Anda di halaman 1dari 16

Usul: Pendidikan Industri Mangkin Pembangunan Negara

PERDANA MENTERI.

Dengan lafaz bismillahirahmanirrahim, saya membuka arena perdebatan pada hari


ini.

Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang Dipertua, barisan kerajaan,
perwakilan pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat sidang parlimen sekalian.

Assalamualaikum, warahmatullah hiwabarakatuh, salam sejahtera dan selamat


bersidang.

Tuan Yang Dipertua, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya amat bersyukur
kerana berkat keamanan dan keharmonian bawah kepemimpinan kerajaan pada
hari ini dewan kembali bersidang untuk membahaskan satu usul yang begitu penting
untuk dilaksanakan.

Tuan Yang Dipertua,

Usul pada hari ini berbunyi,.”Pendidikan Industri Mangkin Pembangunan Negara,”

Tuan Yang Dipertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian

Pertama, izinkan saya melakukan penakrifkan usul secara literal. Perkataan


“Industri” dalam Kamus Dewan Edisi Keempat diertikan sebagai perusahaan secara
besar-besaran untuk menghasilkan barangan, manakala perkataan “mangkin”
bermaksud unsur yang mempercepat atau menyegerakan sesuatu perkembangan.
Jadi, dapatlah dirumuskan bahawa “Pendidikan Industri Mangkin Pembangunan
Negara” bermaksud pendidikan yang berasaskan perusahaan merupakan unsur
yang akan mempercepat pembangunan negara.

Sebagai Perdana Menteri, saya akan menyatakan hujah-hujah yang menyokong


usul ini. Selain itu, hujah-hujah yang seterusnya akan disambung oleh Menteri
Pertama, manakala Menteri Kedua pula akan membidas hujah-hujah songsang yang
akan dibawa oleh pasukan pembangkang. Saya ingin menyatakan bahawa pihak
kerajaan yakin dengan hujah-hujah yang akan kami bentangkan nanti dan
seterusnya usul yang kami bawa akan diterima secara konsesnsus.

Tuan Yang Dipertua,

Kami meletakkan dua indikator bagi memantapkan usul kami.Yang pertama, saya
katakan bahawa kebergantungan kita kepada negara maju walaupun kita kaya
dengan hasil pertanian.Yang Kedua, TYDP, indikator kami ialah bagaimanakah
pendidikan industri dapat memacu sektor pertanian ke arah sektor perindustrian
yang berasaskan pertanian. Saya yakin bahawa berdasarkan indikator-indikator ini
berserta justifikasi yang akan kami kemukakan sudah pasti usul ini akan diterima
tanpa perlu diperdebatkan dengan hujah-hujah palsu yang akan dikemukakan oleh
pihak pembangkang.

Tuan Yang Dipertua,

Sejak zaman berzaman, negara kita bergantung pada sumber pertanian kerana kita
mempunyai tanah yang luas dan subiur. Namun, kita tidak berupaya memperoleh
hasil yang lumayan. Pembangunan kita agak perlahan dan kita selalu bergantung
harap pada negara maju seperti Jepun dan Amerika untuk membantu kita. Sampai
bilakah kita boleh berkeadaan sedemikian? Sampai bilakah kita harus meminta-
minta?

Tuan Yang Dipertua dan sidang Dewan sekalian,

Kita harus belajar daripada sejarah. Lihatlah negara-negara maju di dunia, Jepun,
misalnya, selepas Perang Dunia Kedua, telah bangkit menjadi gergasi ekonomi
dunia kerana negara itu maju dalam bidang perindustrian. Korea Selatan pula
mengikut jejak langkah Jepun dalam bidang perindustrian. Oleh sebab itu, untuk
mempercepat pembangunan negara, kita harus beranjak daripada negara pertanian
kepada negara perindustrian.

(Wakil pembangkang berdiri mohon izin laluan daripada Tuan Yang Dipertua)

Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua,

YAB Perdana Menteri menyatakan bahawa untuk menjadi negara maju, kita perlulah
berubah daripada negara pertanian kepada negara perindustrian. Persoalannya
ialah sedarkah pihak pihak kerajaan bahawa pada suatu hari nanti kita mungkin
menghadapi krisisi makanan kerana terlalu menumpukan perhatian kepada bidang
perindustrian? Saya bimbang nanti yang kita kejar tidak dapat, yang kita kendong
pula berciciran.

