Anda di halaman 1dari 9

TEMA: MEMBACA.

TAJUK KARANGAN: AMALAN MEMBACA

( PERANAN IBU BAPA)


BUKU SEBAGAI HADIAH
MENGUNJUNGI PAMERAN BUKU DAN KEDAI BUKU
BERKUNJUNG KE PERPUSTAKAAN
WUJUDKAN PERPUSTAKAAN MINI DI RUMAH
BERI GALAKAN
ROLE MODEL
PERANAN IBU BAPA DALAM MEMUPUK AMALAN MEMBACA DALAM KALANGAN ANAKANAK.
Amalan membaca merupakan satu amalan yang mulia. Membaca amat penting dalam
membentuk masyarakat berilmu. Setiap anggota masyarakat harus menjadikan membaca sebagai
satu amalan. Dalam hal ini, ibu bapa perlu berusaha untuk mewujudkan keluarga berilmu dengan
menyemai minat membaca dalam kalangan anak-anak. (38)
Salah satu usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa dalam memupuk minat membaca dalam
diri anak-anak adalah dengan membawa anak-anak ke perpustakaan. Amalan ke perpustakaan akan
menanam perasaan cinta dan sayang akan buku. Sebagai contoh, ibu bapa boleh membawa anakanak mereka ke perpustakaan awam pada setiap hujung minggu atau semasa cuti sekolah. Di sini,
anak-anak boleh memilih pelbagai buku yang digemari. Lantas, anak-anak akan gemar membaca
buku seumur hidup. (64)
Selain itu, ibu bapa boleh mewujudkan perpustakaan mini di rumah. Perpustakaan ini dapat
dijadikan tempat menyimpan buku dan majalah. Malahan, boleh menjadi tempat anak-anak membaca
dan belajar. Perpustakaan mini di rumah mestilah dilengkapi dengan buku-buku yang bersesuaian
dapat menarik minat anak-anak untuk membaca. Sebagai contoh, majalah, buku cerita
dan suratkhabar. Ruang perpustakaan ini juga mestilah dalam keadaan selesa. Lantaran itu, ibu
bapalah memainkan peranan yang sangat penting dalam mendidik anak-anak mereka agar gemar
membaca buku ketika berada di rumah.. (70)
Di samping itu juga, ibu bapa perlulah menunjukkan contoh teladan yang baik untuk dicontohi
oleh anak-anak mereka.Tidak dapat dinafikan, contoh teladan yang baik dari ibu bapa mempengaruhi
jiwa dan minda anak-anak. Sebagai contoh, sikap gemar membaca suratkhabar, majalah, buku dan
sebagainya patutlah diamalkan oleh ibu bapa dalam mengisi masa lapang. Lama-kelamaan, tabiat ini
akan menjadi ikutan anak-anak. Bak kata peribahasa Melayu bagaimana acuan, begitulah kuihnya.
Oleh itu, jelaslah bahawa ibu bapa perlu menunjukkan contoh terbaik untuk dicontohi anak-anak.(69)
Tambahan pula, ibu bapa boleh membawa anak-anak ke pameran buku. Sehubungan dengan
itu, ibu bapa juga boleh membawa anak-anak mengunjungi kedai buku ketika pergi ke pusat belibelah. Dengan mengunjungi tempat-tempat tersebut, minat mereka untuk membaca akan dapat
ditingkatkan, Di samping itu, mereka akan dapat mempelajari cara memilih bahan-bahan bacaan
yang sesuai. Bahan bacaan yang dijual adalah berkualiti. Harganya pula adalah berpatutan.
Natijahnya, ibu bapa yang membawa anak-anak ke pameran buku atau kedai bukusebenarnya
membawa kepada mewujudkan budaya suka membaca dalam kalangan ahli keluarganya. (73)
Seterusnya, ibu bapa juga boleh menghadiahkan buku kepada anak-anak. Ibu bapa perlu
memberikan hadiah atau ganjaran kepada anak-anak apabila anak-anak berjaya dalam peperiksaan
dan sempena hari kelahiran. Anak-anak akan berasa gembira kerana kejayaannya dihargai oleh

keluarga mereka. Hadiah berbentuk buku lebih sesuai untuk anak-anak. Ibu bapa boleh membelikan
buku berbentuk pelajaran, novel ataupun komik mengikut kesesuaian umur. Amalan ini sepatutnya
diterapkan sejak kecil lagi dalam kalangan anak-anak. Bersesuaian dengan peribahasa Melayu,
melentur buluh biarlah dari rebungnya. (73)
Kesimpulannya, terdapat beberapa peranan ibu bapa dalam usaha untuk memupuk minat
membaca dalam kalangan anak-anak kerana membaca jambatan ilmu. Oleh itu,anak-anak yang rajin
membaca akan menjadi pandai dan bakal pemimpin pada masa akan datang. (33 )

