Anda di halaman 1dari 2

Laporan lawatan ke Melaka Halal Hub dan UTeM

Pada 11 April 2019,hari khamis,SMK Dato Sri Amar Diraja telah mengadakan
program lawatan sambil belajar ke Melaka Halal Hub dan Universiti Teknikal
Malaysia Melaka(UTeM).Seramai 72 orang murid dan 8 orang guru turut setra
dalam lawatan ini.

Pada pukul 7:30, bus mula bertolak.Sepanjang perjalanan ke kilang Melaka


Halal Hub,kita dapat lihat deretan kilang di kawasan perindustrian kilang
Merlimau.Cikgu-cikgu memberi sarapan yang disediakan iaitu roti dan biskut
kepada pelajar-pelajar.

Pada pukul 8:15, kita sampai destinasi kita iaitu Kilang Melaka Halal Hub.
Apabila kita sampai,pekerja kilang Melaka Halal Hub melayan kita dengan baik
dan bersopan.Kita dilayan ke bilik dan pekerja memberi penerangan tentang
produk-produk yang dihasilkan dan perkembangan kilang.Selepas penerangan,
pekerja mengadakan sesi soal jawab dengan kita. Seterusnya, kita dibawa ke
Adam Farhan Food Industries.Pengusaha kilang memberi taklimat tentang produk
yang dihasilkan iaitu madu. Beliau juga menyediakan produk tersebut untuk
memberi cikgu dan pelajar mencuba seperti air madu dan ‘Fish Cake’ yang
dihasilkan oleh syarikat beliau.

Selain itu,kita mengunjungi kilang Koko Minda Plus Food Industry . Kami juga
diberi taklimat ringkas mengenai asal usul Koko minda Plus.Dalam penerangan,
mereka menyediakan produk seperti air koko untuk kita minum.Mereka memberi
peluang kepada kita untuk melawat kilang apabila menjalankan proses.Kita dapat
mempelajari cara membungkuskan koko dalam packet . Kilang ini juga memberi
peluang pekerjaan kepada OKU untuk menyara diri sendiri.
Pada jam 11:45 pagi , kita mula bergerak ke Universiti Teknikal Malaysia
Melaka , Kita telah menikmati makanan yang disediakan oleh UTEM . Pada jam
1:50 petang , kami mula masuk ke Auditorium UTeM untuk medengar takllimat
dan istimewa UTeM. Pengacara menggalakan kita masuk ke UTeM dengan
menerangkan dengan menarik. Kita juga melawat ke bengkel pembuatan . Di
sana , kita diterangkan kegunaan dan fungsi mesin dengan teliti.

Pada pukul 4:00 petang,kami keluar dari UTeM dan cikgu-cikgu memberi
kebebasan kepada kita untuk pergi ke AEON Bandaraya Melaka untuk makan
malam.Kami bertolak pulang pada pukul 8:00 malam.Sesungguhnya,banyak
pengetahuan dan pengalaman yang kami timba ketika menyertai lawatan ini.Saya
berharap agar dapat menyertai lawatan seperti ini pada masa yang akan datang.

Dilaporlan oleh,
12 April 2019
(KAREN LIM QIAN WEI)
PELAJAR TINGKATAN ENAM,
SMK DATO SRI AMAR DIRAJA

Anda mungkin juga menyukai