Tuan Yang Dipertua,

Terima kasih saya ucapkan kepada Ketua Pembangkang atas persoalan yang
dikemukakan itu. Apabila saya mengatakan bahawa untuk menjadi negara maju, kita
perlu berubah daripada negara pertanian kepada negara perindustrian, bukan
bermakna kita tidak menumpukan perhatian kepada bidang pertanian lagi.
Sebaliknya, kita majukan bidang pertanian yang berasaskan perindustrian. Kita
harus sedar bahawa sudah lama kita mengalami kerugian yang besar. Banyak wang
negara yang mengalir ke negara asing kerana kita tidak mempunyai kepakaran
dalam bidang perindustrian.

Sebagai akibatnya, kita tidak berupaya mencipta dan mengeluarkan barang-barang


keperluan kita sendiri walaupun kita mempunyai sumber yang banyak. Kita hanya
berupaya menjadi pengeksport barang-barang mentah seperti getah, kelapa sawit,
dan seumpamanya dengan harga yang murah. Sebaliknya, kita mengimport barang-
barang siap dengan harga yang berlipat ganda. Alangkah ruginya kita!

Tuan Yang Dipertua,

Dengan menyedari hakikat ini, maka kita harus membangunkan bidang perindustrian
dengan melahirkan tenaga pakar dalam bidang ini. Pembinaan kilang yang banyak
semata-mata tidak bermakna jika kita tidak menyediakan tenaga mahir yang
mencukupi. Untuk mencapai matlamat itu, maka bidang pendidikan yang
berasaskan pertanian perlu diberikan keutamaan.. Usaha ini seharusnya bermula
pada peringkat sekolah rendah untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat
akan kepentingan pendidikan industri., Oleh yang demikian, langkah Kementerian
Pelajaran Malaysia mewujudkan mata pelajaran Kajian Tempatan adalah wajar.
Seterusnya, pada peringkat sekolah menengah pula, diajarkan mata pelajaran
Kemahiran Hidup, dan pada tahun 2002 mata pelajaran Vokasional diperkenalkan di
sekolah menengah harian.

Tuan Yang Dipertua,

Kita terpaksa menerima hakikat bhawa pembangunan dalam bidang industri


merupakan mangkin kepada pembangunan negara. Oleh sebab itu, pendidikan
industri merupakan satu eleman penting yang perlu diberikan perhatian wajar bukan
sahaja oleh kerajaan, tatapi juga oleh oleh pihak pembangkang…..
MENTERI KE 2.
Pendahuluan

- tolak pindaan usul oleh pembangkang – sokong definisi usul Perdana Menteri

Isi-isi Penting

i. bidasan terhadap pembangkang


ii. penguatkuasaan yang lemah
iii. wujudnya unsur rasuah

Penutup

- Pemantauan pihak berkuasa dapat mencegah masalah keracunan makanan dalam


kalangan murid sekolah.

Teks Contoh
Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Speaker
Dewan, rakan-rakan Yang Berhormat daripada pihak kerajaan, barisan
pembangkang dan seterusnya ahli-ahli dewan sekalian.

Tuan Yang Dipertua,


Sebagai menteri yang kedua, saya pastinya menolak definisi usul yang telah dipinda
oleh Ketua Pembangkang sebentar tadi iaitu “Pemantauan Pihak Berkuasa Tidak
Dapat Mencegah Masalah Keracunan Makanan dalam Kalangan Murid Sekolah”.
Jadi saya memohon agar definisi usul itu dipinda semula seperti definisi yang
diberikan oleh Perdana Menteri, iaitu “Pemantauan Pihak Berkuasa Dapat
Mencegah Masalah Keracunan Makanan dalam Kalangan Murid Sekolah”.

Tuan Yang Dipertua,


Sebelum membentangkan hujah-hujah seterusnya, saya akan membidas hujah yang
dikemukakan oleh Ketua Pembangkang sebentar tadi. Ketua Pembangkang
mengatakan bahawa pemantauan yang kurang berkesan tidak dapat mencegah
masalah keracunan makanan dalam kalangan murid sekolah.

