIT SALIRAN

NO KOD / CODE NO A016-001-3:2016/C01/P(4/5) Muka : 1 Drp : 29

TAJUK/TITLE :
PENYEDIAAN LUBANG TANAMAN

TUJUAN/PURPOSE :
Kertas Penerangan adalah bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada
pelatih tentang kaedah menyediaakn lubang tanaman mengikut garis panduan yang
ditetapkan.

PENERANGAN/INFORMATION :
NO KOD / CODE NO A016-001-3:2016/C01/P(4/5) Muka : 2 Dpd : 29

Penyediaan lubang tanaman dalam ladang adalah bertujuan untuk membuat lubang
tanaman seperti spesifikasi yang diperlukan mengikut jenis tanaman.

1. JENIS TANAMAN.

Sayur - sayuran

Definisi sayur adalah merujuk kepada sebarang tumbuhan atau bahagian tumbuhan yang
dimakan secara mentah atau setelah dimasak, sebagai ulam, salad atau lauk, bukan
pencuci mulut, dan bukan makanan ruji atau snek.

Jenis sayuran dibezakan berdasarkan morfologinya iaitu sayuran daun, sayuran batang,
sayuran akar, sayuran ubi, sayuran umbi, sayuran bunga, sayuran buah dan sayuran biji.

i. Sayuran daun
Sayuran dari tumbuhan yang terdapat hanya pada bahagian batang. Contohnya
sawi, bayam, kangkung, kubis, sawi putih dan sebagainaya.
ii. Sayuran batang
Sayuran dari tumbuhan yang terdiri dari buku dan ruas. Buku adalah tempat
menempelnya daun. Contoh: rebung, asparagus, kailan dan sebagainya.
iii. Sayuran akar
Sayuran ini biasanya terdapat di dalam tanah dan tidak beruas dan berbuku.
Contoh: wortel, lobak dan sebagainya.
iv. Sayuran umbi
Sayur dari tanaman yang membengkak karena penimbunan makanan. Contoh:
kentang, bawang merah, bawang putih, wortel, lobak dan sebagainya.
v. Sayuran bunga
Sayuran yang merupakan alat perkembangbiakan secara generatif. Contoh: bunga
turi, brokoli, bunga kol dan sebagainya.
vi. Sayuran buah
Sejenis sayur hasil dari penyerbukan dan pembuahan yang terjadi pada organ
bunga. contoh: tomat, lombok, terong, labu siam dan sebagainya.
NO KOD / CODE NO A016-001-3:2016/C01/P(4/5) Muka : 3 Dpd : 29

vii. Sayuran biji


Sayur dari buah setelah terjadi penyerbukan dan pembuahan pada bunga.
Contoh: kacang polong, petai, kacang merah, jagung dan sebagainya.

Buah – buahan

Buah adalah organ pada tumbuhan berbunga yang merupakan perkembangan lanjutan
dari bakal buah (ovarium). Buah biasanya membungkus dan melindungi biji. Aneka rupa
dan bentuk buah tidak terlepas kaitannya dengan fungsi utama buah, yakni sebagai
pemencar biji tumbuhan. Pengertian buah dalam lingkup pertanian (hortikultur) adalah
lebih luas daripada pengertian buah di atas dan biasanya disebut sebagai buah-buahan.
Buah dalam pengertian ini tidak terbatas yang terbentuk dari bakal buah, melainkan dapat
pula berasal dari perkembangan organ yang lain.

Tanaman hiasan

Tanaman hiasan atau pokok hiasan adalah tumbuhan yang ditanam untuk tujuan hiasan
pada taman dan projek rekabentuk landskap, sebagai tanaman rumah, untuk bunga
potong dan pameran spesimen. Penanaman ini membentuk satu cabang besar
hortikultur.

