Anda di halaman 1dari 3

Pada cuti semester yang lalu, kamu sekeluarga

telah pulang ke kampung. Tuliskan


pengalaman kamu.

Pada cuti sekolah yang lalu, kami


sekeluarga bercuti di kampung. Kami menaiki
(乘搭) kereta bapa pulang ke rumah datuk.
Dalam perjalanan, kami menikmati ( 享 受 )
pemandangan ( 风 景 ) yang indah. Jalan
menuju ke kampung bengkang-bengkok (弯
弯曲曲) seperti ular kena palu.

Selepas tiga jam, kami tiba di rumah datuk.


Datuk dan nenek menyambut kami dengan
tangan terbuka (欢迎). Di kampung, datuk
mengajar saya dan adik bermain wau dan
gasing. Saya dan adik berasa gembira.

Datuk juga membawa saya dan adik


memancing ikan di tepi sungai. Air sungai
sangat jernih seperti cermin(清澈如镜). Ada
banyak ikan di dalam sungai. Kami memancing
ikan sambil menikmati pemandangan yang
indah. Udara di sana sangat nyaman(清新).
Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.

Di kampung, kami sekeluarga mengikut


datuk ke dusun(果园) durian. Kami berasa
kagum seperti rusa masuk ke kampung kerana
tidak pernah melihat durian yang begitu
banyak. Kamui menolong datuk mengutip
durian yang gugur. Datuk mengopek durian
lalu kami makan bersama-sama. Kami makan
dengan gelojoh(狼吞虎咽).

Saya dan adik menolong datuk menjual


durian. Kami melaung-laung untuk menarik
perhatian ( 吸 引 ) pembeli. Kemudian,
banyak orang datang membeli durian dengan
kami. Mereka memuji (称赞) durian datuk
sangat sedap. Tidak lama kemudian, semua
durian sudah habis dijual.
Selepas lima hari, kami sekeluarga pulang
ke rumah dengan berat hati (不舍). Saya
berharap agar boleh bercuti di kampung lagi.

Anda mungkin juga menyukai