Anda di halaman 1dari 5

TEKS UCAPAN PERASMIAN HARI ANUGERAH HEM & KOKURIKULUM 2023

Bismillahirrahmannirrahim..

Assalamualaikum wbt, selamat sejahtera dan salam Keluarga Malaysia

(SALUTASI)

KATA ALU-ALUAN

1. Terlebih dahulu marilah kita sama-sama merafakkan rasa syukur ke hadrat Allah

S.W.T kerana dengan limpah inayahNya kita dapat bertemu dalam Majlis Apresiasi

Hem dan Kokurikulum bagi tahun 2023 pada hari ini.

2. Di kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada

Pengetua SMK Batu Muda kerana sudi menjemput saya untuk merasmikan majlis

yang penuh bermakna ini.

3. Tidak ketinggalan ucapan tahniah saya tujukan kepada guru-guru yang berjaya

memartabatkan profesion perguruan sehingga mampu melahirkan modal insan

yang berkualiti sehingga mencapai kecemerlangan yang diimpikan. Semoga majlis

ini dapat dijadikan asas permulaan anjakan paradigma pelajar dalam menjana

modal insan yang terbilang.


4. Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak sekolah kerana

berjaya mengadakan program ini sebagai satu program tahunan demi kepentingan

para pelajar. Majlis ini merupakan satu majlis khas untuk meraikan pelajar-pelajar

yang telah membuktikan kecemerlangan mereka dalam bidang hem dan juga

kokurikulum.

5. Majlis seperti ini amat baik dijadikan sebagai acara tahunan kerana ia memberi

pengiktirafan kepada mereka yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang

dalam bidang sahsiah dan juga kokurikulum. Selain memberi pengiktirafan,majlis

ini juga turut akan menyuntik semangat kepada pelajar-pelajar lain untuk

meningkatkan pencapaian masing-masing.

PENDAHULUAN

Hadirin yang dihormati sekalian,

1. Pada hari ini, kita dapat melihat peranan pendidikan telah berubah dengan jelas

daripada fungsi tradisionalnya. Para pelajar bukan sahaja hadir ke sekolah untuk

belajar tetapi untuk dididik sebagai pewaris negara agar menjadi modal insan

yang berilmu dan berakhlak mulia.

2. Memperkasakan pelbagai ilmu pengetahuan, memberi penekanan dalam


ketrampilan sahsiah murid serta kecemerlangan dalm aspek kokurikulum
merupakan agenda utama bagi sesebuah sekolah.

3. Walau bagaimanapun, penguasaan ilmu dan berketrampilan sahaja tidak


mencukupi seandainya faktor nilai -nilai murni dah sahsiah yang tinggi
tidak dijadikan pedoman. Nilai-nilai agama dan moral serta semangat
perpaduan inilah yang akan memberi petunjuk dan pedoman kerana ia
terkandung nilai yang baik untuk generasi muda menempuh kehidupan
yang penuh cabaran.
dan berketrampilan sahaja tidak mencukupi seandainya faktor nilai - nilai murni tidak

dijadikan pedoman. Nilai-nilai agama dan moral serta semangat perpaduan inilah yang

akan memberi pedoman kerana ia mengandungi nilai yang baik untuk para pelajar bagi

menempuh kehidupan yang penuh cabaran.

Pelajar yang dikasihi sekalian,

Saya yakin SMK akan dapat melahirkan generasi pewaris

kepemimpinan negara yang memiliki semangat perpaduan dan semangat kesukanan,

mencakupi pelbagai rutin kehidupan dan berketrampilan dalam pelbagai bidang. Hal ini

kerana kita tidak mahu melahirkan ulat buku yang hanya cemerlang dari segi akademik

semata-mata, sebaliknya generasi yang seimbang perkembangannya dari segi jasmani,

emosi, rohani dan intelektual, mempunyai disiplin diri yang tinggi,berketrampilan, dan

mampu memainkan peranan dalam masyarakat. Gandingan mantap antara semua

pihak akan menjadikan SMK lebih beraspirasi untuk meningkatkan

pencapaian kokurikulum pelajar agar terus cemerlang.

Hadirin sekalian,

Akhir sekali, saya mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah yang telah

menganjurkan majlis anugerah ini dengan jayanya. Saya juga ingin mengucapkan

syabas dan tahniah kepada pelajar serta guru-guru yang menerima anugerah

kokurikulum ini. Harapan saya agar sekolah ini akan terusmencipta dan mengukir

kejayaan dalam semua bidang yang sedang dan yang akan diceburi. Dengan lafaz

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, dengan sukacitanya saya merasmikan ‘Hari

Anugerah Cemerlang Kokurikulum’ SMK bagi tahun .


Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai