Anda di halaman 1dari 30

APAKAH KOMPOS?

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Kompos ialah baja organik yang dibuat daripada hasil-hasil lebihan tumbuhan dan haiwan. Semasa proses pereputan, zat-zat makanan yang ada dalam hasil-hasil lebihan itu dibebaskan. Apabila kompos dicampur ke dalam tanah, zat-zat makanan yang sedia ada akan diserap oleh pokokpokok melalui akarnya

http://tangkapgambar.blogspot.com/

PROSES PENGHASILAN BAJA KOMPOS


Penghasilan Baja Dengan Kehadiran Oksigen
Bahan organik CO2 + H2O + Humus + Hara + Tenaga

Penghasilan Baja Tanpa Kehadiran Oksigen Proses Yang Berkaitan Dengan Faktor Kimia Proses Mikrobiologi

http://tangkapgambar.blogspot.com/

FAKTOR PERSEKITARAN YANG MEMPENGARUHI PENGHASILAN BAJA KOMPOS

http://tangkapgambar.blogspot.com/

http://tangkapgambar.blogspot.com/

PENTINGNYA KOMPOS
Sebagai suatu cara menggunakan hasil lebihan ladang. Ia menambahkan lagi kesuburan tanah dengan membekalkan zat-zat makanan, menambahkan kandungan bahan organik dalam tanah, menyimpan lebih banyak air, mengelakkan kadar larut lesap dan mengurangkan hakisan. Ia boleh menggantikan baja bukan organik dalam pengeluaran tanaman, misalnya sayur-sayuran.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat kompos


Bahan-bahan pokok
(Contoh-contohnya ialah rumput yang telah dipotong, daun-daun pokok, batang jagung, jerami)

Tahi haiwan
(Ini adalah tahi lembu atau tahi ayam. Ia membekalkan organisma mikro yang dapat mereputkan timbunan kompos dengan aktif.)

Kapur
(Ia mempercepatkan proses penguraian dengan menggiatkan bakteria. Ia juga mencegah bertambahnya keadaan berasid.)

Baja-baja nitrogen
(Ammonium sulfat dan serbuk darah menyediakan nitrogen yang diperlukan untuk tumbesar bakteria sambil menambahkan lagi bilangan bakteria.)

http://tangkapgambar.blogspot.com/

SAIZ TIMBUNAN KOMPOS

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Timbunan yang sesuai ialah 1.5 meter (5 kaki) lebar pada tapak, 1.2 meter (4 kaki) lebar bahagian atas dan 1.2 meter (4 kaki) tinggi. Panjang timbunan itu boleh dibuat mengikut yang dikehendaki.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Saiz Timbunan Itu Digunakan Sebab


Bentuk air memberi kestabilan yang baik. Air hujan mengalir turun melalui cerunnya dan tidak menakung di bahagian atas timbunan. Timbunan ini lebih senang dibina dan bahan-bahan itu kurang dipijak-pijak apabila membalik-balikkan timbunan. Bagi timbunan yang terlalu rendah habanya hilang dengan cepat dan pengkomposan akan mengambil masa yang lama. Timbunan yang terlalu tinggi menyebabkan bahan-bahan di bawahnya termampat dan padat.
http://tangkapgambar.blogspot.com/

Ukuran bagi satu timbunan kompos

http://tangkapgambar.blogspot.com/

CARA MEMBUAT KOMPOS


1. Buat tapak yang kuat dengan bahan-bahan kasar seperti batang jagung. Pengudaraan baik yang diperolehi akan mempercepatkan pengkomposan. 2. Bina satu lapisan bahan-bahan tumbuhan setebal kira-kira 10 5 cm (46 in) di atas lapisan tapak. 3. Tabur satu lapisan kapur ke atas bahan-bahan tumbuhan. 4. Bina satu lapisan bahan-bahan tumbuhan setebal 1015 cm (46 in) juga.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

5. Bina satu lapisan campuran baja tahi haiwan dan tanah setebal kira-kira 2.57.5 cm (13in). 6. Siram bahan-bahan untuk melembapkan tetapi tidak terlalu basah. 7. Terus membina lapisan-lapisan yang tersebut di atas hingga timbunan itu tingginya 1.2 meter (4 kaki). 8. Tutupkan timbunan kompos dan tepi-tepinya dengan rumput kering. Ini akan menolong mencegah air hujan yang berlebihan masuk ke dalam timbunan dan mengelakkan sejatan yang berlebihan dalam cuaca panas.
http://tangkapgambar.blogspot.com/

Proses membina timbunan kompos

Timbunan kompos yang lengkap

http://tangkapgambar.blogspot.com/

MENJAGA TIMBUNAN KOMPOS


Jagalah supaya timbunan cukup lembap. Jika timbunan terlalu kering disebabkan oleh cuaca panas, siramlah dengan air hingga timbunan itu lembap tetapi tidak terlalu basah.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

UJIAN KEJAYAAN
Jika timbunan dibuat dengan betul, proses pengkomposan akan berlaku. Bakteria akan mereputkan bahan-bahan pokok itu dan haba akan keluar. Jika kekurangan udara terjadi di dalam timbunan itu, bakteria aerobik (berudara) akan mati dan kemudian digantikan oleh bakteria anaerobik (tanpa udara). Tindakan bakteria anaerobik menyebabkan timbunan itu mengeluarkan bau yang busuk. Ujian untuk menentukan sama ada bahan-bahan dalam timbunan itu sedang mereput boleh dilakukan selepas 3-4 hari.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