2. TEKNIK MENYEDIAKAN LUBANG TANAMAN


NO KOD / CODE NO A016-001-3:2016/C01/P(4/5) Muka : 4 Dpd : 29

2.1 Pengertian teknik menggali lubang tanaman

i. Lubang tanaman
a) Lubang tanaman ialah satu tempat pada jarak tanaman yang di gali tanahnya,
dibubuh baja asas dan dikambus semula mengikut cara yang disyorkan untuk
ditanam benih tanaman.
ii. Teknik menggali lubang tanaman
a) Teknik menggali lubang tanaman ialah cara atau langkah-langkah yang disyorkan
untuk mengorek tanah, membubuh baja asas dan mengambus semula.

2.2 Tujuan / kepentingan menggali lubang tanaman

i. Tujuan menggali lubang tanaman ialah ;


a) Membaiki struktur tanah tapak tanaman supaya gembur
b) Menambah kesuburan tanah tapak tanaman
c) Tapak tanaman baik edaran udara dan aliran air dalam tanah
d) Akar tanaman dapat tumbuh dengan selesa dan subur
ii. Kebanyakan tanaman terutama tanaman kekal seperti tanaman buah-buahan elok
disediakan lubang tanamannya kerana tanah yang sedia ada padat dan kurang
subur

2.3 Saiz dan bentuk lubang tanaman


NO KOD / CODE NO A016-001-3:2016/C01/P(4/5) Muka : 5 Dpd : 29

i. Saiz lubang tanaman bergantung kepada ;


a) Jenis, umur dan saiz tanaman
b) Jenis tanah
ii. Saiz yang biasa dibuat untuk ditanam benih tanaman ialah 25 sm – 90 sm lebar,
25 sm – 90 sm panjang dan 25 sm – 90 sm dalam

Rajah 1: Saiz dan bentuk lubang tanaman

iii. Bentuk lubang tanaman biasanya ada dua iaitu ;


 Empat segi

Rajah 2: Bentuk lubang tanaman empat segi

 Bulat
NO KOD / CODE NO A016-001-3:2016/C01/P(4/5) Muka : 6 Dpd : 29

Rajah 3: Bentuk lubang tanaman bulat

 Empat segi memanjang / parit

60 cm

Rajah 4: Bentuk lubang tanaman empat segi memanjang

2.4 Kaedah menggali lubang tanaman

i. Ada beberapa kaedah menggali lubang tanaman iaitu ;


a) Menggunakan jentera seperti back hoe – menggali lubang berbentuk empat segi
b) Menggunakan traktor yang dipasang auger – menggali lubang berbentuk selinder
c) Menggunakan mesin tangan auger – menggali lubang berbentuk selinder
d) Menggunakan alatan tangan seperti cangkul dan penggali
ii. Kaedah menggali lubang tanaman yang akan dibuat ialah menggunakan alatan
tangan

2.5 Keselamatan kerja menggali lubang tanaman


NO KOD / CODE NO A016-001-3:2016/C01/P(4/5) Muka : 7 Dpd : 29

i. Antara keselamatan yang perlu diambil berat semasa menggali lubang tanaman
ialah ;

a) Pakai pakaian seragam ladang yang disediakan atau


b) Pakai pakaian yang sesuai serta selesa
 Baju lengan panjang panjang
 Seluar panjang

c) Pakai kasut ladang


d) Digalakkan memakai sarung tangan dan topi
e) Pastikan alatan yang hendak digunakan berfungsi dengan baik
f) Gunakan alatan dan bahan dengan cermat
g) Jangan bergurau dan bergaduh semasa membuat kerja
h) Bersih serta kemaskan alatan, bahan, tempat kerja dan diri selepas kerja

2.6 Peralatan dan bahan menggali lubang tanaman

Keperluan kerja menggali lubang tanaman bergantung kepada kaedah yang digunakan
untuk menggali lubang tanaman
Untuk menggali lubang tanaman menggunakan alatan tangan, keperluan kerja yang patut
disediakan ialah ;
i. Cangkul
ii. Penggali Tanah
iii. Pita ukur
iv. Kayu Penanda V
v. Kayu cucuk
vi. Kayu Pancang
vii. Baja CIRP
viii. Baja Organik
ix. Baja Kapur