Jawapan
1.
Membaca
2.
mewujudkan
3.
perpustakaan
4.
ibu bapa
5.
mini
6.
menyimpan
7.
selesa
8.
contoh
9.
membaca
10.
masa
11.
bagaimana
12.
membawa
13.
pergi
14.
mempelajari
15.
budaya
16.
menghadiahkan
17.
seronok
18.
diterapkan
19.
jambatan

TEMA : MEMBACA
Peranan Ibu Bapa Dalam Memupuk Amalan Membaca Dalam Kalangan Anak-Anak.Lengkapkan
tempat kosong dalam karangan di bawah.

Amalan ____________(1) merupakan satu amalan yang mulia. Membaca amat


penting dalam membentuk masyarakat berilmu. Setiap anggota masyarakat harus
menjadikan membaca sebagai satu amalan. Dalam hal ini, ibu bapa perlu berusaha untuk
_______________(2) keluarga berilmu dengan menyemai minat membaca dalam kalangan
anak-anak.
Salah satu usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa dalam memupuk minat membaca
dalam diri anak-anak adalah dengan membawa anak-anak ke ________________(3).
Amalan ke perpustakaan akan menanam perasaan cinta dan sayang akan buku. Sebagai
contoh, _______________(4)boleh membawa anak-anak mereka ke perpustakaan awam
pada setiap hujung minggu atau semasa cuti sekolah. Di sini, anak-anak boleh memilih
pelbagai buku yang digemari. Lantas, anak-anak akan gemar membaca buku seumur hidup.
Selain itu, ibu bapa boleh mewujudkan perpustakaan _________(5) di rumah.
Perpustakaan ini dapat dijadikan tempat ____________(6)buku dan majalah. Malahan, boleh
dijadikan tempat anak-anak membaca dan belajar. Perpustakaan mini di rumah mestilah
dilengkapi dengan buku-buku yang bersesuaian dapat menarik minat anak-anak untuk
membaca. Sebagai contoh, majalah, buku cerita dansurat khabar. Ruang perpustakaan ini
juga mestilah dalam keadaan___________(7). Lantaran itu, ibu bapalah memainkan peranan
yang sangat penting dalam mendidik anak-anak mereka agar gemar membaca buku ketika
berada di rumah.
Di samping itu juga, ibu bapa perlulah menunjukkan__________(8) teladan yang baik
untuk dicontohi oleh anak-anak mereka.Tidak dapat dinafikan, contoh teladan yang baik dari
ibu bapa mempengaruhi jiwa dan minda anak-anak. Sebagai contoh, sikap
gemar____________(9) surat khabar, majalah, buku dan sebagainya patutlah diamalkan
oleh ibu bapa dalam mengisi ________(10) lapang. Lama-kelamaan, tabiat ini akan menjadi
ikutan anak-anak. Bak kata peribahasa Melayu ___________ (11)acuan, begitulah kuihnya.
Oleh itu, jelaslah bahawa ibu bapa perlu menunjukkan contoh terbaik untuk dicontohi anakanak.
Tambahan pula, ibu bapa boleh __________(12)anak-anak ke pameran buku.
Sehubungan dengan itu, ibu bapa juga boleh membawa anak-anak mengunjungi kedai buku
ketika _________(13) ke pusat beli-belah. Dengan mengunjungi tempat-tempat tersebut,
minat mereka untuk membaca akan dapat ditingkatkan, Di samping itu, mereka akan dapat
_____________(14)cara memilih bahan-bahan bacaan yang sesuai.Bahan bacaan yang
dijual adalah berkualiti. Harganya pula adalah berpatutan. Natijahnya, ibu bapa yang
membawa anak-anak ke pameran buku atau kedai buku sebenarnya membawa kepada
mewujudkan ________(15) suka membaca dalam kalangan ahli keluarganya.
Seterusnya, ibu bapa juga boleh_______________(16) buku kepada anak-anak. Ibu
bapa perlu memberikan hadiah atau ganjaran kepada anak-anak apabila anak-anak berjaya
dalam peperiksaan dan sempena hari kelahiran. Anak-anak akan berasa ____________(17)
kerana kejayaannya dihargai oleh keluarga mereka. Hadiah berbentuk buku lebih sesuai
untuk anak-anak. Ibu bapa boleh membelikan buku berbentuk pelajaran, novel ataupun
komik mengikut kesesuaian umur. Amalan ini sepatutnya _____________(18)sejak kecil lagi
dalam kalangan anak-anak. Bersesuaian dengan peribahasa Melayu, melentur buluh biarlah
dari rebungnya.
Kesimpulannya, terdapat beberapa peranan ibu bapa dalam usaha untuk memupuk
minat membaca dalam kalangan anak-anak kerana membaca ___________ (19) ilmu. Oleh
itu,anak-anak yang rajin membaca akan menjadi pandai dan bakal pemimpin pada masa
akan datang.

CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG


Kecemerlangan dalam bidang akademik merupakan idaman dan impian setiap pelajar.
Pelajar cemerlang merupakan aset negara. Golongan pelajar seperti inilah yang akan
mencorakkan masa depan negara.
Antara ciri utama pelajar cemerlang ialah pencapaian yang memberangsangkan
dalam bidang akademik. Pelajar cemerlang sentiasa memberikan tumpuan terhadap
pelajaran dan proses pembelajaran di sekolah. Pelajar seperti ini akan membuat persediaan
awal bagi menghadapi peperiksaan. Justeru, pelajar cemerlang akan belajar bersungguhsungguh untuk memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan seperti kata
peribahasa kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
Selain itu, pelajar cemerlang ialah pelajar yang mengutamakan disiplin diri. Disiplin
merupakan penentu kejayaan seseorang dalam kehidupan. Pelajar cemerlang sentiasa
mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh pihak sekolah
mahupun ibu bapa. Oleh hal yang demikian, pelajar yang berdisiplin tidak akan mendekati
gejala sosial yang merugikan agama, bangsa dan negara.
Pelajar yang cemerlang juga merupakan pelajar yang cergas dalam kegiatan kokurikulum.
Pelajar cemerlang akan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti luar bilik darjah secara
aktif seperti kegiatan-kegiatan persatuan, badan beruniform, permainan dan sukan. Pelajar
cemerlang sedar bahawa penyertaan mereka dalam aktiviti tersebut akan dapat menyihatkan
tubuh badan mereka. Badan yang cergas akan membina otak yang cerdas.
Seterusnya pelajar cemerlang ialah pelajar yang bijak menguruskan masa kerana masa
ituemas. Pengurusan masa yang terancang membolehkan segala kerja dan program
berjalan dengan lancar. Pelajar seperti ini akan menyediakan waktu belajar peribadi di
rumah. Pelajar yang merancang jadual waktu sudah pasti dapat menyiapkan kerja rumah,
kerja kursus dan membuat ulang kaji secara sistematik.
Ijmalnya, mentimun dan pisau di tangan kita. Justeru, kitalah yang wajar mencorakkan
nasib dan masa depan kita, bukannya orang lain. Oleh itu, berusahalah membalas jasa
kedua-dua orang tua kita yang tersayang dengan menjadi pelajar cemerlang.

ULANG KAJI PT3 2015 - NOVEL 6:20


LATIHAN PENGUKUHAN:
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, jelaskan peristiwa-peristiwa menarik dalam
novel tersebut.
Huraikan pengajaran yang terkandung dalam sebuah novel yang telah anda Pelajari
[10 Markah]
Pengajaran
(Novel 6:20)

