Anda di halaman 1dari 1

Laporan tentang Lawatan Sambil Belajar ke Kuala Lumpur

Persatuan Bahasa Malaysia sekolah ini telah mengadakan lawatan sambil belajar ke
Kuala Lumpur. Lawatan ini telah diadakan pada 14 Ogos 2023. Lawatan ini disertai oleh 30
orang pelajar dan diiringi oleh 6 orang guru penasihat.

Tujuan lawatan ini adalah untuk menunjukkan dunia dan kenikmatan hidup kepada para
pelajar. Selain itu, lawatan sambil belajar ini juga boleh menambahkan ilmu pengetahuan
mereka. Pada pukul 8.00 pagi, kami menaik bas persiaran. Ketika semua telah duduk, satu
guru penasihat iaitu Cikgu Zaini memberikan taklimat tentang perjalanan kami dan peraturan
keselamatan. Pada pukul 12.00 tengah hari, kami telah sampai di sesatu perhentian rehat di
Kuala Lumpur untuk makan tengah hari.

Destinasi pertama kami mempunyai Menara Kembar Petronas. Setelah tiba di situ pada
pukul 1.00 petang, kami telah disambut mesra oleh Pengurus Menara Berkembar Petronas,
Enik Abd Yunus bin Ismail dan juga diberi taklimat oleh petugas-petugas tentang sejarah
ringkas Menara Kembar Petronas. Selepas itu, kami pergi ke Aquaria KLCC. Kami dapat
mempelajari tentang banyak ikan kepelbagaian di akuarium itu. Kelihatan haiwan laut yang
cantik itu membuatkan kami berasa gembira betul. Kami juga mengambil banyak gambar antara
sama satu lain dan haiwan laut itu. Selepas itu, kami berpeluang masuk ke jambatan yang
menghubungkan anatara kedua-dua menara. Kami sangat teruja apabila dapat melihat
pemandangan yang indah dari 170m di atas daratan.

Pada pukul 4.00 petang, kami dengan teragak-agak meninggalkan klcc dan menuju
keJalan Petaling. Sejak 1908, Jalan Petaling telah menjadi tempat perniagaan dan
mengekalkan tradisi dan budaya masyarakat Cina di Malaysia, dengan kuil Buddha dan kedai
menjual colok, ubat tradisi dan kedai makan Cina. Jalan Petaling juga terkenal dengan
barangan salinan. Selain itu, terdapat gerai-gerai makanan berbeza yang sibuk dengan
pelanggan. Pelajar-pelajar bersiar-siar di situ dan membeli cenderamata untuk diri sendiri dan
keluarga atau kawan-kawan mereka.

Pada pukul 6.00 petang, kami telah bertolak pulang ke sekolah. Kami berasa sangat
gembira mendapat pengalaman baru dan dapat menambah ilmu pengetahuan. Kami berharap
agar dapat melawat ke tempat-tempat lain pula.

Disediakan oleh, 20 OGOS 2023.


Ka Yan
(WONG KA YAN)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Malaysia,
Sekolah Menengah Han Chiang,
Penang.

Anda mungkin juga menyukai