Untuk menggali lubang tanaman menggunakan mesin auger tangan


NO KOD / CODE NO A016-001-3:2016/C01/P(4/5) Muka : 8 Dpd : 29

Rajah 5: Mesin Auger Tangan

2.7 Teknik menggali lubang tanaman secara manual

i. Bersihkan sekeliling kayu pancang 1.5 m jejari dari segala bahan yang tidak
dikehendaki seperti rumpai dan sebagainya

Rajah 6: Kedudukan kayu pancangn 1.5 m jejari

ii. Masukkan lekuk tengah kayu penanda V pada pangkal kayu pancang dan
cacakkan kayu cucuk dikedua-dua hujungnya

Rajah 7: Gambar lekuk tengah kayu penanda V dimasukkan pada pangkal pancang
NO KOD / CODE NO A016-001-3:2016/C01/P(4/5) Muka : 9 Dpd : 29

iii. Alihkan kayu penanda V dari tapak lubang tanaman


iv. Buat alur / garisan 60 sm disekeliling pancang berbentuk 4 segi

Rajah 8: Gambar alur / garisan 60 sm disekeliling pancang berbentuk 4 segi

v. Cabut dan alih kayu pancang dari tapak lubang tanaman


vi. Gali tanah 60 sm X 60 sm sedalam 30 sm dan longgokkan di sebelah lubang
tanaman

vii. Gali lagi tanah sehingga 60 sm dalam tetapi longgokan disebelah yang lain

Rajah 9: Gambar tanah digali sehingga 60 sm


NO KOD / CODE NO A016-001-3:2016/C01/P(4/5) Muka : 10 Dpd : 29

viii. Baiki lubang tanaman yang digali sehingga benar-benar mencapai saiz yang
dikehendaki iaitu 60 sm lebar, 60 sm panjang dan 60 sm dalam

Rajah 10: Gambar lubang tanaman yang digali dibaiki

ix. Lubang seelok-eloknya didedahkan selama 1-2 minggu untuk ;


a) Membasmi kulat dan bekteria
b) Menghalau serangga perosak
c) Mempastikan air tidak bertakung lama

2.8 Teknik menggali lubang tanaman secara mekanikal

i. Dapatkan auger bermotor yang telah diisi dengan bahan api

Rajah 11: Gambar auger bermotor yang telah diisi dengan bahan api
NO KOD / CODE NO A016-001-3:2016/C01/P(4/5) Muka : 11 Dpd : 29

ii. Alihkan kayu penanda (pancang) dan arahkan mata auger ke titik tiang yang telah
ditanda

Rajah 12: Gambar mata auger diarahkan ke titik tiang yang telah ditandakan.

iii. ON kan switch ( suis) pada mesin earth auger

Rajah 13: Gambar mesin earth auger dihidupkan.

iv. Laraskan kedudukan tuil choke pada kedudukan close


NO KOD / CODE NO A016-001-3:2016/C01/P(4/5) Muka : 12 Dpd : 29

Rajah 14: Gambar kedudukan tuil choke dilaraskan pada kedudukan close

v. Tuil keselamatan ditolak ke depan, supaya mata tidak berpusing

Rajah 15: Gambar kedudukan tuil choke dilaraskan pada kedudukan close

vi. Tarik tali penghidup secara merentap sehingga enjin hidup


vii. Tolak balik choke ke kedudukan open apabila enjin telah hidup
viii.Biarkan enjin hidup selama 2- 3 minit dalam kelajuan rendah, kemudian
kelajuannya ditingkatkan.
ix. Tarik tuil keselamatan ke dalam untuk memusingkan mata auger
x. Tekan pemegang sambil mata auger berpusing
NO KOD / CODE NO A016-001-3:2016/C01/P(4/5) Muka : 13 Dpd : 29

