Anda di halaman 1dari 6

Karangan Jenis Syarahan

Karangan Jenis Syarahan


• Karangan jenis berformat
• 2 bentuk :
- Karangan jenis syarahan umum
- karangan jenis syarahan pertandingan
Bentuk Karangan jenis Syarahan Pertandingan

Perenggan Pengenalan

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi


Majlis, panel hakim yang arif lagi bijaksana, penjaga
masa yang tepat pada masanya, serta hadirin yang saya
hormati. Pada pagi yang ceria lagi indah ini, saya akan
menyampaikan syarahan yang bertajuk”Langkah-langkah
untuk mengatasi Kemalangan Jalan Raya.”
Perenggan Penutup

Oleh sebab masa tidak mengizinkan saya meneruskan


syarahan ini, saya ingin menyatakan bahawa pelbagai langkah yang
pragmatik perlu diambil untuk mengatasi masalah kemalangan jalan
raya. Dengan ini, pihak kerajaan dan masyarakat seharusnya
bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk merealisasikan misi
kudsi ini. Ingatlah, sayangi nyawa anda dan orang di sekeliling
anda.
sekian, terima kasih.
Bentuk Karangan Jenis Syarahan Umum

Perenggan Pengenalan

Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi


Majlis, Yang Berusaha Tuan Pengetua, Encik Tang Li Soon,
guru-guru yang disanjungi serta para pelajar yang disyangi.
Pada hari yang berbahagia ini, saya ingin menyampaikan
syarahan yang berbunyi, “Langkah-langkah untuk Mengatasi
Masalah Obesiti”
Perenggan Penutup

Sebelum saya mengundur diri, saya ingin menegaskan sekali lagi


bahawa nyawa kita milik kita sendiri. Oleh hal yang demikian, kitalah
yang bertanggungjawab untuk menjaga tubuh badan kita sendiri
daripada dicemari racun yang mampu memudaratkan dan mengancam
nyawa yang amat berharga ini . Dalam pada itu, pendidikan tentang
amalan pemakanan yang sihat seharusnya dijadikan agenda utama
dalam usaha untuk membudayakan amalan pemakanan yang sihat
dalam kalangan anak muda kini. Katakanlah tidak kepada obesiti.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai