Anda di halaman 1dari 1

Lawatan Ke Kilang Aiskrim

Pada 16 April 2016, sekolah saya mengadakan lawatan ke kilang


aiskrim di Petaling Jaya, Selangor. Rombongan ini disertai oleh 30 orang
murid dan 4 orang guru pengiring.
Tujuan lawatan ini adalah untuk mendedahkan murid-murid tentang
proses membuat aiskrim. Di samping itu, lawatan ini juga dapat
menambahkan
ilmu
pengetahuan
serta
memupuk
semangat
keusahawanan murid-murid.
Kami bertolak dari sekolah kira-kira pada pukul 8.00 pagi dengan
sebuah bas yang disewa khas. Kami tiba ke kilang itu pula kira-kira pada
pukul 10.30 pagi dengan disambut oleh beberapa orang pegawai kilang
tersebut. Selepas itu, kami diberi taklimat ringkas tentang kilang tersebut
oleh seorang pengurus kilang.
Kemudian, kami dibawa melawat ke beberapa bahagian memproses
aiskrim. Kami dapati sebahagian besar kerja memproses aiskrim itu
dilakukan oleh mesin-mesin berteknologi tinggi. Pekerja-pekerja di kilang
ini memakai pakaian seragam yang berwarna biru serta sarung tangan
ketika bertugas. Kami diberi peluang oleh pihak kilang untuk mengemukan
soalan tentang proses membuat aiskrim. Ramai peserta yang
mengemukan soalan untuk mengetahui maklumat tentang memproses
aiskrim itu.
Pada pukul 1.00 petang, kami dijemput untuk makan tengah hari di
kantin kilang itu. Kami juga diberi aiskrim setiap seorang sebagai
cenderahati. Walaupun hanya beberapa jam melawat kilang itu tetapi kami
gembira kerana dapat menambah ilmu pengetahuan tentang cara
memproses aiskrim.

Anda mungkin juga menyukai