Anda di halaman 1dari 1

PE

NGALAMAN HIDUP SAYA…

Pada setahun yang lepas, saya telah mengikuti satu lawatan sambil belajar ‘Menjejak cita-citaku’ yang
dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dan PERTENA. Kami melakukan lawatan ini ke Universiti
Malaysia Sabah. Kami menaiki dua buah bas express. Terdapat 5 orang guru pengiring yang mengiringi
rombongan kami ke universiti tersebut.

Selepas beberapa jam menaiki bas selama lebih kurang 8 jam, kami sampai ke destinasi kami dengan selamat.
Kami disambut mesra oleh beberapa orang mahasiswa dan mahasiswi yang ditugaskan untuk mengelola
program lawatan kami ke kampus mereka. Setelah itu, kami dibahagi-bahagikan bilik asrama untuk kami tidur
dan beristirehat. Saya sangat berasa bangga kerana dapat merasai bagaimana menetap di asrama universiti
tersebut.

Pada keesokan harinya, kami menjalankan pelbagai program motivasi bersama mahasiswa di universiti
tersebut. Kami berkongsi banyak tips-tips belajar dan pengurusan masa yang baik untuk pembelajaran kami
disekolah. Kami juga dapat mengeratkan silaturahim antara mahasiswa-mahasiswa di universiti tersebut. Kami
juga dibawah melawat ke sekitar universiti dengan menaiki bas utama UMS. Kami dibawah melawat galeri
UMS, perpustakaan , dan akuarium UMS.

Hari berikutnya, kami keluar ke Bandaraya Kota Kinabalu untuk melawat satu IPTS berdekatan iaitu kolej PTPL.
Kami diperhatikan oleh palajar kolej tersebut dengan perasaan ingin tahu. Kami dibawah melawat ke sekitar
kolej dan ditunjukkan ke bilik-bilik pembelajaran. Selepas itu, kami kembali ke asrama untuk tidur dan berehat
sebelum menjalani program motivasi yang lain pada malam harinya.

haiwan di zoo tersebut. Terdapat beberapa orang peserta lawatan ini yang sempat menimba pengalaman
menaiki gajah. Selepas kami dibawa ke zoo tersebut, kami berkumpulan di bawah ke Centre Point Shopping
Complex untuk membeli-belah. Kami diberi masa tiga jam untuk menbeli-belah untuk keperluan balik pada
keesokan harinya. Hari ini sungguh seronok kerana kami dapat membeli pelbagai barangan dan cenderahati
kenangan untuk keluarga-keluarga tersayang kami.

Hari terakhir apabila kami sudah bersiap sedia untuk kembali ke daerah Tawau. Kami bersalam-salaman dengan
semua fasililator program Menjejak Cita-Citaku. Terasa sebak di dada kerana terpaksa berpisah dengan mereka
yang banyak memberi kesedaran dan bimbingan untuk menjejak langkah ke menara gading. Tapi bukan disini
hari akhir kami, kami sempat singgah di Taman Air Panas untuk bermandi-manda dan mendaki kanopi yang
tinggi.Ianya sangat seronok dan menggembirakan.

Ia merupakan pengalaman yang tidak akan dapat dilupakn.Saya berharap agar pengalaman tahun ini lebih
menyeronokkan kerana Unit Bimbingan dan Kaunseling akan melangkah lebih jauh lagi iaitu melawat sebuah
Universiti di Semenanjung Malaysia iaitu Universiti Putra Malaya.

Anda mungkin juga menyukai