Tuan Yang Dipertua,


Sebenarnya, pihak berkuasa mempunyai prosedur atau peraturan yang menjadi
garis panduan untuk meluluskan tender kantin kepada pengusaha yang berjaya.
Selepas itu, pihak berkuasa hendaklah memantau pengusaha-pengusaha kantin
yang sedang menjalankan operasi itu dengan berkesan. Jadi sepatutnya pihak
berkuasa hendaklahlah menjalankan tanggungjawab mereka itu dengan berkesan.
Sekiranya mereka menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan, sudah pasti
masalah keracunan makanan dalam kalangan murid sekolah akan dapat diatasi.
Mungkin ada segelintir pihak yang berkuasa tidak menjalankan pemantauan yang
berkesan tetapi bukan bermakna semua pihak berkuasa tidak menjalankan
pemantauan yang berkesan. Jika berlaku juga sebahagian kecil pihak berkuasa
yang tidak menjalankan pemantauan dengan berkesan, suddah pasti mereka juga
akan dikenakan tindakan kerana kecuaian. Jadi, perkara pokoknya di sini, pihak
berkuasa sepatutnya menjalankan pemantauan dengan berkesan untuk mencegah
masalah keracunan makanan dalam kalangan murid sekolah.

Tuan Yang Dipertua,


Pemantauan pihak berkuasa akan dapat mencegah masalah keracunan makanan
dalam kalangan murid sekolah, jadi hujah saya yang pertama iaitu berpaksikan
frasa, pemeriksaan berkala secara kerap. Selepas tender diberikan kepada
pengusaha kantin, pihak berkuasa perlulah membuat pemeriksaan berkala secara
kerap terhadap pengusaha kantin tersebut. Pihak berkuasa seperti pegawai-pegawai
daripada Jabatan Pelajaran dan Jabatan Kesihatan perlulah membuat pemeriksaan
secara mengejut untuk memastikan makanan yang disediakan benar-benar bersih
dan selamat untuk dimakan oleh murid-murid. Sampel makanan perlulah diperiksa
dan dibuat uji kaji di makmal. Selain itu, pekerja-pekerja yang terlibat untuk
menyediakan makan perlu mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Sekiranya
langkah ini dijalankan, sudah pasti keracunan makan dalam kalangan masyarakat
tidak akan berlaku.

Tuan Yang Dipertua,


Sekiranya pemeriksaan berkala secara kerap dijalankan sudah pasti pihak
pengusaha kantin akan mementingkan kebersihan dalam aspek penyediaan
makanan. Oleh itu, pengusaha kantin perlulah memastikan tangan penyedia
makanan benar-benar bersih dan premis penyediaan makanan mereka bersih.
Selain itu, tukang masak juga perlu memakai topi dan apron di samping memotong
kuku mereka agar bersih. Sayur-sayuran atau bahan-bahan yang hendak dimasak
perlulah dibersihkan dengan air yang secukupnya di samping tidak mendedahkan
makanan kepada lalat atau serangga yang lain. Jika langkah ini diambil oleh
pengusaha kantin, sudah tentulah masalah keracunan makanan dapat dielakkan.

Tuan Yang Dipertua,


Hujah saya yang kedua iaitu berpaksikan frasa, mengadakan kursus kepada
pengusaha kantin. Pihak berkuasa perlulah mengadakan kursus yang berkaitan
dengan aspek kebersihan dalam pengendalian makanan kepada pengusaha-
pengusaha kantin sekolah. Melalui kursus tersebut, pengusaha kantin akan
mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh demi menjaga kebersihan makanan di
kantin. Sudah tentu, mereka akan diberikan pendedahan tentang cara-cara untuk
menyediakan makanan yang bersih dan selamat untuk murid-murid sekolah.
Pekerja-pekerja kantin itu juga didedahkan dengan aspek kebersihan dan kesihatan
yang perlu dititikberatkan dalam penyediaan makanan. Selain itu, mereka perlu
memakai pakaian yang sepatutnya semasa memasak makanan dan menjaga
kebersihan seperti memastikan kuku mereka dipotong, membasuh tangan sebelum
memegang makanan dan sebagainya. Oleh itu, masalah keracunan makanan dalam
kalangan murid-murid sekolah akan dapat diatasi.

Tuan Yang Dipertua,


Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa saya menyokong usul ini seratus peratus
dan memohon agar usul ini diluluskan oleh dewan yang mulia ini dengan suara
majoriti.

Tuan Yang Dipertua, Saya mohon mencadang.