Rajah 16: Gambar pengendalian mesin auger untuk membuat lubang tanaman

xi. Angkat mesin , apabila telah sampai kepada kedalaman yang dikehendaki. ( 60
cm )
xii. Tolak tuil keselamatan ke hadapan untuk mematikan pusingan mata auger
xiii. Tekan suis pemati bagi mematikan enjin apabila proses mengali lubang telah
diulangi sehingga selesai
xiv. Simpan auger bermotor hendaklah dengan betul

2.9 Membuat campuran tanah

i. Bagi setiap lubang, sukat baja asas adalah seperti berikut ;


a) Baja organik 5 gram – 10 gram
b) Baja CIRP 100 gram – 200 gram
c) Baja kapur GML 50 gram – 100 gram

ii. Tanah lapisan atas yang mula-mula digali sedalam 30 sm elok dicampur baja asas
untuk menambah kesuburannya
iii. Campurkan baja-baja asas ke dalam tanah lapisan atas sehingga bergaul rata

2.10 Mengambus lubang tanaman


NO KOD / CODE NO A016-001-3:2016/C01/P(4/5) Muka : 14 Dpd : 29

i. Masukkan tanah atas yang telah dicampur baja asas ke dalam lubang tanaman
berperingkat-peringkat ( 20 sm / peringkat )

Rajah 17: Tanah atas yang dicampurkan baja asas dimasukkan ke dalam lubang
tanaman.

ii. Pastikan setiap peringkat tanah yang dimasukkan padat


iii. Kambus lubang sehingga penuh dan lebih dari paras tanah

Rajah 18: Lubang tanaman dikamnus penuh.

iv. Jika lubang tidak penuh, ambil tanah lain untuk menambahkannya
v. Bentukkan busut tanah yang melebihi paras lubang tanaman
vi. Letakkan semula kayu penanda V diantara kedua-dua kayu cucuk
NO KOD / CODE NO A016-001-3:2016/C01/P(4/5) Muka : 15 Dpd : 29

Rajah 19: Kayu penanda V diletakkan semula diantara kedua – dua cucuk

vii. Cacakkan semula kayu pancang pada lubang tanaman ditengah-tengah kayu V
viii. Alihkan kayu penanda V

Rajah 20: Kayu pancang dicacak semula pada lubang tanaman

ix. Lubang tanaman seelok-eloknya dibiarkan selama 1-2 minggu


NO KOD / CODE NO A016-001-3:2016/C01/P(4/5) Muka : 16 Dpd : 29

3. SISTEM DAN TEKNIK MENANDA JARAK TANAMAN

3.1 Pengertian sistem dan teknik menanda jarak tanaman.


i. Jarak tanaman
a) Jarak tanaman ialah jauh tanaman di tanam antara satu sama lain
b) Jarak tanaman bergantung kepada ;
 Jenis tanaman
 Tujuan penanaman
 Jenis tanah
 Topografi / rupa bentuk bumi
c) Setiap tanaman mempunyai jarak tanaman tersendiri yang disyorkan
d) Jarak tanaman beberapa jenis tanaman adalah seperti dalam Lampiran 1 :
Jadual Jarak dan Kepadatan Tanaman

ii. Sistem jarak tanaman


a) Sistem jarak tanaman ialah corak hubungan jarak tanaman antara satu sama lain
b) Ada beberapa sistem jarak tanaman yang boleh digunakan untuk menanda
lubang tanaman

 Sistem 3-segi

X X X X X X X X

X X X X X X X

X X X X X X X X

X X X X X X X

X X X X X X X X

X X X X X X X

Rajah 21 : Jarak Tanaman Sistem Tiga Segi


NO KOD / CODE NO A016-001-3:2016/C01/P(4/5) Muka : 17 Dpd : 29

 Sistem 4-segi

X X X X X X X X

X X X X X X X X

X X X X X X X X

X X X X X X X X

X X X X X X X X

X X X X X X X X

Rajah 22 : Jarak Tanaman Sistem Empat Segi

 Sistem siku keluang

X X X X X X X X
X X X X X X X X
X X X X X X X X
X X X X X X X X
X X X X X X X X
X X X X X X X X
X X X X X X X X
X X X X X X X X
X X X X X X X X
X X X X X X X X
X X X X X X X X
X X X X X X X X
X X X X X X X X

