Anda di halaman 1dari 2

Catatan Berkelah di tepi Pantai

Sabtu, 22 Mei 2019

7.00 pagi
Saya bangun awal pada hari ini kerana bapa hendak membawa kami sekeluarga pergi
berkelah di Pantai Port Dickson. Semua ahli keluarga bergotong-royong mengangkat
barang-barang dan bekalan ke dalam kereta.

8.00 pagi
Kami menaiki kereta Proton ayah yang baharu. Dalam perjalanan, kami sekeluarga
berbual-bual dengan mesra untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan sambil
menikmati pemandangan yang indah.

10.00 pagi
Kami tiba di destinasi dengan selamat. Kami melihat ramai orang di sana seperti ikan
dalam belat. Selepas itu, kami pun mencari tempat teduh untuk berkelah. Saya dan
adik membantu bapa membawa turun barang-barang yang dibawa. Kemudian, bapa
membentangkan tikar di bawah pokok yang rendang.

11.00 pagi
Kami menukar pakaian dengan pakaian mandi. Cuaca pada hari ini amat baik untuk kami
bermandi-manda di pantai itu. Walau bagaimanpun saya tidak lupa pesanan daripada
ayah dan ibu agar kami sentiasa berwaspada semasa mandi di pantai tersebut.

1.30petang
Apabila berasa lapar, kami sekeluarga pun menikmati makanan yang sedap dengan
berseleranya. Selepas makan, saya dan adik bermain bola tampar manakala kakak saya
pula membina istana pasir yang besar dan cantik di tepi pantai. Kami juga mengutip
kulit-kulit siput yang cantik dan mengambil gambar bersama sebagai kenangan manis.
Kami juga bersiar-siar di tepi pantai sambil menikmati pemandangan yang indah.

2.30 petang
Kami mengemas barang-barang dan menyimpannya di dalam kereta. Sebelum pulang,
kami membersihkan kawasan perkelahan untuk menjaga kebersihan pantai.

4.30 petang
Kami sekeluarga pun sampai ke rumah. Saya berasa sangat gembira kerana dapat
berkelah di Pantai Port Dickson. Saya berharap agar bapa membawa kami sekeluarga
berkelah di pantai lagi pada masa akan datang.
.

    

Anda mungkin juga menyukai