MENTERI KE 3
REMAJA BERKULALITI MODAL INSAN NEGARA
Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan yang dipertua.Rakan-rakan
kerajaan,perwakilan pembangkang serta ahli-ahli dewan .

Assalamualaikum wbt,salam sejahtera dan selamat bersidang.

Tuan Yang Dipertua,

Saya selaku menteri ketiga telah diberi amanah untuk membidas serta mematahkan
ketiga-tiga hujah yang telah dikemukakan sebentar tadi oleh pihak pembangkang.
Berdirinya saya pada pagi yang penuh ceria ini ,adalah untuk menegaskan pendirian
kami kepada sidang dewan sekalian bahawa sesungguhnya remaja itu merupakan
tunjang  yang bakal mengambil alih tampuk kepimpinan Negara kelak. Oleh yang
demikian,pihak kerajaan telah bersepakat serta sebulat suara bersetuju dengan
premis Remaja Berkualiti Modal Insan Negara.

Tuan Yang Dipertua,


Untuk menolak usul yang dikemukakan pihak pembangkang , saya akan
mendedahkan serta menyatakan kelemahan-kelemahan hujah yang dilakukan oleh
perwakilan pembangkang sebentar tadi.

Saya tidak pandai bermain dengan emosi.Maka,saya ingin membetulkan


ketidaktepatan fakta.Kelemahan pertama yang dilakukan oleh YAB_____________
menyatakan bahawa jenayah dalam kalangan remaja kini bagai tiada noktahnya.
Namun kenyataan itu salah sama sekali. Hal ini kerana, statistic kadar jenayah
dalam kalangan remaja kini menunjukkan  penurunan yang ketara.kondisi ini bukan
sekadar omong kosang,”Polis Diraja Malaysia(pdrm) kini berada di landasan yang
betul dalam mengurangkan indekskadar jenayah yang melibatkan kerjasama
daripada masyarakat “itulah kata-kata yang daripada Timbalan Perdana Menteri Tan
Sri Muhyiddin Yassin yang saya petik pada laman MSTAR online yang telah
dipaparkan pada 1oktober 2011. Berdasarkan penilaian yang dikeluarkan oleh
Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) PDRM pada setiap tahun mencatatkan
jumlah penurunan kadar jenayah yang memberangsangkan. Statistik terkini
menunjukkan  indeks kadar jenayah antara Januari hingga Ogos tahun ini menurun
sebanyak 23.6 peratus, manakala kadar jenayah jalanan pula berkurang sebanyak
39.7 peratus dalam tempoh sama berbanding 2009. Hal ini telah terbukti bahawa
dengan adanya hubungan yang kukuh antara polis dan penduduk merupakan asas
perkongsian pintar yang dapat membantu mengenal pasti jenayah dengan awal dan
melaksanakan strategi terbaik untuk mengatasinya.Jelas sekali pencegahan jenayah
bukan sahaja memerlukan kesedaran tentang jenayah masyarakat, malah amat
bergantung kepada kerjasama yang diterima pihak polis daripada masyarakat
setempat.

Seterusnya,kerapuhan usul kedua yang di kemukakan oleh ______________ yang


berbunyi remaja mempunyai keperibadian yang lemah  .Bagi menangikis tuduhan
yang tidak berasas itu, Kabinet pada 28 Mei 2003 telah meluluskan cadangan
perlaksanaan Program Latihan Khidmat Negara dan Akta Latihan Khidmat Negara
2003. Dewan rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Akta latihan Khidmat Negara
pada 25 Jun 2003 manakala Dewan Negara meluluskan Rang Undang-Undang ini
pada 7 julai 2003. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dilaksanakan di
negara kita merupakan gabungan daripada latihan ketenteraan dan penanaman
nilai-nilai patriotik kepada generasi muda ke arah cinta , kasih dan sayang akan
negara.Program yang dilaksanakan ini banyak mendatangkan manfaat. PLKN juga
bertindak sebagai satu makanisme bagi pembentukan disiplin diri remaja. Disiplin
diri merupakan asas penting bagi sesuatu kejayaan.Penubuhan Program Latihan
Khidmat Negara ini juga merupakan salah satu platform untuk memberi
didikan,pembangunan moral dan merangsang tenaga intelektual bagi membina
tamadun bangsa yang cemerlang.saya ingin melontarkan satu soalan yang cukup
penting.Adakah kemudahan yang telah pihak kerajaan sediakan sperti  P..L…K…
N… ini masih ingin disia-sia kan serta dipandang enteng? Sedangkan kemudahan
ini jugalah yang mencorak satu generasi yang berilmu,berketerampilan ,bersahsiah
mulia.Malah, kemudahan ini jugalah yang menampilkan wajah genarasi muda yang
bersulamkan tekad yang ingin menjulang Negara hingga ke puncak jagat.

