Anda di halaman 1dari 2

Berkhemah Di Hutan Pada minggu lepas, saya telah menyertai perkhemahan selama dua hari di Hutan Lipur.

Kami membawa bekalan makanan, pelita, khemah, lampu suluh dan lain-lain lagi. Kami bertolak pada pukul 8.00 pagi. Kami ke sana dengan menaiki bas. Perkhemahan ini dianjurkan oleh Persatuan Pengakap sekolah saya. Pesertanya sebanyak 40 orang diiringi lima orang guru. Tujuannya adalah untuk membina ketahanan diri dan memupuk kerjasama antara ahli. Untuk sampai ke tapak perkhemahan, kami terpaksa melalui jalan yang semak. Setelah sampai ke destinasi, guru penasihat pun memberi taklimat tentang aktiviti yang dijalankan. Mereka juga memberi peringatan kepada semua ahli pengakap agar sentiasa berhati-hati dan berdisiplin.Selepas itu, mereka membahagikan kerja kepada kami semua. Ada yang mendirikan khemah, ada yang mencari kayu api, ada pula yang mendirikan pagar buluh di sekeliling khemah. Apabila kerja sudah siap, kami mula menyediakan makanan. Kami berasa kelam kabut semasa memasak. Setelah itu, kami pun menjamu selera. Masakan itu tidak sesedap masakan ibu di rumah. Namun kami juga makan dengan gelojoh kerana kelaparan. Petang itu, kami diuji dengan pelbagai aktiviti. Antaranya seperti kemahiran kawat kaki dan membuat ikatan simpul. Kami juga mengembara dengan meredah kawasan sekitar. Ketika itu, pelbagai perasaan seronok, takut dan cemas menyelubungi diri. Pada waktu malam, kami menyalakan unggun api. Setiap ahli tampil menunjukkan bakat masing-masing. Kami menyanyi dan bermain dengan seronoknya. Ada pula yang menari-nari dan berlawak-jenaka. Menjelang jam 11.00 malam, kami pun tidur bagi menghilangkan penat. Pada keesokan hari, kami mengemaskan khemah. Setelah bersarapan, kami pun pulang. Saya berasa gembira kerana mendapat pengalaman yang berharga berkhemah ini. Pengalaman ini membawa kenangan yang manis dalam kehidupan kami.

Berkhemah Di Hutan Pada minggu lepas, saya telah menyertai perkhemahan selama dua hari di Hutan Lipur. Kami membawa bekalan makanan, pelita, khemah, lampu suluh dan lain-lain lagi. Kami bertolak pada pukul 8.00 pagi. Kami ke sana dengan menaiki bas. Perkhemahan ini dianjurkan oleh Persatuan Pengakap sekolah saya. Pesertanya sebanyak 40 orang diiringi lima orang guru. Tujuannya adalah untuk membina ketahanan diri dan memupuk kerjasama antara ahli. Untuk sampai ke tapak perkhemahan, kami terpaksa melalui jalan yang semak. Setelah sampai ke destinasi, guru penasihat pun memberi taklimat tentang aktiviti yang dijalankan. Mereka juga memberi peringatan kepada semua ahli pengakap agar sentiasa berhati-hati dan berdisiplin.Selepas itu, mereka membahagikan kerja kepada kami semua. Ada yang mendirikan khemah, ada yang mencari kayu api, ada pula yang mendirikan pagar buluh di sekeliling khemah. Apabila kerja sudah siap, kami mula menyediakan makanan. Kami berasa kelam kabut semasa memasak. Setelah itu, kami pun menjamu selera. Masakan itu tidak sesedap masakan ibu di rumah. Namun kami juga makan dengan gelojoh kerana kelaparan. Petang itu, kami diuji dengan pelbagai aktiviti. Antaranya seperti kemahiran kawat kaki dan membuat ikatan simpul. Kami juga mengembara dengan meredah kawasan sekitar. Ketika itu, pelbagai perasaan seronok, takut dan cemas menyelubungi diri. Pada waktu malam, kami menyalakan unggun api. Setiap ahli tampil menunjukkan bakat masing-masing. Kami menyanyi dan bermain dengan seronoknya. Ada pula yang menari-nari dan berlawak-jenaka. Menjelang jam 11.00 malam, kami pun tidur bagi menghilangkan penat.

Pada keesokan hari, kami mengemaskan khemah. Setelah bersarapan, kami pun pulang. Saya berasa gembira kerana mendapat pengalaman yang berharga berkhemah ini. Pengalaman ini membawa kenangan yang manis dalam kehidupan kami.

Anda mungkin juga menyukai