Anda di halaman 1dari 1

Jumpa Anai-Anai?

Jangan Panik

Jumpa Anai-Anai? Jangan


Panik
Kami Menawarkan Kawalan Anai-
Anai Mengikut Keperluan Anda
Bagi Melindungi Premis Anda

AKU ISLAM

Home » Blog » Ibadah » Doa Akhir & Awal Tahun

Doa Akhir Tahun &


Doa Awal Tahun
Islam (Transliterasi
Rumi)
Oleh Muhamad Naim

Ini adalah panduan Doa Akhir Tahun dan


Doa Awal Tahun Islam.

Panduan ini ditulis secara lengkap dan


tersusun.

Apa yang menarik:

Transliterasi dalam ejaan RUMI juga turut


disertakan bagi membantu mereka yang
sukar membaca tulisan arab.

Jika anda memerlukan panduan ini, mari


kita mulakan..

Isi Kandungan

1. Doa Akhir Tahun Hijrah

2. Doa Awal Tahun Hijrah

Pengenalan

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan


suatu hari yang penting bagi umat Islam
kerana menandakan peristiwa penting yang
berlaku dalam sejarah Islam iaitu
memperingati penghijrahan Nabi
Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke
Madinah pada tahun 622 Masihi.

Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1


Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah.

Wakaf Perumahan Online

Syria Care Buka


Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari
Mekah ke Madinah itu diambil sebagai
permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.

15% Off 1st Purchase


sephora.my

Walaupun doa ini tidak wajib, ia adalah


sesuatu yang baik untuk diamalkan.

Barang siapa yang membaca doa awal


tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara
daripada gangguan dan godaan syaitan di
sepanjang tahun tersebut.

Sebelum membaca doa awal tahun bila


masuknya Bulan Muharram, kita terlebih
dahulu digalakkan membaca doa akhir
tahun pada akhir Dzulhijjah.

Antara tarikh istimewa & amalan


yang disunatkan dalam bulan
Zulhijjah adalah:

1. 1–8hb disunatkan untuk


berpuasa.

2. 8hb dihidupkan malamnya


dengan banyak beribadat.

3. 9hb hari wuquf

Dihidupkan malamnya dengan


banyak beribadah di Arafah

Disunatkan berpuasa bagi


orang yang tidak mengerjakan
haji

Membaca surah al-Ikhlas


sebanyak 1000 kali.

4. Hari Raya Haji pada 10hb

Solat sunat Aidiladha,


membaca takbir, dan
melakukan ibadah korban atau
sedekah

5. Hari Tasyrik pada 11–13hb

Dihidupkan malam dengan


banyak beribadah.

Takbir selepas setiap waktu


solat fardhu.

6. 30hb (akhir Zulhijjah)

Membaca doa akhir tahun


hijrah selepas waktu asar
(yang akan diajarkan dalam
panduan ini)

Doa Akhir Tahun

Bilakah waktu untuk membaca doa ini?

Bacaan doa akhir tahun ini digalakkan untuk


dibaca pada petang selepas waktu Asar
pada 29 atau 30 Zulhijjah.

Bacaan doa tersebut adalah:

Bacaan dalam Rumi

Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin, Wassolatu


Wassalamu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa
‘Ala Aalihi Wasohbihi Ajmain

Allahumma Maa ‘Amilna Fii Hazihis-sanati


Mimma Nahaitana ‘Anhu, Falam Natub
Minhu Walam Tardohu Walam Nashasu

Wahalumta ‘Alaina Ba’da Qudrotika, ‘Ala


‘Uquubatinaa, Wada’utana Ilat-taubati
Minhu Ba’da JurAtina ‘Ala Maghsiyatika

Fainnana Nastaghfiruka Faghfirlana, Wamaa


‘Amilna Fiihaa Mimma Tardohu Wawa
‘Adtana ‘Alaihit-tawwab, FanasAluka
Allahumma Ya Karimu Ya Dzal Jalaali Wal
Ikramm

An Tataqobbalahu Minna Walaa Taqtogh


RajaaAna Minka Ya Karim, Rabbanaa Aatina
Fiddunya Hasanatan Wa Fil Aakhirati
Hasanatan Waqina ‘Aazabannar

Was Sollallahu ‘Ala Sayyidinaa Muhammadin


Wa ‘Ala Aalihi Wasohbihi Ajmain,
Walhamdulillahi Rabbil ‘Alamin

Maksudnya:

Segala pujian bagi Allah, Tuhan


semesta alam. Semoga Allah
melimpahkan rahmat dan
keselamatan kepada junjungan kami
Nabi Muhammad SAW, beserta para
keluarga dan sahabatnya.

Ya Allah, segala yang telah kami


kerjakan selama ini dari apa yang
menjadi laranganMu, sedang kami
belum bertaubat, padahal Engkau
tidak melupakan dan Engkau bersabar
(dengan kasih SayangMu), yang
sesungguhnya Engkau berkuasa
memberikan siksa untuk kami, dan
Engkau telah mengajak kami untuk
bertaubat sesudah melakukan
maksiat.

Kerana itu ya Allah, kami mohon


ampunanMu dan berilah ampun
kepada kami dengan kemurahanMu.