Bagi menjernihkan tanggapan yang keruh yang telah dikemukakan oleh


_________________  yang berbunyi  remaja kini menzalimi diri sendiri.Kondisi ini
memang tidak dapat dinafikan oleh semua pihak seperti mengambil
dadah,melakukan seks bebas dan sebagainya.pascamodenisasi ini,remaja semakin
dibelenggu dengan cara berfikir yang sempit dan mereka lebih cenderung kepada
keseronokan dan berpeleseran . Namun , pihak kerajaan mengambil langkah
sederap bagi mengekang kemelut ini agar masyarakat tidak dihinggapi masalah
social yang teruk.Kerajaan telah menyediakan pusat pemulihan penagihan
narkotik(PUSPEN),pusat perlindungan wanita,pusat pemulihan akhlak,klinik
pemulihan dan prihatin 1malaysia yang bertujuan untuk membentuk semula nilai
keinsanan yang syumul dalam diri remaja.Disamping itu, Datuk Seri Abdullah telah
membuat keputusan memberi peruntukan kewangan 2006 kepada sektor sosial
sebanyak 9.9 bilion ringgit berbanding 5.6 bilion ringgit untuk sektor pertahanan dan
3.6 bilion ringgit untuk pentadbiran pembangunan. Bagi pembangunan sumber
manusia atau human capital, beliau membuat keputusan memperuntukkan 29 bilion
ringgit atau satu per lima daripada peruntukan Bajet 2006 untuk perbelanjaan
mengurus dan pembangunan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian
Tinggi. Sebanyak 5 bilion ringgit telah diperuntukkan bagi perbelanjaan
pembangunan pelajaran dan latihan untuk guru, pelajar sekolah dan institusi
pengajian tinggi. Di samping itu, peruntukan sebanyak 493 juta ringgit disediakan
bagi menampung 98 ribu pelajar di sekolah teknikal, vokasional dan institusi latihan
kemahiran.
Selain itu, peruntukan hampir satu bilion ringgit disediakan bagi latihan perdagangan
dan industri yang sedang dilaksanakan di Institut kemahiran MARA, Pusat Giat
MARA, Institut Kemahiran Belia Negara, Institut Latihan Perindustrian dan Pusat
Latihan Teknologi Tinggi. Nampaknya usaha bersungguh-sungguh kerajaan untuk
mengatasi punca masalah sosial diberi penekanan yang sangat jelas dan
menyeluruh,bagi memanifestasikan remaja yang berkualiti,sakinat dan madani
kelak.

Tuan Yang dipertua,


Deduksinya,saya sekali lagi ingin menegaskan bahawa  usul yang telah
dikemukakan oleh pihak pembangkang ditolak kerana pihak pembangkang gagal
menyatakan usul yang relaven.Dengan ini,saya mohon agar semua pihak memberi
komitmen dan pengertian yang serius terhadap usul pada hari ini malah kita tidak
wajar akur dengan arus songsang ini.,saya memohon maaf sekiranya terkasar
bahasa,namun saya masih berpegang teguh dengan pendirian saya iaiti remaja
berkualiti pemacu pembangunan Negara.sekian,terima kasih.

TEKS MENTERI KE-3


bismillahhirahmanirrahim

terima kasih saya ucapkan kepada Tuan yang dipertua,barisan kerajaan,perwakilan


pembangkang dan ahli2 yang berhormat sekalian.

assalamualaikumwarahmtullahhiwabarokatuh,salam sejahtera dan selamat


bersidang.

tuang yang dipertua,ahli2 yg berhormat sekalian,saya amat bersyukur kerana berkat


keamanan dan keharmonian di bawah kepimpinan kerajaan pada hari ini,dewan
kembali bersidang untuk membahaskan satu usul yang begitu penting untuk
dilaksanakan.

