Anda di halaman 1dari 1

Pada cuti semester yang lalu, aku bersama keluargaku pergi bercuti di

Melaka. Kami bertolak pada pukul 3.00 petang. Selepas beberapa jam, kami
tiba di tempat yang dituju. Kami terus ke hotel yang telah ditempah oleh
ayah. Kami sekeluarga membawa barang masing-masing masuk ke dalam
hotel. Kami kemudiannya terus membersihkan diri dan berehat.

Pada pukul 8.00 pagi keesokan harinya, kami bersiap untuk melawat
tempat-tempat menarik di Melaka. Kami melawat Zoo Melaka yang terletak
di sekitar Ayer Keroh. Kami dapat melihat pelbagai jenis haiwan di sana.

Setelah itu, kami melawat Muzium Melaka iaitu muzium yang terkenal di
Malaysia. Aku dapat melihat bahan-bahan bersejarah yang di pamerkan.
Aku mendapat banyak ilmu pengetahuan yang boleh digunakan dalam
penulisan dan berkongsi dengan rakan-rakan di sekolah.

Selepas kami sekeluarga berehat dan makan tengah hari, kami


meneruskan perjalanan. Kami melawat Bandar Hilir. Di sana, terdapat Kota
A'Famosa, bangunan Stadhuys, River Cruise dan lain-lain lagi. Tempat-tempat
yang menarik ini telah membuatku lupa akan keletihan sepanjang hari. Kami
sekeluarga bergambar di tempat-tempat yang menarik sebagai kenangan.

Akhir sekali, kami membeli hasil kraftangan di kedai berhampiran sebagai


cenderamata. Aku membeli cenderamata untuk guru dan rakan-rakanku.
Hasil kraf tangan yang cantik dan unik pasti menggembirakan mereka setelah
menerima cenderamata tersebut.

Keesokan harinya, kami mengemas barang-barang untuk pulang ke


rumah. Walaupun kepenatan, kami tetap gembira dan mendapat banyak
ilmu pengetahuan serta pengalaman yang menarik.

Anda mungkin juga menyukai