Anda di halaman 1dari 5

Amalan membaca

Amalan membaca amat penting kepada orang


ramai, terutama generasi muda. Oleh itu, generasi
muda, khususnya kanak-kanak perlu disemai
tabiat suka membaca.

Pada pandangan anda, apakah langkah-langkah


yang difikirkan wajar dilakukan untuk
meningkatkan minat membaca dalam kalangan
anak-anak di negara ini.
Rangka karangan

Pendahuluan
- Tabiat membaca – melahirkan masyarakat yang berilmu – dalam bahan bacaan
terdapat ilmu dalam pelbagai bidang – mengetahui perkara yang berlaku di
sekeliling mereka dan juga yang berlaku di luar lingkungan tempat tinggal mereka

Isi 1
- Meningkatkan minat membaca dalam kalangan anak-anak – pentingnya peranan
ibu-bapa – menyediakan bahan bacaan yang sesuai dengan minat anak-anak –
membiasakan diri dengan buku

Isi 2
- Membawa anak-anak ke pameran buku, ke kedai buku, atau ke perpustakaan –
terdapat pelbagai jenis bahan bacaan untuk pelbagai tahap – dapat memilih buku
yang diminati – melihat rakan sebaya memilih buku – timbul persaingan dalam diri –
menimbulkan kesedaran kepada manusia – kepentingan buku dalam kehidupan
mereka
Isi 3
- Berikan hadiah kepada anak-anak dalam bentuk bahan bacaan –
memperlihatkan kepentingan buku – memupuk minat membaca

Isi 4
- Ibu bapa menunjukkan tabiat membaca buku di hadapan anak-anak –
keinginan membaca akan timbul dengan sendiri

Isi 5
- Pihak sekolah juga harus memainkan peranan – melengkapkan
perpustakaan sekolah dengan pelbagai bahan bacaan dan dilengkapi
kemudahan asas yang lain – mengadakan program yang berkaitan
dengan pembacaan
Isi 6
- Pihak kerajaan hendaklah menyediakan lebih banyak perpustakaan
awam – di bandar atau luar bandar – perpustakaan bergerak perlu
diperluas – memudahkan anak-anak mengunjungi gedung ilmu

Penutup
Usaha untuk meningkatkan minat membaca – bukanlah perkara mudah
– semua pihak harus bekerjasama

Anda mungkin juga menyukai