tuan yg dipertua,
berdirinya sya disini ingim membidas segala hujah pihak pembangkang pertama dan
pembangkang kedua.sebelum saya membidas segala hujah pihak
pembangkang,sya ingin mengulangi usul yang hangat diperbahaskan pada hari ini
yang
berbunyi____________________________________________________________
____________
___________________________________________________________________
_-

baiklah disini sya akan membidas hujah yang disampaikan oleh


pihak PEMBANGKANG 2...pembangkang kedua
mengatakan_____________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________

yang berhormat,
________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
_________________________________________________________________

bidasan bagi hujah pembangkang 2 telah berlalu,sekarang tiba masanya saya ingin
membidas hujah yang disampaikan olehPEMBANGKANG 1.

pembangkang 1
mengatakan_____________________________________________
_________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________..
tetapi yang berhormat__________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________.
bidasan saya sudah berakhir,dan tibanya masa saya untuk memperkukuhkan kes
kerajaan.perdana menteri mengatakan ________________________________ dan
saya menyokong 100% hujah tersebut kerana
_____________________________________
_________________________________________________________________.
menteri kedua telah memberikan hujah pertama dan hujah kedua.hujah yg kedua
ialah
____________________________________________________________-.hujah
yg ketiga ialah______________________________________________________

tegasnya__________________________________dapat
memberikan____________________________________________________

sebelum sya mengundur diri,saya megulas semula pendirian kerajaan


iaitu______________
__________________________________________________________________
MENTERI KE 3

Terima Kasih Yang Dipertuan Dewan.


Sayang-sayang Buah Kepayang,
Sayang Hujah Pembangkang Pincang,
Jaga-jaga Pihak Pembangkang,
Menteri Ketiga, datang bertandang.

Sudah terang lagi bersuluh, Kebebasan media massa sememangnya


mendatangkan banyak keburukan. Maka kami di barisan Kerajaan masih seia  dan
sekata, menyokong Usul pada pagi ini.Kami berpegang teguh kepada pendirian
kami bahawa Media massa mendatangkan keburukan.

Tuan Yang Dipertua,


            Untuk menolak usul yang dikemukakan oleh pihakPembangkang, saya akan
mendedahkan kelemahan-kelemahan hujah yang dilakukan oleh perwakilan
Pembangkang sebentar tadi.

Kelemahan pertama yang dilakukan oleh pihak Pembangkang ialah…

Kelemahan kedua yang dilakukan oleh pihak pembangkang pula ialah…

Kelemahan ketiga yang dilakukan oleh pihak pembangkang ialah.

Tuan Yang Dipertua,


Terlangsai sudah hutang membidas. Kini marilah saya berikan bukti-bukti
baru melalui aspek penyalahgunaan kebebasan media massa.

Ahli dewan yang saya muliakan,


Bukti baru kami yang pertama adalah melalui satu kontroversi yang dihasilkan
oelh rakyatMalaysia sendiri iaitu Huang Ming Zhi, atau lebih dikenali sebagai
Namewee. Beliau telah memuat naik video yang dirakam sendiri olehnya PADA 15
januari 2007 ke dalam (mohon izin yang dipertua) You Tube. Di dalam video ini,
beliau telah menghina lagu Malaysia yan diberi tajuk (mohon izin yang dipertua) I
Love My Country Negarakuku.
Untuk makluman para dewan sekalian, lagu yang dimuat naik ini telah digunakan
sebagai medium untuk mengkritik Kerajaan Malaysia dari perspektif beliau. Dimana
lebih SATU MILLION penonton dalam masa sebulan sahaja. Maka, Kebebasan
Media massa telah menjatuhkan maruah Negara sendiri.
Manakala Bukti Baru Kedua kami pula adalah,

            Julian Assange pernah dipenjara selama 10 TAHUN kerana melakukan satu


jenayah besar iaitu menggodam sistem Telekomunikasi Negara Australia dan
Universiti-Universiti di Australia. Dan jenayah beliau hanya dapat dibuktikan dan
dikesan selepas TIGA TAHUN jenayah itu dilakukan.
            Tindakan beliau telah membahayakan system Keselamatan Negara sendiri,
yang akhirnya mengakibatkan kejatuhan kerajaan mereka.

