Anda di halaman 1dari 1

Aku Sebuah Komputer Riba

Aku sebuah komputer riba. Aku berjenama Asus. Badan aku berwarna putih. Aku
sebuah komputer yang canggih dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang
memenuhi citarasa pemuda-pemudi zaman sekarang.

Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di Shah Alam. Kilang tersebut
amat besar dan cantik. Aku telah mengenali banyak kawan di kilang tersebut. Aku
dipasang dengan teliti lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak dengan kenalan
baharu aku. Selepas itu, kotak tersebut diletakkan ke dalam sebuah lori dengan
berhati-hati. Satu jam kemudian, aku dan rakan-rakanku tiba di sebuah kedai
komputer. Aku dan kenalan baharu aku dipamerkan di sebuah almari kaca. Aku
berharga RM3499. Badan aku terasa sejuk kerana kedai itu dipasang dengan alat
penghawa dingin.

Pada suatu hari yang ceria, seorang pemuda menjejakkan kaki ke dalam
kedai tersebut. Dia hendak membeli sebuah komputer riba. Setelah pilih-memilih,
dia terpesona dengan kecanggihan dan keunikan aku. Justeru, dia membuat
keputusan untuk membeli aku. Dia membayar harga aku dengan harga yang
ditetapkan lalu membawa aku pulang ke rumahnya.

Tuan aku bernama Vijay. Tuan aku seorang guru di SJK (T) Melaka (Kubu).
Tuan aku selalu menggunakan aku untuk membuat projek-projek sekolahnya.
Selain itu, tuan aku sering menggunakan aku untuk mengajar anak muridnya.
Murid-murid akan mengikuti pelajaran dengan penuh gembira, apabila tuan aku
mengajar dengan menggunakan aku.

Tuan aku menjaga aku bagai menatang minyak yang penuh. Setiap kali
selepas menggunakan aku, tuan aku akan memersihkan aku dengan sehelai kain
yang lembut. Tuan aku juga menyimpan aku ke dalam sebuah beg. Aku masih
kelihatan cantik dan bersih walaupun tuan aku telah menggunakan aku selama 2
tahun.

Kini, aku telah menjadi rakan karib tuan aku. Tuan aku masih sayang akan
aku. Aku amat bersyukur kerana mempunyai seorang tuan yang baik dan
penyayang. Mudah-mudahan aku dapat terus berbakti kepada tuan aku buat
selama-lamanya.

Anda mungkin juga menyukai