Anda di halaman 1dari 4

TEKNIK MENGAJAR PENULISAN BAGI PELAJAR LEMAH/GALUS

Hasil dari perbincangan dengan rakan guru dalam mengajar Bahasa Melayu, beliau mencadangkan beberapa teknik P&P
Bahasa Melayu (Penulisan) yang berkesan berdasarkan pengalaman dan aplikasi oleh guru-guru. Berikut adalah beberapa
strategi atau cara mengajar karangan Bahasa Melayu bagi pelajar lemah dan GaLus.

Teknik 1
Edar contoh karangan lengkap kepada murid
Guru baca bersama murid
Menyalin perenggan demi perenggan
Semak ejaan/tanda bacaan
Edar karangan yang sama - dalam bentuk isi tempat kosong sebagai latihan

Teknik 2
Beri gambar tunggal/bersiri
Bina ayat berdasarkan gambar
Berikan kosa kata yang dominan dengan gambar
Mula mengarang
Semak karangan/kesan tanda baca dan ejaan

Teknik 3
Edar karangan lengkap
Cari perkataan sukar, catat di papan kapur
Guru/murid - sebut/baca/ulang/terangkan makna perkataan tersebut
Guru menyebut - murid mengeja
Perbetulkan ejaan
Ambil isi karangan dalam perenggan 1 sahaja
Tuliskan di papan kapur
Bina ayat daripada isi karangan
Beri penekanan kepada pemerengganan dan tanda baca

Teknik 4
Salin contoh karangan
Mengambil imlak
Latihan mengarang/banyak salah buat semula
Baca contoh-contoh karangan
Tampal contoh karangan dalam bilik darjah
A
T KARANGAN GALUS SPM
PERANAN IBU BAPA
BUKU SEBAGAI HADIAH/ MENGUNJUNGI PAMERAN BUKU DAN KEDAI BUKU/ROLE MODEL
BERKUNJUNG KE PERPUSTAKAAN
WUJUDKAN PERPUSTAKAAN MINI DI RUMAH

PERANAN IBU BAPA DALAM MEMUPUK AMALAN MEMBACA DALAM KALANGAN ANAK-ANAK.

Amalan membaca merupakan satu amalan yang mulia. Membaca amat penting dalam membentuk masyarakat berilmu.

Setiap anggota masyarakat harus menjadikan membaca sebagai satu amalan. Dalam hal ini, ibu bapa perlu berusaha untuk

mewujudkan keluarga berilmu dengan menyemai minat membaca dalam kalangan anak-anak. (38)

Salah satu usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa dalam memupuk minat membaca dalam diri anak-anak adalah dengan

membawa anak-anak ke perpustakaan. Amalan ke perpustakaan akan menanam perasaan cinta dan sayang akan buku. Sebagai

contoh, ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka ke perpustakaan awam pada setiap hujung minggu atau semasa cuti sekolah. Di
sini, anak-anak boleh memilih pelbagai buku yang digemari. Lantas, anak-anak akan gemar membaca buku seumur hidup. (64)

Selain itu, ibu bapa boleh mewujudkan perpustakaan mini di rumah. Perpustakaan ini dapat dijadikan tempat menyimpan

buku dan majalah. Malahan, boleh menjadi tempat anak-anak membaca dan belajar. Perpustakaan mini di rumah mestilah dilengkapi

dengan buku-buku yang bersesuaian dapat menarik minat anak-anak untuk membaca. Sebagai contoh, majalah, buku cerita

dan suratkhabar. Ruang perpustakaan ini juga mestilah dalam keadaan selesa. Lantaran itu, ibu bapalah memainkan peranan yang

sangat penting dalam mendidik anak-anak mereka agar gemar membaca buku ketika berada di rumah.. (70)

Di samping itu juga, ibu bapa perlulah menunjukkan contoh teladan yang baik untuk dicontohi oleh anak-anak mereka.Tidak

dapat dinafikan, contoh teladan yang baik dari ibu bapa mempengaruhi jiwa dan minda anak-anak. Sebagai contoh, sikap gemar

membaca surat khabar, majalah, buku dan sebagainya patutlah diamalkan oleh ibu bapa dalam mengisi masa lapang. Lama-

kelamaan, tabiat ini akan menjadi ikutan anak-anak. Bak kata peribahasa Melayu bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Oleh itu,

jelaslah bahawa ibu bapa perlu menunjukkan contoh terbaik untuk dicontohi anak-anak.(69)

Tambahan pula, ibu bapa boleh membawa anak-anak ke pameran buku. Sehubungan dengan itu, ibu bapa juga boleh

membawa anak-anak mengunjungi kedai buku ketika pergi ke pusat beli-belah. Dengan mengunjungi tempat-tempat tersebut, minat

mereka untuk membaca akan dapat ditingkatkan, Di samping itu, mereka akan dapat mempelajari cara memilih bahan-bahan bacaan

yang sesuai. Bahan bacaan yang dijual adalah berkualiti. Harganya pula adalah berpatutan. Natijahnya, ibu bapa yang membawa

anak-anak ke pameran buku atau kedai buku sebenarnya membawa kepada mewujudkan budaya suka membaca dalam kalangan ahli

keluarganya. (73)

