Anda di halaman 1dari 3

Pengenalan:

Landak atau dalam bahasa saintifiknya Hyistrix Brachyura,dikenali juga sebagai porcupine, terdiri
daripada gabungan dua perkataan Latin yang bererti ‘babi berduri’ (tapi bukan spesis babi/khinzir).
Landak telah mula dikomersial secara bersama oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman
Negara (Perhilitan) dan orang awam sejak 2005 lagi.Landak raya liar mampu hidup 12 hingga 15 tahun,
sementara landak yang dipelihara pula pernah direkodkan hidup sehingga 20 tahun.

Tempoh bunting landak raya betina adalah 16 minggu atau hampir 100 hari. Landak raya mampu
membiak sehingga dua kali setahun. Haiwan bertulang belakang (vertebrata) ini melahirkan dan
menyusukan anak mereka.

Seekor landak matang disembelih ketika usia lapan hingga 12 bulan dan boleh menghasilkan kira-
kira lapan kilogram (kg) daging. Panjang landak biasanya antara 63 hingga 80 sentimeter dengan berat
antara lima kilogram (kg) hingga 20 kg.

Daging landak sangat lembut, tidak mengandungi lemak (sesuai untuk mereka yang berhajat
kurangkan kolesterol) dan tidak berserat (sesuai pula untuk mereka yang kerap sembelit dan berpotensi
menderitai buasir) serta khasiatnya dikatakan mampu menyembuhkan penyakit kronik menyebabkan
landak menjadi antara makanan pilihan kerana menyediakan pakej yang lengkap sebagaimana yang telah
diperincikan diatas.Malah, keenakan daging landak sering menjadi bualan kelompok penggemar daging
buruan sehingga ia dikatakan lebih lazat daripada daging kijang. Mungkin kerana isinya yang lembut
walau hanya di salai apatah lagi di masak lemak atau dibuat sup. Amalan memakan secubit hati landak
setiap hari juga dikatakan mampu menyembuhkan penyakit kronik seperti kanser, lelah dan
leukimia.Daging landak juga mempunyai gen yang boleh membantu mempercepatkan proses
penyembuhan luka.Justeru itu tidak hairanlah daging landak mendapat permintaan yang amat tinggi dari
dalam mahupun luar negara.

Tujuan:
Tujuan kertas kerja ini adalah untuk momohon Permit Khas dari pihak Perhilitan bagi memulakan
Projek Ternakan Landak sekaligus memohon bantuan dan apa sahaja khidmat dari pihak Perhilitan untuk
menjayakan projek ini.
Cara Perolehan Induk:
Memandangkan pihak Perhilitan tidak dapat menyediakan baka induk, saya memlilih untuk mendapatkan
sendiri baka induk melalui khidmat Orang Asli atau menangkap sendiri menggunakan sangkar.

Pada peringkat permulaan ini, saya memohon permit khas untuk mendapatkan 10 induk betina dan 2
induk jantan.

Lokasi Projek:
Pada peringkat permulaan, Projek Ternakan Landak ini akan beroperasi di tepi rumah bapa saya di
alamat:

445, Felda Tun Ghafar Bukit Senggeh,


Nyalas, Asahan, 77100,
Melaka.

Ciri-ciri:
1. Kawasan yang redup (dinaungi pohon) dan sejuk.
2. Agak terpencil dari pandangan orang ramai.
3. Ada tebing tanah yang akan digunakan oleh landak untuk menebuk lubang sarang dan di balik
tebing akan di tanam zink sedalam 3 kaki sementara menunggul modal lain untuk menanam
simen.
4. Mudah untuk dijaga (mudah untuk mendapatkan sumber air)

Saya akan cuba memberikan landak-landak ini persekitaran habitat semulajadi mereka dengan
membiarkan mereka menebuk tebing tanah untuk membuat sarang. Bagaimanapun, zink dan simen akan
di tanam sebagai sempadan untuk mengelakkan mereka menebuk lubang keluar dari kawasan projek.
Sangkar-sangkar akan tetap dibina untuk mengasingkan landak-landak ini mengikut keperluan
(mengawan, perekodan, pengkelasan).

Sila rujuk gambar yang dilampirkan.

Pemakanan dan Penjagaan:

Buah-buahan dan sayuran mudah untuk diperolehi di kawasan projek. Tambahan pula kawasan Felda ini
kaya dengan buah sawit yang terbuang.

Lokasi projek yang berdekatan dengan punca air dan elektrik akan memudahkan kerja-kerja penjagaan
dan pemantauan.
Saya juga amat mengharapkan apa sahaja bantuan dan khidmat nasihat dari pihak Perhilitan bagi
memastikan projek ini berjaya.

Latar Belakang Pemohon:


Nama : Khalidzulhuddin bin Zainal
No. K/P : 790906-04-5221
Alamat : 445. Felda Tun Ghafar Bukit Senggeh,
Nyalas, 77100 Asahan,
Melaka.
Pekerjaan : Pembantu Tadbir
No. Telefon : 016-8788521

Saya merupakan anak peneroka Felda Tun Ghafar Bukit Senggeh dan berpengalaman dalam penternakan
lembu dan kambing.

Anda mungkin juga menyukai