Rajah 23 : Jarak Tanaman Sistem Siku Keluang

 4. Sistem kontor
 5. Sistem pepagar
 6. Sistem rawak / landskap

c) Sistem yang biasa digunakan ialah sistem 3-segi dan sistem 4-segi
NO KOD / CODE NO A016-001-3:2016/C01/P(4/5) Muka : 18 Dpd : 29

iii. Teknik menanda jarak tanaman


a) Teknik ialah cara / langkah menanda jarak tanaman mengikut turutan yang betul
b) Teknik menanda jarak tanaman bergantung kepada ;
 Jenis tanaman
 Sistem jarak tanaman
 Kemudahan alat dan bahan mengukur yang ada
 Kecukupan tenaga kerja
 Keadaan kawasan yang hendak diukur

3.2 Kepentingan Mengukur Dan Menanda Jarak Tanaman

i. Tujuan mengukur dan menanda jarak tanaman ialah untuk ;


a) Mendapatkan kepadatan / bilangan pokok yang betul dan maksima
b) Tanaman tidak bersaing sesama sendiri untuk mendapatkan ruang, cahaya, udara
dan air
c) Tanaman tidak berebut sesama sendiri baja dan unsur pemakanan dalam tanah
d) Mengurangkan jangkitan penyakit dan serangan serangga tertentu
e) Memperolehi penanaman yang teratur, cantik dan memudahkan kerja
f) Mendapatkan tanaman yang subur dan berhasil tinggi

3.3 Peralatan Dan Bahan Mengukur Dan Menanda Jarak Tanaman

i. Antara keperluan yang perlu disediakan untuk mengukur dan menanda jarak tanaman
ialah ;
a) Pita ukur
 Pita ukur terdapat dalam pelbagai saz, bentuk dan bahan buatan.
 Gunakan saiz pita ukur yang sesuai mengikut keluasan kawasan
NO KOD / CODE NO A016-001-3:2016/C01/P(4/5) Muka : 19 Dpd : 29

b) Kayu pancang
 Terdapat pelbagai saiz pancang yang boleh digunakan untuk mengukur jarak
tanaman bergantung kepada jenis tanaman dan kemudahan
mendapatkannya.
 Kayu pancang yang sesuai digunakan untuk mengukur jarak tanaman buah-
buahan ialah berukur lilit 7 sm – 10 sm @ bergaris pusat 3 sm – 5 sm dan
panjang 1.90 m
 Bagi tanaman sayur-sayuran, memadai menggunakan kayu pancang yang
kecil berukuran 5 sm – 7 sm ukur lilit @ 1 sm – 3 sm garis pusat dan 25 sm –
50 sm panjang.
c) Parang
 Parang terdapat dalam pelbagai jenis, bentuk dan saiz
 Gunakan parang yang sesuai dengan tujuan seperti parang panjang untuk
menebas dan parang pendek untuk menyedia kayu pancang.

3.4 Kaedah Mengukur Jarak Tanaman

Ada beberapa kaedah mengukur jarak tanaman ;

i. Menggunakan pita ukur

ii. Menggunakan Alat Aras Ukur / Leveling

iii. Menggunakan Kekuda

3.5 Cara Mengukur Dan Menanda Jarak Tanaman Sistem 3 Segi Ialah ;

i. Tentukan jarak tanaman yang hendak diukur seperti 3 m, 5 m, 9 m, 10 m dan


sebagainya.
ii. Dapatkan alatan dan bahan untuk kerja mengukur iaitu
 Pita ukur 30 m / 50 m / 100 m.
 Kayu pancang 3-5 sm garispusat
 Parang

iii. Tentukan kawasan tepi yang terpanjang untuk memulakan kerja mengukur jarak
tanaman. Ia seelok-eloknya mempunyai sesuatu yang boleh dijadikan panduan
mengukur seperti pagar sempadan, jalan, parit dan sebagainya.
NO KOD / CODE NO A016-001-3:2016/C01/P(4/5) Muka : 20 Dpd : 29

