Anda di halaman 1dari 3

PIDATO: BAHASA JIWA BANGSA

Sambutlah Salam Sejahtera,Salam Satu Malaysia. Semarak kasih,sekalung budi Tuan


Pengerusi Majlis,barisan panel hakim yang arif lagi berkarisma,penjaga masa setia pada saat
dan ketikanya,dif-dif kehormat,seterusnya para hadirin pencetus revolusi minda yang saya
muliakan.
Bahasa Jiwa Bangsa.
Andai patah sayap rajawali,
bertongkat jua saya ke mari,
bukan kerana ingin bermimpi,
tetapi untuk membawa anda semua menyelami mauduk pidato yang berbunyi Bahasa Jiwa
Bangsa.
Sebelum kaki mengorak langkah lebih jauh,izinkan saya Yusra Insyirah mendefinisikan
tajuk pidato saya. Menurut kamus Bahasa Malaysia keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bahasa ditakrifkan sebagai sistem lambang bunyi suara. Jiwa pula merupakan roh atau
nyawa. Seterusnya Bangsa dapat didefinisikan sebagai jenis manusia daripada satu asal
keturunan.
Secara konotosinya Bahasa Jiwa Bangsa juga membawa maksud milik mutlak sesuatu
bangsa yang menjadi identiti kebangsaan.Sesungguhnya Bahasa itu menunjukkan jati
diri sesuatu bangsa.
Kekuatan bahasa itu juga membuktikan kuatnya sesuatu bangsa itu sendiri.
Yang kurik itu kundi.
Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.
Demikianlah indahnya pantun Melayu yang menggambarkan betapa bersungguhsungguhnya nenek moyang kita menjaga adab dan pergaulan terutamanya dalam aspek
pertuturan.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Apakah wasilah terpenting untuk membentuk bangsa Malaysia? Jawapannya jelas Bahasa
Kebangsaan kerana Bahasa Jiwa Bangsa. Hal ini bermakna bahasa apa yang kita daulatkan,
bahasa itulah yang membentuk jiwa kita sekaligus memercikkan jati diri kebangsaan.
Persoalannya kini, mengapakah hanya bahasa kebangsaan yang dinobatkan sebagai alat
pemersatuan bangsa? Perlu dinyatakan di sini, hanya bahasa kebangsaan yang dapat
menitiskan semangat satu bangsa, menyerapkan roh sebangsa, senegara dan
menyemarakkan jati diri kebangsaan.

Tidak melayu hilang di duniaKata-kata keramat Laksamana HangTuah ini mungkin hanya
tinggal retorik semata-mata sekiranya bangsa Melayu tidak menjaga keunggulan ataupun
integriti bangsa dan bahasanya.
Hadirin warga dewan yang dimuliakan,
Pidato saya pada hari ini akan mengupas dua komponen utama yakni peranan Bahasa
Kebangsaan ke arah memartabatkan negara di mata dunia.Komponen pertama, bahasa
kebangsaan bahasa perpaduan.Sejarah telah membuktikan bahawa Bahasa Melayu telah
menjadi Bahasa Lingua Franca bagi negara-negara di kepulauan Melayu. Hal ini telah
menjadi kebanggaan kita untuk memartabatkan Bahasa Melayu.
Pada amnya,proses evolusi Bahasa Melayu berkembang selaras dengan taraf pembangunan
yang dicapai oleh negara dan rakyat. Pada masa kini, Dasar Bahasa Kebangsaan telah
mengiktiraf Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa rasmi yang digunakan dalam setia
purusan. Tidak cukup dengan itu,dasar pendidikan kita juga menetapkan bahawa Bahasa
Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama. Dengan adanya dasar-dasar ini,kita bukan
sahaja dapat memastikan Bahasa Kebangsaan termaktub dalam perlembagaan,tetapi dapat
dihayati dan diamalkan secara meluas oleh masyarakat.
Warga pendengar yang budiman,
Pidato ini tiada selingan iklan,lantaran itu,izinkan saya membawa hadirin sekalian kepada
komponen pidato saya yang kedua iaitu bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu dan
bahasa kemajuan.
Bahasa juga berperanan sebagai bahasa sosial,bahasa ekonomi,bahasa pentadbiran dan
bahasa peradaban moden. Bahasa Kebangsaan juga sebagai wadah terpenting untuk
membentuk keperibadian bangsa Malaysia. Sekiranya diabaikan ini bermakna kita telah
tergelincir daripada gerabak pembentukan bangsa Malaysia.
Bahasa Kebangsaan juga adalah milik semua rakyat tanpa mengira kaum,agama,budaya
dan bahasa ibunda. Sekiranya ini dilakukan secara bersama,maka gagasan 1 Malaysia yang
dicetuskan oleh Perdana Menteri kita YAB Dato.Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak boleh kita
jayakan.
Hadirin yang dimuliakan,
Dalam meredah arus globalisasi kini,Media massa berperanan penting dalam
mengembangkan Bahasa Melayu agar identiti kita sebagai bangsa Melayu dikenali oleh
masyarakat di seantero dunia. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus mengamalkan Bahasa
Melayu dalam apa jua perkara agar kita dapat menaikkan taraf Bahasa Kebangsaan kita
seiring dengan bahasa-bahasa lain di dunia.
Hadirin sekalian,
Sebelum saya menamatkan bait-bait bicara saya,izinkan saya menghadiahkan serangkap
pantun,
Sedap makan kacang kelisa,

Buah peria pahit dan maung,


Bahasa menggabungkan etnik bangsa,
Satu Malaysia sama bernaung.
Justeru,gunakanlah bahasa yang santun, buktikan bahawa kita merupakan masyarakat yang
bertamadun, kaya dengan budi bahasa dan memiliki minda kelas pertama. Bahasa
Kebangsaan harus didaulatkan. Inilah sikap dan pemikiran yang amat diperlukan untuk
mencapai Wawasan 2020. Secara konklusinya, Bahasa Jiwa Bangsa jelas menunjukkan
bahawa Bahasa Melayu itu menjadi nadi penggerak yang amat penting untuk menzahirkan
identiti diri kita. Bahasa ibunda sewajarnya dipraktikkan agar tidak akan pupus ditelan zaman.
Akhir sekali,bahasa itulah yang menunjukkan bangsa.
Sekian terima kasih....... Salam perpaduan Salam 1 Malaysia.
Bahasa Jiwa Bangsa

Anda mungkin juga menyukai