Anda di halaman 1dari 3

Berkelah di tepi pantai 野餐记

Pada hujung minggu yang lalu, keluarga saya telah


berkelah di tepi pantai Tanjung Batu. Pada awal-
awal pagi, saya bangun awal 早 起 untuk
membantu ibu menyediakan makanan. Ayah pula
memeriksa keadaan kereta untuk memastikan
perjalanan kami selamat.

Selepas membuat persediaan, kami pun


bertolak menuju ke Pantai Tanjung Batu. Bapa
saya memandu sebuah keretanya dengan berhati-
hati. Kami melihat pemandangan yang cantik di
luar. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.
30 minit kemudian, kami pun sampai di Pantai
Tanjung Batu. Pemandangan di sana sangat indah
seperti mahligai. Kami mencari sebuah tempat
yang berteduh 阴 凉 untuk meletakkan barang
dan makanan.

Selepas itu , saya dan adik terus


menukar pakaian renang lalu berenang dalam
laut. Ayah pula membaca senaskah surat khabar
di bawah sebatang pokok. Ibu menghidangkan
makanan yang sedap di atas sebidang tikar.
Apabila kami berasa lapar, kami
sekeluarga pun menikmati makanan yang sedap
dengan berselera. Selepas makan, saya dan ayah
bermain bola bersama-sama manakala adik saya
membina istana pasir yang cantik.

Pada pukul 1.30 petang, kami sekeluarga


pun pulang ke rumah. Kami berasa gembira
kerana dapat berkelah di Pantai Tanjung Batu.
Aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan
kekeluargaan. Saya berharap agar bapa membawa
kami berkelah di pantai lagi pada masa yang akan
datang.

Anda mungkin juga menyukai