Hadirin yang saya hormati,


Beralih pula kita kepada bukti baru kami yang ketiga.
Tahukah Pihak Pembangkang, Kajian Buletin Keselamatan Masyarakat
di Amerika Syarikat mendapati lebih sejuta kes jenayah membabitkan kanak-kanak,
kebanyakan berpunca daripada pengaruh media elektronik.
Rentetan itu, wajarlah jika saya kongsikan satu daripada lebih sejuta kes jenayah
yan saya katakan tadi.
Di Amerika Syarikat : seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun
mencadangkan kepada ayahnya memberikan gurunya sebungkus gula-gula
beracun.
Perbuatan itu dilakukan kerana kanak-kanak itu marah berikutan guru berkenaan
memberi markah rendah kepadanya dalam peperiksaan. Apabila ditanya si ayah
siapa yang mengajarnya berbuat demikian, si anak pantas menjawab,
 ‘’Saya menonton satu adegan di televisyen’’
Jika dipertimbangkan sekali lagi, Kebebasan media massa yang keterlaluan ini
merisikokan nyawa seorang guru yang hanya menjalankan tanggungjawab nya
sahaja. Wajarkah guru menerima Arus kebebasan media massa ini dengan
menggadaikan nyawanya sendiri?

Tuan Yang Dipertua, Serta Warga Dewan Sekalian


 Sebelum saya mengundur diri, saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa
Kami tetap Menyokong Usul yang dibentangkan pada hari ini, KEBEBASAN MEDIA
MASSA MENDATANGKAN BaNYAK KEBURUKAN

Sekian Satria Tunggal Chunghua Mohon Mencadang.


Teks pergulungan kerajaan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera Tuan Yang Dipertua, rakan-rakan Yang


Berhormat daripada pihak kerajaan, barisan pembangkang dan seterusnya ahli-ahli
dewan sekalian.

Tuan Yang Dipertua,


Bertemu sekali lagi dalam sesi penggulungan kali ini. Dalam sesi penggulungan ini
saya akan membidas ketiga-tiga hujah pincang yang telah dikemukakan oleh
barisan pembangkang sebentar tadi dan seterusnya saya akan merumuskan hujah-
hujah kerajaan.

Saya akan membidas hujah yang dikemukakan oleh pihak pembangkang iaitu
bangunan bersejarah itu memerlukan kos yang tinggi untuk
mengekalkannya. Beliau mengatakan bahawa kerajaan terpaksa membelajakan
wang yang banyak untuk memulihara dan mengekalkan bangunan bersejarah yang
rata-ratanya sudah lama ditinggalkan oleh penjajah. Sebenarnya, kita perlu sedar
bahawa kos yang dibelanjakan tersebut tidak sama dengan nilai sejarah yang
terdapat pada bangunan tersebut yang tidak boleh dijual beli atau ditukar ganti. Jadi,
bangunan tersebut sememangnya perlu dijaga dan dipulihara daripada musnah
ataupun rosak, walaupun terpaksa menanggung kos yang tinggi. Kita tidak mahu
bangunan yang tinggi nilai sejarahnya ini rosak atau musnah kerana bangunan
tersebut tidak dapat digantikan dengan bangunan yang baharu kerana bangunan
yang baharu itu tidak sama nilai sejarahnya dengan bangunan yang asal.

        Hujah kedua pembangkang pula ialah saingan dengan bangunan baharu.


Pembangkang mengatakan bahawa bangunan bersejarah tidak perlu dikekalkan
sebagai warisan negara kerana adanya faktor saingan dengan bangunan baharu.
Saya membidas hujah ini kerana kita sedia maklum bahawa bangunan baharu
sememangnya lebih cantik, besar, unik dan canggih. Namun demikian, bangunan
yang baharu dibina ini tidak mempunyai nilai sejarahnya seperti bangunan-
bangunan bersejarah yang terdapat di negara kita. Kita memang boleh membina
banyak bangunan baharu tetapi apakah unsur sejarah yang terdapat pada bangunan
tersebut? Sudah tentu jawapannya, tiada unsur sejarah yang hendak ditonjolkan
berbanding dengan bangunan-bangunan bersejarah tinggalan penjajah yang sarat
dengan unsur sejarah yang tidak boleh ditukar ganti dengan bangunan baharu.

