Anda di halaman 1dari 4

Basha

1. Hari Sabtu yang lalu, saya pergi ke pasar membeli sayur bersama-sama ibu. 2. Kami pergi ke pasar membeli sayur dengan menaiki bas. 3. Pasar terletak berdekatan rumah kami. 4. Di dalam pasar sungguh sesak, kerana ramai orang membeli sayur di sana. 5. Ikan dan udang (yang dijual) di pasar sangat segar. 6. Ibu membeli enam ekor ikan. Seekor ikan berharga satu ringgit 50 sen. 7. Ibu juga membeli 3 kilogram udang. 8. Satu kilogram udang berharga 12 ringgit. 9. Selepas membeli udang dan ikan, ibu hendak membeli beberapa (jenis) sayur-sayuran. 10. Sayur-sayuran yang dijual oleh penjaja lebih mahal kerana kebelakangan ini selalu hujan. 11. Ibu tidak mahu membeli daging kerana terlalu mahal. 12. sesudah membeli sayur-sayuran, ibu pergi membeli daging ayam dan telur ayam. 13. Saya tolong ibu membeli beberapa (jenis) buah-buahan, kerana kami suka makan buah-buahan.

Kan Dianshi
1. Hari Sabtu yang lalu saya tidak ada kelas. 2. Saya menoton TV di rumah bersama-sama keluarga saya. 3. Selepas bersarapan, adik (lelaki) saya beritahu ada (rancangan) kartun di TV. 4. Kakak saya tidak suka menonton (rancangan) kartun. 5. Dia lebih suka menonton drama bersiri Korea, 6. kerana dia rasakan drama bersiri Korea sangat mengharukan. 7. Ibu dan adik (lelaki) saya tidak suka menonton drama bersiri Korea, kerana mereka tidak faham menonton(nya). 8. Ayah dan saya suka menonton warta berita (yang bersiaran) pada pukul 12.30 tengah hari. 9. Ayah beritahu kami ada siaran langsung pertandingan bolasepak pada pukul lapan malam. 10. Saya suka menonton siaran langsung pertandingan bola sepak, kerana (ia) sangat menarik. 11. Pertandingan bola sepak pada pukul lapan malam (nanti) ialah Thailand berlawan dengan Malaysia. 12. Kami sekeluarga suka menonton rancangan TV di TV3, kerana ada banyak rancangan TV yang (sangat) menarik. 13. Selepas menonton siaran langsung pertandingan bola sepak, kami menonton (lagi) filem Mandarin di TV2.

Huixiang
1. Bulan depan universiti (saya akan) bercuti, saya hendak balik ke kampung (halaman). 2. Saya hendak balik ke kampung (halaman) dengan menaiki bas. 3. Minggu lepas, saya ke Stesen (Bas) Pudu (untuk) membeli tiket bas. 4. Ada ramai orang (sedang) beratur (untuk) membeli tiket di sana. 5. Kampung halaman saya di Muar. 6. Saya (sangat) rindukan kampung halaman, kerana sudah tiga bulan saya tidak balik ke kampung (halaman). 7. Tiket bas dari Kuala Lumpur ke Muar berharga 32 ringgit. 8. (Jarak) dari Kuala Lumpur ke Muar agak jauh, lebih kurang 250 km. 9. Dari Kuala Lumpur ke Muar dengan menaiki bas memerlukan tiga jam (tempoh perjalanan). 10. Tak sangka (pula) saya ternampak (terserempak) dengan rakan sekelas saya. Dia juga membeli tiket (bas) di situ. 11. Saya bercadang balik ke kampung (halaman) menziarahi datuk dan nenek, 12. sambil itu, menghadiri majlis perkahwinan saudara saya. 13. Kawan saya balik ke kampung (halaman) dengan menaiki kapal terbang, kerana kampung halamannya di Sabah. 14. Saya bercadang membawa serunding dan keropok untuk diberikan (kepada) datuk dan nenek ketika balik ke kampung (halaman nanti).

Dujia

1. Saya bercadang (untuk) pergi bercuti semasa cuti (semester) universiti. 2. Saya bercadang pergi bercuti ke Pulau Redang bersama-sama keluarga (saya). 3. Saya melayari internet (untuk) membeli tiket kapal terbang kerana lebih murah. 4. (Jarak) dari rumah kami ke Pulau Redang lebih kurang 350 km. 5. Kami perlu menaiki kapal terbang di KLIA. 6. Kapal terbang kami berlepas pada pukul 10.30 pagi. 7. Saya juga melayari internet melihat foto-foto (percutian) di Pulau Redang. 8. Pemandangan di Pulau Redang sangat indah. Persekitaran(nya) juga sangat tenteram. 9. Saya bercadang (untuk) bersnokel dan melihat karang di sana, sambil itu membeli beberapa (bingkisan) cenderamata. 10. Saya ingin tinggal (selama) tiga hari di sana. 11. Saya juga bercadang (untuk) bergambar bersama keluarga di sana. 12. Selepas pergi ke Pulau Redang, saya hendak pergi ke Kuala Terengganu (untuk) melihat penyu. 13. Ramai pelancong juga suka bercuti di sana.

Anda mungkin juga menyukai