Anda di halaman 1dari 12

-DRAF KANDUNGAN-

KERTAS 1

BAHAGIAN A (35 MARKAH)

1. MORFOLOGI
2. SINTAKSIS
3. PENYUNTINGAN
4. BAHASA STANDARD
5. PERIBAHASA

BAHAGIAN B (35 MARKAH)

6. PEMAHAMAN PETIKAN UMUM


7. PEMAHAMAN PETIKAN SASTERA
8. PEMAHAMAN NOVEL

BAHAGIAN C (30 MARKAH)

9. RUMUSAN

1
Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.
KERTAS 1
BAHAGIAN A
SOALAN 1 : MORFOLOGI
Baca petikan di bawah ini dengan telitinya dan senaraikan dua kata sendi nama dan satu kata
hubung keterangan. Kemudian, anda dikehendaki membina satu ayat sendiri daripada setiap
perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan
penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Kemunculan pelbagai aplikasi komunikasi media sosial pada masa ini memudahkan bahan
kesusasteraan disebarluaskan kepada massa oleh penggiat sastera. Kaitan antara sastera
dengan jiwa manusia sangat akrab atas alasan sastera berperanan untuk memperkukuh jati
diri anak bangsa. Pengungkapan sastera juga mampu memperkasakan kehalusan budi pekerti
serta mengentalkan pembinaan sahsiah agar terus tercerna kemurnian ketamadunan sejagat.
Oleh sebab itu, sastera perlu diangkat seimbang dengan perkembangan sains kerana sastera
“meriwayatkan” sejarah bangsa.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Manusia Seimbang Sains dan Sastera’
oleh Shahkang,
Tunas Cipta, Bil. 3/2014

[6 markah]
SOALAN 2 : SINTAKSIS
Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat aktif yang bergaris kepada ayat pasif tanpa
mengubah maksud asalnya.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengiktiraf penagihan dadah


sebagai penyakit kronik yang mudah berulang dan akan berpanjangan. Malah
Klasifikasi Penyakit Antarabangsa WHO pada 1994 menyifatkan ketagihan
terhadap sesuatu bahan termasuk alkohol dan dadah sebagai gangguan mental.
Oleh itu, kita harus menganggap penagih dadah sebagai orang sakit yang
memerlukan rawatan perubatan. Kita tidak boleh mengenakan hukuman penjara
bagi kesalahan kecil berkaitan dengan penyalahgunaan dadah. Kerajaan
mengambil pelbagai langkah untuk menangani masalah penagihan dadah. Hal ini
agar golongan penagih bebas sepenuhnya daripada belenggu najis ini yang
membahayakan itu, yang turut membawa kepada penyakit berbahaya seperti HIV
dan AIDS akibat perkongsian jarum suntikan.

[6 markah]

2
Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.
SOALAN 3 : PENYUNTINGAN DAN TULISAN JAWI

SOALAN 3(a)

Dalam petikan 1, terdapat enam kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan


kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh menyenaraikan lebih
daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu
menyalin petikan-petikan tersebut.

Cara memupuk perpaduan harus bermula di sekolah supaya tindakan


selanjutnya diambil agar menyemai nilai keharmonian antara kaum, toleransi
dan keamanan. Pada satu pihak lain, para guru-guru perlu menggunakan
kraetiviti untuk melibatkan pelajar daripada semua kaum agar mengambil
bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang meningkatkan integrasi dan perpaduan
bangsa. Pelajar perlu mengambil bahagian dalam aktiviti di dalam dan di luar
sekolah yang memberi mereka peluang untuk bergabung di antara satu sama
lain. Nilai-nilai murni seperti kejujuran, integeriti, toleransi, ketekunan, keadilan,
menghormati orang tua dan kesedaran sivik mesti dikekalkan.

[6 markah]

3
Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.
SOALAN 4 : BAHASA STANDARD

Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan telitinya, kemudian tulis petikan
tersebut semua dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah bentuk dan maksud
asalnya.

Maka segala orang yang kehilangan itu pun semuanya berhimpun masuk ke dalam
pergi mengenal segala harta, seorang pun tiada tinggal. Maka kata seorang, “ini harta
patik, tuanku.”

Maka seorang,”ini pun ia harta patik, tuanku.” Maka kata seorang, “Ini tuanku benda
patik.”Kata seorang ,” Ini bantal patik, tuanku.”