Tuan Yang Dipertua,


            Beralih pula kepada hujah ketiga pembangkang, iaitu kesukaran untuk
mengekalkan keaslian akibat dipulihara. Pembangkang mengatakan bahawa
bangunan bersejarah tidak perlu dikekalkan sebagai warisan negara kerana
memang sukar untuk mengekalkan keaslian bangunan tersebut akibat proses
pemuliharaan yang dilakukan terhadap bangunan tersebut. Semasa proses
memulihara bangunan bersejarah itu dijalankan, sudah tentu akan berlaku
kerosakan pada bangunan tersebut. Hal ini demikian kerana, bangunan tersebut
sudah lama dibina dan mungkin ada yang sudah tidak kukuh lagi. Saya membidas
hujah pembangkang ini kerana semasa kerja-kerja pemuliharaan dijalankan, pihak
kerajaan akan memastikan pekerja-pekerja yang menjalankan kerja-kerja
pemuliharaan haruslah terdiri daripada pekerja-pekerja yang mahir dan
berpengalaman dalam kerja-kerja pemuliharaan bangunan lama dan bersejarah.
Jadi, pihak kerajaan akan memastikan bahawa langkah ini akan dijalankan semata-
mata untuk mengekalkan keaslian bangunan bersejarah yang terdapat di negara
kita.

Tuan Yang Dipertua,


Seterusnya saya akan merumuskan ketiga-tiga hujah kerajaan seperti yang
telah dikemukakan dalam sesi pertama sebentar tadi. Hujah kerajaan yang
pertamaberdasarkan indikator mempunyai nilai sejarah yang tinggi. Bangunan
bersejarah yang terdapat di negara kita ini mempunyai nilai sejarah yang tinggi
bukan sahaja kepada negara kita, malahan kepada dunia. Hal ini jelas terbukti
dengan perisytiharan Tapak Warisan Dunia yang dianugerahkan oleh Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu melalui UNESCO pada tahun lepas kepada negeri Melaka
dan Pulau Pinang. Badan dunia yang disegani ini sudah tentu memilih kedua-dua
buah negeri tersebut kerana di Melaka dan Pulau Pinang memang banyak terdapat
bangunan yang bersejarah dan nilai sejarahnya itu amat tinggi.  
Hujah kerajaan yang kedua berpaksikan frasa, sebagai bahan
kajian. Bangunan bersejarah yang terdapat di negara kita ini menjadi tumpuan para
pengkaji dalam pelbagai bidang. Banyak aspek yang boleh dikaji oleh para
penyelidik bangunan lama yang memiliki unsur sejarah yang tinggi ini. Para pengkaji
atau penyelidik akan melaporkan hasil kajian tersebut dalam bentuk penulisan atau
dokumentari agar dapat dibaca, ditonton dan seterusnya difahami oleh  masyarakat
Malaysia dan juga masyarakat antarabangsa. Berdasarkan kajian itu juga, para
pengkaji akan mendapat pengetahuan yang berguna tentang ilmu senibina yang
telah digunakan oleh arkitek atau jurubina pada zaman dahulu.   
  Hujah kerajaan yang ketiga iaitu berpaksikan frasa, menarik pelancong.
Bangunan-bangunan bersejarah itu berupaya untuk menjadi daya tarikan utama
kepada pelancong dari dalam atau luar negara. Para pelancong yang datang ke
negara kita pastinya hendak melihat kesan-kesan sejarah tinggalan penjajah zaman
dahulu. Oleh itu, bangunan-bangunan tersebut merupakan sebahagian daripada
kesan sejarah dan perlulah dikekalkan dan dipulihara daripada musnah. Jadi,
bangunan-bangunan tersebut perlulah dipelihara dan dikekalkan keasliannya sampai
bila-bila, seperti kata pepatah, “Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas”, dan
boleh disaksikan oleh generasi yang akan datang.

Tuan Yang Dipertua,


Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa kerajaan tetap mempertahankan
usul yang dibentangkan ini iaitu bangunan bersejarah perlu dikekalkan sebagai
warisan negara. Jadi, berdasarkan rumusan hujah mantap yang saya nyatakan tadi,
saya memohon usul ini diluluskan oleh dewan yang mulia ini dengan sebulat suara.

Tuan Yang Dipertua, saya mohon mencadang.


Sekian, terima kasih.        

First impression
Contoh 1 : Sayangkan anak, tangan-tangankan
Sayangkan isteri, tinggal-tinggalkan
Sayangkan kerajaan, ku beri sokongan
Sayangkan pembangkang, ku hadiahkan bidasan.

Contoh 2 : Memaku dulang, paku serpih


Mengata orang, kerajaan yang lebih.

Anda mungkin juga menyukai