Anda di halaman 1dari 3

PIDATO : BELIA BERWAWASAN NEGARA TERBILANG

Bismillahirahmani Rahim…
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani…
Assalamualaikum w.b.t. dan salam 1 Belia 1 Malaysia.

Sejambak mawar, seharum kasturi buat peneraju majlis, barisan panel hakim yang sentiasa
berasmilasi dengan kebenaran dan keadilan, saudara penjaga masa yang cakna dengan
randiknya serta loceng penentuan ke garisan penamat atau tidak.

Salam hormat buat VVIP , warga pendidik yang bermisi, para belia beliawanis yang
cemerlang dan warga intelektual penerus wawasan Negara Terbilang.

Belia Berwawasan Negara Terbilang, begitulah indahnya mauduk pidato yang bakal menitip
di bibir saya. Sebelum saya meneruskan pidato saya izinkan saya untuk menceritakan maksud
frasa demi frasa. Belia iaitu berumur 15 tahun hingga 40 tahun, Berwawasan merupakan
suatu yang bermatlamat untuk mencapai cita-cita. Negara pula merujuk kepada sesuatu
masyarakat yang menduduki suatu kawasan yang di perintah oleh sesebuah kerajaan.
Terbilang _________________________________________________________________
.Oleh itu, secara keseluruhannya, belia masa kini bakal menerajui Negara pada masa akan
datang bagi mencapai misi dan visi Negara ke arah wawasan 2020.

Sidang belia yang bervisi,

Indikator saya yang pertama, di bawah lembayung kata “Belia berintelektual, Penjana
Wawasan Negara Terbilang”. Hari ini, kebijaksanaan dan ilmu merupakan perencah untuk
mencapai Negara Terbilang. Kita perlu sedar, kita memerlukan resepi kepintaran yang wujud
di dalam diri belia untuk acuan ke arah Negara Terbilang. Hari ini, bersaksikan warga dewan
sekalian, Lihat sahaja kepintaran semula jadi iaitu Nik Nur Madhihah di dalam pencapaian
Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2007, dengan mencapai 20A1. Anak jati negeri cik siti
wan Kembang. Hebatkan! Belia kita sangat hebat. Selain dari itu, kepintaran dan
kebijaksanaan adik Adi Putra dengan kepakaran mengira pelbagai kaedah di dalam ilmu
hisab usah di persoalkan lagi, walaupun masih muda tetapi boleh menjawab pelbagai soalan
di peringkat universiti. Inilah ia yang di maksudkan Belia berintelek, peneraju wawasan
Negara Terbilang. Mereka ini bakal menjadi asset terpenting Negara dalam usaha mengejar
impian. Betullah apa yang pernah dikatakan oleh Tun Dr. Mahathir Muhammad mantan
Perdana Menteri Malaysia“ jika ingin menjulang api kemajuan, nyalakan ilmu sebelum
berjuang”.

Sidang dewan yang penuh dedikasi,

Indikator saya yang kedua di bawah kata kunci “ Kekuatan fizikal dan mental Belia, Menjana
Negara Terbilang”. Pelajaran atau akademik yang cemerlang tidak akan berguna sekiranya
tidak disepadukan dengan kesihatan fizikal dan mental yang sihat, ia adalah lebih elok seiring
dan sekata. Pada era globalisasi yang penuh kompetitif ini, belia kita perlu memiliki
kecergasan yang seimbang agar dapat “ berdiri sama tinggi, duduk sama rendah” dengan
belia di Negara Maju. Lihat sahaja kelincahan dan ketangkasan ahli-ahli sukan negara yang
akhirnya di nobatkan sebagai juara dunia. Datuk Nicol Ann David dengan squashnya, Datuk
Lee Chong Wei, Badmintonnya, Azizul Awang Hasni dengan kayuhan basikalnya, dan
Penerjun akrobatik Negara iaitu Pandalila Riong yang membuka mata masyarakat dunia
merupakan contoh nyata dan jelas yang menunjukan kekuatan fizikal dan mental ada
signifikannya.

Sidang hadirin yang di hormati dan di kasihi sekalian,

“Ketahanan rohaniah Belia, menjana pembangunan Negara.”, menjadi intiti saya yang ketiga.
Ramai belia di luar sana yang tersungkur kerana ilmu di dada masih tidak disepadukan
dengan iman yang hakiki. Menyedari hakikat pentingnya iman dan ketahanan rohaniah, bagi
melahirkan insan rabbani, maka kerajaan dengan sokongan pelbagai agensi yang lain telah
mengadakan program yang berbentuk penghayatan Islamiah, contohnya Putrajaya berselawat
sempena Festival Belia Putrajaya 2014, baru sahaja berlangsung, selain daripada itu, program
berbentuk realiti TV yang di bawakan oleh Astro Oasis seperti Imam Muda dan Pencetus
Ummah antara program yang mendapat sambutan yang menggalakkan oleh para belia dan
anak muda di Malaysia khususnya. Contohnya program Imam Muda yang menjadi fenomena
menilai kefahaman ilmu dan iman. Imam Muda Asyraf adalah juara musim pertama
merupakan ikon belia dan beliawanis bagi menitip dan mencurah ilmu, iman dan amal di
setiap lapisan masyarakat dengan perwatakan yang sederhana dan ciri-ciri belia yang disegani
oleh seluruh masyarakat. Ali bin Abi Talib menjadi Khalifah termuda di dalam era
pemerintahan Islam kerana mempunyai formulanya yang tersendiri dalam mempertahankan
syiar Islam. Bagi mencapai pembangunan Negara Terbilang ini, maka ia usah di pertikaikan
lagi bahawasanya ketahanan rohani menjadi benteng kekuatan iman seseorang. Oleh itu,
tidak dapat disangkal bahawa iman yang terdapat dalam diri kita mampu menerbitkan
seseorang belia yang berwawasan. Tidak seperti sesingkat awan menjadi hujan, pasir menjadi
debu dan Api menjadi abu.

Para belia dan beliawanis yang di kasihi sekalian.

Sebelum saya menoktahkan pidato ini, ingatlah ketiga-tiga intiti “Belia berintelektual,
Penjana Wawasan Negara”, “Kekuatan Fizikal dan Mental Belia, Menjana Negara
Terbilang”, dan “Ketahanan Rohaniah Belia, menjana Pembangunan Negara”. saya menyeru
kepada semua masyarakat terutamanya golongan belia untuk sama-sama mencanai minda,
demi Negara Malaysia yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Kita adalah 1 Malaysia,
ayuh beliaku, gegar dunia, mengharumkan nama Malaysia. 1 Malaysia.

Sekian
Wabilahitaufik wal hidayah, Assalammualaikum W.B.T

Di sediakan oleh :
MOHD ROSLAN BIN ABDUL RAHMAN.
PEMIDATO KELANTAN

Anda mungkin juga menyukai