CARA MENGUJI KEJAYAAN PENGKOMPOSAN


Cucukkan sebatang kayu yang kering dan licin ke bahagian tengah timbunan itu dari tepi. Tarik keluar kayu itu selepas 10-15 minit. Jika kayu itu panas dan lembap, ini menandakan persediaan kompos itu telah berjaya. Jika kayu itu sejuk dan kering, penguraian telah tidak berlaku dan keseluruhan timbunan itu perlu dibuat semula.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

MEMBALIKKAN TIMBUNAN
Selepas 3-4 minggu, timbunan itu sedia untuk dibalik-balikkan. Sebab-sebab membalikkan timbunan
Melonggarkan keadaan bahan-bahan yang mula roboh dan juga untuk memasukkan lebih banyak udara. Memasukkan lebih banyak udara untuk mengeringkan bahan-bahan yang lembap. Menjadikan bahagian luar timbunan terurai dengan sekata.
http://tangkapgambar.blogspot.com/

KEGUNAAN KOMPOS
Ia dicampurkan terus ke dalam tanah. Kompos boleh dicampur dengan tanah batas sayur-sayuran dalam kadar 5 kg/ meter persegi (1 lb / kaki persegi). Ia digunakan sebagai sungkupan permukaan. Kompos juga boleh ditabur ke atas permukaan tanah di sekeliling pangkal pokok buah-buahan dan di atas permukaan batas-batas sayur. Ia boleh dicampurkan dengan tanah untuk mengisi lubang yang disediakan untuk menanam anak benih buah-buahan.
http://tangkapgambar.blogspot.com/

BAJA KOMPOS, BAJA MESRA ALAM

http://tangkapgambar.blogspot.com/

KEBAIKAN BAJA KOMPOS

Ciri-ciri baja kompos


Mengandungi elemen hara makro dan mikro yang lengkap walaupun dalam jumlah yang sedikit. Berupaya memperbaiki struktur tanah dengan cara seperti berikut:
Menggemburkan dan menambahkan bahan organik yang sedia ada dalam tanah. Mempertingkatkan daya serapan tanah terhadap air dan zat hara. Membekalkan sumber makanan kepada mikroorganisma di dalam tanah. Mengekalkan nutrien dan kesuburan tanah.
http://tangkapgambar.blogspot.com/

Menjadi penahan air atau simpanan air serta memperbaiki sistem perudaraan bagi tanah yang berpasir. Membantu proses pereputan bahan mineral. Melindungi tanah daripada kerosakan yang disebabkan oleh hakisan. Meningkatkan kapasiti tukar kation (KTK)

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Tanaman yang menggunakan baja kompos memiliki daya tahan yang tinggi terhadap serangan penyakit. Mengurangkan aktiviti mikroorganisma dalam tanah yang dianggap merugikan.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

CIRI-CIRI BAJA ORGANIK


Mengandungi satu atau beberapa elemen hara sahaja tetapi dalam jumlah yang banyak. Penggunaan dalam tempoh yang panjang akan menyebabkan tanah menjadi keras dan merosakkan struktur tanah. Membuatkan tanaman mudah dijangkiti penyakit dan mengsilkan tanaman yang tidak berkualiti.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

SENARAI BAHAN KIMIA DALAM BAJA KOMPOS


Bahan Nitrogen (%) P205 (%) K20 (%) Humus (%) Kalsium (%) Zat besi (%) Zink (ppm) Timah (ppm) Tembaga (ppm) Kadmium (ppm) pH
http://tangkapgambar.blogspot.com/

Kadar 1.33 0.83 0.36 53.70 5.61 2.1 285 575 65 5 7.2

KRITERIA DAN KUALITI BAJA KOMPOS


Berwarna coklat tua dan kehitaman serta bersifat gembur. Tidak larut dalam air, walaupun sebahagian daripada baja kompos boleh membentuk suspensi (pergantungan) Sangat larut dalam pelarut alkali, natrium pirifosfat, atau larutan amonium oksalat dengan menghasilkan ekstrak berwarna gelap dan dapat dipecahkan menjadi zat humic, fulvic, dan humin.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Nisbah C/N antara 20-40, bergantung kepada bahan asas dan darjah keasidan. Mempunyai daya menukar kapasiti kepada kation dan daya menyerap air yang tinggi. Apabila ditanam dalam tanah, baja ini akan memberikan kesan menguntungkan bagi tanah dan juga pertumbuhan tanaman. Nilai pembajaannya ditentukan oleh kandungan nitrogen, fosfor, kalium, kalsium dan magnesium. Mempunyai nilai suhu yang hampir sama dengan suhu pada udara.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Tidak mengandungi asid lemak yang berhaba. Tidak berbau busuk.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Parameter
Bahan Organik Jumlah Nitrogen Nisbah C/N P205 K20 pH KTK Benih Ujian

Kualiti Piawaian
>70% >1.2% <35 >0.5% >0.3% 5.5 7.5 >70meq / 100g dapat diterima

Kualiti piawaian baja http://tangkapgambar.blogspot.com/ kompos di Association Barracks Kompos Jepun

Sekian
Ahli Kumpulan:

Suzella bt. Sung Noorazlin bt. Moskam

820811125178 801028015192

AP040396 AP040476

4SPH 4SPH

Siti Sara bt. Abd Halim


Nor Izyani bt. Mhammad Sobri

821117105526
850215106074

AP040534
AP040566

4SPH
4SPH

AGROTEKNOLOGI SPL4202

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Anda mungkin juga menyukai