Rajah 24 : Memancang kayu dihujung kawasan

iv. Cacakkan tegak kayu pancang sedalam 25-30 sm di kedua-dua hujung kawasan
sejauh separuh jarak tanaman dari tepi.
v. Tarik tali pita ukur lurus dan tegang menghubungi kedua-dua pancang.

X X

Tali Pita Ukur Kayu Pancang

Rajah 25 : Merentang tali pita ukur

X X X X X X X X

Arah melihat Pancang hujung yang dipinda

Rajah 26 : Memancang kayu ikut jarak tanaman

vi. Cacakkan kayu pancang sedalam 30 sm, tegak dan lurus mengikut jarak tanaman di
sepanjang tepi tali pita ukur.
vii. Pinda kayu pancang yang hujung sekali supaya dicacak tegak dan lurus mengikut
jarak tanaman.
NO KOD / CODE NO A016-001-3:2016/C01/P(4/5) Muka : 21 Dpd : 29

viii.Dengan melihat di salah satu hujung barisan, pastikan semua pancang yang telah
dicacak lurus seolah-olah nampak satu tiang sahaja.
ix. Dikedua-dua hujung barisan menghala ke dalam kawasan, buatkan segi tiga jarak
tanaman yang sama panjang bersudut 60 darjah dan cacakkan pancang pada bucu
segi tiga tersebut.

X X X X X X X X X X X X X X X X

X Pembentukan 3-segi X X X

Tali pita ukur ditarik lebih

Rajah 27 : Membuat 3-segi di kedua hujung kawasan Rajah 28 : Merentang tali pita ukur

x. Tarik tali pita ukur lurus dan tegang menghubungi kedua-dua pancang yang baru
dicacakkan sebagai barisan kedua.
xi. Jika pada barisan kedua ini tepi kawasan melebihi jarak tanaman, tarik tali pita ukur
melebihi kayu pancang sejauh jarak tanaman tersebut.
xii. Cacakkan kayu pancang sedalam 30 sm, tegak dan lurus mengikut jarak tanaman di
sepanjang tepi tali pita ukur.

X X X X X X X X X X X X X X X X

X X X X X X X X X X X X X X X X
Arah melihat
X X

Rajah 29 : Memancang kayu ikut jarak tanaman Rajah 30 : Membentuk 3-segi


NO KOD / CODE NO A016-001-3:2016/C01/P(4/5) Muka : 22 Dpd : 29

xiii.Pastikan semua pancang yang telah dicacakkan lurus dengan melihat dari hujung
barisan.
xiv.

X X X X X X X X

X X X X X X X X

X X

Rajah 31 : Merentang tali pita ukur

X X X X X X X X

X X X X X X X X

X X X X X X X X

Arah melihat

Rajah 32 : Memancang kayu iku jarak tanaman

xv. Ukur dan tanda jarak tanaman sehingga selesai. Kira dan catitkan bilangan kayu
pancang yang telah dicacakkan.

X X X X X X X X

X X X X X X X X

X X X X X X X X

X X X X X X X X

X X X X X X X X

Rajah 33: Kawasan siap diukur tanda


NO KOD / CODE NO A016-001-3:2016/C01/P(4/5) Muka : 23 Dpd : 29

3.6 Cara Mengukur Dan Menanda Jarak Tanaman Sistem 4 Segi Ialah ;

i. Tentukan jarak tanaman yang hendak diukur seperti 3 m, 5 m, 9 m, 10 m dan sebagainya.

ii. Dapatkan alatan dan bahan untuk kerja mengukur iaitu

a) Pita ukur 30 m / 50 m / 100 m

b) Kayu pancang 3-5 sm garispusat

c) Parang

iii. Tentukan kawasan tepi yang terpanjang untuk memulakan kerja mengukur jarak tanaman. Ia
seelok-eloknya mempunyai sesuatu yang boleh dijadikan panduan mengukur seperti pagar
sempadan, jalan, parit dan sebagainya.