Seterusnya, ibu bapa juga boleh menghadiahkan buku kepada anak-anak. Ibu bapa perlu memberikan hadiah atau ganjaran

kepada anak-anak apabila anak-anak berjaya dalam peperiksaan dan sempena hari kelahiran. Anak-anak akan berasa gembira kerana

kejayaannya dihargai oleh keluarga mereka. Hadiah berbentuk buku lebih sesuai untuk anak-anak. Ibu bapa boleh membelikan buku

berbentuk pelajaran, novel ataupun komik mengikut kesesuaian umur. Amalan ini sepatutnya diterapkan sejak kecil lagi dalam

kalangan anak-anak. Bersesuaian dengan peribahasa Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. (73)

Kesimpulannya, terdapat beberapa peranan ibu bapa dalam usaha untuk memupuk minat membaca dalam kalangan anak-

anak kerana membaca jambatan ilmu. Oleh itu,anak-anak yang rajin membaca akan menjadi pandai dan bakal pemimpin pada masa

akan datang. (33 )


Latihan : Peranan Ibu Bapa Dalam Memupuk Amalan Membaca Dalam Kalangan Anak-Anak.
Lengkapkan tempat kosong dalam karangan di bawah.

Amalan ____________(1) merupakan satu amalan yang mulia. Membaca amat penting dalam membentuk
masyarakat berilmu. Setiap anggota masyarakat harus menjadikan membaca sebagai satu amalan. Dalam hal ini, ibu
bapa perlu berusaha untuk _______________(2) keluarga berilmu dengan menyemai minat membaca dalam kalangan
anak-anak.
Salah satu usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa dalam memupuk minat membaca dalam diri anak-anak
adalah dengan membawa anak-anak ke ________________(3). Amalan ke perpustakaan akan menanam perasaan cinta
dan sayang akan buku. Sebagai contoh, _______________(4)boleh membawa anak-anak mereka ke perpustakaan
awam pada setiap hujung minggu atau semasa cuti sekolah. Di sini, anak-anak boleh memilih pelbagai buku yang
digemari. Lantas, anak-anak akan gemar membaca buku seumur hidup.
Selain itu, ibu bapa boleh mewujudkan perpustakaan _________(5) di rumah. Perpustakaan ini dapat dijadikan
tempat ____________(6)buku dan majalah. Malahan, boleh dijadikan tempat anak-anak membaca dan belajar.
Perpustakaan mini di rumah mestilah dilengkapi dengan buku-buku yang bersesuaian dapat menarik minat anak-anak
untuk membaca. Sebagai contoh, majalah, buku cerita dan surat khabar. Ruang perpustakaan ini juga mestilah dalam
keadaan___________(7). Lantaran itu, ibu bapalah memainkan peranan yang sangat penting dalam mendidik anak-anak
mereka agar gemar membaca buku ketika berada di rumah..
Di samping itu juga, ibu bapa perlulah menunjukkan__________(8) teladan yang baik untuk dicontohi oleh anak-
anak mereka.Tidak dapat dinafikan, contoh teladan yang baik dari ibu bapa mempengaruhi jiwa dan minda anak-anak.
Sebagai contoh, sikap gemar____________(9) suratkhabar, majalah, buku dan sebagainya patutlah diamalkan oleh ibu
bapa dalam mengisi ________(10) lapang. Lama-kelamaan, tabiat ini akan menjadi ikutan anak-anak. Bak kata
peribahasa Melayu ___________ (11)acuan, begitulah kuihnya. Oleh itu, jelaslah bahawa ibu bapa perlu menunjukkan
contoh terbaik untuk dicontohi anak-anak.
Tambahan pula, ibu bapa boleh __________(12)anak-anak ke pameran buku. Sehubungan dengan itu, ibu bapa
juga boleh membawa anak-anak mengunjungi kedai buku ketika _________(13) ke pusat beli-belah. Dengan
mengunjungi tempat-tempat tersebut, minat mereka untuk membaca akan dapat ditingkatkan, Di samping itu, mereka
akan dapat _____________(14)cara memilih bahan-bahan bacaan yang sesuai. Bahan bacaan yang dijual adalah
berkualiti. Harganya pula adalah berpatutan. Natijahnya, ibu bapa yang membawa anak-anak ke pameran buku atau
kedai bukusebenarnya membawa kepada mewujudkan ________(15) suka membaca dalam kalangan ahli keluarganya.
Seterusnya, ibu bapa juga boleh_______________(16) buku kepada anak-anak. Ibu bapa perlu memberikan
hadiah atau ganjaran kepada anak-anak apabila anak-anak berjaya dalam peperiksaan dan sempena hari kelahiran.
Anak-anak akan berasa ____________(17) kerana kejayaannya dihargai oleh keluarga mereka. Hadiah berbentuk buku
lebih sesuai untuk anak-anak. Ibu bapa boleh membelikan buku berbentuk pelajaran, novel ataupun komik mengikut
kesesuaian umur. Amalan ini sepatutnya _____________(18)sejak kecil lagi dalam kalangan anak-anak. Bersesuaian
dengan peribahasa Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Kesimpulannya, terdapat beberapa peranan ibu bapa dalam usaha untuk memupuk minat membaca dalam
kalangan anak-anak kerana membaca ___________ (19) ilmu. Oleh itu,anak-anak yang rajin membaca akan menjadi
pandai dan bakal pemimpin pada masa akan datang.
Jawapan
1. Membaca
2. mewujudkan
3. perpustakaan
4. ibu bapa
5. mini
6. menyimpan
7. selesa
8. contoh
9. membaca
10. masa
11. bagaimana
12. membawa
13. pergi
14. mempelajari
15. budaya
16. menghadiahkan
17. seronok
18. diterapkan
19. jambatan

Anda mungkin juga menyukai