Anda di halaman 1dari 3

Sirih berlipat siri pinang,

Sirih dari Pulau Mutiara,

Pemanis kata selamat datang,

Awal bismillah pembuka bicara.

Terima kasih pengacara majlis. Yang berusaha guru-guru besar, guru-guru, rakan-

rakan, kombinasi para juri yang arif lagi bijaksana sebagai penegak keadilan, penjaga

masa yang budiman, dan seterusnya hadirin-hadirat warga dewan yang saya kasih

sekalian. Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh dan salam sejahtera pembuka

bicara.

Hadirin sekalian,

Berdirinya saya di atas persada indah tidak lain dan tidak bukan, kerana ingin

menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk, “Raja dan Rakyat, Bagai Aur dan Tebing”.

Sebelum lancang menuju ke muara, sebelum kita membelah bicara, sebelum isi

menyusur hujah, izinkan saya mendefinisikan frasa yang membina tajuk pidato agar

hadirin terbuka minda, agar hakim tidak terpinga-pinga, dan saya petah berkata-kata.

Dewasa ini konteks perhubungan antara raja dan rakyat ibarat “ aur dan tebing”,

merupakan prinsip saling memerlukan antara satu sama lain yang tidak dapat

dipisahkan. Prinsip ini menekankan betapa pentingnya hubungan raja dan rakyat

bersatu padu membentuk sebuah negara yang berjaya.

Dalam sebuah negara, setiap warganegara hendaklah menumpahkan

sepenuhnya taat setia kepada raja dan sultan. Amalan sistem demokrasi berparlimen

1
dan raja berperlembagaan di dalam perlembagaan Malaysia telah meletakkan raja

sebagai Ketua Negara. Walau bagaimanapun, tugas mentadbir dan menguruskan

negara diserahkan kepada rakyat yang dipilih melalui sistem pilihan raya setiap 5 tahun

sekali.

Hadirin yang dimulikan,

Kesetiaan dan saling bekerjasama antara raja dan rakyat dapat dilihat kepada

pembentukan undang-undang negara bagi memastikan setiap yang digubal dipatuhi

oleh rakyat. Pemimpin yang dipilih melalui sistem pilihan raya akan bersidang di

parlimen menggubal undang-undang negara dan seterusnya mendapat perkenan raja

bagi meluluskan undang-undang yang dibuat.

Raja juga menjalankan tugasnya sebagai ketua negara dan juga berkuasa

menyelesaikan hal-hal berkaitan agama serta adat resam. Tugas baginda tidak dipikul

berseorangan malah dibantu oleh Perdana Menteri dan Menteri Besar yang tidak

bertindak sendirian kecuali dalam perkara tertentu yang memerlukan budi bicara

baginda untuk membuat keputusan. Antaranya ialah berkuasa dalam menyelesaikan

pertelagahan berkaitan adat resam masyarakat Melayu dan hal-hal agama Islam.

Walaupun kuasa raja telah dihadkan, kesetiaan kepada raja wajib di kalangan orang

Melayu sebagai simbol yang terpenting penyatuan kaum.

Persoalannya, kerjasama dan saling memerlukan di antara raja dan rakyat

semakin pudar di kalangan masyarakat kita pada hari ini disebabkan tanggungjawab

kita dalam mempertahankan maruah institusi beraja sudah hilang. Kita perlu tahu, Islam

mengajar umatnya agar taat kepada pemerintah dan negara kerana ia sebahagian

2
daripada tanda keimanan. Namun, persoalan besar timbul pada hari ini, mengapakah

terdapat segelintir rakyat yang tidak bertanggungjawab sanggup menghina institusi

beraja. Jiwa mereka telah dipengaruhi oleh anasir-anasir luar yang cuba menjatuhkan

maruah dan martabat pemerintah negara. Perbuatan sebegini adalah mencerminkan

rendahnya akhlak dan tidak bertamadun sesetengah masyarakat kita hari ini.

Para hakim bijaksana lagi arif,

Ingin saya simpulkan di sini, dalam membina kesepakatan antara institusi beraja

dan rakyat jelata, ia sangat berkait rapat dengan jati diri dan kesetiaan rakyat kepada

pemimpin secara menyeluruh. Setiap masyarakat tidak boleh berkelakuan tidak baik

dengan melemparkan kata-kata yang tidak enak didengar, sebaliknya hendaklah

berdoa untuk kebaikan mereka kerana setiap kebaikan akan dibalas baik seperti mana

yang telah dijanjikan oleh Allah.

Sebelum saya mengundur diri, saya menyusun sepuluh jari memohon maaf

sekiranya ada terkasar bahasa, tersalah kata atau tersilap bicara. Saya mengakhiri

pidato saya ini dengan serangkap pantun,

Alang-alang menyeluk pekasam,

Biar sampai ke pangkal lengan,

Alang-alang kita seiringan,

Biar kekal sepanjang zaman.

Sekian, wabillahi taufik wajhidayah wasalamualaikum warohmatullahi waborokatuh.

Anda mungkin juga menyukai