Peristiwa
Contoh: Sukma menghormati ibunya dengan tidak pergi menemui tetamutetamu misteri yang berkunjung ke rumahnya apabila dia ditegah oleh ibunya
kerana bimbang akan keselamatannya.
Sukma dan Rafiq mampu menangkis pengaruh pemikiran barat meskipun
rakan-rakannya sendiri telah terlibat dengan kumpulan WX2.
Rafiq masih kekal dengan budaya dan cara hidup Melayu meskipun dia
dibesarkan di luar negara.
Co Tuan Haji Syaqir bertanggungjawab melaksanakan tugasnya sebagai
pengerusi jawatankuasa di kampungnya
Nenek dan Aim tabah dengan menjual buah manggis untuk menyara
kehidupan mereka berdua selepas anaknya (ayah Aim) meninggal dunia,
tambahan lagi ibu Aim lari meninggalkannya dan Aim.
Ibu Sukma sanggup berkorban nyawa untuk menyelamatkan golongan muda
daripada terus terjerumus dalam pemikiran barat yang menggugat keamanan
negara.

Jelaskan nilai yang terkandung dalam sebuah novel yang telah anda kaji.
Nilai
Peristiwa
(Novel 6:20)

[10 Markah]

Ibu Sukma menghadiahi Sukma sebuah buku kerana risau tentang diri
Sukma yang dikatakan mengalami tekanan perasaan.
Tuan Haji Syaqir berjaya mengumpulkan dana bagi membiayai pembedahan
jantung dan rawatan penyakit kulit Ehsan.
Sukma dan Rafiq sanggup menghadapi bahaya untuk menyelamatkan rakan
baik mereka iaitu Jerry dan Iskandar daripada terus dipengaruhi dengan
pemikiran barat.
Sukma masih lagi sempat mengikuti kuliah dan mengadakan perbincangan
kumpulan walaupun dia dibelenggui dengan pelbagai persoalan tetamu
misteri.
Reny berterus-terang kepada Sukma bahawa dia mengenali Sukma daripada
Iskandar dan mempunyai hubungan yang lebih daripada seorang kawan
dengan Iskandar
Sukma dan Kak Ros saling membantu untuk membanteras ahli kumpulan
WX2 yang akan menggugat keamanan negara.

Jelaskan latar masyarakat berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji.

[10 Markah]

Latar masyarakat merujuk keadaan sesuatu masyarakat yang terlibat dalam perjalanan plot
cerita meliputi aspek budaya, tingkah laku, pekerjaan, pemikiran, kepercayaan dan jantina.
Latar Masyarakat
(Novel 6:20)

Peristiwa
Puan Delia ibu kepada Sukma menyamar sebagai salah seorang ahli
kumpulan WX2 dengan menjadi pemerhati dalam kumpulan tersebut untuk
mengetahui pergerakan kumpulan tersebut.
Tuan Haji Syaqir menunaikan solat Asar selepas pulang dari kerja.
Iskandar, Jerry dan Reny terpengaruh dengan konsep kebebasan mutlak
yang diperjuangkan oleh Kelab WX2. Mereka aktif menggerakkan agenda
kumpulan tanpa berfikir secara rasional.
Sukma, Jerry, Alvin, Rafiq, Iskandar dan Haji Syaqir saling bekerjasama
membanteras kegiatan Kelab WX2
Sukma sering menjadi tempat rujukan Teja dan rakan-rakan apabila
mereka kurang jelas tentang sesuatu konsep. Rafiq yang menjadi pelajar
cemerlang ketika menuntut di luar negara memberikan ceramah di dalam
bilik kuliah.

CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG

Berderap seiring berjalan pulang,


Mawar disisip hiasan si dara,
Remaja kini berperibadi cemerlang,
Menjadi tunjang aspirasi negara.
Pantun di atas menerangkan bagaimana seorang pelajar yang cemerlang dapat memberikan
kebaikan kepada negara. Hal ini demikian kerana pelajar cemerlang mampu merealisasikan aspirasi
negara dan seterusnya bakal menerajui tampuk pemerintahan negara. Sehubungan dengan itu,
setiap pelajar perlu mengambil inisiatif untuk menjadi pelajar yang cemerlang, bak kata
peribahasa,kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Bagi menjadi pelajar yang
cemerlang, pelbagai kriteria yang positif perlu dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka.
Ciri utama yang perlu ada dalam diri seorang pelajar cemerlang ialah mempunyai sahsiah
dan peribadi yang unggul. Seorang pelajar yang mempunyai peribadi yang unggul akan sentiasa
menjaga hubungan baik sesama manusia tidak kiralah ketika bersama keluarga, guru mahupun
rakan-rakan.Sebagai contoh, pelajar yang cemerlang sentiasa menghormati dan menyayangi guru
mereka. Mereka juga sentiasa berlapang dada untuk membantu rakan-rakan dalam pelajaran. Sifat
sombong dan angkuh tidak pernah wujud dalam kamus hidup seorang pelajar yang cemerlang.
Mereka sentiasa mengamalkan sikap bermurah hati dan tidak pilih kasih dalam pergaulan dengan
membeza-bezakan bangsa, agama dan prestasi akademik kerana menyedari bahawa setiap manusia
adalah sama di sisi Allah. Sahsiah dan peribadi pelajar yang cemerlang yang unggul disenangi oleh
orang di sekelilingnya kerana mereka tetap bergaul mesra kerana tidak bersikap seperti kera
sumbang. Oleh itu, jelaslah bahawa pelajar cemerlang mempunyai sahsiah dan peribadi yang
unggul.
Seterusnya, pelajar yang cemerlang sentiasa mengikut ajaran agama. Setiap agama di
dunia ini menganjurkan manusia melakukan kebaikan tidak kiralah agama Islam, Kristian, Hindu
mahupun Buddha. Pelajar yang cemerlang sentiasa menjadikan agama sebagai panduan hidup.
Agama menjadi landasan yang paling ampuh dalam membentuk diri pelajar yang cemerlang seperti
kata seorang cendekiawan, permulaan hidup seseorang manusia adalah mengenal Tuhan dan
agamanya. Pelajar yang cemerlang akan sentiasa mempunyai nawaitu yang suci dalam setiap
tindakan yang dilakukan oleh mereka. Sebagai contoh, seorang pelajar Islam yang cemerlang
sentiasa menunaikan tanggungjawabnya terhadap Allah iaitu dengan menunaikan solat serta
sentiasa berdoa untuk mencapai kejayaan. Oleh itu, jelaslah bahawa agama menjadi pegangan
pelajar yang cemerlang agar mereka tidak terpesong daripada matlamat sebenar hidup di dunia ini
serta seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).
Selain itu, pelajar yang cemerlang sentiasa menyedari hakikat bahawa masa itu emas
dan tidak mensia-siakan setiap saat yang dimilikinya. Mereka sentiasa mengisi masa terluang
dengan melakukan pelbagai aktiviti yang berfaedah seperti membaca buku, mengulang kaji
pelajaran, dan beriadah. Mereka juga menyediakan jadual aktiviti harian yang fleksibel agar aktiviti
yang mereka lakukan seimbang daripada aspek jasmani dan rohani. Penyediaan jadual aktiviti harian
amat penting bagi memastikan pelajar tidak hanya menghabiskan masa selama 24 jam di meja
belajar sahaja. Pelajar yang cemerlang juga sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan mereka
dengan membaca buku sekiranya mempunyai masa yang terluang. Hal ini demikian kerana, mereka
menyedari melalui pembacaan, mereka akan dapat meluaskan horizon pemikiran mereka dan

seterusnya menjadikan diri mereka seorang pelajar yang cemerlang. Mereka juga sentiasa
menyiapkan setiap tugasan yang diberi dan tidak menangguhkannya. Mereka juga tidak
mengamalkan sikap seperti pahat dengan penukul dalam proses menuntut ilmu. Oleh hal yang
demikian, jelaslah kepada kita semua bahawa pelajar yang cemerlang sentiasa bijak dalam mengisi
setiap saat dan minit dalam kehidupan mereka agar tidak berakhir dengan penyesalan.
Di samping itu, ciri pelajar yang cemerlang termasuklah sentiasa memberikan tumpuan
ketika guru sedang mengajar. Hal ini demikian kerana, perhatian dan tumpuan yang diberikan
menjadi salah satu medium pembentukan pelajar yang cemerlang di samping meningkatkan
pemahaman mengenai subjek yang dipelajari. Sebagai contoh, seseorang pelajar haruslah memberi
sepenuh perhatian dan fokus ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Mereka
harus menghargai setiap detik waktu dalam proses tersebut kerana masa itu ibarat pedang, jika
kita tidak memotongnya,maka ia akan memotong kita. Tumpuan dan perhatian pelajar di dalam
kelas sahaja menjadi salah satu ciri pelajar cemerlang malahan dapat meningkatkan ilmu
pengetahuan mereka dalam sesuatu subjek yang dipelajari. Tambahan lagi, sekiranya mereka
menerapkan ciri yang berikut dalam diri mereka, mereka akan disenangi oleh para guru. Para guru
akan berasa senang hati ketika mengajar seterusnya memberi keberkatan kepada pelajar tersebut
untuk memperoleh kejayaan dalam pelajaran, peperiksaan bahkan dalam kerjaya mereka pada masa
akan datang. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa pelajar yang cemerlang sentiasa memberikan
tumpuan semasa guru sedang megajar di dalam kelas.
Bukan itu sahaja, pelajar yang cemerlang juga mempunyai wawasan hidup. Hal ini
demikian kerana wawasan hidup diperlukan supaya mereka sentiasa dapat mencapai segala cita-cita
dalam hidup mereka. Sebagai contoh, mereka yang cemerlang sentiasa mempunyai sasaran dalam
peperiksaan dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Selain itu, wawasan hidup
mampu mengajar mereka erti berdisiplin dan bertanggungjawab dalam hidup berikutan mereka akan
lebih teliti dan kreatif dalam menyusun masa belajar dan melakukan aktiviti seharian. Wawasan hidup
merupakan ciri dominan pada diri pelajar cemerlang kerana apabila mereka berwawasan, mereka
sentiasa berusaha gigih kerana yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang
melayang. Pelajar yang mempunyai wawasan juga lebih mengetahui hala tuju kehidupan serta tidak
mudah berputus asa dalam kehidupan mereka. Walaupun mereka mungkin menemui kegagalan
dalam sesuatu perkara, mereka tidak akan mudah bersedih malahan menjadikan kegagalan tersebut
sebagai batu loncatan untuk berusaha dengan lebih gigih pada masa hadapan. Wawasan hidup juga
mampu menjauhkan diri daripada sifat menangguhkan kerja dalam kalangan pelajar cemerlang.
Setiap pekerjaan haruslah dilakukan hingga selesai, bak kata peribahasa, alang-alang menyeluk
perkasam, biar sampai ke pangkal lengan. Sifat negatif tersebut tidak akan lagi menjadi
penghalang kepada diri mereka dalam menempa kejayaan hidup. Oleh hal yang demikian, jelaslah
bahawa pelajar yang berwawasan merupakan pelajar yang cemerlang.
Sementara itu, untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang, setiap pelajar hendaklah
sentiasa aktif melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. Hal ini demikian kerana, melalui aktiviti
kokurikulum di sekolah, bakat dan kebolehan para pelajar akan terserlah dan dapat terus digilap
untuk mencapai kejayaan. Tamsilannya, para pelajar akan sentiasa melibatkan diri dalam sebarang
aktiviti yang diadakan oleh unit beruniform, serta kelab dan persatuan seperti berkawad dan
berkhemah. Dalam konteks ini, para pelajar bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh badan mereka
malah turut dapat mencerdaskan otak mereka kerana otak yang cerdas lahir daripada badan yang
cergas. Para pelajar juga haruslah menyertai sebarang pertandingan bagi mengenal pasti potensi diri
sama ada melalui unit beruniform mahupun akademik. Contohnya, pelajar yang cemerlang akan
menyertai pertandingan yang dapat menguji minda serta pemikiran mereka seperti pertandingan

perbahasan, forum dan catur. Oleh hal yang demikian, setiap pelajar perlu bergiat aktif dalam aktiviti
kokurikulum untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang dan seimbang.
Intihnya, kriteria-kriteria yang positif perlu ada dalam diri setiap pelajar bagi melahirkan pelajar
yang cemerlang dalam semua skop kehidupan. Pelajar yang cemerlang mampu berfikir luar
daripada kotak pemikiran dan seterusnya mampu merealisasikan aspirasi negara. Hal ini demikan
kerana, pelajar yang cemerlang merupakan pemacu jentera negara dan akan menerajui tampuk
pemerintahan negara pada masa hadapan. Oleh itu, generasi pelajar yang cemerlang perlu dipupuk
sejak kecil lagi bak kata peribahasa Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Anda mungkin juga menyukai