Anda di halaman 1dari 5

KHAIRANI AFRINA BT ABDUL KHALIQ

UMMAH RABBANI NEGARA HARMONI

Bismillahhirahmanirrahim……
Cuba kita taakul dan berfikir sejenak dengan pengaplikasian hijrah Rasulullah
S.A.W. Bagaimana Rasulullah S.A.W dapat meloloskan diri daripada kepungan
musuh Islam sebelum berhijrah? Maka dengan perancangan yang teliti disertakan
dengan pertolongan daripada Allah, terselamatlah baginda dari ancaman kaum
musyrikin Quraisy

Sejambak mawar, seharum kasturi buat peneraju majlis, barisan panel hakim yang
sentiasa berasmilasi dengan kebenaran dan keadilan yang penuh berintegriti,
saudara penjaga masa yang cakna dengan randiknya serta loceng keramatnya.

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Ukhwah buat semua.


Andai lancar sebuah kapal dek kecekapan kemudinya, gagah tangkasnya seekor
kuda kerana cemeti, terjananya negara harmoni, lantaran mekanisma apa? Justeru di
bawah persoalan ini marilah kita sama-sama menghayati informasi bervisi .
Tema sambutan Ma’al Hijrah 1442H ialah “Ummah Rabbani Negara Harmoni” ,
begitulah bunyinya mauduk pidato yang akan menatap di bibir saya dan santapan
minda Ummah hari ini.

Definisi secara literal :


Ummah Rabbani ialah pembangunan diri manusia yang komprehensif dan
seimbang.
Negara Harmoni pula negara yang sejahtera atau aman damai.

Perubahan atau penghijrahan yang istimewa ini sudah pasti membawa kepada
kebaikan yang tujuan akhirnya adalah memenuhi matlamat maqasid syar’iyyah iaitu
menjaga nyawa manusia itu sendiri, sesuai dengan Malaysia Prihatin.

Sidang hadirin yang bervisi,

Pidato Remaja | 1
KHAIRANI AFRINA BT ABDUL KHALIQ

Konsep Ummah Rabbani Negara Harmoni


Saya meletakkan tiga Indikator :-

Pertama, kekuatan modal insan,


kedua, ilmu dan pengetahuan
ketiga , kecekapan pengurusan Negara

Ketiga-tiga aspek ini terangkum dalam konsep ummah Rabbani yang bukan semata-
mata memberi fokus kepada urusan ukhrawi bahkan ia turut memberi penekanan
terhadap urusan mentadbir urus duniawi dari segenap aspek termasuklah ekonomi,
politik, kesihatan, kebajikan, dan lain-lain.

Saudara dan saudari yang penuh santun.

Indikator saya yang pertama di bawah lambayung kata


Ummah Rabbani teras kekuatannya adalah modal insan yang berkualiti.
Teras modal insan hakikatnya telah dinyatakan sebagai tunjang dalam kebanyakan
pelan-pelan yang dibangunkan oleh kerajaan. Termasuklah ia turut diberi perhatian
dalam pelan pembangunan Wawasan Kemakmuran Negara dengan meletakkan
strategi transformasi modal insan dengan memberi fokus kepada penyediaan sumber
tenaga yang lebih produktif, efektif, berkemahiran, berteknologi dan bernilai tinggi.

'Malaysia Prihatin' melambangkan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat Malaysia


yang berbilang kaum. Ini menunjukkan rakyat Malaysia menjadi contoh terbaik di bumi
ini kerana mematuhi Prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh
KKM dan MKN. Iaitu jaga penjarakan fizikal dan sentiasa memakai pelitup muka.
Seramai 767 petugas Kementerian Kesihatan Malaysia yang berada di semenanjung,
kini di hantar bertugas ke Negeri Sabah bagi membantu mengawal penularan wabak
covid-19 di sana. Tahniah, Barisan Hadapan Negara!

Modal insan dengan nilai-nilai yang disebut di dalam pelan ini telah dirangkumkan oleh
ulama terdahulu dalam gagasan insan Rabbani iaitu Tiga komponen penting yang
mewakili pembangunan insan Rabbani iaitu pembudayaan ilmu yang menjana
keintelektualan ummah, pengukuhan pendidikan yang memantapkan spiritual

Pidato Remaja | 2
KHAIRANI AFRINA BT ABDUL KHALIQ

modal insan, dan pengurusan serta pembangunan advokasi yang efektif untuk
diaplikasikan oleh anggota masyarakat dalam menyantuni kepelbagaian bangsa,
agama dan budaya di Malaysia. Bak kata pepatah Bulat air kerana pembentung, bulat
manusia kerana muafakat.