Segala apa yang telah kami kerjakan,


selama tahun ini, berupa amal
perbuatan yang Engkau redhai dan
Engkau janjikan akan membalasnya
dengan pahala, kami memohon
kepadaMu, wahai Zat Yang Maha
Pemurah, Wahai Zat Yang Mempunyai
Kebesaran dan Kemuliaan, semoga
berkenan menerima amal kami dan
semoga Engkau tidak memutuskan
harapan kami kepadaMu, wahai Zat
Yang Maha Pemurah.

Ya Allah, berikan kebaikan hidup di


dunia dan kebaikan hidup di Akhirat,
serta jauhkan kami dari azab api
neraka.

Dan semoga Allah memberikan


rahmat dan kesejahteraan atas
penghulu kami Muhammad, Keluarga
dan sahabatnya.

Segala pujian bagi Allah, Tuhan


semesta alam.

Doa Awal Tahun

Doa awal tahun dibaca pada selepas waktu


Maghrib sebanyak 3 kali pada malam 1
Muharram.

Doa tersebut adalah:

Doa dalam Rumi

Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin, Wassolatu


Wassalamu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa
‘Ala Aalihi Wasohbihi Ajmain

Allahumma Antal Abadiyyul Qadiimul


Awwal, Wa ‘Ala Fadlikal ‘Azimi Wujuudikal
Mu ‘Awwal

Wahazaa ‘Amun Jadiidun Qad Aqbala


‘Alaina, NasAlukal ‘Ismatafiihi
Minassyaitaanir-rajim Wa Auliyaaihi
Wajunuudihi Wal ‘Auna ‘Alaa Hazihin-Nafsil
Ammarati Bissu’i Wal Isyta-rgholi Bima
Yuqorribuna Ilaika Zulfa.

Ya Dzaljalaali Wal Ikram, Ya Arhamar-


rohimiin, Rabbanaa Aatinaa Fiddunyaa
Hasanatan Wafil Akhiroti Hasanatan
Waqinaa ‘Azaabannar

Wasollallahu ‘Ala Sayyidina Muhammadin


Wa ‘Ala Aalihi Wasohbihi Ajmain,
Walhamdulillahi Rabbil ‘Aalamin.

Maksudnya:

Dengan menyebut nama Allah Yang


Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta


alam, Semoga Allah sentiasa
melimpahkan rahmat dan
keselamatan kepada junjungan kami
Nabi Muhammad, beserta keluarga
dan sahabatnya.

Ya Allah, Engkaulah Yang Abadi,


Dahulu, lagi Awal. Dan hanya kepada
anugerahMu yang Agung dan
dermawanMu tempat bergantung.

Dan tahun baru ini benar-benar telah


datang. Kami memohon kepadaMu
perlindungan dalam tahun ini dari
(godaan) syaitan yang direjam,
pembantu-pembantunya dan bala
tenteranya.

Dan kami memohon pertolongan


untuk mengalahkan hawa nafsu
amarah yang mengajak kepada
kejahatan, agar kami sibuk melakukan
amal yang dapat mendekatkan diri
kami kepadaMu wahai Dzat yang
memiliki Keagungan dan Kemuliaan.

Wahai Tuhan yang Maha Mengasihani


kepada hamba-hambaNya. Ya Allah,
berikanlah kebaikan hidup di dunia
dan kebaikan hidup di akhirat, serta
jauhkan kami dari azab neraka.

Semoga Allah sentiasa melimpahkan


rahmat dan keselamatan kepada
junjungan kami Nabi Muhammad,
beserta para keluarga dan
sahabatnya.

Segala Pujian bagi Allah, Tuhan


semesta Alam.

Kongsikan artikel ini:

! " # $ %

Artikel Berkaitan:

Adakah Doa Akhir Doa Abu Darda


Tahun & Awal Tahun (Panduan Lengkap
Itu Amalan Bidaah? Rumi)

Hukum Belum Hafal


Doa Qunut

Doa, Ibadah Sunat

Tinggalkan Komen Anda..

1500
Tuliskan pandangan anda disini..

21 COMMENTS

! " Komen Terbaru #

Rosli

! 45 saat yang lalu

Assalam. Saya ingin penjelasan. Dalam dua


akhir tahun, yang mana satu yang betul –
alaihit tawab atau alaihit tawwab. Tulisan
arab dan rumi berbeza dari segi sebutan.

Balas

Asche Brennt

! 6 jam yang lalu

Alhamdulillah satu perkongsian yang baik


Dan membantu terima kasih ustaz

Balas

Sahabat

! 6 bulan yang lalu

Assalamualaikum. saya mencari rawatan di


sekitar Pasir Mas.sebelum ini ada jiran yang
memberikan saya rokok dan makanan,tak
lama selepas itu banyak gangguan berlaku
dibahagian dada,perut dan muka.
Ini email saya : tubuhsatu@gmail.com
Semoga Allah membalas kebaikkan tuan
dengan kebaikkan yang banyak.

Balas

Irfan

! 7 bulan yang lalu

Adakah boleh doa akhir tahun dan awal


tahun dibaca untuk tahun masihi?

Balas $

Muhamad Naim Penulis

" Reply to Irfan ! 7 bulan yang lalu

Sebenarnya doa ini untuk tahun hijrah.

Apa pun ia juga boleh dibaca pada tahun


masihi kerana pada asasnya doa
diharuskan pada bila-bila masa.

Balas

Anda mungkin juga menyukai