Separuh dari jarak tanaman


X X
Kayu pancang

Rajah 34 : Memancang kayu dihujung kawasan

iv. Cacakkan tegak kayu pancang sedalam 25-30 sm di kedua-dua hujung kawasan
sejauh separuh jarak tanaman dari tepi.
v. Tarik tali pita ukur lurus dan tegang menghubungi kedua-dua pancang.

X X

Tali Pita Ukur Kayu Pancang

Rajah 35 : Merentang tali pita ukur


NO KOD / CODE NO A016-001-3:2016/C01/P(4/5) Muka : 24 Dpd : 29

X X X X X X X X
Arah melihat
Pancang hujung yang dipinda

Rajah 36 : Memancang kayu ikut jarak tanaman

vi. Cacakkan kayu pancang sedalam 30 sm, tegak dan lurus mengikut jarak tanaman di
sepanjang tepi tali pita ukur.
vii. Pinda kayu pancang yang hujung sekali supaya dicacak tegak dan lurus mengikut
jarak tanaman.
viii. Dengan melihat di salah satu hujung barisan, pastikan semua pancang yang telah
dicacak lurus seolah-olah nampak satu tiang sahaja.
ix. Dari kedua-dua hujung barisan, tarik tali pita ukur 90 darjah, tegang dan lurus
menghala ke hujung kawasan.

4 4’
X X X X X X X X
3’ 90* 90 3’

X 5' 5’ X

X-----------------------------------------------------------------X

Rajah 37 : Membuat barisan bersudut tepat

X X X X X X X X

X X

X X

X X

X X

Rajah
X 38 : Membuat barisan bersudut
X tepat
NO KOD / CODE NO A016-001-3:2016/C01/P(4/5) Muka : 25 Dpd : 29

x. Pastikan dikedua-dua hujung barisan bersudut tepat tersebut pada jarak yang sama
apabila dihubungkan, jaraknya sama dengan jarak barisan pertama. Pada kedua-dua
barisan bersudut tepat, cacakkan kayu pancang sedalam 30 sm, tegak dan lurus
mengikut jarak tanaman.
xi. Untuk mengukur barisan kedua, tarik tali pita ukur lurus serta tegang menghubungi
pancang kedua pada kedua-dua barisan bersudut tepat tersebut.

X X X X X X X X

X X

X Tali pita ukur X

X X

X X
Rajah 39 : Mengukur barisan kedua
X X

X X X X X X X X

X X X X X X X X

X Tali pita ukur X

X X

X X

X Rajah 40 : Menanda barisan kedua


X

xii. Cacakkan kayu pancang sedalam 30 sm, tegak serta lurus mengikut jarak tanaman.
xiii. Ukur dan tanda jarak tanaman sehingga selesai. Kira dan catitkan bilangan kayu
pancang yang telah dicacakkan.

3.7 Teknik Mengukur Dan Menanda Jarak Tanaman Sistem Siku Keluang.
NO KOD / CODE NO A016-001-3:2016/C01/P(4/5) Muka : 26 Dpd : 29

i. Tentukan jarak tanaman yang hendak diukur seperti 3 m, 5 m, 9 m, 10 m dan


sebagainya
ii. Dapatkan tenaga kerja, alatan dan bahan untuk kerja mengukur iaitu

a) Pita ukur 30 m / 50 m / 100 m


b) Kayu pancang 3-5 sm garispusat
c) Parang

iii. Ukur dan tanda jarak tanaman sistem 4 segi dahulu.