Setelah habislah dikenalinya segala yang empunya, maka titah raja,”Hai segala
kamu sekalian hendaklah segala harta ini dibahagi tiga, dua bahagi akan
Laksamana, sebahagi akan orang yang empunya harta, kerana harta ini sudahlah
hilang beroleh akan Laksamana.”

Dipetik daripada

“Kepimpinan Melalui Teladan” dalam antologi Jaket Kulit Kijang


dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia)

(6 markah)
SOALAN 5 : PERIBAHASA
Baca petikan di bawah ini dengan telitinya, kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai
dengan situasi dalam petikan tersebut.

Perokok tegar dengan angkuhnya menyatakan bahawa sekadar merokok tidak menjejaskan
kesihatan mereka. Oleh hal yang demikian, mereka tidak menghiraukan nasihat yang
disampaikan oleh Kementerian Kesihatan tentang bahaya menghisap rokok. Mereka berasa
bangga apabila merokok dan menunjukkan gelagat mereka seolah-olah gaya dan kehebatan
mereka tidak tertanding oleh orang lain. Golongan yang dilambung keegoan begini tentu sekali
akan berhadapan dengan masalah apabila disapa oleh penyakit kronik dan terpaksa berulang-
alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

[6 markah]

4
Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.
BAHAGIAN B

SOALAN 6 : PEMAHAMAN PETIKAN UMUM


Baca bahan-bahan di bawah ini dengan telitinya, kemudian, jawab soalan-soalan dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Bahan 2

Bahan 3

5
Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.
(i) Berdasarkan Bahan 3, berikan maksud menggamit hati.
6
Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.
[2 markah]

(ii) Merujuk semua bahan, nyatakan faktor-faktor yang merangsang perkembangan sektor
pelancongan di Malaysia..

[3 markah]

(iii) Sektor pelancongan menjanakan pendapatan hampir 10 peratus kepada ekonomi


Malaysia.
Pada pendapat anda, apakah peranan pelbagai pihak untuk memastikan sektor
pelancongan di negara kita mencapai visi dan misi untuk menjadikan negara kita
sebagai negara berstatus maju?
[3 markah]

(iv) Kebersihan persekitaran amatlah penting untuk menjalani kehidupan yang lebih selesa.
Namun begitu, aspek kebersihan kian diabaikan oleh anggota masyarakat.
Ramalkan kesan-kesan buruk pengabaian aspek kebersihan terhadap sektor
pelancongan dan cara-cara mengatasinya.

[4 markah]

7
Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.
SOALAN 7 : PEMAHAMAN PETIKAN SASTERA

Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang


berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

BAHAN 1

BAHAN 2

8
Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.
(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud elakkan pertelingkahan sesama
Sendiri.
[ 2 markah ]
(ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan peranan - peranan rakyat
Malaysia untuk mengekalkan kemerdekaan dan kedaulatan negara.
[ 4 markah ]

(iii) Setiap rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan agama dan bangsa perlu
bersama -sama memikul tanggungjawab untuk memastikan kemerdekaan dan
perpaduan kaum dapat dikekalkan.

Pada pendapat anda, apakah kepentingan-kepentingan


mempertahankan kemerdekaan dan perpaduan kaum di negara kita?
[ 3 markah ]

(iv) Segelintir remaja di tempat anda kurang menghayati erti kemerdekaan negara
sehingga mereka tidak melunaskan tanggungjawab mereka terhadap
Masyarakat dan negara. Mereka tidak menghormati Jalur Gemilang dan tidak
Menghayati Rukun Negara. Semangat patriotik dalam diri mereka juga kurang
sehingga tidak mempunyai jati diri.

Sebagai rakyat yang prihatin, bagaimanakah anda dapat membantu


untuk mengatasi masalah ini.
[ 4 markah ]

9
Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.
SOALAN 8 : PEMAHAMAN NOVEL

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Nyatakan sebab-sebab Ong See Hwa menjadi orang yang penting dalam perbualan
antara Lazim dengan Haiqal. . [4 markah]

(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel berikut:

a. Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib


b. Di Sebalik Dinara, karya Dayang Noor
c. Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
d. Pantai Kasih, karya Azmah Nordin
e. Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip
f. Tirani, karya Beb Sabariah
g. Silir Daksina, karya Nizar Parman
h. Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop
i.

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua cabaran yang dihadapi oleh watak
utama dan cara watak utama mengatasi cabaran tersebut [6 markah]

10
Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.
BAHAGIAN C
SOALAN 9 : RUMUSAN

11
Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.
BAHAN 2

-KERTAS SOALAN TAMAT-

12
Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

Anda mungkin juga menyukai