Warga dewan yang di kasihi sekalian,

Indikator kedua Ilmu dan Pengetahuan

Modal insan Rabbani tidak dapat dijayakan tanpa konsep keilmuan yang dipasakkan
sebagai agenda teras pembangunan masyarakat. Kemajuan dan keharmonian
sesebuah negara terletak pada acuan dan pacuan ilmu yang bermanfaat.

Maka, Elemen pendidikan atau tarbiah adalah nadi terhadap kelangsungan sesuatu
ummah. Nilai Dasar Pendidikan Rabbani Kelantan meletakkan 3A iaitu, aqidah ,
akhlak, dan adab.

Pendidikan rabbani adalah bersangkut paut dengan dua komponen utama terhadap
penstrukturan manhaj iaitu komponen pembangunan akhlak dan komponen
pembangunan spiritual. Contohnya jika kita berada di Zon Merah dalam situasi
semasa ini jangan sesekali keluar dari kawasan tersebut. Sebanyak 1,158 kenderaan
cuba merentas negeri atas alasan mahu pulang ke kampung dan diarah berpatah balik
oleh PDRM. Di mana akhlak dan semangat melawan penularan covid-19? Tepuk dada
tanya selera.

Sidang hadirin dan hadirat yang di hormati,

Indikator ketiga saya kecekapan pengurusan Negara

Pembangunan Advokasi Yang Efektif merupakan komposisi kepelbagaian budaya,


bangsa dan agama di negara ini menuntut kepada kecermatan akal fikiran dan
berhemah dalam tindakan.
Dalam dunia dilanda wabak pandemik covid-19. Malaysia antara negara yang
paling cekap menangani penularan wabak pandemik covid-19 sehingga
Pidato Remaja | 3
KHAIRANI AFRINA BT ABDUL KHALIQ

mencapai 1 angka kes positif di negara kita. Ini bukti kecekapan pengurusan
negara dalam menghalang penularan wabak covid-19. Saya ucapkan Tahniah
kepada YBhg Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah
Kesihatan Malaysia yang telah dipilih sebagai Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat
Kebangsaan Bagi Tahun Hijrah 1442 atas kesungguhan dan kecekapan beliau
mengurus tadbir penyakit “halimunan” ini.

Buat pertama kali, Kerajaan Memperkenalkan Bantuan Prihatin Nasional yang


diumumkan oleh YAB Perdana Menteri ketika Perintah Kawalan Pergerakan kepada
isi rumah kategori B40 dan M40 menerima bantuan wang bagi kelangsungan hidup.
Sebanyak RM12.63 Bilion di bayar melalui Bantuan Prihatin Nasional fasa 1 dan fasa
2. Manakala, kepada peniaga pula melalui Ekonomi Prihatin Rakyat (KITA PRIHATIN)
bernilai RM10 bilion yang di umumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 23 September
2020 lalu.

Konsep negara harmoni dalam kepelbagaian ini amat berkait rapat dengan
maqasid Syariah. Ini telah pun dinyatakan oleh Imam Al-Ghazali sebagai
maslahah yang mengambil manfaat dan menolak keburukan yang
sememangnya menjadi tujuan umat manusia dan bertujuan memelihara lima
perkara asas manusia iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta tanpa
mengira agama, bangsa dan jantina dalam menjalani kehidupan secara bersama
di bumi Malaysia ini.

Sidang hadirin Sekalian,


Konklusinya, jelas tertera, tatkala kita menjadi ummah Rabbani sebagai budaya dan
pegangan, maka impaknya ummah yang dulu tertiarap dimamah, kini kembali tegak
bermaruah. Sebagai remaja Malaysia suka untuk saya ingatkan. Pada hari ini, impian
kita adalah untuk melawan pendamik covid-19 sehingga kita menang dan kembali
seperti sedia kala. Ingatlah, jangan biar ayam direban di sambar helang, jangan
biarkan padi di tangan menjadi lalang, ayuh ummahku, mari kita bangkit, gegar dunia
demi ummah Rabbani , negara harmoni terpelihara dan sama-sama hidup dalam
negara yang sejahtera melawan pendamik covid-19 supaya Malaysia Prihatin
tersemat di dada kita.

Pidato Remaja | 4
KHAIRANI AFRINA BT ABDUL KHALIQ

Sekian,

wa billahi tawfiq wal hidayah assalamualaikumwarahmatullahi wabarakatuh.

Pidato Remaja | 5

Anda mungkin juga menyukai