1.Maksud lebih terkesima berdasarkan penggunaan dalam
cerpen Idola ialah bertambah kagum. 2.Impian Si penjaga panggung adalah untuk menjadi sehebat si hero yang begitu berjaya memegang watak utamanya di pentas sandiwara. 3.Alasan yang diberikan oleh si hero kepada si penjaga panggung agar tidak terus memujinya adalah dengan menerangkan bahawa kehebatan dia bersandiwara di pentas tidak semestinya menunjukkan dia juga hebat dalam kehidupan sebenarnya. 4. Bukti yang menunjukkan isteri si penjaga panggung ialah seorang isteri yang penyabar ialah dia hanya mendiamkan diri apabila suaminya tidak sependapat dengannya.
5. Pada pendapat saya, si penjaga panggung tidak dapat
menjadi seperti idolanya, si hero kerana pada akhir cerita, si penjaga panggung melemparkan kerusi ke dinding untuk melepaskan kemarahannya setelah mengetahui kehidupan sebenar heronya ialah berbeza dengan situasi yang dibayangkannya.