X X X X X X X X

X X X X X X X X

X X X X X X X X

X X X X X X X X

X X X X X X X X
Rajah 41 : Siap mengukur tanda sistem 4-segi
X X X X X X X X

X X X X X X X X
O

X X X X X X X X

X X X X X X X X

X X X X X X X X

X X X X X X X X

X X X X X X
Rajah 42 : Mengukur tanda titik Xtengah
X
4-segi

iv. Antara 2 bucu 4 segi yang bertentangan, tarik tali pita ukur dan tanda tengahnya
dengan mencacakkan kayu pancang tegak dan lurus.
NO KOD / CODE NO A016-001-3:2016/C01/P(4/5) Muka : 27 Dpd : 29

X X X X X X X X
O O

X X X X X X X X

O
X X X X X X X X

X X X X X X X X

X X X X X X X X
Rajah 43 : Mengukur tanda titik tengah 4-segi
X X X X X X X X

X X X X X X X X
O O
X X X X X X X X
O
X X X X X X X X

X X X X X X X X

X X X X X X X X

X X X X X X X X
Rajah 44 : Mengukur tanda titik tengah 4-segi

X X X X X X X X
O O O O O O O
v. Ukur dan tanda jarak tanaman sehingga selesai. Kira dan catitkan bilangan kayu
pancang yang telahXdicacakkan.
X X X X X X X

O O O O O O
X X X X X X X X
O O O O O
X X X X X X X X
X X X X X X X X

NO KOD / CODE NO A016-001-3:2016/C01/P(4/5) Muka : 28 Dpd : 29

Rajah 45 : Mengukur tanda titik tengah 4-segi

X X X X X X X X
O O O O O O O
X X X X X X X X
O O O O O O O
X X X X X X X X
O O O O O O O
X X X X X X X X
O O O O O O O
X X X X X X X X

X X X X X X X X

Rajah 46 : Mengukur tanda siku keluang siap


NO KOD / CODE NO A016-001-3:2016/C01/P(4/5) Muka : 29 Dpd : 29

Jawab semua soalan dibawah:-

1. Apakah maksud teknik menyedia lubang tanaman?


2. Senaraikan 3 tujuan menyedia lubang tanaman?
3. Nyatakan 3 kaedah menggali lubang tanaman.
4. Senaraikan 3 sistem jarak tanaman
5. Nyatakan 4 tujuan mengukur dan menanda jarak tanaman.

RUJUKAN:

1. Julian Evans, Hutan Perladangan Di Kawasan Teropika, Terbitan Dewan Bahasa Dan
Pustaka, Tahun 1995, ISBN 963-62-4610-X
2. J.M Shippen, CR Ellin, CH Clover terjemahan Abdul Ghaffar Abdul Rahman ( 1993 ),
Asas Kejenteraan Pertanian, Dewan Bahasa dan Pustaka ISBN 983-62-3299
3. Mohd Din Yusof (1995) Kejenteraan Ladang, Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka
4. ChiamFui Suan & Abd Rashid Mohd Ali, Aplikasi Komputer, Terbitan Fajar Bakti Sdn
Bhd, Tahun 2005, ISBN 967-65-9045-2
5. Bernad A.T.Tan, Pekerja Cemerlang, Terbitan Leed Publication, Tahun 2004, ISBN 983-
2431-61-1
6. Georg Leonard, Membina Ketahanan Diri, Terbitan Thinker Library, Tahun1997, ISBN
967-69-0255-1
7. Ishak Mad Shah, Pengenalan Psikologi Industri Dan Organasasi, Terbitan Universiti
Teknologi Malaysia, Tahun 2002, ISBN 963-52-0262-1
8. Edwin C. Blier, Bagaimana Menyelesaikan Kerja, Terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka,
Tahun 1992, ISBN 983-62-2149-2
9. Mustafa Hj Daud, Pengurusan Islam, Terbitan Utusan Publication & Distributors Sdn
Bhd, Tahun 1994, ISBN 967-61-0476-0

Anda mungkin juga menyukai